Kisah Ucapan Laillahaillallah


Oh terharu sungguh Mia bila membaca kisah ini. Sayup betul hati terasa. Suatu kisah yang patut diketahui oleh semua. Selama ini kita ucapkan tetapi kita tidak pernah tahu kisah disebaliknya. Begitu besar dan agungnya kalimah ini. Zikirlah sepanjang masa demi mendapat keredhaan dan keberkatan dariNya. Segala dugaan dan rintangan akan mudah dihadapi dengan tenang.



Jom kita baca kisahnya...

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang mengucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. 

Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy, Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu.

Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. 

Maka berkatalah burung-burung itu... "Wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". 

Bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?". 

Berkata burung-burung itu "Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku akan tidak membuat bising di sini". 

Berkata malaikat itu "Baiklah aku akan sampaikan kepada Allah". Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut.

Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. 

Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak melepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. Dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

p/s : sampaikan walaupun satu ayat

sumber : emel


Jom Vote Mia Kejap Untuk Hari Ini....


Vote Me Everyday
23 April - 13 May 2012

Post a Comment

5 Comments

  1. Sangat mudah. ...tp perlu dgn pengamatan yg mendalam semoga Allah merahmati kita dgn nikmatNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mudah dan terkadang kita terlupa nak amalkannya... kena sentiasa beringat...

      Delete
  2. Sungguh besar nikmat yang Allah berikan, mudah lagi di permudahkan. Janganlah kita lalai sebaliknya sentiasa menyebut kalimatullah di dalam hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la... apa2 pun janganlah kita lalai dan alpa kepadaNya...

      Delete
  3. assalamualaikum mia...memang besar nikmat dari Allah itu dan kita sebagai manusia ni haruslah sentiasa mengingatinya...;)

    ReplyDelete