Sunday, May 6, 2012

Sofea Demam.. Kejap Panas.. Kejap Tidak... Dah 3 Hari...

Hari ini hari Ahad. Dah masuk hari ke 3 Sofea demam, kejap panas kejap tidak. Sofea pula asyik merengek sahaja. Badan tak sedap. Risaunya di hati. Mungkin nak ganti bulan kot...

Sofea sekarang memang terlalu aktif. Tak reti duduk diam. Ada sahaja yang dibuatnya.

Malam tadi dah bawa Sofea pergi urut. Katanya salah urat. Tapi awal-awal pagi tadi dah panas balik semula. Sofea sememangnya paling susah nak makan ubat demam walaupun sedap dan manis. Asal nama ubat sahaja, dia terus tidak suka dan meragam.  Jadi terpaksalah masukkan ke dalam botol susu dia, itupun kalau dia perasan terus tak nak minum. Kena pandai-pandai sembunyi dengan campurkan sedikit VICO jadi tidaklah terasa sangat ubat demam tu.

Panadol kanak-kanak sampai tinggal sebiji sahaja. Selepas itu,  terus berikan ubat demam pula. Di sepanjang masa kalau panas sahaja, memang tampalkan KoolFever di dahi Sofea.


Tengoklah kalau tak reda juga,esok Mia akan bawa Sofea ke Klinik Homeopati sebagai alternatif kedua. Esok petang pula Mia nak outstation ke Kuala Lumpur. Susah hati betul nak tinggalkan Sofea di rumah Mak Semah selama 3 hari dalam keadaan begini. Serba salah dibuatnya.

Aktiviti kempen mengundi Mia hari ini, Mia batalkan. Sepatutnya Mia ke OUM Johor untuk berkempen di sana semasa pendaftaran semester Mei pelajar senior. Tidak mengapalah. Anak lebih utama di kala ini. Lagipun Fanpage Open University Malaysia dah tolong promosikan kempen Mia ini kepada semua pelajar-pelajar OUM.

p/s: entah-entah Sofea rindu kat atuk dan neneknya di kampung kot...

Jom Vote Mia Kejap Untuk Hari Ini....


Vote Me Everyday
23 April - 13 May 2012

4 comments:

  1. semogee cepatt sembuh kepade Sofia .

    sumtink to share --> Sesungguhnya Penyakit itu PENGHAPUS DOSA :)

    ReplyDelete
  2. Sofea kena sihat cepat...Sofea jangan takut makan ubat ye...

    p/s:terima kasih Mia atas pertolongan Mia buat header blog saya...jasamu dikenang...hik hik hik..

    ReplyDelete
  3. hannah pun demam.. tonsil.. Alhamdulillah, dah kebah dah... kena mandikan sofia selalu, supaya panas dia turun..

    ReplyDelete
  4. Semoga cepat sembuh yer...makan ubat dan rehat~

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.