image Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) - Mia Liana

Friday, May 25, 2012

# Work Matters

Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)


Wahhhh sukanya. Mia baru sahaja sempat nak masukkan ke dalam blog. Semenjak menjawat jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) sini sejak tahun 2005, ini adalah kali pertama Mia menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Penyampaian sijil dibuat secara besar-besaran di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia Tahun 2012 pada hari Khamis 24 Mei 2012.

Terasa begitu dihargai. Terima kasih kepada pihak pengurusan atasan LPNM yang telah memilih Mia untuk menerima anugerah ini. Syukur, alhamdulillah. Selain menerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Mia juga menerima hadiah prestasi sejumlah RM 1,000.00.

Gambar-gambar yang sempat diambil.... zassss (sila klik pada gambar untuk besarkan)

Semasa Majlis Perasmian oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, YB Datuk Seri Noh Bin Haji Omar di Dewan D, Tapak MAEPS, Serdang.....




Semasa Majlis Penyampaian Sijil di Dewan Seminar 2 bagi agensi Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia...






Gambar kenangan bersama Tuan Ketua Pengarah LPNM, Tuan Haji Sahdan Bin Salim...

Sebelum pulang ke Johor Bahru selepas majlis selesai....

Gambar kenangan bersama rakan-rakan sepejabat yang lain yang turut menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang...

Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang diterima oleh Mia.... Tersenyum simpul bila melihatnya.... Cantik betul sijil ini...


Nama Mia (Juliana Binti Ngahdirin) yang tertera di dalam buku program majlis ini...

Autograf dan ucapan daripada rakan-rakan sepejabat.... Terima kasih ya, rakan-rakan semua....

p/s: alhamdulillah, usaha keras dan komitmen kerja selama ini mendapat penghargaan....

24 comments:

  1. tahniah..
    moga meningkatkan lagi mutu perkhidmatan.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Kak Mia.. Teruskan kecemerlangan..

    ReplyDelete
  3. congratz, kak mia.. smoga trus sukses :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah kak mia.. Tumpang gembira.. :-)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. terima kasih shellya.... tahniah juga ya tahun ni pun dapat kan?

      Delete
  6. Congratulations ! Mia you deserve it. Your department from nothing, now have millions of ict assets. All the results are from your own efforts alone. Your experience is invaluable. Continue to remain outstanding perfomance even though where you work in the future.

    ReplyDelete