image Bila Sudah Tidak Ada Idea Nak Update Blog.... - Mia Liana

Sunday, 24 June 2012

# Blog Matters # Tips

Bila Sudah Tidak Ada Idea Nak Update Blog....


Semua blogger tentunya akan tiba di suatu masa, keadaan di mana tiba-tiba tidak ada idea untuk update blog. Bukan senang nak update setiap hari. Bila bangun pagi sahaja, terus terfikir nak update apa ya hari ini? Bila mood malas menjelma, memang lambatlah nak dapat idea atau ilham. Harus atasinya dengan segera supaya blog tidak bersarang.

Apa yang Mia buat ialah bila Mia dah kering idea, Mia akan tengok apa yang ada di sekeliling Mia. Selepas itu, ambil gambar beberapa kali dengan sudut yang berlainan dan kemudian masukkan ke dalam blog. Kemudian, karang apa-apa yang dirasakan perlu. Mungkin kenangan, kesukaan, kebencian, pendapat, luahan hati, tips dan lain-lain tentang gambar yang kita ambil itu. Tak pun review blog orang lain, review blog follower ke... buat segmen ke.... Apa-apa sahajalah.  Biarlah apa orang nak kata, tapi yang penting blog mesti update. Kadang-kadang ada juga entri merapu dan meroyan...

Kekerapan? Paling tidak pun 1 kali sehari, Mia akan update blog demi menjaga hati pengunjung dan mengekalkan trafik ke blog ini. Sibuk macam mana pun, Mia tetap akan update blog. Kalau ada kursus, bengkel atau outstation, selalunya Mia akan sediakan entri-entri secara autopost terlebih dahulu. Jadinya, blog akan sentiasa update walaupun Mia sibuk dan tiada masa nak mengadap internet.

p/s: jadi blogger ni kena aktif dan kreatif...

20 comments:

  1. sama laha kitaaa mia.. sejak kebelakangan ni akak pun memang keringgg habis idea nak buat entry.. sampaikan entry pasal kain batik pun akak buat hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. entri kain batik tu memang terbaikkk! mia pun tak terfikir sampai situ sekali... bagus tu kak. kadang2 buat entri pelik ni, ramai orang suka komen.. good job!

      Delete
  2. sungguh ea?? lepas nie nak try lar kalau dah kering kontang sgt idea nie..haha..
    thanx for sharing kak mia..dah lunch?? ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaaa.... tu je yang kak mia boleh kongsikan. sama2 amalina. btw kak mia memang lunch waktu tengahari kalau tak, nanti perut masuk angin... heheheh...

      Delete
  3. biasa dah tu Mia...kadang-kadang saya takde idea juga...tapi tak macam Mia tetap update juga...saya berenti sekejap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo mia pun perasan juga bila bw. ok la tu, asalkan tak bersarang..

      Delete
  4. nini da lama tak update blog....bzzzzz huhu

    ReplyDelete
  5. Betul tu.. Banyak juga tips yang akak kongsikan. Terima kasih ye..

    Memang kadang2 takde idea langsung.. Saya lebih suka letak gambar je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2... letak gambar tu pun dah kira update blog juga, walaupun tiada kata-kata... :)

      Delete
  6. blogger mmg kena kreatif, biasalah tu .. kita takkan terlepas dari menghadapi masalah writing block ...ketandusan kekeringan kekontangan idea, kekerapan menurunkan entry mula menyusut kekadang tu boleh menghilangkan mood..sampaikan nak tengok blog sendiri pun rasa tak semenggah hahaha

    uncle pernah menghadapi keadaan begini .. so apa yg perlu buat ? uncle setuju dengan cara tuan umah lakukan ... stail uncle pulak ... selalunya jika betul-betul takde apa yang nak dibuat..selak gambar-gambar dalam google image..cari yg mana menarik hati kemudian paparkan..buat ulasan sedikit-sedikit...jadilah satu entry ..

    itu dulu..sekarang ni uncle punya stail sudah berubah ke bentuk poster..mungkin cara dan stail uncle amat berlainan dan sukar untuk dituruti blogger lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu uncle... bestnya mia bila uncle bagi pandangan uncle sendiri.

      penampilan entri di blog uncle kali ni, betul2 unik alal2 poster... simple dan ada mesej yang nak disampaikan. suka mia tengok... ;)

      p/s: teruja sangat bila uncle rajin komen di blog mia ni...

      Delete
  7. bestnye klu org yg jarang update entry tp ttbe ble dy post entry,bratus2 komen dy dapat.bestnye la kan.solehah nye entry pn xd la bilangan komen sbanyak tu.hrp suatu hari nt akn dapat.jd kna usaha skrg.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkkk tu yang beratus2 tu, bila dah femes sangat la. mia pun belum sampai tahap tu... huhuhu..

      Delete
  8. Ya betul tu..aku pun setuju dengan pendapat yang diberikan..hehe..salam perkenalan dari pondok kecil...

    ReplyDelete