image DiGi WWWOW Awards 2012 : Mia Liana Tidak Berjaya Ke Top 5 Nuffnang Blogger Of The Year - Mia Liana

Tuesday, 5 June 2012

# DiGi WWWOW Awards

DiGi WWWOW Awards 2012 : Mia Liana Tidak Berjaya Ke Top 5 Nuffnang Blogger Of The Year

DiGi WWWOW Awards 2012 : Mia Liana Tidak Berjaya Ke Top 5 Nuffnang Blogger Of The Year

Sebenarnya, dalam tempoh seminggu ini dah ramai sangat tanya Mia sama ada dapat emel jemputan untuk malam penganugerahan DiGi WWWOW Awards 2012 pada 9 Jun 2012 nanti. Mia pun tertunggu-tunggu juga, memandangkan ada yang dah dapat emel jemputan. Di saat ini, Mia nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang Mia. Baik di kalangan blogger mahupun rakan-rakan di Facebook dan Twitter. Terharunya. Setiap hari tanya Mia, dapat ke tak?

Terus-terang Mia katakan yang Mia telah berusaha yang terbaik di dalam DiGi WWWOW Awards 2012 bersama-sama dengan peserta dan sponsor kempen. Setelah Mia ajukan pertanyaan kepada pihak penganjur, inilah jawapan yang Mia terima...


klik pada gambar untuk besarkan

Mia tidak berjaya untuk sampai ke Top 5. Mia hanya berjaya sampai ke Top 10 Nuffnang Blogger Of The Year. Walaubagaimanapun, Mia terima dengan hati yang terbuka dan ini tidak melemahkan semangat Mia untuk terus menulis di dalam blog. Berkongsi pengalaman hidup dan apa sahaja yang dirasakan perlu. 

Di sini, Mia nak ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang memberikan komitmen padu dengan mengundi Mialiana.com setiap hari semasa sesi pengundian tempohari. Mia amat hargainya dan bukan senang untuk mendapat pengundi yang tetap setiap hari sehingga mendapat rank No 2. Keputusan pengadil adalah muktamad dan hanya melayakkan Mia sehingga ke Top 10 sahaja. Apa yang berlaku ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya. 

Dengan ini genaplah sudah, 2 tahun Mia memasuki contest DiGi WWWOW Awards. Rasanya sudah cukup bagi Mia berkecimpung dalam contest ini. Kalau ada lagi DiGi WWWOW Awards pada tahun depan, Mia tidak akan masuk lagi dan akan bagi peluang kepada blogger lain pula.



Promo Badge

Vote Me Everyday
23 April - 13 May 2012

Rank After Voting Session Ended : No. 2

How To Vote/Cara Mengundi
Click HERE/SINI

Video Promo


Dengar Suara Mia Liana
untuk GomoFM
untuk SenyumFM

Iklan Komersial Di SenyumFM
Klik SINI

Senarai Entri Peserta Kempen Untuk Sponsor
Klik SINI

Peserta Kempen
1.Deejay Kak Pah
2.Deejay Rafina Mimi
3.Hawau
4.DamiĆ£o Carlos
5.Aiman
6.Mr. Cool & Mrs. Kepoh
7.Mr. E'raz
8.Razif Mokji
9.Syuhada
10.Mama Tunz
11.Scarlett O'Hara
12.Mrs Adam
13.Wanzi
14.eLLa n aLia
15.Azmi Khan
16.kutoOobambOo
17.Ummi Anum
18.Cik Adieb
19.Mimey Eidah
20.IsmailDotCom
21.Bajonz
22.English Tips
23.Zulfakar

Sponsor
D'Qalesya Boutique (FB Page)
RSFG DCM (FB Page)
SenyumFM
GomoFM
Manchester United Arctic Ice Fan Club (FB Page)

Full Support From
Open University Malaysia
(FB Page)

KizMySelf
OhSensasi Breaking News


p/s: syukur, tahun ini Mia dapat ramai kawan yang sporting dan sponsor yang baik hati.... sayang anda semua ketat-ketat...

37 comments:

  1. takpa mungkin ada rezeki yang lebih baik menanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah... yang penting mia dah cuba yang terbaik..

      Delete
  2. Replies
    1. kalau nak cuba lagi pun, bukan contest ini lagi...

      Delete
  3. memang mcm tak masuk akal aje yg terbaek tidak terpilih.. tidakkah mereka mengira akan effort yg telah diambil oleh peserta.. hmmm mmg something fishy je.. bykkan bersabar Mia.. everybody knows ur effort.. ur still the best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpelah kak.. nak buat macam mana... mia ok je ni, sedih skit je. terima kasih ya kak, support mia..

      Delete
  4. kak mia ada rezki d tempat lain lah tu.. :) jgn ptah smngat utk blogging ye.. ella suka baca pasal sofea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnnn... kak mia tak patah semangat pun untuk teruskan blogging ni... jangan susah hati ya ella..

      Delete
  5. tak pe kak mia,kak mia tetap d'best di hati kami peserta2 kempen..suka entry kak mia yang ni,sentiasa positif

    ReplyDelete
  6. rezeki ada di mana mana!

    ReplyDelete
  7. Dapat Top 10 dah ok dah tu.. apa pun tahun depan boleh cuba lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. tahun depan takkan cuba lagi dengan contest ni...

      Delete
  8. Ada gantian yang lebih baik.InsyaAllah...

    ReplyDelete
  9. DiGi penipu dan tak adil.... Lain kali tak payah buat pertandingan yang Vote lagi kalau judge lebih power , then biar judge je yang tentukan... Membuang masa orang je... boikot DiGi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih komen di entri ni. nak buat camne.. dah digi penganjurnya dan semua keputusan terletak di tangan digi. sabar ya..

      Delete
  10. Dah memang sifat juri2 pilih bulu, pilih warna kulit.... Wwwow konon... yang layak di pinggirkan, yang sama kulit diangkat... Ini bukan cabutan bertuah, ini pertandingan, Vote di kira... kalau juri nak pilih, tak payah buat voting... penganjur tak guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih komen di entri ni. tak tahulah dia nak wwwow yang macam mana... biarkan aje. sabar ya...

      Delete
  11. Mia dah berada di rank ke2,tapi masih tidak terpilih?sayang betul...takpelah Mia mungkin bukan rezeki,tapi Mia memang habis-habisan buat promote.Kalau juri betul2 nak pilih,Mia layak.hmm...keputusan muktamad,tak boleh buat apa dah..cuba lagilah Mia tahun depan,seronok tengok cara Mia buat promote...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ummiarissa.. sampai sekarang mia belum sempat lagi nak makeover blog.. masih belum ada mood lagi.

      tahun depan mia takkan masuk lagi. kalau nak masuk pun contest lain bukan contest ni lagi...huhuhuh

      Delete
    2. takpelah Mia..tentang makeover blog tu bila2 pun boleh...bukan nak urgent pun...

      keputusan di tangan Mia ...buatlah yang terbaik...saya sentiasa menyokong Mia..

      Delete
  12. rezeki kak mia kt tmpat lain tu. insyaAllah :)

    ReplyDelete
  13. Takpa kak, jangan sedih, contest ni memberi kita pengalaman dan ilmu kan.. ;)

    InsyaAllah ada rezeki nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... kak mia ok je. sedih skit. jangan risau. dah cukup pengalaman dalam contest ni. takpe... ;)

      Delete
  14. Insya-Allah ada rezeki lain tu nanti.. Jangan putus asa ye Kak Mia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya nur... mia takkan putus asa hanya kerana contest ini. hidup mesti diteruskan dam blog akan sentiasa update. yeahhh!

      Delete
    2. Sama2.. Moga apa yg dikongsikan dapat memberi manfaat untuk semua..

      Delete
  15. Yang kelakar byk pemenang dari MSMW tidak x dpt masuk top 10... event makin byk hadiah lagi la dia nak bagi kroni2 je menang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kelakar. hadiah banyak, jadi dia bagilah kat kroni2 dia. buat per nak bagi kat orang lain.

      ben dan jejariruncing pun tak dapat top 5 juga. memang betul2 pelik. entah2 dia dah pilih dulu siap2. kita ni semua agaknya ibarat kambing hitam. contest ini ada maksud tersirat disebaliknya. yang paling ketara, website pun tidak di update, siapa top 10 dan siapa top 5. macam ada sesuatu yang disembunyikan. semua orang nampak dan perasan.

      yang paling tidak adilnya, ada juga yang tak termasuk top 50, dapat masuk top 10 dan terus top 5.

      Delete
  16. yeah..btul tu.. mcm pelik kan.. ramai yang most voted..tp takdapat ke top 10 pun....ckp berdasarkan undian..tapi saya tgk mcm 100% dari judge je..kalau mcm tu tayah ler menyusahkan kita2 yang bekerja keras ni.kan senang kan.. hehehe...

    ReplyDelete
  17. hmmmmmmmmmmm pening jugak dengan DiGi ni. lain kali kalau nak join lagi tak payah nak buang duit sana sini. Lantak je join pastu asalkan dpt top 50. penat2 blogger berpromosi sini sana, duit terbang sini sana juga untuk dptkan top 10/5. tapi last2, no outcome. hmmm.

    ReplyDelete
  18. Anggaplah ini satu cabaran. Mungkin tahun ini tiada rezeki, insyaallah tahun depan ada rezeki. Jangan berputus asa...

    ReplyDelete