image Mia Liana Bersama Mak Dara - Mia Liana

Thursday, 14 June 2012

# Community

Mia Liana Bersama Mak Dara

klik pada gambar untuk besarkan (sumber : facebook Mak Dara)

Terasa dunia blog ini begitu indah bila dapat berjumpa dengan rakan blogger apatah lagi dengan blogger Mak Dara. Hubungan kami bertambah akrab. Jadi, sekarang ini kalau Mia ada meeting kat Kuala Lumpur wajib maklum pada Mak Dara. Sebenarnya, bila dapat surat pada minggu lepas, Mia plan nak stay kat hotel saja, tapi bila Mak Dara tahu, langsung diajaknya stay overnight kat rumah dia. Lagi seronok ada kawan untuk berborak. Jadi taklah boring sangat.

Aktiviti Mia semalam amat penuh. Gerak ke Kuala Lumpur jam 2.00 petang bersama seorang lagi pegawai dan driver. Nak ke rumah Mak Dara memang trafik sesak maka Mia pun naik LRT dari Stesen Masjid Jamek ke Stesen Sri Rampai. Sampai-sampai dalam pukul 7.00 malam, rupanya Mak Dara dan suaminya telah pun tunggu Mia. Wahhhh! touchingnya...

Dah sampai kat rumah dia, mula sesi borak sakan.. pot pet... sampailah Mia sempat update blog dan join SEGMEN JOM BIKIN FILEM Bersama Mak Dara. Lepas tu, Mia kena attend meeting bersama Manchester United Arctic Ice Fan Club di K Club, Taman Melawati. Selesai jam 12.00 tengah malam. Banyak betul yang dibincangkan. Sampai-sampai sahaja rumah, Mak Dara ajak keluar ngeteh tengah-tengah malam bersama adik dan sepupunya sehinggalah jam 1.00 pagi. Balik rumah lepas tu, sambung lagi aktiviti pot pet pot pet... biasalah bila blogger dah bertemu blogger, banyak betul benda yang nak dikongsi, gosip, informasi dan laman sosial. Opppss rahsia... Kiranya memang dah kategori meroyan dah ni, sampailah pukul 3.00 pagi barulah tidur. Mia tidur hanya beberapa jam kemudian bangun jam 6.20 pagi, bersiap-siap dan keluar jam 7.00 pagi ke LRT Sri Rampai dihantar oleh suami Mak Dara. Mia ada interchange LRT dan sampai di Stesen Bandaraya kemudian menaiki kenderaan pejabat ke Menara Sentul untuk menghadiri User Acceptance Test Script MPS Portal di Skali Web Services. Selepas hantar Mia, pemandu menghantar pegawai yang satu lagi ke MAEPS Serdang.

Sempat jugalah Mia update blog ini, sementara menunggu pemandu ambil Mia untuk terus pulang ke Johor Bahru.

Seronoknya bila bersama Mak Dara dan keluarganya. So happening sehingga terlupa nak snap gambar buat kenangan. Sebab itulah kenapa Mia letak gambar kat atas dari facebook Mak Dara. Terima kasih untuk segalanya.

p/s: jemput tengok entri Mak Dara tentang kisah ini di SINI...

8 comments:

  1. Mia selalu cite pasal Mak Dara...saya teruja nak jumpa dia...dah dapat bayangkan bagaimana Mak Dara melayan Mia di rumahnya...mesti classs gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... memang best sangat mak dara ni. siapa sangka dari rakan blogger dah jadi rakan karib plak... hehehe

      Delete
  2. dah baca jugak entri cerita yg sama kat blog mak dara.

    ReplyDelete
  3. lom ada rejeki ketemu mak dara. nmpk dr gmbo mmg mak dara n bro martias mesra n humble orgnyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang keluarga diorang ni best. sangat rendah diri dan tidak berlagak..

      Delete