image Minggu Sains Teknologi Dan ICT Negeri Johor - Seminar Pemantapan Laman Web Dan Portal Agensi - Mia Liana

Friday, 22 June 2012

# Work Matters

Minggu Sains Teknologi Dan ICT Negeri Johor - Seminar Pemantapan Laman Web Dan Portal Agensi

Semalam, Mia telah menghadiri Seminar Pemantapan Laman Web Dan Portal Agensi sempena Minggu Sains Teknologi Dan ICT Negeri Johor 2012 (MISTI 2012) di Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru. Seminar ini dianjurkan oleh pihak SKALI dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor.

Mia pergi seorang sahaja. Bila sampai sini, jumpa pula dengan Puan Noraini, yang dahulunya pernah sama-sama kerja di tempat lama Mia, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. Masa itu, dia menjawat Penolong Pegawai Undang-Undang. Sekarang lagi hebat, dah naik gred 48 di J-BioTech. Mia je yang tak naik-naik lagi ni...

Pengisian Seminar

Sesi Pagi
Tajuk : Pemantapan Laman Web/Portal

Sesi Petang
Tajuk : Liferay "Best of Both Worlds"

Secara keseluruhannya, seminar ini amat bagus untuk menambahkan pengetahuan dan ilmu di dada. Bukan senang nak cedok ilmu daripada SKALI. Boleh dipraktikkan selepas ini. Penyampai seminar pun pandai menarik perhatian kami dan kami tidak bosan untuk mendengarnya. Mia ada catit apa-apa yang patut supaya boleh dibuat rujukan kelak.

Jom tengok gambar....zassss






Menu tengahari Mia.... sambil makan sambil berborak sampai tidak sedar boleh habis semuanya masuk ke dalam perut. Lepas itu, untuk sesi petang masing-masing mula mengantuk. Di dalam hati cuma ingat, "Bilalah nak habis ni..". Dugaan betul...


Ole-ole yang Mia bawa pulang.... Pertama, dapat mug comel, hadiah daripada pop kuiz. Mood suka. Kedua, dapat Sijil Penyertaan daripada Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor.


p/s: makan banyak betul... sampai terlupa tengah diet ni...

9 comments:

  1. Hu..hu..tak dapat pegi sebab ada orang perap surat jemputan kat dalam bilik dia....bila call tanya masih ada tempat ke tidak, tempat dah fully book...hu..hu...kesian saya....(-.-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa kesiannya.. takpe nanti tunggu untuk event yang seterusnya...

      Delete
  2. Replies
    1. wahhh.. terima kasih ya... silakan dengan hormatnya..

      Delete
  3. waa seminar tentang portal laman web dalam jabatan ker atau web personal..tapi rasa uncle berkenaan jabatan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. seminar untuk mengukuhkan lagi laman web jabatan. tapi ilmu tu begitu juga untuk blog personal....heheheh

      Delete