Octopost - Autopost Facebook Status

Octopost - Autopost Facebook Status

Tidak semestinya sepanjang masa kita kena mengadap facebook untuk update aktiviti kita seharian atau pun berkongsi kata-kata pujangga sebagai renungan rakan-rakan di facebook dan juga dengan fanpage.

Octopost amat sesuai bagi mereka yang sibuk yang tiada masa nak buka facebook dengan menjadualkan status facebook kita mengikut tarikh dan masa yang ditentukan. Mudah bukan? (sila klik pada gambar-gambar di bawah untuk besarkan)

Ini adalah status facebook di profail Mia, updated "via Octopost"


Ini adalah status facebook di fanpage Mia, updated "via Octopost"

Nak tahu caranya? Jom kita login facebook dulu dan kemudian klik SINI. Paparan di bawah akan muncul. Kemudian klik pada "Click to the Octopost App" dan ikuti langkah seterusnya.


Bila dah connect dengan aplikasi ini, paparan berikut akan muncul. Boleh pilih mana-mana.

Ini adalah paparan dalam profail Mia

Ini adalah paparan dalam fanpage Mia

Tunggu apa lagi jomlah cuba. Best sangat aplikasi ini. Tetapi hanya terhad untuk 10 wall post sahaja dalam sebulan. Untuk unlimited version, anda perlu melanggan dan membayar sama ada USD 97 ataupun USD 100.

p/s: Mia dah buat 10 wall post dalam bulan ini. Nak kena tunggu bulan depan baru boleh buat lagi....

Post a Comment

8 Comments