image Susu Baru Sofea - Examo Junior - Mia Liana

Monday, 4 June 2012

# Family Matters

Susu Baru Sofea - Examo Junior

Umur Sofea pun dah nak hampir 3 tahun pada bulan Ogos nanti. Dah tiba masanya untuk tukar susu lain. Asyik nak coklat sahaja. Kalau minum susu, dah pandai minta campurkan milo sedikit. Dah jemu la tu.

Jadi, minggu lepas Mia cuba tukarkan susu Sofea daripada Bio-Lac kepada Examo Junior yang berperisa coklat. Mula-mula, Sofea ada muntah-muntah sedikit selepas minum susu baru. Kemudian, dah nak hampir seminggu, baru sesuai dengan susu baru dan tidak muntah lagi.

Susu-susu ini adalah produk keluaran Era Edar Marketing dan sangat sesuai dengan Sofea. Perkembangan Sofea memang memberansangkan, aktif dan cergas. Pandai berfikir secara logikal dan analitikal. Kadang-kadang tak terfikir pun dia boleh buat sesuatu tanpa kita duga. Memang peramah sangat. Kalau tak faham, asyik tanya sampai dapat jawapan yang memuaskan hati dia baru dia diam. 

Susu baru Sofea, Examo Junior berperisa coklat...



Susu lama Sofea dari sejak lahir sehingga minggu lepas, Bio-Lac..

p/s: sentiasa nakkan yang terbaik untuk Sofea...

10 comments:

  1. mmg bgus produk era edar..
    dlm perut sofea dh dpt supplement salindah, pastu biolac, ni dh examo jnr pula..
    aku pun dah lama cdg nak bg adam susu dr era edar bila umur 2 thn nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang gitu la, kalau tukar produk lain takut terkejut plak nanti. masa mengandungkan sofea dah makan salindah, keluar je minum bio-lac. ni dah besar skit tukar examo junior.

      adam tu, kalau nak mula, bagi sekarang pun ok. cuba bio-lac dulu la.

      Delete
  2. mesti sedap kan? kalaulah adik ada susu ni.. msti ella yg g minum.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... tapi cuma ayahnya sahaja yang kadang-kadang amik skit susu sofea buat air... :)

      Delete
  3. ok la kalau susu tu sesuai gan die...

    ReplyDelete