image Tempe Goreng Kunyit - Mia Liana

Friday, 22 June 2012

# Dari Dapur Mia

Tempe Goreng Kunyit


Tempe goreng kunyit memang kegemaran Mia dan Suami Mia. Tempe juga boleh jadi lauk sampingan atau pun dimakan begitu sahaja dengan cicah sambal kicap. 

Sofea pula nampak macam kurang berminat dengan tempe. Mungkin kecil lagi. Kalau makan... sedikit sahaja. Lepas tu dah tak nak. Nanti dah besar tentulah suka makan tempe ini. Nak sedapkan hati.

Mia memang dibesarkan dengan makan tempe selain dari lauk sayur. Dari kecil sampailah sekolah menengah. Tempe goreng boleh dipelbagaikan dengan macam-macam cara. Ada yang suka letak ketumbar. Ada juga yang suka letak rempah kari. Ikut suka. Janji boleh masuk dalam mulut dan rasa kesedapannya.

Inilah cara Mia masak. Mia akan potong belah dua dan lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam. Lepas itu terus goreng. Sudi-sudikanlah diri untuk berkongsi kalau ada resepi lain yang tersendiri untuk goreng tempe ini. Mana tahu Mia pun boleh upgrade cara Mia memasak ni...








p/s: bagus makan tempe ni, banyak khasiat dan boleh menajamkan minda katanya...

27 comments:

  1. wah mcm sdp je tempe goreng ni, akak.hehe

    ReplyDelete
  2. enak nya tempe,hehhe makan pake nasi buuh enak banget tuh hahha :D nice info akak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ditambah pula nasi yang masih panas... memang menyelerakan...

      Delete
  3. saya memang hantu tempe.. hehehe.. makan banyak2 pun tak pe. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh dama team kita ni. kak mia pun hantu tempe... hehehe

      Delete
  4. Kalau cicah dgn sambal kicap pun sedap tempe goreng ni.

    ReplyDelete
  5. 2 hari lepas baru sahaja buat menu ini.. Memang peminat setia tempe.. :)

    ReplyDelete
  6. Lama dah tak makan Tempe Goreng kunyit ni.. Bila baca entri ni teringat zaman sekolah dulu..

    Emak saya pun rajin masak Tempe Goreng Kunyit ni..

    Segmen Klik Like/Share dan menang Wang Tunai (klik di sini)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo gitu ya anuar. sekarang ni pun boleh lah minta isteri tolong masakkan.... :)

      Delete
  7. nampak sedapp..dah lame x mkn tempe..huhu :D

    ReplyDelete
  8. YUM..YUMMM kegemaran ku...senang,mudah dan sedap

    ReplyDelete