image Tips Bahagikan Masa Antara Belajar Dan Menyiapkan Assignment - Mia Liana

Saturday, 9 June 2012

# Study Matters # Tips

Tips Bahagikan Masa Antara Belajar Dan Menyiapkan Assignment

Hmm... susah juga nak namakan tajuk entri Mia kali ini. Agak lama juga, barulah dapat tajuk "Tips Bahagikan Masa Antara Belajar Dan Menyiapkan Assignment". Persoalan ini ditujukan kepada Mia oleh Rohana, pelajar OUM Penang yang kini sedang mengikuti pengajian perakaunan dan berada di semester ke 5. Sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Mia ada bagi tips untuk belajar awal pagi di dalam entri Bagaimana Untuk Belajar Tanpa Mengabaikan Tanggungjawab Lain.

klik pada gambar untuk besarkan

Soalan daripada Rohana :
"saya suka baca blok akak tip2 yg akak bagi. tapi akak ada bg tau utk belajar awal pg lebih berkesan. saya cuba ikut tip akak tapi x berjaya la. susah nak bangun awal.sebab saya start wat assignment dlm kul 10.00 - 1.00. boleh x akak bg pendapat dr pengalaman yg akak lalui."

Berat juga nak jawab soalan ini. Kalau ikut logik, memang tidak boleh bangun awal pagi sebab buat assignment sampai 1.00 pagi. Usah bimbang, ada caranya...

Belajar melibatkan pembacaan, pemahaman, penelitian dan fokus ( 1 way - masuk ke dalam otak)  manakala buat assignment melibatkan carian bahan, pembacaan, pemahaman, olahan, karangan dan kajian kes  ( 2 ways - masuk dan keluar dari otak). Harap dapat faham dengan penjelasan Mia ini. Payah juga nak terangkan kat dalam blog sebenarnya.

Selalunya apa yang Mia buat, bila Mia buat assignment, Mia lebih suka buat sehingga lewat malam. Buat assignment memang ambil banyak masa. Jadi esok paginya Mia tak dapatlah nak bangun awal untuk belajar. Tengok mood juga. Terkadang tu untuk lebih konsentrasi buat assignment, Mia akan buat awal pagi hari yang tidak bekerja (Sabtu dan Ahad), jadi akan lebih tenang dan selesa. Kalau tak cukup masa juga, Mia akan ambil cuti dan buat assignment sepanjang hari. Sofea pula Mia hantar macam biasa ke rumah Mak Semah (pengasuh). Biasanya untuk subjek programming, Mia akan ambil cuti sebab bila dah mengadap programming ni berjam-jam pun tak sedar. Check coding satu persatu dan betulkan error.

Katakan ada 3 assignment yang perlu disiapkan. Mia akan buat jadual mengikut hari. Kalau tak, memang boleh kelam-kabut nanti. Tak terurus. Mana ada masa nak buat ketiga-tiga assignment. Otak akan terlalu letih dan penat.  Bila dah dekat tarikh akhir, langsung panik dan stress. Kalau boleh jauhkan daripada  berlakunya fenomena ini. Tarik nafas panjang-panjang dan relaks. Untuk mengatasi masalah ini, dalam seminggu mesti ada buat assignment dan ada belajar. Oleh itu janganlah susah hati kalau tak dapat bangun awal pagi untuk belajar.

Contohnya, minggu pertama buat assigment subjek A. Peruntukkan masa belajar untuk subjek A dalam minggu tu supaya senang nak buat assignment. Fokuskan belajar untuk topik-topik yang berkaitan dengan assignment subjek A. Minggu kedua buat assignment untuk subjek B. Agihkan masa supaya dalam minggu kedua ini juga dapat belajar topik-topik yang berkaitan dengan assignment subjek B. Kalau masa buat assignment lewat malam, masukkan sekali belajar dalam waktu yang sama. Begitu juga kalau buat assignment di awal pagi, masukkan sekali juga belajar dalam waktu yang sama juga. Perlu diingatkan jangan tidur lewat kalau nak bangun awal pagi. Pilih satu masa yang paling selesa dan praktikkan.

Ikut kesesuaian diri. Kalau tak nak buat dalam masa seminggu (mungkin singkat sangat), buatlah dalam dua minggu. Cuba agak-agak, dalam masa tu, boleh siap tak? Satu lagi ianya juga bergantung kepada subjek itu sendiri. Kalau subjek programming, mungkin akan ambil masa yang agak panjang sedikit.

Nampak tak? Dalam masa yang sama, kita dapat juga belajar dan buat assignment. Bila dah siap buat assignment nanti teruskan belajar untuk topik-topik yang lain. Sebab itu, kena cepat-cepat siapkan assignment supaya masa belajar tidak terganggu dan dapat buat persediaan untuk final exam dengan selesa.

Dengan penjelasan yang agak panjang lebar ini, di harap dapat menjawab persoalan Rohana. Jangan susah hati kalau tak boleh bangun awal pagi  untuk belajar. Masih lagi boleh belajar ketika nak siapkan assigment. Mia doakan semoga berjaya mengikuti tips ini. All the best!

p/s: jangan abaikan masa belajar bila buat assignment...

4 comments:

  1. huhuhuh ~ mcm CP la , suke cgt buat assignment last minit ...

    ReplyDelete
  2. kalau buat last minute boleh siap takpe... kalau takleh siap macamana? uikkk parah tu... hehehe

    tapi mia yakin CP boleh buat punya. chaiyukkk!

    ReplyDelete
  3. tips yg menarik..
    rasanya sy jmpa entry ni tepat pd masanya.
    mid sem break pun dah nk start.
    tQ mrS.

    ReplyDelete