Monday, July 30, 2012

Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sekarang ni mesti ada yang sedang sibuk menghantar kad ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri sebagai pengganti diri meskipun sekarang ini boleh disampaikan melalui sms, mms, facebook, twitter, blog dan lain-lain saluran media sosial yang lain.

Bila hantar kad, ingatan tu akan ada sampai bila-bila. Boleh juga disimpan sebagai koleksi kad raya. Mia masa sekolah dulu, memang rajin berbalas kad raya dengan kawan-kawan sekolah, yang sama-sama belajar. Rasa macam seronok sangat. Lepas tu, boleh gantung di rumah. Bila kawan-kawan datang beraya ke rumah, masing-masing tengok kad raya daripada mereka ada ke tak... indahnya kenangan masa di sekolah dulu..

Masa bercinta, kad raya memang best.. siap ada lagu-lagu lagi. Memang disimpan. Ala.. zaman muda-muda dulu. Bila berjauhan memang macam tu. Tapi yang pastinya percintaan yang lama itu tidak sampai ke jinjang pelamin. Tak mengapa. Akhirnya kahwin juga tapi dengan orang lain. Jodohnya lambat sampai dengan Suami Mia ni... hehehehe..

Mia pun sekarang ni, dah jarang sangat nak pos kad raya kat kawan-kawan. Semuanya pos kat facebook dan tag sahaja. Zaman dah berubah... 

p/s: kat atas tu kad raya pejabat untuk kakitangan... tengah fikir juga nak bagi kad kat siapa...

20 comments:

  1. kalau time bercinta sya dpt 2 kali yg ada bunyi...dr hubby..hehe

    ReplyDelete
  2. 2 la, zaman dulu da hilang kemeriahannye, skrg nak gantung kad kt dinding umah da xde kad. xd org anta kad da. sedeynyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... sekarang dah tak semeriah dulu. orang pun lagi jimat takyah pos. pos kat fb je, zilla...

      Delete
  3. bagi kat saya je mia...lama tak dapat kad raya...he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah... mia tahun ni takde nak pos ke sesiapa pun... huhuhu..

      Delete
  4. sungguh kan kak mia..
    bila zaman dah maju nie nk dpt skeping pon susah oow..sadisss~

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah amalina... kalau ada pun kad raya untuk ofis punya....

      Delete
  5. shida suka kad dr dulu smpai skg ni kak mia.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh shida.. mesti banyak poskan kad tu... meh sini skit... heheheh

      Delete
  6. Dulu suka juga antar kad. Kad raya, kad hari lahir, kad pengenalan(opss...tersilap).

    Kalau ada kad memang betul boleh disimpan buat kenangan tu. Tapi sekarang cuma hantar kad kepada yang terdekat sahaja. Yang lain cuma guna media sosial.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikk heheheh taliff... lama dah tak nampak taliff buat lawak.

      sekarang lagi mudah dan cepat guna media sosial. takyah susah2 nak gi pejabat pos...

      Delete
  7. Replies
    1. samalah... zaman dah berubah caliph... makin moden dan berteknologi...

      Delete
  8. Hari ni jarang sangat da nak dapat kad raya ... huhu

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

Buy Here Online @ Mialiana.com

March Top Supporters