image August 2012 - Mia Liana

Friday, August 31, 2012

Beg Raya Sofea

8/31/2012 08:49:00 PM 18 Comments
Bila beraya, perkara yang paling menggembirakan Sofea ialah dapat duit raya. Mula-mula beraya di sebelah keluarga Mia di Batu Pahat, punyalah penuh handbag Mia dengan duit raya Sofea. Masa itu tidak terfikir lagi nak belikan beg raya untuk Sofea.

Kemudian tiba giliran beraya dengan keluarga Suami Mia. Sofea terus berkenan bila nampak Syakirin (anak kepada Kakak Suami Mia) pakai beg raya untuk simpan duit raya. Punyalah dia berkenan. Nak juga.

Jadi, sambil-sambil beraya ke Kota Tinggi sempat juga singgah di Ulu Tiram untuk belikan beg Sofea. Sofea terus berkenan dengan beg itu sebab lebih kurang sama dengan Syakirin punya. Harganya pun dapat ditawar sehingga RM 8.00. Syukur.....

beg raya Sofea 

beg raya Syakirin (sepupu Sofea) yang Sofea berkenan sangat

p/s: lepas itu, semua duit raya Sofea beserta sampul telah dimasukkan ke dalam beg raya yang comel ini... so sweet...

SEGMEN : Sept's Bloglist by Eesya Lavigne

8/31/2012 05:41:00 PM 14 Comments

Ketika berblogwalking, Mia berkenan betul nak join segmen Eesya.... Segmen mudah tentulah senang nak join. Syarat-syarat telah dipatuhi.....

SYARAT-SYARAT : (copy & paste dari entri penganjur)

1. Follow blog Nurul (button follow ada kat atas)
2. LIKE page Nurul ..
3. Buat entri bertajuk "SEGMEN : Sept's Bloglist by Eesya Lavigne".
Tempek BANNER sekali ..
4. Letak ID blog & ID fB dalam entri ...
5. Hantar LINK SEGMEN dekat kotak komen bawah nie ..
6. Tidak dialu-alukan bagi yg pernah tersenarai dalam bloglist sebelum ini ..
7. Sebarang penipuan , penyertaan anda akan terbatal secara sendirinya
8. Tamat pada *akan diberitahu kemudian*

PERHATIAN !!
Ada "hadiah misteri" bagi peserta yg bertuah ..

p/s: jom support kawan-kawan blogger.... dan meriahkan suasana...

Thursday, August 30, 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 55

8/30/2012 04:54:00 PM 16 Comments
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 55

Wahhhh.... Gembiranya tidak terkata tanggal 31 Ogos akan menjelang selepas tengah malam ini. Tarikh yang tidak pernah dilupakan. Tarikh yang merupakan cuti umum ataupun kelepasan am bagi semua warga Malaysia. Tarikh yang melambangkan Hari Kemerdekaan buat Malaysia, tanahair yang tercinta.

Mia rasa syukur dan bangga menjadi rakyat Malaysia. Kita hidup dengan aman dan harmoni. Tema logo hari kebangsaan kali ini, ialah Janji Ditepati. Penuh dengan tersurat dan tersirat.

Kepada semua pengunjung Mialiana.com, Mia ingin ucapkan "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke 55" dan hayatilah erti kemerdekaan yang sebenarnya.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

p/s: sayang Malaysia.... cintai Malaysia...

Jangan Mengutuk Sesama Umat Islam

8/30/2012 09:50:00 AM 31 Comments
Terkadang kita tidak perasan ketika berborak-borak telah secara tidak sengaja mengutuk rakan-rakan kita. Secara tidak langsung ianya ibarat doakan keburukan kepada mereka. Tak pasal-pasal dah dapat dosa yang tidak disedari. 

Jom kita baca emel yang Mia terima daripada rakan Mia.... dan sama-samalah mengambil iktibar dan berusaha untuk mengelak daripada mengutuk orang lain secara tidak sengaja.... zassss..


Yang dimaksudkan dengan mengutuk ialah mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang kita lakukan sesama muslim.


Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW :
"Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir." ( HR Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas'ud )

Rasulullah SAW. bersabda:
"Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya." [HR Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak]

Nabi SAW. bersabda:
"Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak berjaya ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya." [ HR Abu Daud]

Rasulullah SAW bersabda :
" Tidak patut seorang teman baik, mengutuk (temannya)" [HR Muslim dari Abu Hurairah]

Rasulullah SAW bersabda :
" Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan yang suka menjuluki, bukan yang suka berbuat keji, dan bukan juga orang yang suka bercakap keji." [HR Muslim]

Dari hadis hadis tersebut di atas telah diterangkan bahawa mengutuk orang mukmin itu termasuk perbuatan yang berdosa, kerana kutukan dan laknat itu menjadi hak ALLAH SWT sahaja, dalam menghukum setiap hambanya.

Sehingga kita dilarang mengutuk kerana kegunaan kutukan itu mengharapkan supaya ALLAH SWT mencabut semua nikmat yang telah diberikan kepada hamba tersebut baik nikmat zahir mau pun nikmat batin, supaya dia (orang yang dilaknat) tidak memperoleh nikmat dan anugerahNya.

Oleh kerana itu Rasulullah SAW. melarang perbuatan itu, bahkan menganjurkan sebaliknya iaitu supaya saling mendoakan sesama muslim agar mendapat ni'mat dan kurnia dari ALLAH SWT.

p/s: ingat-mengingati sesama umat Islam

Wednesday, August 29, 2012

Bio Oil

8/29/2012 05:33:00 PM 30 Comments



Bio oil ini cuma 60ml tetapi banyak gunanya untuk merawat kulit yang bermasalah. Wajib ada satu di rumah. Hasilnya pun cukup memuaskan. Sesuai sangat untuk hilangkan parut dan warna kulit yang tidak sekata.

Kalau masak gorengan dan minyak panas terpercik kat tangan, memang patut guna ini. Berkesan untuk memulihkan kulit yang melepuh.

Mahal juga harganya RM 32.50. Beli kat Apotic Pharmacy. Kalau guna banyak memang cepat habis.

p/s : belum cuba... belum tahu...
Published with Blogger-droid v2.0.6

Sarapan Pagi Di Restoren Dahlia

8/29/2012 08:37:00 AM 44 Comments



Pagi ini Mia bersarapan dengan Kak Aida, As dan Dayah di Restoren Dahlia berdekatan dengan pejabat. Maklumlah dah lama cuti raya, bila naik kerja seronok la berborak sekejap.

Mia makan mee hoon goreng dengan ayam goreng. Nak makan nasi macam berat pula. Minum dengan teh tarik.

Jemput makan semua....
Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, August 28, 2012

SEGMEN ERAZ FADLI : Pencarian BLOGLIST

8/28/2012 09:53:00 PM 34 Comments


Baru je lepas jenguk blog list Mia tadi. Eh! Ada segmen dari Eraz. Lagi beberapa minit nak tutup ni. Kak mia pun join walaupun last minute...

Jom join. Jom support Eraz. Tahniah ya dah ada domain sendiri. Terbaik!

p/s : first time buat entri segmen secara mobile....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Mood Malas Nak Update Blog

8/28/2012 08:03:00 PM 20 Comments



Hmmm... Hari ini rasanya macam malas sangat nak update blog. Mia macam moody sedikit. Penat kot..Mungkin susah hati pasal dapat kerja ad-hoc yang perlu diselesaikan dalam tempoh beberapa hari ini. Nampak gayanya memang sibuk betul.

Tapi bila dah balik rumah, kesian pula tengok blog tiada update dari pagi tadi. Jadi, Mia update dengan entri ini.

p/s : sayang sangat kat blog ini... tak sanggup biarkannya tiada update hari ini...
Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, August 27, 2012

Biskut Kacang Mazola

8/27/2012 11:02:00 PM 32 Comments




Biskut kacang mazola memang sedap dimakan. Mia paling suka sangat. Kalau pergi beraya, ada sahaja kuih raya ini Mia cuma makan ini saja.

Kak Ngah (Kakak Suami Mia) yang masak biskut ini. Gambar kat atas itulah rupanya.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah kacang tanah, minyak mazola, gula halus, tepung gandum, tepung jagung dan telur.

Mia belum sempat lagi nak buat biskut ni untuk raya tahun ini. Nanti nak juga buat untuk raya tahun depan.

p/s : tengah beraya rumah Kak Ngah ni... banyak pula biskut kacang mazola yang Mia makan sambil tengok TV3 cerita Senario Asam Garam....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Mood Raya + Monday Blues

8/27/2012 09:46:00 AM 48 Comments

Punyalah lama cuti selama seminggu. Seronok raya sana dan sini. Terasa sekejap betul masa dah berlalu. Tup-tup dah kena naik kerja pada hari ini.

Punyalah berat hati nak bangun pagi tadi, rasa macam nak sambung cuti. Tapi apa kan daya cuti hanya tinggal 4 hari sahaja. Banyak cuti yang diambil semasa semester Januari 2012 (terakhir) di OUM. Sedihnya. Nak kena simpan. Nanti nak cuti lagi masa nak konvokesyen OUM.

Pergi kerja jugalah hari ini. Nak buat kerja pun masih tiada mood lagi.. Sempat pula berfikir, malam ni nak raya mana pula. Banyak lagi rumah yang belum dikunjungi.

Kiranya Mia ni tengah mood raya + monday blues.... terasa macam di awangan pula... Kena atasi juga penyakit ni. Jangan dibiarkan lama. Rasanya semua orang pun alami yang sama...

p/s: tarik nafas panjang-panjang dulu.... yakin boleh...

Sunday, August 26, 2012

Cuci dan Hilangkan Contengan Di Sarung Kusyen Sofa

8/26/2012 11:49:00 AM 27 Comments
Cuci dan Hilangkan Contengan Di Sarung Kusyen Sofa 

Sekarang.. sejak Sofea dah pandai nak tulis dan warna, bukan setakat buku yang dicontengnya malah sarung kusyen sofa menjadi mangsanya. Siapa yang tidak risau, pening juga nak hilangkan macam mana. Kalau kotoran biasa memang boleh hilang. Kalau contengan tentu sukar.

Dulu masa baru kahwin beli sofa dan pilih warna fabrik kusyen ini, tidak terfikir pula satu hari nanti anak akan conteng. Sekarang baru lah sedar kalau dulu pilih fabrik yang gelap. Rasanya macam nak tukar sarung kusyen sofa yang baru, tetapi kena keluar duit pula.

Suami Mia yang dapat idea ini... Katanya cuba rendam 1 jam, biar kembang dan sebati dulu dengan sabun pencuci pakaian. Hmmm.. bagus juga. Nasib baiklah guna mesin basuh automatik. Campak sahajalah. Sebelum ini, Mia cuci cara biasa pun tidak hilang.

Contengan Sofea di sarung kusyen sofa dengan menggunakan pensel warna, pensel biasa, highlighter Mia, pen biru dan pen merah. Pendek kata, kotoran degil yang sukar hendak dihilangkan. 




Bahan-bahan yang diperlukan... serbuk pencuci pakaian Sc88 produk CNI dan softener Downy Antibac.


Rendam selama 1 jam dan kemudian basuh seperti biasa. Guna function (Soak 1 Hour) di mesin basuh....


Selepas itu dijemur di ampaian. Dah kering kemudian sarungkan semula kusyen sofa. Dan inilah hasilnya....


p/s: leganya hati ini.... bersih dan berseri seperti baru tanpa ada kesan contengan itu lagi...

Saturday, August 25, 2012

Dapat Surat Daripada Google Adsense Support

8/25/2012 06:18:00 PM 38 Comments



Alhamdulillah... Surat yang dinanti telah pun sampai semalam. Jauh tu dari USA.

Surat ini mengandungi maklumat penting akaun Google Adsense iaitu Personal Identification Number (PIN). Mia perlu membuat pengesahan akaun dengan PIN ini untuk mengaktifkan pembayaran bagi akaun Mia.

Leganya... syukur sangat. Ada jugalah pendapatan sampingan untuk blog ini nanti. Walaupun sedikit tetapi lama-lama boleh jadi bukit. Boleh cashout bila dah cecah USD 100.00

p/s : mood suka..
Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, August 24, 2012

Katil Puzzle ABC Sofea

8/24/2012 09:35:00 PM 30 Comments




Akhirnya siap juga puzzle ABC ini dilekatkan bersama-sama dengan Sofea menjadi katil. Berpeluh-peluh nak siapkannya. Sofea nak baring terus dalamnya. Lepas itu, Sofea pun sibuk masukkan bantal-bantalnya.

Siap bagi amaran kat mak ayahnya supaya jangan usik. Ini Sofea punya. Nanti pecah. Gelihati kami bila tengok gelagatnya.

Dengan hati yang gembira sambil baring si kecil manis ini tengok televisyen. Amboi-amboi suka sangatlah tu. Nampak kepuasan terserlah dari air mukanya.

p/s : projek baru Sofea malam ni....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Bila Sofea Nak Pandu Kereta Sendiri

8/24/2012 12:36:00 PM 12 Comments




Sofea sekarang memang pantang kalau duduk dalam kereta. Mulalah sibuk nak pandu sendiri. Siap berangan sambil menyanyi lagi. Gambar kat atas itulah buktinya... Oppsss baru perasan, tangan kiri Sofea itu tidak macam dalam gambar ya. Itu sebab terkena biasan cahaya matahari melalui cermin depan kereta. Terkejut juga Mia pada mulanya. Nasib tangan Sofea tidak ada apa-apa. Sofea memang tidak akan seorang bila berada dalam kereta. Memang berteman Mia atau Suami Mia.

Dah pandai buka siaran radio kegemarannya, kemudian usik stereng kereta. Lepas tu main wiper dan hon sesuka hati.

Sofea... Nanti dah besar baru boleh ya... Ni masih kecil lagi. Cuma boleh bawa kereta mainan je...

p/s : sayang sangat kat Sofea....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, August 23, 2012

Baby Adam Dibenarkan Keluar Dari Hospital Pakar Puteri

8/23/2012 05:28:00 PM 14 Comments

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan rahmatNya di bulan Ramadhan dan Syawal yang mulia ini dan berkat doa semua, 7 hari berada di Hospital Pakar Puteri, Baby Adam telah pun dibenarkan pulang sebelum tengahari tadi. 4 hari di wad ICU dan 3 hari di wad HDU.

Mulai hari ini setiap pagi dan malam Baby Adam perlu di inject ubat di Hospital Pakar Puteri selama 6 hari. Tidak mengapa jika terpaksa berulang-alik asalkan Baby Adam dapat sembuh sepenuhnya.

Kami sekeluarga terlalu gembira dengan berita ini. Leganya... Terasa seperti bergelinangan air mata..

p/s: kagum dengan kebesaranNya....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sofea Makan Kerepek Dengan Bear

8/23/2012 08:19:00 AM 26 Comments
Sofea memang suka makan kerepek. Tak kisahlah kerepek apa asalkan namanya kerepek. Mia suka tengok Sofea bila makan kerepek sambil suapkan Bear. Seboleh-boleh nak masukkan kerepek ke dalam mulut Bear. Hmmm... Tercari-cari juga lubang mulut Bear. Agaknya dia pelik tengok mulut Bear. Bila diterangkan banyak kali barulah faham. Padahal setiap kali balik kampung memang jumpa Bear... Hmmm.. karenah budak-budak lah katakan.

Terus Sofea makan kerepek dengan hati yang senang lenang sambil tengok cerita kartun di Astro. Dia seorang sahaja punya channel, orang lain tidak boleh tengok channel lain.

Selalunya kalau nak ambil gambar Sofea memang susah, sebab dia suka sangat bergerak. Tapi kali ni boleh pula tersenyum bila Mia nak ambil gambarnya... Suka sangat gambar Sofea yang ini...


p/s: Bear lebih besar dari Sofea... Inilah kawan Sofea masa kat kampung...

Wednesday, August 22, 2012

Kucing Jiran Buang Najis Depan Pintu Rumah

8/22/2012 08:13:00 AM 25 Comments
Semalam petang balik Johor Bahru lalu jalan biasa Pontian sebab nak lalu highway mesti sesak. Terus bertandang ke rumah Mak Mertua.

Tengah malam tadi baru sampai rumah. Tup-tup macam ada bau yang kurang menyenangkan dan nasib tidak terpijak dalam kegelapan. Rupanya kucing jiran pergi membuang najisnya betul-betul  di atas jubin depan pintu rumah. Punyalah angin. Ni mesti kerja si kucing hitam yang bulu kembang itu. Tuannya tiada di rumah. Kalau lepak kat sini tidak mengapa, ini dijadikan tandas pula. Bukannya sedikit, banyak pula tu. Maklumlah kami tinggalkan rumah sejak hari Sabtu lagi.

Nak marah pun tidak guna. Tuannya belum balik lagi. Terpaksalah Suami Mia cuci malam tadi dengan keadaan penat. Sungguh bengang betul.

Pagi tadi pula, apa pasal lain macam pula bau ini. Bila dibuka pintu, buang lagi najis kat depan pintu rumah. Bertambah anginlah kami. Kalau wangi tidak mengapa... ini baunya memang tidak menyenangkan.

Gambar yang baru Mia ambil sebentar tadi ketika Suami Mia cuci depan pintu rumah buat kali kedua.


Nasihat kepada mereka yang bela kucing, jagalah kucing sendiri ya jangan sampai membuang najis di rumah orang. 

p/s: moody sedikit hari ini..

Tuesday, August 21, 2012

Main Game Coin Dozer

8/21/2012 09:47:00 PM 8 Comments


Hmmm... Sekarang ini tak tahulah. Rasanya dah macam satu kemestian nak main Coin Dozer setiap hari. Salah satu aplikasi game untuk android. Best betul main. Rasanya dah kemaruk pun ya...

Mainnya pun cara santai-santai sahaja. Bila coin penuh, barulah seronok nak main. Bila dah habis coin boleh ditebus dengan prize dalam koleksi kita ataupun tunggulah beberapa jam sehingga coin banyak semula.

Di handphone Mia ni dah nak hampir 37,000. Banyak juga tu. Mula main game ini sejak handphone ini dibeli. Gambar kat atas tu paparan game Coin Dozer di Galaxy Tab anak saudara Suami Mia.

p/s: seronoknya main game ini...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Update Blog Secara Mobile Dengan Aplikasi Blogger-Droid

8/21/2012 10:56:00 AM 16 Comments
Di kala kesibukan dengan beraya ke sana sini, sempat jugalah Mia untuk update blog. Lebih mudah dengan adanya aplikasi Blogger-Droid. Senang dan cepat. Gambar berada di atas entri dan tulisan entri di bawahnya.

Semua entri yang dibuat menggunakan aplikasi ini akan ada "Published with Blogger-droid v2.0.6" di bawah entri.

Memang Mia dah download sebelum ini selain daripada aplikasi Blogger yang asal. Kali pertama Mia guna masa tengah update kisah Baby Adam masa masuk ICU di Hospital Pakar Puteri.

Sejak menggunakan Samsung Galaxy S Advance ini, urusan nak update blog pun menjadi mudah. Yang Mia paling suka ada ciri-ciri Advanced Editor Mode yang membenarkan kita untuk edit html code ketika buat entri baru.

Selain itu, ada juga aplikasi lain yang Mia pun belum sempat nak cuba lagi.... Nantilah bila ada masa lapang Mia pun nak cuba aplikasi yang lain juga...

p/s: ketika berblogwalking pagi ini... ada juga blogger yang update blog dengan aplikasi Blogger-Droid juga...



Monday, August 20, 2012

Restoren Mamak Dan McDonald's Penuh

8/20/2012 11:08:00 PM 18 Comments

Konon-konon baru habis beraya ini nak ngeteh sekejap kat restoren mamak. Makkk aiiii punyalah penuh tempat parking. Kat restoren mamak pun penuh dengan ramai orang.

Roti canai dan murtabak dah habis. Yang ada cuma masak gorengan dan lauk pauk. Terpaksa bungkus apa ada dan makan kat rumah keluarga Mia.

McDonald's pun penuh juga. Cukup sesak walaupun dah malam macam ini. Lokasi tempat di Parit Raja.

Masih banyak kedai makanan belum dibuka pada hari raya kedua. Hmmmm..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Baju Raya Serba Merah Sekeluarga

8/20/2012 05:51:00 PM 12 Comments

Inilah baju raya kami sekeluarga. Merah sedondon. Senang. Satu tema. Ternyata kain cotton denim ini lembut dan tidak panas. Sofea boleh pakai dengan selesanya di sepanjang hari raya pertama. Tahun lepas cuma boleh pakai sekerat hari sahaja sebab jenis kain yang panas (beli ready made).

Ingat tak tempohari yang Mia tempah baju raya pada hari puasa yang kedua. Nasib baik sempat siap sebelum raya.

Tapi baju kurung Mia tidak sempat untuk dihantar jahit manik atau pun sulam. Cari-cari juga tapi tiada siapa yang sanggup. Jadi sebagai alternatif Mia pakai tudung merah bercorak bunga. Nampaklah sedikit serinya.

Seronoknya bila raya sekeluarga dengan baju raya satu warna. Orang pun senang kenal, ini ayahnya.. ini maknya dan ini anaknya....

p/s : so sweet....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Al-Fatihah Buat Arwah Atuk Suami Mia

8/20/2012 09:31:00 AM 12 Comments
Semalam petang selepas sahaja beraya satu keluarga Mia di luar wad ICU Hospital Pakar Puteri. Tiba-tiba Suami Mia dapat panggilan telefon menyatakan Atuk Suami Mia telah kembali ke rahmatullah.

Masa bergegas ke Kota Tinggi petang semalam

Terus serta-merta kami berdua bergegas ke Kota Tinggi dengan menumpang kereta Adik Suami Mia. Keluarga Mia dan Sofea berehat di rumah Mia dahulu. Memang kami tidak bawa Sofea kalau pergi melawat orang meninggal. Sofea kecil lagi. Minggu lepas dah melawat Arwah masa dimasukkan ke Hospital Kota Tinggi.

Bila sampai sahaja di rumah Arwah, dah ramai sangat saudara mara yang berkumpul. Arwahnya berada dalam keadaan tidur ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semalaman dibacakan surah yassin oleh sanak saudara. Jenazah akan dikebumikan pada pagi ini.

Doakan agar rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

p/s: pukul 1.00 pagi tadi balik semula ke Batu Pahat... sebab memang nak raya di sebelah keluarga Mia dahulu...

Sunday, August 19, 2012

Beraya Di Luar Wad ICU Hospital Pakar Puteri

8/19/2012 10:16:00 PM 6 Comments
Hari ini penuh betul aktiviti Mia. Selepas beraya ke rumah nenek dan bapa saudara, kami terus pergi ke Johor Bahru melawat Baby Adam.

Baby Adam pun sudah tidak gunakan mesin oksigen dan boleh bernafas sendiri. Malam ini Adik Mia dah dibenarkan menyusukan Baby Adam. Leganya. Esok pula akan dipindahkan ke wad biasa. Syukur sangat.

Kali pertama kami beraya di luar wad ICU Hospital Pakar Puteri. Detik bersejarah 1 Syawal.  Memang mahal bayarannya tapi cukup puas hati dengan layanan yang diberikan.









p/s : Semoga Baby Adam cepat sembuh.. Amin...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Masakan Di Pagi Hari Raya Pertama

8/19/2012 08:40:00 AM 12 Comments
Wahh... Bestnya. Baru sahaja selesai aktiviti memasak di awal pagi raya pertama. Di waktu ini, kaum lelaki sedang menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri di masjid. Kaum wanita pula sibuk di dapur hendak menyediakan juadah di pagi raya.  

Lokasi masak-memasak di dapur rumah keluarga Mia di Batu Pahat. Tengah malam tadi Mia dan Suami Mia baru sampai sini, memandangkan kami bertandang dahulu ke rumah keluarga Mertua di Johor Bahru. Lega.. nasib dekat. Tak jauh sangat.

Masak memang banyak. Guna kuali besar dan periuk besar. Memang puas lah kalau makan. Siap tambah-menambah. Selalunya ada aktiviti kunjung-mengunjung di sini, berbalas mangkuk rantang. Jadi, dapat merasa masakan jiran tetangga juga.

 Jom kita tengok... apa yang dimasak untuk pagi ini.... zasss.

Lauk wajib - Lodeh 

Lauk daging masak rendang

Lauk ayam goreng berempah

Sambal kacang 

Nasi impit guna bekas lontong 

Paling wajib - ketupat 

p/s: ketika ini Adik Mia, Ikin dan suaminya beraya di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru. Keadaan Adam dah agak stabil dan masih lagi dalam wad ICU untuk senang dipantau oleh doktor.

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir Dan Batin...

8/18/2012 02:54:00 AM 40 Comments


Di kesempatan ini Mia sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pengunjung mialiana.com mana tahu kalau ada terkasar bahasa dan tersinggung hati semasa membaca entri-entri di dalam blog ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Sambutlah kehadiran Syawal seadanya. Persiapan yang dibuat oleh Mia sederhana sahaja seperti tahun-tahun lepas. Yang penting sekali kita dapat berkunjung ke rumah sanak saudara dan bermaaf-maafan. Barang yang lepas usah dikenang. Buang yang keroh ambil lah yang jernih.

p/s: maafkan Mia ya....

Friday, August 17, 2012

Baby Adam Dah Sedar Dan Nampak Perubahan Yang Positif

8/17/2012 12:54:00 PM 14 Comments
Hari ini Baby Adam dah menunjukkan perubahan yang positif. Sentiasa dipantau 24 jam di wad ICU Hospital Pakar Puteri. Ada masuk air, antibiotik dan antivirus pada Adam secara berjadual. Nampak gayanya sampai lepas raya lah kat hospital ini.

Katanya doktor nak tunggu bengkak otaknya susut dan lihat komplikasi lain. Risau sangat. Hari ini Baby Adam ada jalani rawatan fisioterapi.

Solat hajat dan doa banyak-banyak untuk Baby Adam. Cepatlah sembuh nanti boleh beraya sama-sama satu keluarga.

Jom tengok gambar masa kami menungggu di luar wad ICU... zasss


Mia dengan Suami Mia

Adik Mia, Ikin dengan suaminya

p/s: tak sabar nak tunggu Baby Adam keluar dari wad ICU...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, August 16, 2012

Baby Adam Masuk Wad ICU Hospital Pakar Puteri

8/16/2012 10:28:00 PM 36 Comments

Di kala ini Mia, Suami Mia dan Sofea sedang berada di luar wad ICU Hospital Pakar Puteri. Baby Adam, anak kepada Adik Mia sedang kritikal. Mula-mula demam dan selepas sembuh demam terus kena sawan. Tadi katanya doktor cakap otaknya bengkak. Risau betul ni.

Mak dan Ayah Mia sedang dalam perjalanan ke sini dari Batu Pahat.

Masa Mia jenguk sekejap tadi, baby Adam sedang tidur. Kesian sungguh tengok keadaannya penuh dengan tiub salur disambung ke mesin bacaan.

Tolong doakan baby Adam ya...

Gambar Baby Adam masa sebelum pergi ke Hospital Pakar Puteri.






Di luar wad ICU Hospital Pakar Puteri




p/s: akan sibuk ke Hospital Pakar Puteri sehinggalah raya...

Published with Blogger-droid v2.0.6