September 2012

Sunday, September 30, 2012

Sofea Dah Pandai Guna Skype...


Memandangkan Sofea sekarang ini belajar tadika berdekatan dengan rumah keluarga Mia, kisahnya ada di SINI. Jadi Mia dan Suami Mia berhasrat nak guna Skype supaya dapat berhubung dengan Sofea dan nampak videonya sekali. Terubat rindu nanti.

Aktiviti petang semalam selepas siap memasang webcam di komputer Ayah Mia, Suami Mia ajar Sofea satu persatu cara-cara untuk gunakan Skype. Nak buat video call dan terima video call dengan lappy Mia. Nasib Sofea cepat faham dan dah ingat simbol-simbol yang harus diklik. Suka betul dia bila dah tahu cara nak guna Skype.

Paparan video Skype Sofea dari lappy Mia...zasssss



Boleh juga dipelbagaikan template video settings Skype yang berbeza. Setting dibuat di komputer Ayah Mia. Jadi, Mia dapatlah tengok video Sofea seperti di bawah ini...

template suratkhabar 

template bingkai gambar

Inilah webcam yang baru Suami Mia beli pagi semalam untuk dipasang di komputer Ayah Mia. Comel  benar rupanya. Siap built-in microphone.


p/s: jarak bukan penghalang untuk kami berhubung... sayangnya kat Sofea...
Read more / Baca Lagi >>>

Peraduan Ucapan Hari Lahir Sop


Peraduan Ucapan Hari Lahir Sop

Di hari terakhir peraduan ini, Mia baru sempat nak join. Nak support segmen Sop ini.  Dapatlah juga mengarang sepatah dua kata untuk ucapan hari lahir Sop. 

Kepada rakan-rakan lain yang berminat, silalah join dengan klik banner di atas.




Dengarlah rakanku...


Nafas pagi ini 
Adalah anugerah untuk hidup
Yang penuh dengan berkat
Bersyukur setiap hari
Atas rahmat yang dilimpahi

Tiba masanya
Melangkah ke usia baru
Mungkin gentar bagimu
Harus jua dilalui setiap tahun

Selamat Hari Lahir Sop...
Kenalan lama rakan blogger
Bertahun sudah mengenali hati budimu

Moga berbahagia hendaknya
Diberi kesejahteraan hidup 
Dengan usia yang berpanjangan
Bersama keluarga berkasihan
Diiringi doa dan restu


Ikhlas daripada,
Mia Liana




Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, September 29, 2012

Pure Marine Collagen Dah Sampai


Pure Marine Collagen Dah Sampai

Sukanya Mia. Tengahari tadi satu bungkusan Pos Laju telah diterima di rumah keluarga Mia. Mia yang tandatangani serahan bungkusan, sambil tersenyum tak sabar nak tengok Pure Marine Collagen yang Mia order kelmarin.

Bila dibuka, macam inilah rupanya kolagen mentah. 


Ini semua gara-gara selepas blogwalking ke blog Momoy dan baca entri DIY Pure Marine Collagen Mask. Sis Moy memang cantik dan jelita orangnya. Patutlah kulitnya cantik. Terus Mia tanya dan order dengan pengedarnya, Nur Aini di Kuantan dan buat bayaran secara online. Nasib baik sedang dalam promosi. Jadi Mia bayar RM 50.00 dan dapat 3 peket.

Masih baca dan belajar macam mana nak buat masker dan untuk diminum. Bila dah pandai nanti baru Mia buat.

p/s: banyak betul kelebihannya...
Read more / Baca Lagi >>>

Menang Segmen Bloglist Pilihan Cik Putri


Semalam, balik kerja sahaja seperti biasa Mia akan pergi ke post box tengok kalau-kalau ada surat. Eh! ada satu surat yang menggelembunglah. Dipos dari Selangor. Hmmm.. dah dapat agak dah...

Bila dibuka, inilah yang keluar. Sepasang contact lens berwarna biru di dalam botol. Sweet sangat...


Ini adalah hadiah yang Mia menang dalam Segmen Bloglist Pilihan Cik Putri tempohari. Mia pun tak sangka. Suka-suka join je... Tup-tup Cik Putri kata Mia menang bersama 2 orang blogger lain dan ingin meminta alamat Mia untuk poskan hadiah. Syukur alhamdulillah...

Wahhhh... terima kasih ya. Mia suka sangat dengan hadiah ini... Terharunya....

p/s: entri penyertaan Mia untuk segmen yang dimenangi ada di SINI.
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, September 28, 2012

Shopping @ Carrefour Batu Pahat


Selepas pergi kenduri kahwin dalam entri Bila Sofea Makan Nasi Minyak.., kami singgah pula ke Carrefour, nak beli keperluan Sofea dan ganti baru kasut Mia yang terkopak. Boleh lagi jalan guna kasut tu tapi kena seret. Dah lama benar Mia pakai kasut tu sejak awal tahun lagi. Agaknya dah tiba masa tukar yang baru.

Ramai pula orang di Carrefour, nak bayar pun kena beratur dan tunggu agak lama. Sampai Sofea pun agak boring dan mulalah rasa nak tidur lah... nak dokonglah. Berat Sofea dah 19 kilogram, dah tak dokong sangat dia ni.

Jom tengok zasssss...





p/s: lepas bayar, terus guna kasut hitam tu... lega, baru senang nak jalan...
Read more / Baca Lagi >>>

Segmen E'raz Fadli : Blogwalking



E'raz buat segmen lagi... Kali ini untuk blogwalking. Senang nanti dia nak terjah kita semua. Jomlah join.. kot-kot ada blogger-blogger baru bolehlah kita berkenalan sama dan juga blogger-blogger lama bolehlah kita lagi mesra.

Seperti biasa Mia tentu support E'raz, dan war-warkan di blog ini supaya blogger lain pun tahu. Kalau berminat join tau!

Segmen ini akan tamat pada 1 Oktober 2012 jam 8.00 pagi.

p/s: segmen yang simple... jangan dilepaskan...
Read more / Baca Lagi >>>

Bila Sofea Makan Nasi Minyak...


Bila Sofea Makan Nasi Minyak...

Hmmm... Mentang-mentang sekarang ni dah bersekolah tadika. Sofea lebih suka buat apa-apa sendiri. Hari Sabtu lepas, Mia sekeluarga dengan Ayah dan Mak Mia menghadiri kenduri kahwin anak rakan baik Ayah Mia di hadapan Carrefour Batu Pahat.

Bila makan nasi minyak, Sofea terus nak makan sendiri. Sofea hanya makan nasi minyak sahaja, lauk ayam dan daging kami yang suapkan. Kalau tak, nanti kecah sangat. Rambut Sofea di sebelah depan dah dikerat pendek oleh Neneknya supaya senang di sekolah tadika dan tidak rimas.

Jom  tengok gelagat Sofea tu... zass...







p/s: masa kenduri kahwin ini, kasut yang Mia pakai terkopak...hehehe alamatnya memang kena singgah Carrefour dan beli baru....
Read more / Baca Lagi >>>

Mia Liana Peserta Bertuah Segmen MAK DARA SILA SAMPAIKAN UCAPAN SAYA


Mak Dara telah pun umumkan 3 orang peserta yang bertuah di SINI. Tidak sangka pula nombor Mia naik dalam random.org (cara paling popular di kalangan blogger untuk memilih pemenang).

Wah tentu gembiralah . Segmen kreatif Mak Dara ini memang unik dan best. Alahai segannya dengan ayat yang Mia karang tu. Mia masuk segmen ni pun untuk suka-suka dan support kawan bloggers.

comel je kan.... touchingnya...

Terima kasih banyak-banyak kepada Mak Dara. Moga dipermudahkan segala urusan dan dapat menyiapkan skrip dengan jayanya. All the best!

p/s: entri penyertaan Mia ada di SINI.
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, September 27, 2012

Blog Saya Biasa Biasa Je Tapi Cool!



Mia telah ditag oleh Nisa di SINI. Segmen ini dianjurkan oleh Cik Pipi Merah. Mereka berdua memang selalu datang blog Mia...


Syarat penyertaan

1. Mestilah menjadi follower Belog cik si pipi merah
2. Buat satu entry bertajuk "Blog Saya Biasa Biasa Je Tapi Cool!"
3. Dalam entry tu anda wajib letak 1 entry korang yang terbaik (letak link je)
4. Letak banner Belog Cik si pipi merah dalam entry tersebut dan linkkan ke Belog Cik si pipi merah
5. Tag SEORANG rakan blogger dan pastikan dia tahu dirinya ditag
6. Letak link entry tu dekat sini


Entri terbaik Mia, yang paling banyak pageviews ialah...

klik pada gambar untuk besarkan



Mia nak tag Mama MZ... sudi-sudikanlah ya.... Kepada yang lain yang berminat, boleh join sama. Tarikh tutupnya pada 28 September 2012.. tepat pukul 11:59 pm

p/s: support kengkawan bloggers.... (^_^) peace...
Read more / Baca Lagi >>>

Terima Kasih Ya... Mrs Velentine


Seperti biasalah kan... Kadang-kadang tu Mia suka belek-belek komen-komen yang dibuat oleh  pengunjung. Eh! Baru perasan ada pengkomen speedy gonzales lah... Jom kita tengok siapa dia...

klik pada gambar untuk besarkan

Surpriseeee... Memperkenalkan Mrs Velentine. Rajin betul dia singgah sini dan tinggalkan komen di kebanyakan entri di blog ini. Cuma yang printscreen inilah komen berderet-deret olehnya.

Wahhh.. terima kasih ya. Mia suka sangat. Semoga kita akan mesra dan lebih mesra. Walaupun jauh di sana, komunikasi tetap ada, hanya dengan melalui blog. (^_^) peace...

p/s: jom terjah sekejap ke blog Mrs Velentine di SINI.
Read more / Baca Lagi >>>

Segmen : Follow And Follow


Segmen : Follow And Follow

Mia dijemput oleh Emas Putih untuk join segmen BFF dia ni, Puan Qalesya. Segmen yang simple tentulah Mia akan support.

Kepada sesiapa yang berminat jom join sama-sama. Klik sahaja banner di atas tu.. tarikh tutup akan diumumkan kelak.

p/s: follow memollow melalui segmen.. apa salahnya.... lagi cepat mesra...
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, September 26, 2012

Final Touch Up Di Blog Telah Siap


Aduhai macam-macam Mia cuba letak itu dan ini. Tengok tutorial sana dan sini. Final touch up untuk blog ini akhirnya siap sepenuhnya. Jadi nampak kemas sedikit bila ada border ini. Kalau tidak, macam sebelum ini nampak kosong.. kosong... kosong... layan lagu Najwa Latif.

Simple dan hanya bermainkan dengan coding border sahaja. Jenuh juga nak pilih code color yang sesuai. Mia berkenan pula pada color pink + grey.

Jom tengok hasilnya...



letak border keliling blog


letak background color pada title side bar dan tarikh entri


Hmmm... harap semua pengunjung suka dengan wajah baru blog ini. Semoga senang dan tenang ketika membaca entri-entri di blog ini.

p/s : sejuknya hati ini bila memandang.... penukaran background blog yang ke 25.
Read more / Baca Lagi >>>

Sofea Dah Sekolah Tadika


Sebenarnya sejak 3 bulan lepas Sofea selalu merengek nak masuk tadika. "Mak, Sofea nak sekolah". Asal bangun pagi sahaja, perkara pertama yang disebut nak sekolah. Mula-mula Mia dan Suami Mia, biarkan sahaja. Tapi lama-kelamaan bila jalan-jalan ternampak sahaja tadika, Sofea tanya bila dia nak ke sekolah.

Yang paling bestnya, dia tak nak sekolah tadika di Johor Bahru ni. Asyik nak sekolah tadika kat rumah neneknya (Mak Mia) di Batu Pahat. Setiap kali balik, Sofea akan tunjuk sekolah tadika yang betul-betul dekat dengan rumah neneknya. Hmmmm.. kalau nak pergi, jalan kaki sekejap dah sampai.

Mula-mula susah juga nak terima hakikat, Sofea nak sekolah tadika. Lama jugalah nak buat keputusan. Oleh kerana nakkan sangat sekolah tadika tu, Sofea pun tidak kisah tinggal dengan atuk dan neneknya di sana. Minggu lepas hari Selasa (18 September 2012), Sofea mula sekolah tadika. Punyalah suka sehingga tidak kisah pun neneknya tidak tunggu dia. 

baju seragam, baju senam dan beg tadika

Rindunya kat Sofea. Selepas ini, setiap minggu akan balik Batu Pahat nak jenguk Sofea. Sofea pula macam memahami yang mak ayahnya kerja di Johor Bahru. Belajar rajin-rajin ya Sofea... dengar cakap atuk. dengar cakap nenek.

p/s: baru je masuk umur 3 tahun... tiba-tiba terasa macam nak ambil cuti satu hari, nak tengok Sofea kat sekolah tadika...
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, September 25, 2012

MAK DARA SILA SAMPAIKAN UCAPAN SAYA


MAK DARA SILA SAMPAIKAN UCAPAN SAYA

Hmmm.. Mak Dara ada buat segmen lagi. Tengah perah otak ni nak karang ucapan apa ya? Ada 6 ayat ucapan yang perlu dibuat. Fiuh.. Selepas memikir inilah hasilnya..

  1. Terima kasih Open University Malaysia!
  2. Selamat belajar di tadika, Sofea!
  3. Smile... Smile... Smile...
  4. Jom terjah Mialiana.com
  5. Terima kasih kerana support Mialiana.com...
  6. Mia Liana & Mak Dara... Kelassss Gitu!
Adui.. ini sahaja lah ayat yang ada di fikiran Mia.. Terima kasih ya Mak Dara buat segmen kreatif ni. Mia join dan support Mak Dara... (^_^) peace...

p/s: jom join ramai-ramai....
Read more / Baca Lagi >>>

Terima kasih Open University Malaysia !



Pertama sekali Mia nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Open University Malaysia kerana telah banyak membimbing dan membantu Mia untuk mendapatkan segulung ijazah yang begitu bermakna buat Mia. Terasa pengalaman belajar selama 4 tahun terlalu banyak berharga.

Keputusan 4 tahun lepas ketika ingin memilih Open University Malaysia sebagai tempat untuk menyambung pengajian degree ternyata tidak sia-sia. Mia suka cara pembelajaran di sini. Amat sesuai dengan jiwa Mia. 

Terima kasih juga kepada OUM kerana telah memilih Mia untuk menerima Anugerah Dermasiswa Yayasan Canselor OUM selama dua tahun berturut-turut pada tahun 2010 dan 2011. Mia juga ada di dalam Portal Rasmi Open University Malaysia sepanjang tahun 2012. Tidak cukup dengan itu, Mia ada juga dimasukkan di dalam buku Propektus Open University Malaysia 2012. Begitu banyak penghargaan yang Mia terima daripada Universiti tercinta. Terasa seperti hendak mengalirkan air mata.

Tahun ini, fanpage OUM turut bantu mempromosikan blog Mia untuk DiGi WWWOW Awards 2012. Syukur alhamdulillah blog Mia berada di ranking ke 2 selepas undian di tutup sekaligus berada di dalam Top 10 Blogger of the Year. Terima kasih tidak terhingga.

Tahun lepas, kisah Mia tentang kejayaan di dalam pelajaran dan juga pertandingan blog dan rekabentuk grafik peringkat negara ada dalam majalah korporat OUM, OUM Today issue 86.

Terima kasih juga kepada Encik Abdul Rahim, Pengarah OUM Johor yang banyak memberikan panduan dan galakan kepada Mia. Juga banyak menasihatkan Mia semasa pengajian di OUM Johor Learning Centre.  Mia juga ada bagi talk untuk pelajar baru ambilan Semester Mei 2010 tentang kisah pengurusan masa, tips-tips belajar dan berkongsi pengalaman bersama pelajar baru.

Apa yang dikecapi hari ini adalah daripada usaha yang keras dan jadual pembelajaran yang ketat selama 4 tahun supaya Mia boleh memberikan komitmen kepada keluarga, belajar dan juga kerjaya. Kerana Mia terlalu percaya pada "Usaha Itu Tangga Kejayaan", tanpa usaha tentu sukar nak berjaya. Ditambah pula dengan doa daripada ahli keluarga dan juga semua rakan-rakan yang mengenali Mia. 

Syukur sangat-sangat sekarang ini. Alhamdulillah, tidak lama lagi Mia akan menghadiri konvokesyen  untuk Bachelor of Information Technology (Hons) pada 16 Disember 2012 dengan Anugerah Dekan CGPA 3.80. Terima kasih kepada semua lecturer/tutor yang mengajar Mia selama ini. Jasamu akan tetap dikenang. Betapa rindunya saat-saat masa belajar dulu.

Terima kasih Open University Malaysia!


Sekadar selingan.... Lagu yang penuh dengan inspirasi dan harapan... The Climb. Mia suka sangat lagu ini. Bukan senang untuk berjaya dan bukan mudah untuk hadapinya. Hanya kekuatan diri yang boleh atasinya dengan semangat yang kental.


p/s: bergelinangan air mata, hampir menangis ketika menaip entri ni...
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, September 24, 2012

Sahkan Kehadiran Konvokesyen Ke-13 Open University Malaysia (OUM)


Sahkan Kehadiran Konvokesyen Ke-13 Open University Malaysia (OUM)

Akhirnya, keluar juga berita yang ditunggu-tunggu. Pekeliling Pejabat Pendaftar 05/2012 - Majlis Konvokesyen Ke-13 (15-18 Disember 2012) telah pun diumumkan dalam sistem myVLE.

Terus apa lagi Mia cepat-cepat buka http://convocation.oum.edu.my dan semak status graduan Mia. Terus tersenyum lebar Mia dibuatnya.

"Tahniah! Anda telah memenuhi syarat untuk bergraduat tertakluk kepada kelayakan Senat."


klik pada gambar untuk besarkan

Kemudian, Mia sahkan kehadiran Mia secara online pada Borang UP-15. Leganya. Selepas ini, Mia dah boleh buat persediaan awal terutamanya tempat penginapan di Kuala Lumpur nanti.

Mia berada dalam sidang ke 3 pada 16 Disember 2012 (Ahad). Ambil pakaian akademik pada sebelah pagi 15 Disember 2012 (Sabtu).

Bestnya.... tidak sabar betul nak tunggu tibanya masa konvokesyen nanti.

p/s: sayang sangat kat keluarga kerana amat memahami Mia selama belajar 4 tahun di Open University Malaysia.....
Read more / Baca Lagi >>>

Wajah Baru Fanpage Mialiana.com


Biasalah kalau dah tukar header, banner dan watermark baru di blog maka dengan sendirinya di fanpage mialiana.com pun akan berubah juga. 

Bila dah siap, nampak macam lembut dan tenang sahaja. Leganya...

klik pada gambar untuk besarkan

Senang-senang jemputlah LIKE fanpage Mia ini ya... Boleh juga meramaikan komuniti mialiana.com.


Hmmm.... sudi-sudikanlah ya....

p/s: terima kasih kepada semua yang sudi support Mia selama ini... (^_^)
Read more / Baca Lagi >>>

Bangun.. Bangun.. Dah Pagi Ni..



Entri santai-santai pada pagi ini sebelum pergi kerja. Hmmm... kesian pada ayam jantan tu sebab terlambat kejutkan tuannya sampai kena cekik. Lain kali jangan jadikannya sebagai jam loceng.

Sekadar lawak dan semoga terhibur dengan gambar ini.

p/s: Mia guna jam loceng di handphone, sekali bunyi terus terbangun sebab kuat sangat.
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, September 23, 2012

Header, Banner dan Watermark Baru Oleh MyraVea


Selepas Apit sponsor ilustrasi vector Mia, datang lagi seorang blogger yang juga nak sponsor header, banner dan watermark baru untuk Mia. Siapa lagi kalau bukan Myra.

Mia ni agak cerewet sedikit, banyak kali Myra ubah itu, ubah ini sehinggalah jadi yang macam sekarang ni. Kami berbincang secara online di facebook pada petang Jumaat lepas. Mia memang suka warna-warna lembut dan nak pilih warna yang sesuai juga makan masa. Nasiblah Myra boleh layan karenah Mia dan ikut citarasa Mia...

Jom tengok hasil air tangan dari Myra..


Header

Banner

Watermark

Bagaimana? Cantik tak? Suka tak dengan padanan warna yang dipilih? Tema Mia.. nak yang lembut, ringan dan simple.  Jadi dengan rasminya line di tepi kiri dan kanan side bar blog dikeluarkan supaya blog akan menjadi simple dan lembut.

Terima kasih ya diucapkan kepada Myra yang sudi design header, banner dan watermark baru Mia. Imej baru untuk blog ini.

Kepada yang berminat sila hubungi Myra dan buat tempahan di SINI.

Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, September 22, 2012

Sahabat Sejati Adalah Orang Yang Dapat Berkata-Kata Benar Denganmu..




"Sahabat sejati adalah orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang yang dapat membenarkan kata-katamu."

Pernah atau tidak kita perasan akan betapa benarnya madah di atas ini. Tiba-tiba pula di kala petang begini Mia nak mengulas sedikit dan membincangkan tentang isu sahabat sejati yang berlaku di dalam masyarakat kita ini. 

Sebenarnya sukar untuk mencari kawan yang boleh dijadikan sahabat. Pada Mia bila sebut sahabat sahaja tentu dah terbayang di ruang fikiran... "ohhh kawan baik". Tapi persoalannya tidak semua sahabat itu benar-benar sahabat betul atau pun hanya berpura-pura demi menjaga hati kita. Mia lebih selesa gunakan istilah kawan untuk perbincangan huraian. Mood rajin nak mengarang pula petang-petang ini. Mia teruskan menaip...

Tetapi selalu yang terjadi adalah di sebaliknya. Berpura-pura baik di depan, tetapi di belakang suka menghentam. Tidak jujur namanya. Bila ditegur atas kesilapan yang ternyata silapnya benar, terus putuskan hubungan. Muka muncung dan terus tidak mahu bertegur sapa. Sepatutnya, syukurlah ada kawan yang sanggup tegur kesilapanmu itu dan berubahlah kepada yang baik. Tidak perlu malu dengan kelemahan sendiri. Ambillah ia secara positif. Bukannya dengan ambil jalan singkat terus putuskan hubungan kerana ego dan bongkak dan kemudian memburukkan kawan yang tegur tadi kepada orang lain. Tidak baik cakap belakang-belakang, cakap sahajalah terus-terang kan senang. Sayangnya, bukan senang untuk memulakan satu-satu hubungan persahabatan.

Bila kita berkawan, kita tentu tahu apa yang kawan kita suka dan apa yang tidak disukai. Hormatilah hubungan persahabatan. Saling nasihat-menasihati dan saling maaf-bermaafan. Jangan sombong, riak dan membangga diri bila berkawan.

Kalau jika berkawan itu akan membawa kepada perkara yang lebih negatif, contohnya bergaduh, tidak puas hati, mengumpat, mengutuk, dendam dan iri hati, lebih baik diam dan berseorangan daripada berkawan kemudian menyakitkan hati dan menambah dosa. Jujur dan ikhlas patut ada dalam diri kita. Itulah kunci segalanya. Jangan takut jika tidak ada kawan dan jangan terlalu bergantung kepada kawan. Belajarlah hidup berdikari. Bila kita berpendirian dan pandai menghormati orang lain, dengan sendirinya kawan baru atau lama akan datang pada kita nanti.

Sememangnya sukar untuk mencari sahabat sejati yang boleh berkata-kata benar terhadap kita... Bila dah dapat, hargailah hubugan persahabatan itu dengan sepenuhnya..

p/s: sekadar luahan...
Read more / Baca Lagi >>>

Senarai Peserta Blogwalking Geng Blogger - Part 1




Pertama kalinya, Mia nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi join segmen singkat semalam yang berlangsung dalam tempoh 5 jam sahaja. Tamat pada jam 10.00 malam tadi.

Kepada yang tidak sempat join semalam Mia minta maaf ya. Nanti kalau ada lagi Mia akan beritahu kelak. Setiap hari Mia akan promote beberapa blog mengikut turutan di fanpage Geng Blogger.

Psstttt macam mimpi pun ada juga ni. Siapa sangka... tiba-tiba je Mia boleh jadi admin untuk Geng Blogger. Terima kasih juga diucapkan kepada Crew Fathi.

Jom kita tengok siapa yang join semalam.....zassss...
  1. http://swettyhuda.blogspot.com
  2. http://layarfikrah.blogspot.com
  3. http://indometalscream.wordpress.com
  4. http://cutekitty85.blogspot.com
  5. http://ct-kamaliah.blogspot.com
  6. http://storiesaboutmewhichisthehistorical.blogspot.com
  7. http://hikayatcikarin.blogspot.com
  8. http://joel-leslie.blogspot.com
  9. http://sihatdenganbekam.blogspot.com
  10. http://ratusufiah.blogspot.com
  11. http://afzalsukasuki.blogspot.com
  12. http://www.fizgraphic.com
  13. http://www.lindarosman.com
  14. http://www.ceritabudaklelakiini.blogspot.com
  15. http://www.myravea.com
  16. http://aslamber.com
  17. http://noorituaku.blogspot.com
  18. http://www.sakurashawl.com
  19. http://mynamehidayah.blogspot.com
  20. http://henryzackery.blogspot.com
  21. http://inibelogfiza.blogspot.com
  22. http://mooingmyway.blogspot.com
  23. http://noorainihayati.com
  24. http://zaimadyfamily.blogspot.com
  25. http://hijaugreen91.blogspot.com
  26. http://suzlinazreena.blogspot.com
  27. http://simple-mzs.blogspot.com
  28. http://qasehdhew.blogspot.com
  29. http://fwenity3.blogspot.in
  30. http://www.alyzafisol.com
  31. http://kembarahiduphamizan.blogspot.com
  32. http://zatidiaryy.blogspot.com
  33. http://kinahrizkiey.blogspot.com
  34. http://www.erazfadli.com
  35. http://nadiahijabs.blogspot.com
  36. http://hariezaeja.blogspot.com
  37. http://www.glamworldmalaysia.com
  38. http://niealong.blogspot.com
  39. http://www.imceby.blogspot.com
  40. http://coklatandvanilla.blogspot.com
  41. http://ruliqasweetcouple.blogspot.com
  42. http://wawazzup.blogspot.com
  43. http://fieda0102.blogspot.com
  44. http://mzneo.blogspot.com - blog not found
  45. http://blognitisyapunya.blogspot.com
  46. http://emo2world.blogspot.com
  47. http://www.sayeshukepink.com
  48. http://pheepsangels.blogspot.com
  49. http://www.mohdzaid.com
  50. http://www.khairilmazri.com
  51. http://www.ismyasmaaqilah.blogspot.com
  52. http://matahati-aishahazhari.blogspot.com
  53. http://eyzafye.blogspot.com
  54. http://inijiwaku.blogspot.com
  55. http://diarymissnick.blogspot.com
  56. http://lintauartstudio.blogspot.com
  57. http://duitmencurah.blogspot.com
  58. http://onlineincomedaily.blogspot.com
  59. http://adeeyamayeesa.blogspot.com
  60. http://skascyhazindie.blogspot.com
  61. http://msvelentine.blogspot.com
  62. http://suterakusalju.blogspot.com
  63. http://www.gadissengal.blogspot.com
  64. http://www.kalermerahati.blogspot.com
  65. http://kelixmamat.blogspot.com
  66. http://knownasneeruzaozawa.blogspot.com
  67. http://shaun-unikl.blogspot.com
  68. http://adramycien.blogspot.com
  69. http://diarionlinenurul.blogspot.com
  70. http://inspirebunny.blogspot.com
  71. http://fixahearts.blogspot.com
  72. http://gadismatasepet.blogspot.com
  73. http://miszalina.blogspot.com
  74. http://pohonsemalumerah.blogspot.com
  75. http://muhafida.blogspot.com
  76. http://sheilashahfiekry.blogspot.com
  77. http://www.bonikacak.com
  78. http://thegadesbujang.blogspot.com
  79. http://colourbeautifulthings.blogspot.com
  80. http://qhhomeopathy.blogspot.com
  81. http://mannajmuddin.blogspot.com
  82. http://duniamayah.blogspot.com
  83. http://mybeadingzone.blogspot.com
  84. http://mayesa-jcb.blogspot.com
  85. http://mypreciousblog90.blogspot.com
  86. http://miss-af-story.blogspot.com
  87. http://shamft2010.blogspot.com
  88. http://mieyrameezah.blogspot.com
  89. http://darimatahatizhaf.blogspot.com
  90. http://efashawls.blogspot.com
  91. http://hzwnyzyddn.blogspot.com - blog not found
  92. http://didiy90.blogspot.com
  93. http://bird7842.blogspot.com
  94. http://www.duniamayah.blogspot.com
  95. http://sitimaizatulakma.blogspot.com
  96. http://www.dayahsanif.blogspot.com
  97. http://realitipink.blogspot.com
  98. http://satumakna4u.blogspot.com
  99. http://cikos-cikos.blogspot.com
  100. http://artofcruel.blogspot.com
  101. http://cerrafira.blogspot.com
  102. http://haizadhashim.blogspot.com
  103. http://sam-puansyurga.blogspot.com
  104. http://www.bicaramakdara.com
  105. http://dihujungpen.blogspot.com
  106. http://www.gilerkentang.com
  107. http://endysha.blogspot.com
  108. http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com
  109. http://kelip-kelipancontest.blogspot.com
  110. http://langityangmembonceng.blogspot.com
  111. http://coozlife.blogspot.com
  112. http://secretofnoone.blogspot.com
  113. http://intanberlian87.blogspot.com
  114. http://jnamarcello.blogspot.com
  115. http://www.eqbalzack.com
  116. http://nosembilanbelas.blogspot.com
  117. http://putri-roh.blogspot.com
  118. http://exquisitely-aleda.blogspot.com
  119. http://leazulaiha.blogspot.com
  120. http://adzahaiqal.blogspot.com
  121. http://dingraphic.blogspot.com
  122. http://sweethoneyzz.blogspot.com
  123. http://www.nizamijam.com
  124. http://bajonzjambul.blogspot.com
  125. http://mujadafewa.blogspot.com
  126. http://syahmielias.blogspot.com
  127. http://logokoko.blogspot.com
  128. http://izzah-norlizah.blogspot.com
  129. http://comey-comeyblog.blogspot.com
  130. http://debabworld.blogspot.com
  131. http://lewis.my
  132. http://www.cikpjaz.com
  133. http://nursalbiahrahman.blogspot.com
  134. http://gurunsakura.blogspot.com
  135. http://abdul-aliim.blogspot.com
  136. http://www.duniashida.com
  137. http://ladymasami.blogspot.com
  138. http://speakaphora.blogspot.com
  139. http://solehahshamsuddin.blogspot.com
  140. http://www.ayuhashim.com
  141. http://www.hainomokje.blogspot.com
  142. http://ksuhayanaa.blogspot.com
  143. http://www.rumahbia.com
  144. http://bocahupdate.blogspot.com
  145. http://hasnulizzah.blogspot.com
  146. http://berdurikaktus.blogspot.com
  147. http://www.starsfashion.my
  148. http://be-readers.blogspot.com
  149. http://puterinoralyadianazulkiffli.blogspot.com
  150. http://www.syuhadasalleh.my
  151. http://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com
  152. http://randomthoughts1712.blogspot.com
  153. http://watch--tv--online.blogspot.com
  154. http://asherbadiv.blogspot.com
  155. http://kisahnajwa.blogspot.com
  156. http://wawamohamad91.blogspot.com
  157. http://matsomherbs.blogspot.com
p/s: jom kita terjah......

Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters March 2017