image Botol Susu Dengan Bekas Susu - Mia Liana

Tuesday, 4 September 2012

# Family Matters

Botol Susu Dengan Bekas Susu

Botol Susu Dengan Bekas Susu

Dari Sofea kecil sehinggalah besar sampai umur 3 tahun sekarang, ke mana-mana kalau Mia pergi memang akan bawa dua barang penting ini. Terselit dalam handbag. Sofea pula kalau haus tidak berapa suka sangat minum air masak kosong. Mesti nak susu juga.

Botol susu dengan bekas susu, barang wajib yang patut ada dalam handbag Mia. Kadang-kadang bila Sofea nak susu, saja je Mia sakat kata tak bawa. Eh! Terus dia pergi check kat handbag Mia, siap cium pipi lagi minta dibuatkan susu.

Tidak pasti sampai bila harus bawa 2 barang wajib ini ke mana-mana. Mungkin sampai Sofea masuk tadika kot... 

p/s: cepatnya Sofea membesar....

28 comments:

  1. tak penah ada bekas susu tu.masa anak kecik tak tahu ada bekas susu mcm tu,skrg anak dah besar daa.hee

    ReplyDelete
  2. Anak bongsu kakcik dulu menyusu badan sampai umur dia 5 tahun lebih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiii lama juga tu. tentu senang nak jalan2. tak perlu bawa barang wajib ni..

      Delete
  3. Replies
    1. terima kasih sally.. tu pun kawan kak mia yang hadiahkan...

      Delete
  4. Replies
    1. tak... kan pergi rumah orang, mintalah sedikit air panas kat dapur dia... heheheh

      Delete
  5. me pon... tp me bunya bekas susu,. setiap bahagian.. ada corong dia sendiri.. so tak payah tukar2 kedudukan dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh lagi best tu. dah advance sekarang ni ya... macam2 design bekas susu ni..

      Delete
  6. pandai anak akak bodek..nak susu,cium pipi dulu..sweet jep:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak bodek nanti maknya merajuk taknak buatkan... hehehe

      Delete
  7. x pakai avent?
    mmg ptg bw kemana2..:) sama lah dgn anak Sop

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sop... avent macam mahal. mia pakai botol ni. memang kerap tukar botol yang baru.

      Delete
  8. heheee..biasa kak mia budak skg..air msak lgsg xnk mnum sma je cam ank buah shida..kne pksa mnum pn xhabis skdr letak lam mlut tu..haihh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah... susah sangat nak minum air masak. kena paksa pun minum skit... huhuhu tensennya..

      Delete
  9. ank sdara sy yg msuk tadika tu balik umah jaa trus minum teh guna botol susu dia, erkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh lagi hebat tu,... minum teh dengan botol susu. kan boleh minum dengan cawan?

      Delete
    2. xmo laa dia minum dgn cawan.. dia sendiri penuhkan botol susu tu dgn teh, huh...

      Delete
    3. uiiii parah tu. nanti susah nak pisahkan dia daripada botol susu...

      Delete
  10. salu umur bape eh diorg ni berhenti menyusu botol ni? lama dah xde baby kat rumah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu tak pasti lah baby. tengok keadaan anak tu...

      Delete
  11. Replies
    1. haah kan? naik penuh handbag ni nak muatkan yang macam-macam...

      Delete