Patut Ke Kita Beri, Bila Ada Orang Datang Minta Sedekah?


Selamat pagi semua... seperti biasa Mia ada terima emel daripada rakan Mia dan Mia rasa ianya patut dikongsikan di blog ini untuk tatapan umum. Semoga kita dapat mengambil iktibar dan jadikan pengajaran buat kita semua. Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya dan Maha Mengetahui.... Amin...

Jom kita baca kisahnya....zassss...


Semalam, saya singgah di Masjid UM untuk solat Asar berjemaah. Setelah menanggalkan kasut, saya masuk ke masjid menuju ke tempat mengambil wudhu. Tiba-tiba ada seorang lelaki, berkulit agak gelap, berkumis nipis dan berkupiah datang memberi salam dan mendekati saya.

“Assalamualaikum bang. Nama saya Umar Bin Abdullah. Saya seorang muallaf. Baru masuk Islam. Saya lapar bang. Saya perlukan sedikit duit untuk makan.”

Beliau menyapa dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan saya.

“Waalaikumussalam.”

Dalam keadaan yang agak terkejut (sebab tiba-tiba saja disapa begitu), saya menjawab salamnya dan menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengannya.

Saya mendengar luahan hati brother yang menggelarkan dirinya Umar itu beberapa ketika. Dia kata dia betul-betul dalam kesusahan dan kelaparan sekarang. Dia meminta saya memberikannya seringgit dua untuk dia mengalas perut.

Melihat kepada raut wajahnya, dia macam bercakap benar. Tambahan pula, dia kata dia muallaf. Dan dia minta baik-baik dari saya untuk diberikan sedikit wang.

Saya, memang tak boleh tengok orang macam tu. Mudah benar kesian. Kebetulan dalam wallet saya, ada sedikit wang. Jadi, saya hulurkan sedikit wang kepadanya tanpa berfikir panjang.

“Terima kasih bang. Terima kasih.”

Saya lihat wajah beliau jadi ceria dan gembira.Saya lantas, menuju ke tempat wudhu, mengambil wudhu dan terus menuju ke saf untuk solat berjemaah.

Selepas selesai solat dan berdoa, saya pun menuju ke tempat simpanan kasut untuk mengambil kasut saya sebelum beredar pergi dari masjid.

Tiba-tiba ;

“Assalamualaikum. Anak nak balik ke mana ni?”

Seorang pakcik berjanggut putih pula menyapa saya.

“Waalaikumussalam. Saya nak ke PJ, ada urusan sikit.”, jawab saya ringkas.

“Sebenarnya pakcik dari Terengganu. Dah lama pakcik musafir. Pakcik nak pergi ke satu pondok untuk belajar agama. Tapi pakcik takde duit untuk beli tiket…”

Pakcik berjanggut putih tu memandang saya dengan penuh makna. Saya faham, beliau mengharapkan sedikit bantuan dari saya.

Melihat kepada perwatakan dan mendengar luahannya saja, membuatkan lidah saya jadi kelu. Tak tahu nak bagi cakap apa lagi dah.

Sambil mengeluarkan sedikit wang dari wallet saya dan menghulurkannya kepada pakcik tersebut, saya berkata ;

“Maaflah pakcik, saya pun tak ada banyak duit. Ini sajalah yang mampu saya tolong.”

Setelah itu, saya terus beredar dari masjid. Semasa dalam perjalanan menuju ke PJ, fikiran saya terus mengelamun memikirkan 2 peristiwa yang berlaku di masjid tadi. Macam-macam yang saya fikirkan.

Adakah muallaf dan pakcik berjanggut putih tu betul-betul dalam kesusahan? Atau mereka hanya menipu untuk mengambil kesempatan? Tapi, tak kisahlah itu semua.

Bukan itu persoalannya. Kalau diorang nak tipu pun, itu diorang punya pasal. Tanggungjawab saya ialah, kalau orang datang minta bantuan dengan cara yang baik, dan saya pula memang mampu untuk tolong, maka tiada alasan lagi untuk saya tak tolong mereka. Jadi, saya tolong sajalah. Semoga Allah nilaikan ia sebagai amal baik untuk diri saya. Itu saja yang saya harapkan.

Saya berkongsi cerita ini bukannya nak tunjuk saya ni baik. Atau bukan nak riak. Saya cerita ini sekadar mahu berkongsi pengalaman dan apa yang saya rasa saja. Tak lebih dari itu.

Satu perkara yang saya kena beritahu anda ialah, kalau kita tolong orang yang dalam kesusahan, Allah pasti akan tolong kita balik. Jangan ingat kalau kita bersedekah atau menderma, harta kita akan jadi kurang. Tapi sebaliknya, Allah akan gandakan lagi harta kita tanpa kita sedar.

Dalam kes saya, walaupun saya hanya bagi sedikit saja wang pada muallaf dan pakcik tua tu. Tapi alhamdulillah, malam tadi, saya lihat rezeki untuk hari semalam meningkat 2 kali ganda.Alhamdulillah.

Bukan sekadar itu, banyak lagi perkara lain (tak perlulah saya ceritakan semuanya) yang saya rasakan, Allah memang berikan nikmat yang lebih kepada saya berbanding hari-hari lain sebelum ini.

Sekali lagi saya ulang, saya cerita ni bukan nak berlagak atau menunjuk-nunjuk kebaikan. Tapi saya nakshare pengalaman ini supaya anda semua dapat ambil pengajaran daripadanya.

Mesej saya kali ini cuma satu ;

Kalau ada orang datang meminta bantuan, atau ada orang minta sedekah pada anda, dan anda mampu untuk tolong, maka berilah pertolongan anda sebaik mungkin. Jangan banyak soal. Jangan fikir panjang. Jangan ragu-ragu lagi. Bantulah mereka sekadar kemampuan anda dengan seikhlas hati. Niatkan dalam hati bahawa anda buat itu semua hanyalah semata-mata mengharapkan REDHA ALLAH saja. Tak lebih dari itu. Semoga Allah terima kebaikan anda itu sebagai amal jariah.

Lepas tu, lupakan sajalah kebaikan anda itu.

Sesungguhnya terlalu banyak kebaikan dan nikmat yang Allah akan kurniakan kepada anda tanpa diduga nanti. Percayalah…

sumber : emel

p/s: tolonglah orang dengan ikhlas tanpa was-was dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan...

Post a Comment

28 Comments

  1. bagi jer la kannn betul ke tak itu belakang kira.

    ReplyDelete
  2. walau apa pun, berwaspada adalah lebih baik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waspada pun boleh juga tapi tidak boleh terlalu memikirkan sangat... nanti jadi tak ikhlas...

      Delete
  3. Perkara macm ni selalu jugak bermain dekat kepala saya, sama ada nak bagi ataupun tidak.

    ReplyDelete
  4. setuju. betul atau tak tu urusan dia dgn Allah.
    Klu memg dia takde duit,tak ke susah kte nk jwb gn Allah nt nape tak tolong? Yg penting kita dah tunaikan tgugjwab kt. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya macam tu lah fida... kalau kita tengah takde duit, senyap ajelah...

      Delete
  5. agree! bagi je. dia tipu tak tipu, itu dosa dia tanggung. biar kita tambah pahala. duet yang kita sedekah kan tu tak bole buatkan kita miskin dan duet yang dia terima tu tak boleh nak buat dia kaya. bersangka baik jelah kan kak mia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... tak luak mana pun duit tu.. bagi sekadar yang termampu je lah...

      Delete
  6. org bagi kita merasa org tak bagi jangan terasa...

    ReplyDelete
  7. Tak kira di mana jua, bangsa apa pun, ikutlah gerak hati bantulah yang termampu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. kat mana-mana pun ada juga... yang penting kita ikhlas dan bukan dalam paksaan...

      Delete

  8. setiap kali saya melihat org yg minta sedekah walau tak byk saya tetap bagi kerana saya berfikir saya akan memberi apa yg ada kerana sedikit itu amat bernilai dari memberi sedekah yg banyak tapi hati tak ikhlas...http://kate-na.blogspot.com/ sial folow blog saya kalau sudi..terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kate... sedekah ajelah.. skit pun amat bermakna..

      p/s: telah di follow blognya

      Delete
  9. nice sharing.. yup, btul tu.. klau dh sedekah perlu ikhlas & jgn ungkit2 lagi.. serah kpd Allah perkara seterusnya ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la sebabnya caliph... yang penting mendapat keredhaanNya.

      Delete
  10. nice cerita ni :)
    tp shida baca xla kata dia blagak apa..pun,
    cuma bangga dgn dia sikap prihatin dia.
    mcm kita ni dua org dtg skali dlm satu masa lum
    tentu kita nk hulur bantuan pn kan...
    mga murah rezeki org yg bntua 2org tadi..amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah... sekadar ingat mengingati sesama kita... kadang ada yang lalai..

      Delete
  11. patut....bersedekah adalah separuh dari iman kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp... ;) sedekah ajelah tidak kira di mana-mana...

      Delete
  12. prinsip yang sya pegang,,kalau sya ada duit lebih bila org minta sedekah mmg sya akan bagi..tak kisah lah dia tipu atau betul..yang penting niat kita nak tlg dia...sebab sya selalu kena tegur ngan kawan2 ckp sya ni jenis pemurah,,org minta sya bagi..dah mmg sya tgk dia pun sya kesian...sya bagilah,...sebab sya sendiri pernah rasa hidup susah dlu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah tu lah kan. hidup kita umpama roda. kadang berada di atas. kadang berada di bawah. kena sentiasa beringat, bila senang sedikit, sedekahlah kat orang. tak luak pun..

      Delete