image Sahabat Sejati Adalah Orang Yang Dapat Berkata-Kata Benar Denganmu.. - Mia Liana

Saturday, 22 September 2012

# Community # Tips

Sahabat Sejati Adalah Orang Yang Dapat Berkata-Kata Benar Denganmu..



"Sahabat sejati adalah orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang yang dapat membenarkan kata-katamu."

Pernah atau tidak kita perasan akan betapa benarnya madah di atas ini. Tiba-tiba pula di kala petang begini Mia nak mengulas sedikit dan membincangkan tentang isu sahabat sejati yang berlaku di dalam masyarakat kita ini. 

Sebenarnya sukar untuk mencari kawan yang boleh dijadikan sahabat. Pada Mia bila sebut sahabat sahaja tentu dah terbayang di ruang fikiran... "ohhh kawan baik". Tapi persoalannya tidak semua sahabat itu benar-benar sahabat betul atau pun hanya berpura-pura demi menjaga hati kita. Mia lebih selesa gunakan istilah kawan untuk perbincangan huraian. Mood rajin nak mengarang pula petang-petang ini. Mia teruskan menaip...

Tetapi selalu yang terjadi adalah di sebaliknya. Berpura-pura baik di depan, tetapi di belakang suka menghentam. Tidak jujur namanya. Bila ditegur atas kesilapan yang ternyata silapnya benar, terus putuskan hubungan. Muka muncung dan terus tidak mahu bertegur sapa. Sepatutnya, syukurlah ada kawan yang sanggup tegur kesilapanmu itu dan berubahlah kepada yang baik. Tidak perlu malu dengan kelemahan sendiri. Ambillah ia secara positif. Bukannya dengan ambil jalan singkat terus putuskan hubungan kerana ego dan bongkak dan kemudian memburukkan kawan yang tegur tadi kepada orang lain. Tidak baik cakap belakang-belakang, cakap sahajalah terus-terang kan senang. Sayangnya, bukan senang untuk memulakan satu-satu hubungan persahabatan.

Bila kita berkawan, kita tentu tahu apa yang kawan kita suka dan apa yang tidak disukai. Hormatilah hubungan persahabatan. Saling nasihat-menasihati dan saling maaf-bermaafan. Jangan sombong, riak dan membangga diri bila berkawan.

Kalau jika berkawan itu akan membawa kepada perkara yang lebih negatif, contohnya bergaduh, tidak puas hati, mengumpat, mengutuk, dendam dan iri hati, lebih baik diam dan berseorangan daripada berkawan kemudian menyakitkan hati dan menambah dosa. Jujur dan ikhlas patut ada dalam diri kita. Itulah kunci segalanya. Jangan takut jika tidak ada kawan dan jangan terlalu bergantung kepada kawan. Belajarlah hidup berdikari. Bila kita berpendirian dan pandai menghormati orang lain, dengan sendirinya kawan baru atau lama akan datang pada kita nanti.

Sememangnya sukar untuk mencari sahabat sejati yang boleh berkata-kata benar terhadap kita... Bila dah dapat, hargailah hubugan persahabatan itu dengan sepenuhnya..

p/s: sekadar luahan...

32 comments:

  1. nk cri kwn mmg mudah..nk mmpertahankan pshbtn tu yg byk cbrn...

    ReplyDelete
  2. benar apa yg mia cakap ..susah nak cari kawan sejati...byk kwn pun selalu tak puas hati dan iri hati..biar lah tidak ada kawan dari perasaan sengsara..

    ReplyDelete
  3. Betul tu, sahabat adalah orang yang memberikan sesuatu yang betul dari zahir danbatin kepada sahabatnya-Walaupun ianya pahit.

    ReplyDelete
  4. ye kak mia, kita faham setiap butir kata tu.. sungguh, kawan tu merata-rata kita boleh jumpa. tp yg benar2 ikhlas nk berkawan tu yg mungkin 1/10 kan.. nak tau siapa kita esok hari, kena tengok siapa kawan kita hari ni.. kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp baby... sekarnag ni banyak kawan yang kawan kita atas dasar kepentingan.

      Delete
  5. Susah nak mencari sahabat sejati..

    p/s : Cantik header baru.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya nur... huhuu nak satu pun payah...

      p/s: terima kasih ya... tu header yang di sponsor.. ;)

      Delete
  6. sahabat boleh jadi kawan
    tapi belum tentu kawan boleh jad sahabat

    ReplyDelete
  7. betul tu kak mia~~

    susah nak mencari sahabat sejati... ^_^

    ReplyDelete
  8. Betul Mia.. Ramai yg beranggapan teman sejati tu adalah yg menyokong dan membenarkan kata/perbuatan kita, walhal merekalah yg bakal merosakkan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak salmi.. kalau rosakkan depan2 takpe.. ni rosakkan di belakang2..

      Delete
    2. terima kasih ya kak salmi.. baru je tukar kepada header ini 2 hari lepas..

      Delete
  9. saye pun setuju... sahabat memang sukar dicari...

    ReplyDelete
  10. setuju bella x rse dye sahabat sejati bella,,sbb bila dia susah bru cri bella,bila bella depressed dia buat xtaw je,,btol kata kak bia kte sorg drpd sakit ati

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm.. yang ni kawan yang suka bergantung pada kita bila kita senang. elok jangan rapat sangat dia. dia boleh pijak kita suatu hari nanti...

      Delete
  11. sahabat adalah nyawa kita
    http://edisukarman.blogspot.com/
    http://catatantidaklucu.blogspot.com/
    http://bacatutorials.blogspot.com/
    http://biologi-ed.blogspot.com/

    follow back

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. betul tu edi.

      p/s: telah dibalas kunjungannya dan dah follow balik..

      Delete
  12. setuju kak mia..tp kawan dlm alam maya shida ni smuanye yg blh diagap btul2 sahabat walupn lom bjmpa..ada yg sgt2 baik ngn shida..tp kawan skolah yg dah kenal lma pn ade yg tikam blkg hurm..sabar jelah..nice sharing kak mia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo samalah dengan kak mia. kawan2 di alam maya yang banyak jujur dari kawan-kawan yang di depan mata... huhuhu

      Delete
  13. btul tue..
    ssh kn kak nk cr sahabat sejati..
    jgn ckp nk cr, kite dlu yg kne ubah dri kite utk ready jd sahabagt sejati utk org lain gak, hehe.. >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah nisa... perbaiki diri sendiri dulu baru boleh cari sahabat sejati..

      Delete
  14. betul 2..kalau kita ni sahabat yg baik kita takkan sokong keputusan yg dibuat oleh shbt kita kalau kita rasa benda yg dia buat tak baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tulah ada juga yang tidak boleh menegur teguran kita... malah menganggapnya sebagai sindiran..

      Delete