image Semalam Sofea Demam.. Hari Ini Beransur Pulih.. - Mia Liana

Sunday, 9 September 2012

# Family Matters

Semalam Sofea Demam.. Hari Ini Beransur Pulih..





Semalam petang badan Sofea mula demam dan kami pergi klinik homeopati di Kulai. Diberikan ubat demam, muntah dan cirit-birit. Ada dua botol ubat. Botol pertama perlu diberikan setiap setengah jam 5 ml. Selepas habis botol pertama barulah berikan Sofea ubat botol kedua setiap 4 jam 5 ml.

Sofea memang susah nak makan ubat jadi Mia bubuh ubat kat dalam cawan campurkan sedikit air masak dan kordial homeopati oren. Sofea suka minum air oren. Jadi dapatlah bagi dia ubat setiap setengah jam.

Botol pertama habis diminum pada jam 2 pagi tadi. Barulah Mia lega sedikit dan panas badan Sofea dah suam-suam kuku.

Sekarang ni Sofea dah mula nak main dan dah ceria sedikit. Masih lagi pantau suhu badannya setiap masa. Takut demamnya berulang.

Mak dan ayahnya pula yang nak demam ni.. Kurang tidur... Syukur Sofea dah semakin sihat.

p/s : paling susah hati kalau anak jatuh sakit...

Published with Blogger-droid v2.0.6

30 comments:

  1. alhamdulillah, kuat semangat sofea ni.. semoga baik cepat ye sofea :)
    kak mia pun kena rehat jgk, nanti sakit sape nak jaga sofea

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah... kak mia ni pun mc arini.. macam tak larat nak gi kerja...

      Delete
  2. Alhamdulillah, bagus jugak ubat dari klinik homeopati ni yer..
    Sy daru dulu lebih yakin ke klinik biasa. Ada yg bgtau, ubat homeopati ni lambat nak beri kesan. Mybe sy kena cuba sendiri agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... kalau sakit kritikal ubat perlu dimakan setiap setengah jam. berbanding dengan ubat biasa setiap 4 jam. jadi kalau anak demam makan ubat hospital, tak sampai 4 jam dah panas balik nak kena tunggu 4 jam baru boleh beri ubat balik.

      kalau ubat homeopati, ubat setiap setengah jam tu lah yang bantu kawal panas anak dengan cepat. tak perlu lagi nak tunggu setiap 4 jam. bila dah melepasi tahap kritikal dan ubat botol pertama dah habis, barulah beri ubat seterusnya setiap 4 jam seperti biasa. pada masa ini, badan anak sudah tidak panas sangat.

      Delete
  3. alhamdulillah,sofea da leh tersenyum riang..kak mia & hubby pun jaga diri..kang demam,susah lak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah eca... kak mia ni pun kurang sihat sedikit ni...huhuh

      Delete
  4. alhamdllah kak sofea sihat ..da, kak ngn abg kena brehat pula..nnt jatuh skait plak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah shida... ni pun masih kurang sihat sikit kak mia ni...

      Delete
  5. alhamdulillah..budak2 ni kalau sakit kita yg risau kan//

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah perasaan mia.. mrs velentine. susah hati sampai tak lalu nak makan. huhuhu

      Delete
  6. alhamdulillah..
    budak kalau dah demam kena jaga makan ubat dan pastikan sentiasa jaga suhu
    sop kalau anak demam mmg susah hati gak ..
    sapa x syg anak kan? heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sop... memang sentiasa jaga betul2. bukan apa. takut kalau-kalau ada komplikasi lain pula nanti. tu yang risau sangat.

      Delete
  7. nice post :)
    ditunggu kunjungan baliknya yaah ,

    ReplyDelete
  8. Macam tulah kita sebagai ibu... kalau boleh biar kita yg sakit...

    Apapun agaknya sofe nak pandai apa ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. tu lah tak pasti. sofea nak pandai apa. sebab dah 3 tahun....

      Delete