image Sofea Dah Sekolah Tadika - Mia Liana

Wednesday, 26 September 2012

# Family Matters

Sofea Dah Sekolah Tadika

Sebenarnya sejak 3 bulan lepas Sofea selalu merengek nak masuk tadika. "Mak, Sofea nak sekolah". Asal bangun pagi sahaja, perkara pertama yang disebut nak sekolah. Mula-mula Mia dan Suami Mia, biarkan sahaja. Tapi lama-kelamaan bila jalan-jalan ternampak sahaja tadika, Sofea tanya bila dia nak ke sekolah.

Yang paling bestnya, dia tak nak sekolah tadika di Johor Bahru ni. Asyik nak sekolah tadika kat rumah neneknya (Mak Mia) di Batu Pahat. Setiap kali balik, Sofea akan tunjuk sekolah tadika yang betul-betul dekat dengan rumah neneknya. Hmmmm.. kalau nak pergi, jalan kaki sekejap dah sampai.

Mula-mula susah juga nak terima hakikat, Sofea nak sekolah tadika. Lama jugalah nak buat keputusan. Oleh kerana nakkan sangat sekolah tadika tu, Sofea pun tidak kisah tinggal dengan atuk dan neneknya di sana. Minggu lepas hari Selasa (18 September 2012), Sofea mula sekolah tadika. Punyalah suka sehingga tidak kisah pun neneknya tidak tunggu dia. 

baju seragam, baju senam dan beg tadika

Rindunya kat Sofea. Selepas ini, setiap minggu akan balik Batu Pahat nak jenguk Sofea. Sofea pula macam memahami yang mak ayahnya kerja di Johor Bahru. Belajar rajin-rajin ya Sofea... dengar cakap atuk. dengar cakap nenek.

p/s: baru je masuk umur 3 tahun... tiba-tiba terasa macam nak ambil cuti satu hari, nak tengok Sofea kat sekolah tadika...

28 comments:

  1. Hehehehe najlaa pun skolah tadika gak blkg umah nenek je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo Najla pun sama juga. Mesti manja dengan neneknya...

      Delete
  2. wah..masih 3 tahun ke??
    berdikari juga sofea ni..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah... Baru je 3 tahun tapi fikirannya dah matured macam budak besar. Cakap pun tak pelat.

      Delete
  3. Eh, tadika ilham sarjana ni katne? Tak silap saya kat taman universiti pt raja tadika ni dekat ngan rumah saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Huda... Memang kat situ. Dah Sofea berkenan kat situ. Bagus juga dia dapat belajar macam2.

      Kat Johor Bahru ni punyalah melambak tadika tapi takde satu pun yang dia berkenan.huhuhuh

      Delete
  4. Replies
    1. haah caliph.. dia sendiri yang nak. kak mia pun kalau boleh biar 4 tahun baru ke tadika...huhu

      Delete
  5. bagus la klu dari kecik nak ke sekolah. hehehe. anak sulung saya pun camtu gak dulu. sbb dia dh terbiasa dok taska. tu yg nak uniform sekolah. mase dia umur 1-2thn saya pernah berjauhan dgn dia. saya dok shah alam, dia dok ngan grandparents kt melaka. 2 minggu sekali baru dpt blk jenguk dia. sedihnya la...huhuhu

    http://suriaqistina.blogspot.com/2012/09/bikin-panas-hati.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo memang sedih kan.. anak dok berjauhan dengan kita. tapi untuk kebaikan dan masa depan dia, apa salahnya. nasib baik baru tadika, belum lagi universiti.

      Delete
  6. jauh sofea menuntut ilmu ye kak..semoga sampai ke China :)
    teringat eca msa kecil2..umur bru 3thn mcm sofea,nmpk bas sklh abg...fuhhh duluan kat depan tangga,nak berebut naik bas sekolah!.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik taklah jauh sangat. perjalanan cuma 1 setengah jam je nak balik.

      ooo eca pun cam gitu juga ya. mesti jeles kan abg pergi sekolah..

      Delete
  7. wah semangat dia..bagus ada anak mcm sofea..tak nangis,,mcm ni senang,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dia nak.. memang takkan nangis. asalkan hajatnya ditunaikan.

      Delete
  8. Hihihi..sama macam anak Anum yg umur tiga tahun jugak tu..dah nak sekolah ikut kakak dia..so anum tumpangkan aje kat sekolah kakak dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo biasalah ya budak2 sekarang ni, memang nak sekolah sangat2. lega skit lah anum, diorang dah gi sekolah.

      Delete
  9. assalamualaikum mia..mesti die suka dpt bersekolah tadika tu kan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama... haah. memang suka sangat. bila jumpa hujung minggu lepas, asyik cerita pasal sekolah dia saja..

      Delete
  10. tercapai juga hasrat sefea nak ke sekolah yer
    wahhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur sis moy.. tapi terpaksa menanggung rindu ni... huhuhu

      Delete
  11. wah.. sofea br 3 thn dh msuk tadika eh?
    bgusnye die kak..
    Hannah pun 3 thn gak, tp xde tanda2 lg nk msuk tadika, huhu~...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... hannah mungkin belum tergerak hati nak sekolah. mungkin tahun depan kot dia baru nak sekolah.

      Delete
  12. Alahai jauhnya Sofea bersekolah tadika.. Tentu Kak Mia tak tertahan menanggung rindu.. Moga Sofea dapat menjadi anak yg bijak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. takpelah jauh asalkan dia bahagia dengan tadikanya tu.. terima kasih ya nur...

      Delete
  13. wahh akti lg la lepas ni kak hehee..minda dia makin diasah hehee :) suka ye sofea..bljar rajin2 ye xmo nakai2 heheee.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiiii memang macam tulah sofea... nampaknya dia ok kat tadika tu...

      Delete