image Sofea Semasa Di Unit Kecemasan Hospital Kulai - Mia Liana

Saturday, 8 September 2012

# Family Matters

Sofea Semasa Di Unit Kecemasan Hospital Kulai

Semalam, petang Sofea mula cirit-birit jam 7.00 petang. Mula muntah-muntah jam 10.00 malam. Makin lama makin teruk pula. Semua yang masuk terus keluar. Sampai perut Sofea kosong betul dibuatnya. Lepas itu pukul 12.30 tengah malam tadi, kami (Mia dan Suami Mia) bawa Sofea pergi ke Klinik Penawar tapi disuruh pergi ke hospital terus. Yang paling dekat, Hospital Kulai.

Sekarang tengah musim rupanya. Katanya ramai betul kanak-kanan lain yang mengalami sakit yang sama seperti Sofea semalam dan hari ini.

Kali pertama Sofea di tempatkan di Unit Kecemasan (Zon Kuning). Oleh kerana badan dah agak lembik, jadi perlulah di masukkan air segera. Banyak juga, dalam 350 ml air dimasukkan dengan berat Sofea yang 18 kilogram.

Menunggulah sehingga menjelangnya waktu Subuh pagi tadi. Berjaga dan sentiasa awasi Sofea. Bila air sudah habis dimasukkan dan syukur Sofea pun tidak lagi cirit dan muntah lagi selepas itu. Sofea dibenarkan pulang jam 6.30 pagi tadi.


Sofea menangis selepas kena cucuk jarum di tangan

lama-kelamaan terus dia tidur 

tangan yang dicucuk untuk masukkan air

Risau betul tengah malam tadi. Sekarang ini dah rasa lega sedikit, dan Sofea pun sambung tidur di rumah.

p/s: padahal makan dan minum seperti biasa di rumah Mak Semah semalam....

36 comments:

  1. kesian nye sofea...
    kak mia duduk mne sbnrnye?yg sye tau johor je tpi x tau akak duk area mne.
    sye org kulai :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih eqa... akak duduk kat taman universiti.

      Delete
  2. alahai...sofea....alhamdulillah takde ape yg serius...get well soon sofea :)

    ReplyDelete
  3. get well soon sayang... kesian bila tengok budak2 sakit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. tu yang mia risau kalau sofea sakit. terima kasih ya mommy jue..

      Delete
  4. Get well soon sofia... Siannye tgk gmBr sofia nangis

    ReplyDelete
  5. get well soon sofea..sedih tgk gmbr sofea nangis :(

    ReplyDelete
  6. sian sgt tgk pic sofea nangis tu... anak2 saudara belalang pun baru2 gitu juga. tapi diorang x ke spital, so agak lambat juga nak ok...

    harap sofea akan cepat sembuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah... tengah musim sekarang ni katanya belalang.

      terima kasih ya belalang...

      Delete
  7. Replies
    1. haah.. tak sampai hati kalau tengok sofea menangis..

      Delete
  8. memang perit rasanya bila cirit birit muntah2 ni. kita yg besar pun rasa bdn lemah sgt ni kan pulak budak kecik, sofea cepat2 sembuh ye..

    ReplyDelete
  9. salam kenal..
    kesiannya sofea.. moga2 cepat sembuh.. memang sedih dan tak keruan hati seorang ibu bila anak sakit kan ..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga ya mama saly. haah... memang tak keruan betul. terima kasih ya..

      Delete
  10. assalamualaikum mia...kesian nyer semoga cepat2 sembuh yer...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama.... terima kasih ya.. memang nak sofea cepat2 sembuh ni...

      Delete
  11. kesiannyaaaa dengan Sofea.. mcm mana dia skrg.. semoga cepat sembuh ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mak dara... balik je rumah sebelah petangnya sofea mula demam dan kami beri dia ubat homeopati. sekarang dah ceria dan masih pantau suhu badannya..

      Delete
  12. sian sofea huhuhu..shida xblh tgk budak2 wad kak rsa nk ngis hhuhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah shida... esok kalau dah ada anak nanti baru tahu perasaan seorang ibu tu macamana...hhuhuh

      Delete