October 2012

Wednesday, October 31, 2012

Wordless Wednesday #1


Lokasi di ladang Pusat Pembangunan Teknologi Tanaman Nanas
Read more / Baca Lagi >>>

Menang Segmen: Jom Tukar Link Bloglist


Agak terkejut juga bila lihat komen daripada Nabila, minta Mia tuntut hadiah dalam entri pengumuman pemenang di SINI. Memang tidak sangka betul, Mia boleh menang dalam Segmen: Jom Tukar Link Bloglist oleh Nabila.


pemberitahuan oleh Nabila


printscreen dari entri pengumuman Nabila


Hadiahnya berupa sebuah header dari Nabila sendiri. Sukanya Mia. Terima kasih ya Nabila.

p/s: entri penyertaan segmen Mia ada di SINI.
Read more / Baca Lagi >>>

Jemputan Ke Malaysia Social Media Week (MSMW) Soft Launch


Hmm... semalam Mia ada terima jemputan ke Malaysia Social Media Week (MSMW) Soft Launch yang akan berlangsung pada jam 4.00 petang 2 November 2012 bertempat di Berjaya Times Square Kuala Lumpur.


Nampak gayanya Mia tidak dapat dapat menghadiri jemputan ini huhuhuhu... Minta maaf banyak-banyak ya. Mia ni duduk jauh di Johor Bahru dan ada komitmen kerja minggu ini. Minggu ini memang sibuk betul. Untunglah blogger yang duduk di Kuala Lumpur, boleh join event kat sana.

Tidak lupa, Mia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MSMW yang sudi menjemput Mia untuk ke event ini.

p/s: kepada blogger yang join event ini, jangan lupa update dalam blog ya... Mia nak tengok juga nanti...
Read more / Baca Lagi >>>

SEGMEN : AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER


SEGMEN : AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER

Mia join segmen Ayu pula awal pagi ni. Nak support Ayu dalam pencariannya mencari rakan blogger. Segmen yang simple. Ayu amat berharap agar ramai yang join segmen ni. Tarikh tutupnya ialah pada  11.00 malam 9 November 2012.

syarat2 nyer :
1. sebelum tu pertama sekali ayu minta sangat kawan2 follow ayu dulu..bolehkan..hehe
2. tajuknyer SEGMEN : AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER
3. gam kuat2 gambar comel diatas dan linkkan ke entry ini ye
4. kalau kawan2 nak tag rakan-rakan blogger yg lain pun boleh...tak tag pun takpe...hehehe
5. siap....gam kuat2 kat ruangan komen kat bawah...hehehe

p/s: kepada sesiapa yang berminat silalah join ya... support Ayu...
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, October 30, 2012

Pupus - Jangan Biarkan Ianya Pupus



Semalam Mia tengok sedikit sahaja. Tak sempat nak tengok sampai habis. Pagi-pagi tadi Mia pun tengoklah cerita pendek ini. Nak tahu juga apa benda yang pupus tu...

Lahhh.... bila tengok sampai habis baru faham cerita ni sebenarnya tentang apa. Ada mesej yang disampaikan dan jangan biarkan ianya pupus....

Jom kita tengok Boni Kacak dalam cerita Pupus ni... layanssss....

credit to : Boni Kacak

p/s: terbaiklah Boni.... Nampak sweet je kan dalam tu.....
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, October 29, 2012

Siapa Nak Banner Gift Daripada Mialiana.com #3? (Sticky Post)



Siapa Nak Banner Gift Daripada Mialiana.com #3?

Wahhhh... akhirnya segmen banner gift ini diaktifkan setelah blog ini mencecah 8500 followers. Mood suka. Ini adalah aktiviti segmen banner gift yang ke #3. Masih lagi diteruskan kerana ada blogger yang di luar sana menanti dengan sabar segmen ini yang hanya akan diaktifkan sekali setiap 1000 followers. 


Seperti yang sedia maklum, Mia akan cuba buatkan design banner yang simple-simple untuk follower bertuah Mia yang terpilih. Tidak pasti kali ini ramai ke tidak yang nak join. Mia pun tidak dapat janji akan buatkan banner untuk semua. Kalau ramai yang join, mungkin Mia akan buat pemilihan.

Kepada yang baru dan masih tidak faham tentang segmen ini, silalah membelek entri-entri sebelumnya di dalam label Banner Gift.

Macam mana nak join? Senang sahaja. Sila tinggalkan URL blog anda di dalam ruangan komen entri ini. Sesuai sangat untuk blogger yang belum ada banner lagi. Tarikh akhir penyertaan ialah pada 29 Oktober 2012.

p/s: entri ini dimasukkan pada 6.30 pagi 24 Oktober 2012.



Senarai Blogger Yang Join
  1. http://wanaowen.blogspot.com
  2. http://ibuberbicara.blogspot.com
  3. http://hazwanahashim88.blogspot.com
  4. http://aqlaila.blogspot.com
  5. http://speckygirlcikira.blogspot.com
  6. http://anisa-mylife.blogspot.com
  7. http://juejaynee.blogspot.com
  8. http://gadisbiasebiase.blogspot.com
  9. http://hainomokje.blogspot.com
  10. http://www.aynoranur.com
  11. http://norminieza.blogspot.com
  12. http://kinarakinatara-beebeey.blogspot.com
  13. http://nazlyizan.blogspot.com
  14. http://www.mizruha.com
  15. http://sheilashahfiekry.blogspot.com
  16. http://trueny.blogspot.com
  17. http://anekaproduksitishaqiq.blogspot.com
  18. http://itmemawarputih.blogspot.com
  19. http://dingraphic.blogspot.com
  20. http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com
  21. http://maszull.blogspot.com
  22. http://fiedaeryda.blogspot.com
  23. http://razifredz.com
  24. http://kesumaangsana.blogspot.com
  25. http://ammyzyliyana.blogspot.com
  26. http://www.diarisifroggie.com
  27. http://najihah90.blogspot.com
  28. http://flowerbucket92.blogspot.com
  29. http://haryatifaizal.blogspot.com
  30. http://tunzhotspot.blogspot.com
  31. http://kisahsayangsafuraa.blogspot.com
  32. http://shila-luvmyfamily.blogpot.com
  33. http://www.dear-lyana.co.cc
  34. http://sweethoneyzz.blogspot.com
  35. http://mulan-sahbanu.blogspot.com
  36. http://bulantemanbintang.blogspot.com
Terima kasih kerana sudi join segmen ini. Good luck ya!

Senarai blogger yang berjaya akan diumumkan pada 5 November 2012.
Read more / Baca Lagi >>>

Rindunya Pada Blogger Ini....



Rasanya ramai yang telah mengetahui akan pemergian arwah ayah kepada Mak Dara. Al-fatihah buat arwah...

Mia rasa rindu sangat pada Mak Dara. Rindu pada komen-komennya di blog orang lain. Rindu akan celoteh meroyannya di dalam entri-entri blognya. Rindukan segalanya. 

Harap Mak Dara akan tabah dan sabar dengan dugaan ini. Nanti bila keadaan dah kembali reda, diharap dapat berblogging semula ya. Kuatkan semangat dan jangan lupa kami, rakan-rakan bloggers di sini. Always love you.....

p/s : kiranya Mak Dara ni, teman blogger yang paling rapat dengan Mia... miss you so much...
Read more / Baca Lagi >>>

Sesi Fotografi Untuk Laman Web


Malam tadi hampir pukul 11.00 malam baru Mia sampai ke Sepang dan menginap di Bandar Baru Salak Tinggi. Di sepanjang perjalanan trafik tersangatlah sesak. Mujur Mia tidak menginap di Kuala Lumpur, kalau tidak lagi lambatlah nak check-in.

Sebenarnya, dalam tempoh 3 hari ini Mia ada tugas untuk sesi fotografi bagi laman web untuk design baru dan wajah baru nanti. Sesi fotografi ini diadakan bersama dengan pihak SKALI.


Yang mula-mula sekali ialah Pineapple Information Centre (PIC) di MAEPS Serdang. Mungkin akan banyak ambil gambar di sini memandangkan tidak lama lagi akan ada MAHA 2012. Lepas itu barulah melawat ladang nanas....

Esok, melawat kilang Lee Pineappple di Skudai dan ladangnya di Simpang Renggam. Hari yang terakhir, barulah melawat Pusat Pembangunan Teknologi Tanaman Nanas di Alor Bukit, Pekan Nanas, Pontian dan Muzium Nanas.

Harap cuaca elok sampai ke petang satu hari ini.

p/s: teringin juga nak ada satu DSLR ni.... huhuhu...
Read more / Baca Lagi >>>

SEGMEN : JOM FOLLOW


SEGMEN : JOM FOLLOW

Mia nak join segmen ini. Mia baru sahaja follow blog dan like fanpage Yanie. Segmne yang simple dan menarik. Mia join pun nak support Yanie dan nak war-warkan tentang segmen ini di blog mia. Jom lah join untuk ramaikan kenalan blogger.

Follower Mia sekarang ialah 8529....


Syarat-syaratnya...
  1. Follow blog yanie !
  2. Like fanpage yanie di [SINI] .
  3. Buat entry bertajuk "SEGMEN : JOM FOLLOW" dan wajib letak banner baru seronok.
  4. Dalam entry tu korang kena nyatakan berapa followers korang yang sekarang . Terpulang sama ada nak tulis berapa bilangan atau nak printscreen yee.
  5. Letak link korang dekat ruangan komen .
  6. Korang wajib dan wajib FOLLOW semua peserta yang terlibat ok ?!
p/s : sila klik pada banner untuk join...

Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, October 28, 2012

Hantu Kapchai - Rempit Sampai Mati


Hantu Kapchai - Rempit Sampai Mati

Hmmm... patutlah semua orang kata cerita ini best. Nak-nak bila ada "Mael Lambong" pelakon kegemaran Sofea. Malam tadi baru sahaja kami tengok cerita ni di rumah. Sofea lagilah memang suka sangat walaupun tidak berapa faham sangat cerita ini asalkan ada pelakon kesayangannya tu. Kanak-kanak pun boleh tengok, sebab hantu kapchai, Ajib ni rupanya tidak menakutkan dan seperti orang biasa.

Cerita ini pun banyak mengandungi mesej dan nasihat kepada orang yang suka rempit. Kesian juga tengok Ajib dianiaya oleh Tiger semasa melawan rempit (demi nak dapatkan RM 10,000) dengan Greng dan akhirnya mati. Mungkin sebab rohnya tidak tenteram jadi dia minta pertolongan rakannya, Ibrahim yang boleh berinteraksi dengan dia. 

Bahagian ini perlu jaga-jaga takut tersalah akidah. Memang tidak dinafikan rasanya tentu ada golongan mereka yang dibuka hijab di dunia ini dan boleh berkomunikasi dengan roh. Semuanya atas ketentuanNya. Jadi anggap sahajalah cerita ini sebagai santai dan lawak.

Ajib.. Ajib... Paling kesian, dia ada hutang dengan Ah Meng RM 10,000 untuk membiayai kos perubatan maknya. Macam-macam yang berlaku dan melalui Ibrahim, dapat jugalah bantu Akim untuk jadi hebat macam Ajib untuk lawan Tiger.

Secara keseluruhannya cerita ini best dan kalau tengok berulang kali pun memang tak jemu.

Antara gambar yang Mia printscreen...




p/s : terhibur bila tengok cerita ini....
Read more / Baca Lagi >>>

Segmen: Jom Tukar Link Bloglist


Segmen: Jom Tukar Link Bloglist

Hmmm... sempat lagi Mia nak join satu lagi segmen yang dianjurkan oleh Nabila. Kalau ada segmen tentang bloglist ini, memang Mia nak join sangat-sangat. Ye la kan, bukannya senang dapat duduk dalam bloglist orang lain... huhuhu

SYARAT
1) Follow blog aku dan aku akan follow balik
2) Letak kan link blog aku kat bloglist korang
3) Buat entry pasal segmen ni dan tampal banner kat atas kat dalam entry tu
4) Letak kan link entry kat komen entry ni
5) Para peserta akan diupdate dari masa ke semasa dan korang bolehlah follow
6) Segmen bermula dari 27/10-30/10...pemenang diumumkan pada 30/10 pada pukul 10 malam

p/s: sesiapa yang berminat, sempat lagi kalau nak join ni.... (^_^)
Read more / Baca Lagi >>>

Segmen : Jom UP Follower Sampai 1000++


Segmen : Jom UP Follower Sampai 1000++

Pagi ini Mia berminat nak join segmen yang simple dan sambil itu nak support Iena Gie.

Petikan dari entri penganjur :

1. Mesti follow blog ibu.. 
2. dan 'like' fanpage FB ( Sihat itu Menawan) ibu ye
3. Buat entry 'Segmen : Jom UP Follower Sampai 1000++'
4. Copy banner ibu  yg x comeii tu hehe
5. Tinggalkan link entry uollss kat komen sini ye

Tarikh tutup x tau lagi..

Ibu harap boleh menambahkan follower ibu hingga 1000++
 dan juga follower2 uoll yg join ni..

p/s : kepada yang berminat silalah join ya....
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, October 27, 2012

Di Petang Hari Raya Aidiladha...


Petang semalam, sibuk benar Sofea nak sangat tengok lembu-lembu dan kambing di kawasan surau yang akan dikorbankan pada pagi ini. Kami jalan kaki (dekat dengan rumah keluarga Mia) dan masuk ke pekarangan surau. Bila dah nampak lembu dan kambing dari jauh, mulalah Sofea suka sangat. Seronoklah dia.

Jom tengok gambar kami semalam....

lagak macam nak interview kambing ni aje...

dengan adik bongsu Mia...

4 ekor lembu yang ditambat di tiang

lembu ni cool walaupun Mia ambil gambar dia

lembu ni asyik makan sahaja

Memang kat kawasan sini akan buat korban pada Hari Raya Haji (Aidiladha) yang kedua. Setakat yang kami nampak semalam, ada 6 ekor lembu dan 1 ekor kambing.

p/s: pagi ni dah nak kena sembelih... tak sanggup nak tengok... huhuhuhu
Read more / Baca Lagi >>>

GIVEAWAY : Love Collection by Jaja Sutera



Mia di tag oleh Miz Ruha di SINI. Jaja yang buat Giveaway ini. Tentulah Mia akan support. Tarikh tutup segmen ini pada 15 Disember 2012. Mia nak tag Baby Comel, Syuhada dan Farah.


Apa kata Jaja...
Pemilihan pemenang kali ini tidak lagi menggunakan khidmat #random.org ! tapi, Jaja akan gunakan manual (!) weeeee... random manual lah ! pssstt.. dapatla tengok tulisan Jaja nanti ! hehe kali ni xde pemenang utk TOP REFFERAL !

p/s: kepada yang berminat silalah klik banner segmen di atas untuk join...
Read more / Baca Lagi >>>

Segmen : Up Kan Followers Dengan Mendadak!!!




Mia di tag oleh Aynora di SINI. Secara tidak langsung Mia pun joinlah segmen ini. Hmmm memang menarik segmen ini dan tarikh tutupnya ialah pada 21 November 2012 dan pemenang segmen akan diumumkan pada 25 November 2012.

Mia nak tag Cik Rongoks dan Cik Matahari.

Tempek dulu Mia's Followers...


Target : nak tambah 50 hingga 100 followers

Apa kata penganjur :

Tujuan saya buat segmen ini ialah untuk membantu bloggers baru yang ingin menaikkan followers mereka.  Dan juga boleh menaikkan followers anda menjadi beribu ribu, ewahhh haha. Selain itu, sambil anda join, anda juga akan menang hadiah!!! 

p/s: sesiapa yang bermibat nak join.... sudi-sudikanlah ya...
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, October 26, 2012

Segmen:Bloglist Akhir Tahun by Liyana Syafiqah




Aduii... nak join juga tak kira... Mia nampak Kak Teratai join segmen ni, tu yang Mia nak join juga. 

Segmen ini bermula 20/10/2012~23/11/2012

Jom join segmen..

Syarat-syarat:
1.Buat entry bertajuk "Segmen:Bloglist Akhir Tahun by Liyana Syafiqah"
2.Letakkan banner di entry anda..
3.Follow blog Liyana Syafiqah..
4.Link kan entry anda di komen...

p/s : kepada sesiapa yang berminat, jomlah join sama ya...
Read more / Baca Lagi >>>

Segmen : Jom Usha



Hmmm.. Mia nampak Eraz join segmen ini semalam. Mia pun berkenan nak join jugalah. Segmen ini akan ditutup pada hari esok, 27 Oktober 2012 jam 11.59 malam.

Jom join beramai-ramai sementara masa masih ada lagi ni...

p/s: klik pada banner di atas untuk join...
Read more / Baca Lagi >>>

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha


Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

Di kesempatan ini, Mia sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pengunjung blog ini yang beragama Islam. Salah dan silap harap dimaafkan. 

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Hari ini juga dikenali sebagai Hari Raya Haji ataupun Hari Raya Qurban/Korban. Begitu besarnya kebesaran Allah dan semoga kita dapat raikannya bersama keluarga dan sanak saudara. Berdoalah agar ibadah haji dan korban kita diterimaNya... Amin....

p/s: syukur alhamdulillah...
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, October 25, 2012

Review Pantun Blogger Bertuah Kelima - Cik Suzlin



Akhirnya tibalah masa untuk review pantun blogger bertuah kelima iaitu Cik Suzlin. Seorang yang telah berumahtangga dan sedang belajar tetapi masih lagi dipanggil Cik Suzlin untuk panggilan mesra di blog. Tahniah diucapkan. Pantunnya agak bersahaja dan pandai mencuit hati Mia.

Si dara jelita bercinta lama
Bertemu jodoh si teruna Banjar
Blogger bertuah yang kelima
Lin manis yang sedang belajar


Malam-malam  pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta waja
Andai mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Ke kedai Nyonya beli celana
Untuk dipakai pergi berkelah
Nama diberi Suzlin Azreena
Nama manja kita Cik Suzlin lah

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Pening kepala beli pantun Kak Mia
Walaupun tak pandai, digagahi juga
Besar hati nak canang satu dunia
Diri ini sudah berpunya

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

Rangkap ini rangkap ketiga
Jari menaip dah naik pijar
Kalau Kak Mia nak tahu juga
Saya budak sedang belajar

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dgn tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana

Main bola berkejar-kejar
Asyik menjerit suara serak
Merantau jauh pergi belajar
Kini saya di negeri Perak

p/s: selesai sudah sesi review semua pantun blogger terunggul dan blogger bertuah Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun..
Read more / Baca Lagi >>>

Terserempak Dengan Kemalangan Di Perling Mall



Semalam petang balik kerja, Suami Mia nak ngeteh sambil makan roti canai kat Restoren Rafi, berdekatan dengan Perling Mall tapi tutup pula.

Betul-betul kat depan kami letak kereta, di jalan besar ada kemalangan pula. Nasib tersangkut kat pokok. Kalau tak, boleh terbang sampai ke sini. Huhuhu..

Sempat jugalah snap beberapa keping gambar. Betul-betul lepas dari kawasan simpang tiga. Ni mesti kes bawa laju dan pusing ke kiri. Tidak sempat nak libas balik dah terbabas. Keadaan ini telah mengakibatkan kesesakan jalan raya.


Berhati-hatilah di jalan raya... Nak-nak masing-masing ni sedang sibuk pulang ke kampung halaman di musim perayaan.

p/s: nasib pemandu tidak mengalami apa-apa kecederaan, cuma terkejut ajelah..

Published with Blogger-droid v2.0.6
Read more / Baca Lagi >>>

Mood Telah Kembali Ceria



Ingat tak semalam Mia ada cerita yang Mia sedih kan? Memang betul-betul sedih. Nasib baik diduga satu hari sahaja. Pagi ini bila Mia bangun tidur bila tengok blog sahaja, Mia rasa syukur sangat. Semuanya telah kembali seperti asal.

Alhamdulillah syukur sangat. Terima kasih kepada HH kerana sudi berkongsi sedih dan duka Mia semalam. HH pun pelik juga. Tapi semuanya sudah selesai. Barulah lega nak berblog sekarang ini..

Sebenarnya tentang iklan yang dipaparkan di blog ini. Tiba-tiba tiada pula semalam atas sebab yang Mia rasa pun macam tidak logik. Setelah menukarkan ayat entri yang berkenaan kepada general barulah Mia cuba semula. Pagi ini dah dipaparkan.

Sekarang ini langsung tidak boleh disebut di dalam blog. Itu pasal Mia cerita secara general je ni. Macam entri ni dan entri sedih semalam... huhuhuh. Faham-faham sendiri lah ya...

p/s: menarik nafas lega...
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, October 24, 2012

SEGMEN BLOGLIST PELANGI ME & MY FAMILY




Terjumpa pula segmen ini masa blogwalking ke blog Mrs Velentine. Hmmm... nampak menarik dan  sungguh menceriakan banner segmen ini.

Mia nak duduk juga dalam bloglist Pelangi dan juga nak meramaikan kenalan rakan blogger....

Segmen ini berlangsung sehingga 30 Oktober 2012 dan ada hadiah misteri. Sesiapa yang berminat, marilah join ya...

p/s: mood nak happy kan diri...
Read more / Baca Lagi >>>

Bila Hati Ini Sedih Dan Duka...



Kadang-kadang walaupun nampak gembira tetapi hati di dalam bagai nak dirobek-robek. Sedih dan duka. Tentu kita semua alami perasaan itu kan? Memang tidak boleh lari lagi dalam kamus kehidupan yang penuh pancaroba ini. Selalunya kita akan menangis atau pun menyendiri ataupun diam sahaja.

Selepas dah melepasi tahap stabil barulah ceria semula, kan? Barulah mula tersenyum dan mula berkongsi cerita pada rakan-rakan. Tetapi kena berhati-hati bila bercerita tu, jangan sampai membuka pekung di dada. Sepertimana meluahkan perasaan di dalam blog. Ketika berblogwalking, ada juga baca kisah sedih dan rintihan, hanya mampu komen dan berikan semangat.

Hari ini Mia agak sedih sebab tahu awal pagi tadi satu berita buruk. Ada kaitan juga dengan blog ini. Hmmm... Mia terimanya dengan tabah. Satu hari ini, bila belek blog, rasa sedihnya. Tunggu lagi 2, 3 hari lagi nak tengok macam mana keadaannya. Harapnya mood Mia akan stabil dengan cepat. Doa dan sentiasa berdoa. Buat masa ini biarlah rahsia dulu, Mia masih belum ada mood nak cerita tentang berita buruk ini... Berita buruk ini tiadalah buruk mana pun. Cuma ianya mengganggu emosi Mia dan tiadalah sampai hendak menangis. Rasa terkilan pun ada juga.

Seeloknya kena cepat-cepat pujuk hati jangan sampai melarat dan boleh jadi sakit pula. Kuatkan semangat dan cekalkan hati untuk meneruskan cabaran yang harus ditempuhi.

p/s : tengah nak ceriakan mood ni...
Read more / Baca Lagi >>>

Review Pantun Blogger Bertuah Keempat - Nur Azian



Review pantun seterusnya ialah pantun blogger bertuah yang keempat iaitu Nur Azian. Pantunnya simple dan pandai menarik hati Mia pada rangkap yang putera tu.. Tahniah ya kepada Azian...

Bila hujan keluar cepat
Tadah air dalam tempayan
Blogger bertuah yang keempat
Putera impian angan Azian 


Malam-malam  pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta waja
Andai mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Ke kedai nyonya bersama Eja
Singgah sebentar di rumah Adnan
Yan nama panggilan manja
Sila panggil kalau berkenan

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Kepala pening pandangan samar
Berehat sekejap duduk kat tepi
Menunggu putera datang melamar
Tapi cuma kat dalam mimpi

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

Langit cerah dihiasi fajar
Indah alam ciptaan Tuhan
Saya student yg masih belajar
KPTM Kelantan kolej pilihan

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dgn tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana

Goreng sayur goreng ikan,
Buat bekalan pergi ke pekan
Pahang tempat sy dibesarkan
Johor pula tempat dilahirkan

p/s: leganya dah review pantun blogger bertuah yang keempat ni... (^_^)
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, October 23, 2012

Peringatan Waktu Solat Di Smartphone




Peringatan Waktu Solat Di Smartphone

Hmmm... Perkara yang paling Mia suka bila gunakan smartphone Samsung Galaxy S Advance ini ialah boleh masukkan aplikasi Waktu Solat. Lebih-lebih lagi bila keluar outstation memang memudahkan. Tak perlulah nak tanya orang kan...

Bila dah masuk waktu sahaja, akan ada alarm dan secara automatik akan mengingatkan kita untuk bersolat. Mana tahu tengah sibuk dengan kerja ke... buat kerja rumahtangga ke... kadang tak perasan. Bila bunyi sahaja tentu cepat-cepat nak tengok kan? Kot-kot ada sms ke.. Bila dilihat, oohh rupanya dah masuk waktu solat.

Di samping itu, ia juga ada kompas yang menunjukkan arah kiblat. Banyak lagi aplikasi lain di android yang amat menyenangkan kita. Kena pandai cari dalam Play Store dan download. 

p/s : tak suka download aplikasi yang tidak menjadi keperluan Mia.

Published with Blogger-droid v2.0.6
Read more / Baca Lagi >>>

Review Pantun Blogger Bertuah Ketiga - Mama Maszull


Blogger bertuah ketiga pula jatuh ke tangan Mama Maszull. Pembeli pantun yang bersopan santun. Tahniah ya Mama... pantun yang dibeli berkait dengan pantun yang dijual.


Pak Pandir bermain saga
Pakai baju kancing suasa
Blogger bertuah yang ketiga
Mama surirumah sepenuh masa


Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Dah malam pun nak ke kedai nyonya
Walaupun jauh pergi juga naik kereta Waja
Senangnya soalan tu Mia bertanya
Mama Maszull itulah panggilan manja

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Makan ubat hilanglah berpinar-pinar
Boleh jalani balik latihan yoga
Memang tak malu pun nak jawab benar
Kalau dah mama tu mestilah dah berkeluarga

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

Langit cerah indah warnanya
Bila berjalan lenguh kaki terasa
nak bagi tahu status mamanya
Bekerja belajar tidak tapi surirumah sepenuh masa

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana

Minum kopi jangan pekat-pekat
Kalau pekat tinggi kafeinnya
Tak jauh tapi dekat 
Tinggal Taman Pulai Perdana Johor negerinya

p/s: sukanya.. sudah review pantun blogger bertuah yang ketiga.. (^_^)
Read more / Baca Lagi >>>

Segmen : Jom Follow MengFollow By Puteri Ennaidi



Jom kita bersegmen. Uikkkk kali ini Mia di tag oleh Nurul di SINI. Mia pun joinlah segmen ni. Tarikh tutup segmen ini ialah pada 28 Oktober 2012.

Kena tag sekurang-kurang 5 blogger. Mia nak tag Suzlin, Hainom Okje, Mira, Mrs Velentine dan Yana. Tak kisahlah sempat buat ke tak sempat ke.. Mia tak kecil hati pun. Yang penting dah tag... heheheh

p/s: sesiapa yang berminat tu, jomlah join sama.... (^_^) peace....
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, October 22, 2012

Review Pantun Blogger Bertuah Kedua - Teratai


Terima kasih diucapkan kepada Kak Teratai yang sudi membeli pantun Mia. Ternyata pantun Kak Teratai tidak kurang hebatnya. Entri penyertaannya penuh dengan pantun.

Lama sungguh tidak bersua
Dari jauh kenal rupanya
Blogger bertuah yang kedua
Bunga Teratai harum baunya




Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Bunga dipuja bunga seroja
Diselit berseri di baju kebaya
Panggilan manja teratai saja
Hanya dikenal di alam maya

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Si anak memanggil ibunya mama
Si ibu yang tidur terus terjaga
Sudah ada anak lima
Itu bermakna sudah berkeluarga!

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

Cantik sungguh berkebaya nyonya
Digayakan pula si anak dara
Sudah berkerjaya berpuluh tahunnya
Menunggu masa untuk bersara!

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana

Waktu malam sejuknya sayang
Waktu siang panas berbahang
Asalnya dari negeri ulit mayang
Kini merantau ke negeri Pahang

p/s: selesai sudah review pantun blogger bertuah yang kedua..
Read more / Baca Lagi >>>

Review Pantun Blogger Bertuah Pertama - Arjuna Silvera



Ribuan terima kasih diucapkan kepada Arjuna Silvera kerana sudi membeli pantun Mia. Persaingan untuk mencari 5 blogger bertuah terlalu hebat belaka. Pantunnya pun pandai memikat hati Mia.  Tahniah ya.... (^_^)

Tiada lagu tanpa irama
Tiada kata semanis bicara
Blogger bertuah yang pertama
Teruna Arjuna milik si dara




Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Sungguh indah pelangi senja
Puyuh pula terbang bersahaja
Saya tiada panggilan manja
Walaupun orgnya sangatlah manja

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Malu si dara tunduk disapa
Melihat teruna merenung dia
Dari entry tiada seberapa
Pasti aku kepunyaan sidia

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

Ilmu dibaca bersama riwayat
Tamatnya badan dikandung tanah
Menuntut ilmu seusia hayat
Kini berkerja menyara amanah

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana

Asyik bergurau sang teruna
Segala mimpi tampak indah
Agak jauh aku berkelana
Kini di Selangor asalnya Kedah

p/s: selesai sudah review pantun blogger bertuah yang pertama..
Read more / Baca Lagi >>>

SURPRISE GIVEAWAY by FD



Alamak semasa berblogwalking awal pagi tadi, terjumpa pula Giveaway ini... namanya cukup menarik... Surprise!!!

Terus Mia berminat nak join, nak meriahkan Giveaway ini yang dianjurkan Fatin Diana. Nak tahu juga apa benda yang surprise tu. Semua syarat-syarat telah dibuat dan like fanpage para sponsor.

Tarikh tutupnya pada 27 Oktober 2012..

p/s: sesiapa yang berminat silalah join ya...
Read more / Baca Lagi >>>

Trafik Mialiana.com Pada 14 - 20 Oktober 2012


Rasanya bulan ini belum lagi buat entri trafik blog ini. Trafik blog tidaklah banyak sampai beribu-riban setiap hari. Memadailah dapat maintan lebih 500 pengunjung pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dan lebih 400 pengunjung pada hari Sabtu dan Ahad.

Jom kita tengok apa laporan Google Analytics untuk tempoh 14 - 20 Oktober 2012 (minggu lepas)

 14 - 20 Oktober 2012 : 3,608 orang
Search Traffic : 1,985 visits
Referral Traffic : 920 visits
Direct Traffic : 181 visits
Campaigns : 522 visits

14 Oktober 2012 (Ahad) : 416 orang

Search Traffic : 226 visits
Referral Traffic : 102 visits
Direct Traffic : 31 visits
Campaigns : 57 visits


15 Oktober 2012 (Isnin) : 612 orang

Search Traffic : 348 visits
Referral Traffic : 148 visits
Direct Traffic : 25 visits
Campaigns : 100 visits


16 Oktober 2012 (Selasa) : 516 orang

Search Traffic : 336 visits
Referral Traffic : 96 visits
Direct Traffic : 19 visits
Campaigns : 65 visits


17 Oktober 2012 (Rabu) : 547 orang

Search Traffic : 308 visits
Referral Traffic : 136 visits
Direct Traffic : 30 visits
Campaigns : 73 visits


18 Oktober 2012 (Khamis) : 517 orang

Search Traffic : 295 visits
Referral Traffic : 140 visits
Direct Traffic : 21 visits
Campaigns : 61 visits 

19 Oktober 2012 (Jumaat) : 549 orang

Search Traffic : 244 visits
Referral Traffic : 177 visits
Direct Traffic : 25 visits
Campaigns : 103 visits 


20 Oktober 2012 (Sabtu) : 442 orang

Search Traffic : 228 visits
Referral Traffic : 121 visits
Direct Traffic : 30 visits
Campaigns : 63 visits

Alhamdulillah syukur. Terima kasih kepada semua yang sudi bertandang ke blog ini. Tanpa anda, tiada maknalah blog ini. (^_^)

p/s: kesimpulannya, dalam tempoh minggu lepas secara purata sebanyak 516 orang setiap hari (3,608 orang / 7 hari)
Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters March 2017