image Sijil Penyertaan dan Penghargaan Daripada DiGi WWWOW Awards 2012 - Mia Liana

Thursday, October 18, 2012

# DiGi WWWOW Awards

Sijil Penyertaan dan Penghargaan Daripada DiGi WWWOW Awards 2012

Tiba-tiba suasana petang ini, terasa seperti bagai disentap hati ini apabila menerima emel daripada DiGi. Macam-macam di benak fikiran ini lalu terus klik untuk buka emel tersebut.

Sila klik pada prinstcreen di bawah ini untuk besarkan.




Rupanya DiGi hantar Sijil Penyertaan dan Penghargaan kerana menjadi Top 10 di dalam kategori Blogger of the Year DiGi WWWOW Awards 2012 tempohari. Bukan senang ya nak berada di tahap ini. Banyak usaha telah dibuat dan mendapat sokongan penuh daripada pengundi tetap harian. 

Mula-mula ingatkan Mia tak nak update ke dalam blog sebab sedih sangat tidak terpilih ke Top 5. Tapi memandangkan pengunjung-pengunjung blog ini berhak untuk mengetahuinya, jadi Mia printscreen kan emel dan sijil yang diterima. Mia amat sangat hargai undian yang diberikan sehingga mendapat rank 2 selepas undian ditutup dan juga melepasi tapisan para juri untuk berada di dalam Top 10. Tidak lupa juga kepada semua sponsor dan peserta kempen yang bertungkus-lumus membantu Mia. Apa-apa pun Mia dah lakukan yang terbaik. Sayang sangat kat anda semua.

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, Mia tidak akan masuk lagi pada tahun hadapan dan hendak beri peluang kepada blogger lain. Semua ini adalah pengalaman dan kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

p/s: hampir mengalir air mata ini ketika menaip entri ini...

52 comments:

  1. Replies
    1. cuba MV baca entri2 sebelum ini dalam label DIGI WWWOW AWARDS.

      Delete
  2. Tahniah Mia..... wah rezeki bertimpa-timpa ni Mia.... kena buat sujut syukur tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya hainom... sentiasa syukur padaNya...

      Delete
  3. Tahniah kak mia..kak mia memang layak. ^___^

    ReplyDelete
  4. tahniah kak mia..:) top ten tuh pon kire hebat dah kak mia!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..
    taniah kak ! berjaya hingga ke peringkat ini :)

    ReplyDelete
  6. Salam Kenal Mia..

    Tahniah atas pencapaian Blog hingga ke tahap itu.
    Suka baca blog ni. DONE FOLLOW....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga dan dah di follow balik tadi... ;)

      Delete
  7. Oh yea..Jom support business online saya di www.qashmere.net banyak baju-baju baru untuk Hari Raya Haji dan Kasual dengan harga berpatutan dan juga kos penghantaran PERCUMA.

    Banyak jenis baju untuk semua saiz dah plus size fashion juga.

    ReplyDelete
  8. Salam, tahniah... Walaupun dimonopoli oleh kaum Cha Ya Nun Alif, dan pertandingan tak berapa nak adil, at least ada sijil lepas desakan dibuat. Nak buat mcm mana, depa yang set up...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya atas sokongan yang diberikan... ;) redha dan terima seadanya...

      Delete
  9. wah!!! tahniah kak.. dasyat tu..tersenarai tu..bukan calang2 blogger yang tersenarai tu

    ReplyDelete
  10. tahniah!!! huhuhuhu saya pun suka digi. suka! huhuhu

    ReplyDelete
  11. hahahaha tobat.. lepas nie tak juin dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. feroz lagi kesian. langsung tak masuk top 10 huhuhuh... sabar ya...

      Delete
  12. wahhhhh..thniah ler cik mia..heee
    truskan usha anda untuk smpi kt top 5 pla..
    ^,^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih yaya... ni masa yang bulan 5 hari tu. memang sampai top 10 je. sijilnya baru dapat sekarang...

      Delete
  13. Tahniah Mia. Memang berbaloi penghargaan yang Mia dapat dari DIGI tu. Hasil kerja keras Mia akhirnya dapat dijadikan kenangan dalam dairi kehidupan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya kak lina... itulah kenangan...

      Delete
  14. Tahniah...sperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tu:)

    ReplyDelete
  15. dapat nama kat digi wwwow awards..cayalah kak mia..huhu

    tahniah kak :)

    ReplyDelete
  16. tahniah mia , masuk la lgi tahun depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya abg cik..... huhuhu tahun depan memang tak nak masuk. cukup lah dua tahun berturut2 masuk...

      Delete
  17. tahniah...adik MIA....tahniah pula untuk tahun depan.

    ReplyDelete
  18. btul laa kn.. cukup cukup sudah, sampai di sini saja, huh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah caliph... uikkk siap nyanyi lagi... heheheh

      Delete