Bilangan Entri Di Laman Utama Blog



Bilangan Entri Di Laman Utama Blog

Hmmmm... pernah tak kalau kita berblogwalking terjumpa beberapa blog yang ada banyak sangat entri di laman utama blog sehingga terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk scroll ke bawah. Ataupun jumpa entri yang sangat panjang, siap dengan gambar-gambar lagi. Agak-agak jenuh juga ya dan proses lambat loading mengakibatkan kita bosan hendak menunggu. Lebih memburukkan keadaan, ditambah pula dengan widget di side bar yang banyak. Fiuhhh... betul-betul menguji tahap kesabaran jika line internet slow pada masa itu.

Mungkin sebagai blogger, kita tidak perasan sebab dah mengadap blog setiap hari. Jangan susah hati, tidak mengapa. Bagi mereka yang menggunakan fungsi auto readmore bolehlah meletakkan banyak bilangan entri di dalam laman utama blog dan juga kena sesuaikan dengan widget di side bar blog supaya jangan terlalu panjang ke bawah.

Bagi mereka yang tiada fungsi auto readmore, kena pandai sesuaikan dengan penampilan blog. Contohnya jika ada entri yang panjang jadi boleh dikurangkan jumlah entri di dalam laman utama blog. Boleh jadi 2 atau 3 entri ataupun 1 entri sahaja. Agak leceh sedikit sebab setiap kali update blog kena tengok dulu panjang sangat ataupun tidak.

Bagi blog Mia, memang Mia buat setting 6 entri di laman utama blog dengan 4-5 kali tekan butang PageDown bila nak scroll ke bawah bergantung kepada screen resolution. Rasanya sudah cukup ideal bagi Mia, kerana penampilan blog tidak terlalu panjang ke bawah dan Mia menggunakan fungsi auto readmore.

Bagi yang berminat untuk guna fungsi auto readmore inibolehlah rujuk pada http://www.bloggersentral.com/2009/11/blogger-auto-read-more-with-thumbnail.html. Jangan lupa kalau nak buat apa-apa perubahan di dalam template blog kena buat backup dulu ya...

Kesimpulannya di sini, apa yang kita tidak suka, tentu orang lain pun tidak suka. Cubalah untuk memudahkan pengunjung melawat blog kita dan kalau boleh, sentiasalah berusaha untuk menjadikan penampilan blog sebaik mungkin.

p/s: jangan abaikan bilangan entri di laman utama blog.....

Post a Comment

60 Comments

  1. Oh,macam tu..terima kasih ye kak atas info ni..=)

    ReplyDelete
  2. Thanks Kak Mia :-) Baru tahu tentang info nie...

    ReplyDelete
  3. ye lah..betul tuh kak! blog sy kat laman utama saya letak 3 entri jer..kalau byk sgt sy pon malas nk scroll down..heheh

    ReplyDelete
  4. tak berani nak ubahsuailah...mia..mia kan tahu saya ni tak berapa reti..kang hilang semua...haru je...

    ReplyDelete
  5. ye betul tu. kadang kalau lambat sangat nak loading terus tekan "x" :)

    ReplyDelete
  6. Ni nampaknya termasuk blog OKje ni he...he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mia tengok hainom dah buat read more... cuma macam terlebih ke bawah yang di sebelah side bar.. mana tahu nanti boleh buang mana yang tak patut. ataupun banyakkan skit bilangan post tu..

      Delete
  7. blog saya ok tak mia?? atau ada yang tak sesuai?

    ReplyDelete
  8. mcm blog nana, nana suka letak 1 entri..huhu

    tp ok ke ek kak mia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau satu tu macam tergantung pula. mungkin boleh letak 2 atau 3 dan sesuaikan dengan side bar..

      Delete
  9. Pernah gak jumpa blog yang tak guna fungsi read more. Lepas tu bilangan post kat home page lebih dari 4 + widget kat sidebar pun panjang macam keretapi dah. Memang annoying bila masuk blog macam tu. and ada sesetengah blog tu dah lama berblogging pun masih tak dak perubahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. memang mia terpaksa tutup. sebab lambat sangat loading huhuh..

      Delete
  10. betul2..rasa mcm serabut aje kalo byk sgt post dlm sati page tu..

    ReplyDelete
  11. Sy letak 2 entri je kt page utama.mudah-mudahan x menyusahkn org lain nak tg page loading.:)

    ReplyDelete
  12. as salam

    saya biasa klik kat tajuk entry terus..kalau line laju takde masalah dgn entry byk2 ni kan..nice sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam tihara... tapi kebanyakannya line tak laju sebab guna broadband, termasuk mia. itulah masalahnya... huhuhu

      Delete
  13. betul tu kak mia....
    jangan abaikan bilangan entri kat main page ni...
    kalau banyak sangat memang loading time tinggi...
    penat nak menunggu~~

    sy letak 2 entri kat main page.. okay la kot... hihi

    ReplyDelete
  14. kak mia , sy pakai 3 entry je dlm blog utama..

    ReplyDelete
  15. eca letak 3 je kak...dulu dua.tpi sejak da sticky post tu letak 3 la..sebabnya setiap hari up dua entry :D

    ReplyDelete
  16. baby letak 2 entri je.. thanks kak mia :)
    ~nak tanya jugak, blog baby okey x? hehe

    ReplyDelete
  17. setuju tu mia, macam saya letak 2 entry sbb sy dah buang fungsi read more...

    ReplyDelete
  18. Terima kasih atas tip nie... nanti teman cuba try test tengok... :)

    ReplyDelete
  19. xberani nk ubah222 nnti ilang semua - tq MIA

    ReplyDelete
  20. din letak maximum 2 post je :)

    ReplyDelete
  21. sstgh reader xnak click kt readmore sbb diorang nk baca sepintas lalu sambil2 scroll sampai kebawah..sometimes bila click kat readmore, content tuk full view pun agak lembab kalau internet connection slow, nak puaskan hati semua org memang xkan dapat, masing2 ada selera dan mood masing2.. apa pun kita buatlah yg terbaik.. semakin lama berblog sy yakin sudah pastinya banyak pengalaman dan tips yg kita dah belajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... sekurang2 nya kita dah bantu untuk menyenangkan para pengunjung blog kita..

      Delete
  22. dh lama sy set 3 entry saja kt laman utama.. aritu nk edit letak fungsi readmore x menjadi, huh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe caliph... nanti boleh cuba sekali laggi di waktu tenang...

      Delete
  23. assalamualaikum mia...bagus n3 ni...mcm mana blog mama okay x?...saja suka nak tanya pendapat mia ni...:)

    ReplyDelete
  24. salam
    Pendapat mia ttg blog tirana aduka?

    ReplyDelete
  25. erm..blog shida yg xpkai readmore ..shida letak 3 sjha entri tbaru dihalamn utama..tp kalau shida buat entri terlalu pnjg mgkin akan kurgkn kpda 2 / 1 :) thanks kak mia :)

    ReplyDelete