Susah Hati Kulit Muka Kena Sunburn



Sebenarnya sejak beberapa hari ni, Mia sangat susah hati sebab kulit muka kena "sunburn". Dah lama tak berjemur bawah terik matahari, selalu duduk kat pejabat ada aircond. Minggu lepas kan, Mia berkursus di seremban ada buat lawatan ladang nanas (Lenggeng) dan juga minggu sebelumnya ada sesi fotografi di ladang nanas (Kampung Kundang, Simpang Renggam dan Pusat Teknologi Tanaman Nanas) juga... huhuhu...

Mulalah google sana dan sini. Cari-cari petua untuk merawat sunburn. Rata-ratanya kata gunakan kentang. Kentang hendaklah dikukus dan dilenyek sampai hancur kemudian tempek di muka. Aduhai.. rumah Mia tidak ada alat untuk mengukus. Hmmm... kalau rebus kentang tu, boleh ke?

Buat sementara ini, Mia tempek dengan kolagen macam biasa. Kira taklah teruk sangat. Cuma bila tengok cermin tu, dah nampak warna kulit muka agak gelap sedikit dan berbelang.

Nak buat macam mana.. dah namanya wanita. Kalau boleh guna sunblock, dah lama dah Mia guna. Tetapi kulit Mia agak sensitif bila guna sunblock. Redha sahajalah....

Mana tahu kalau ada sesiapa yang pernah alami apa yang Mia lalui dan dapat rawat sunburn sehingga pulih sepenuhnya, silalah kongsikan di ruangan komen entri ini ya. Untuk itu, Mia ucapkan ribuan terima kasih terlebih dahulu..

p/s: asyik tengok cermin je ni... 

Post a Comment

44 Comments

  1. Taliff pulak berbeza. Memang dah macam sotong terbakar sebab kerja memang bawah panas matahari - demi sebutir nasi :). Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. smga akak cpt2 kembali ke normal...hihi

    ReplyDelete
  3. baby kalau kerap sgt kena terik matahari kulit mesti berminyak pastu mula la naik jerawat.. tp nanti slow2 back to normal la kak miaa,

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. memang pun kuar jerawat. tu yang semakin risau dan perlu dirawat...

      Delete
  4. saya ni tak sunburn pun hitam berkilat kak..hehehe..
    tak lama lagi okay la tu... :D

    ReplyDelete
  5. kak mia, nana guna Aloe Vera lepas kena terik matahari. rasa sejuk je muka..guna hari2 untuk elak muka jadi gelap.

    ReplyDelete
  6. DEQ PENAH LALUI DLU .. TP DEQ BIARKAN JE .. HOHO .. OLO .. SABAR K KAKMIA ..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum mia....betul kata nana kat atas tu gunakan aloe vera atau lidah buaya mungkin boleh kurang sedikit...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam... terima kasih ya mama. nanti mia cuba..

      Delete
  8. alamak. sabar sis
    kalau momoy tu dah biasa
    kerja memang tengah panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiii momoy memang lah dah biasa... kak mia ni memang tak biasa. tu yang risau ni..

      Delete
  9. pakailah topi besar mcm org tanam nenas tu dan sapulah sunscreen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu nak cari topi tu kat mana, thomas. takut nak pakai sunscreen nanti muka lagilah teruk... huhuu

      anyway, thanks for the advice..

      Delete
  10. sori, kak mia.. sy x reti petua rawat sunburn...

    ReplyDelete
  11. sy pon risau kalo kena sunburn. ni sunburn time pi pantai hari tu x hilang2 lagi, hehe

    ReplyDelete
  12. Alahai sabar ya kak mia, kalau kulit sensitif memang tak boleh sembarangan letak ubat atau sunblock, hrmmm, zura pun tak dapat nak tolong, huhuhu.

    ReplyDelete
  13. Salam, Mia..
    Biasa alami masalah ni masa sukan sekolah.. Akak gunakan gel aloe vera
    http://ayucosway.blogspot.com/2011/03/bioglo-pure-aloe.html

    p/s: akak dh emailkan maklumat tu.. Mia check ye.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm menarik produk ni. mia dah tengok. nanti kena survey2 dulu. terima kasih ya kak salmi.

      p/s: emel telah diterima..

      Delete
  14. salam.
    Gunalah hazline snow.hehe.
    Lama ta tak singgah sini.
    Pekabr sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... khabar baik tirana. terima kasih ya atas cadangan yang bernas ini.

      Delete
  15. cuba try skin care mary kay...mana taw lepas ni bukan saja ilang sunburn muka pon lebih flawless..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm.. boleh ke... huhuhuh kulit tengah tak ok ni...

      Delete
  16. klo nk try produk mary Kay bleh la contact sy..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tahu kalau mia terbuka hati nak guna, nanti mia contact ya.. tq.

      Delete
  17. pernah juga sunburn waktu sekolah dulu sebab gi balik naik basikal..
    tapi lama2 sunburn tu hilang sikit2..

    tak pernah pula guna apa2 petua or product untuk hilangkan sunburn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang tak sabar.. sebab proses pulihnya lama... huhuhu

      Delete
  18. kak mia cari losyen yg dapat sekatakn warna kulit tu dlm msa tdekat insyllah cantik dan mulus semula :)

    ReplyDelete
  19. Memang risau kl sunburn ni... Kl muka M, mmg susah nk kembali seperti sediakala ni..

    ReplyDelete