Tai Kun


Banyak-banyak filem gangster yang Mia tengok, filem Tai Kun ni banyak bawa kelainan dan memang best. Dah habis cerita barulah tahu siapa Tai dan Kun sebenarnya. Paling Mia suka penggunaan ayat yang mereka berdua gunakan dalam filem ini... memang sweet-sweet ma... 

Mia ada juga terfikir ingatkan mereka berdua ni tamakkan duit sebab buat kerja untuk dua gangster besar, Sarip Cobra dan Manan Ros Hitam. Banyak sangat imbuhan yang mereka dapat daripada dua gangster besar ini.

Ada lawak dan tidak gering gusi. Pendek kata, amat menghiburkan. Bagus juga cerita ini, banyak mesej yang disampaikan dalam bentuk bersahaja. Tengok berulang kali pun memang tidak membosankan.

Sepanjang masa ada suspen sahaja dan tidak sabar untuk menunggu babak seterusnya. Paling tersentuh di babak terakhir masa mereka berdua ini perlu bergaduh dan salah seorang yang menang dan bawa pulang girlfriend yang diculik oleh kedua-dua geng gangster, Sarip Cobra dan Manan Ros Hitam. Nasib baiklah mereka berdua ini cerdik dan berjaya juga akhirnya.




p/s: kena tengok sampai habis, baru faham ceritanya.....

Post a Comment

36 Comments

  1. cam bes je citer nih...sy lom tgk lagi.nnti nak tgk la

    ReplyDelete
  2. ika da tgk cite neyy, tp ending dea ika tak paham la kak..abes mcm tu je ke? tai tgh lawan2 dgn kun guna kayu pastu terus abess..tktau sape menang..:O

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ending kun tikam tai. pastu tai pura2 mati. tapi kantoi sebab tai bangun. masa mereka semua nak lari dari gangster2 tu, nasib baik polis sampai. rupanya mereka berdua ni anggota polis.

      Delete
  3. dulu sy suka tgk citer gangster.. tapi xde versi lawak2.. mmg btul2 gangster hong kong & jepun, huh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pun best juga. suami kak mia memang suka citer2 lasak macam caliph suka tu..

      Delete
  4. suka citer gangster lawak. menghiburkan

    ReplyDelete
  5. hahaha..aritu dgr along ngan angah diinterview kat hotfm, mmg lawak giler dgr diorg nyanyi lagu taikun style. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke? mia tak sempat nak dengar masa tu... huhuh

      Delete
  6. Bila r de masa nk tgok movie... lm gila xtgok pe2 movie..

    ReplyDelete
  7. Haah..mula2 tengok macam mengarut je...dah nak habis tu baru faham....hahaha..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dengan kak mia... sebab macam tak faham dan blur...

      Delete
  8. aku budak pailang. ramai yang cakap best.. mia try pergi tgk..

    ReplyDelete
  9. macam nak kena pi tgk je ni ... best je dengar

    Mia biasanya pd bahagian komen (Comment as) ada profile Name/URL ... Dah takde ye. Adakan semuala boleh tak Mia

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom tengok ya razif...

      oo tang tu, mia disabe dulu sebab outstation minggu ni. bila balik baru on kan balik..

      Delete
  10. assalamualaikum mia...best ke cerita ni mia...:)

    ReplyDelete