image Singgah Open University Malaysia Kuala Lumpur - Mia Liana

Sunday, 23 December 2012

# Study Matters

Singgah Open University Malaysia Kuala Lumpur


Minggu lepas kan Mia ada outstation ke Kuala Lumpur. Mia gerak awal dari Johor Bahru pada hari Khamis lepas (20 Disember 2012) untuk sempat sampai ke Open University Malaysia (OUM) Kuala Lumpur sebelah petangnya. Nak jumpa dengan Puan Norzita dan ambil gambar konvokesyen ke 13 OUM yang dah siap.


Baiknya Puan Norzita ini, tunaikan hajat Mia yang memang nak beberapa buku konvokesyen yang ada nama Mia di dalamnya (paling best sekali di ruangan awards) dan OUM Today issue 101 (kisah Mia di ruangan CEMCA Award Winner) buat kenangan untuk seisi keluarga Mia dan Suami Mia. Tempohari masa konvokesyen di PWTC, memang sibuk dan tak sempat nak minta lebih sedikit.


Inilah gambar konvokesyen Mia yang telah siap. Mia siap minta gambar untuk dicetak dalam bentuk kalis air dan siap semuanya dimasukkan ke dalam bingkai (frame). Tambahan bayaran sebanyak RM 200.00 dikenakan oleh FotoRex. Senang, satu set terus. Tak payahlah nak cari bingkai gambar lagi.

Leganya, segala urusan tentang konvokesyen OUM ke 13 telah pun selesai.

p/s: rasa seronoknya dah habis belajar... akan merindui OUM lepas ni...

39 comments:

  1. Wah, banyak gambar kenangan tu Mia..
    Betul Mia. Semasa belajar tu tak sabar rasanya nak habiskan tapi bila dah habis, rindu saat2 belajar dan rakan-rakan seperjuangan. Moga hasrat Mia utk sambung belajar akan tercapai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul2 banyak kenangannya, kak salmi. terima kasih ya..

      Delete
  2. Assalaamualaikum ! Alhamdulillah . Tahniah akak Mia !

    ReplyDelete
  3. tahniah ye mia....gambar tu akan menjadi dorongan anak-anak nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih laila... memang itulah yang mia harapkan..

      Delete
  4. sy punyer konvo arituh pon dh siap gambar tp kat kampung..mak dah framekan..tp belum tgk sendiri..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo... bagus tu. nanti balik kampung, tengoklah..

      Delete
  5. syoknya dah habis belajar. mesti rasa lega :)

    ReplyDelete
  6. memang gambar konvo ni kita kena simpan betul-betul kan kak mia... once in a lifetime that moment berlaku... belajar pown bukan senang nak menghadapi dugaan dan cabaran... bukan senang ooo nak sampai convocation... ^_^ tiba-tiba teringat pulak pada gambar convo saya...ekekeke...

    anyway...kak mia untuk sejuta kalinya...congrats congrats...am proud of you...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak2 ya farah.. selalu doakan kak mia... luv u too..

      Delete
  7. dah siap frame dah gambar konvo.... bestnya... ^_^

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum mia...seronoknyakan dah selesai semuanya bila nak sambung lg..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. memang seronok mama... akan sambung juga nanti..

      Delete
  9. aah xpyh pening2 cr frame, siap di letak di rumah sbg perhiasan & kenang kenangan..
    hehe tahniahh kak, alhamdulillah. semoga lebih maju :D

    ReplyDelete
  10. as salam kak,jemput join bloglist saya taw http://fwenity3.blogspot.com/2012/12/bloglist-pertama-fwenity3-jom-tampal.html thanx kak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. terima kasih ya anwar. minta maaf, kak mia tak dapat nak join.

      Delete
  11. taniah kak mia ,huhu . Tumpang bangga jugak,kihkih xD

    ReplyDelete
  12. wah siap offer utk frame...terbaik servis diorg....

    ReplyDelete
  13. Wah gambar-gambar konvo tu dah siap ada frame...all the best

    ReplyDelete
  14. Wah Mia.... dah tampal kat dinding lum?

    ReplyDelete