February 2012

Wednesday, February 29, 2012

Tips Mendidik Anak



1) Jangan pukul anak dari lutut keatas 

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control 

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” 

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan). 

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk) 

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran) 

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya). 

8)Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. 

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali). 

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. 

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap) 

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. 

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya. 

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain). 

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali. 

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. 17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka. 18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian. 19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam, 

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. 

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. 

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. 

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi"

sumber : Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad
Read more / Baca Lagi >>>

10 Sifat Mazmumah




1. BANYAK MAKAN.
Makan dan minum yang berlebihan mengakibatkan malas, lemah dan banyak tidur ini menyebabkan kita lalai daripada ibdadah dan zikrullah.

2. BANYAK BERCAKAP.
Banyak bercakap banyak salahnya, banyak salahnya banyak dosanya.

3. PEMARAH.
Marah yang bukan pada tempatnya dan tanpa sebab yang munasabah.

4. HASAD.
Ingin nikmat yang diperolehi oleh orang lain atau berpindah kepadanya dan berdukacita apabila orang lain mendapat kesenangan.

5. BAKHIL.
Kedekut untuk membelanjakan harta ke jalan ALLAH dan untuk agamaNYA.

6. HUBBUL-JAH.
Kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat boleh mengakibatkan pekerjaan seseorang itu tidak ikhlas dan mengakibatkan pergaduhan
lantaran mengejar pangkat.

7. HUBBUDDUNIA.
Gemarkan kesenangan dan kemewahan hidup, kesenangan duniawi yang membawa lupa daripada mengerjakan kewajipan kepada ALLAH.

8. TAKABBUR.
Memandang dirinya lebih mahir dan orang lain rendah serta hina. Merasakan pendapatnya sahaja yang betul.

9. BANGGA DIRI.
Timbul dalam hatinya bahawa dialah orang yang paling sempurna seperti pelajarannya, akhlaknya, kecantikannya dan lain-lain.

10. RIAK.
Memperlihatkan atau menunjukkan amalan kepada orang lain. Semata-mata hanya kerana manusia, amalannya akan menjadi sia-sia saja.

sumber : emel
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, February 28, 2012

Pentingnya Auto Post Bagi Blogger Yang Sibuk



Di petang yang berbahagia ini, Mia ingin berkongsi cara blogger yang sibuk membuat auto post. Sebenarnya, menjadi blogger tidak semestinya mesti mengadap komputer 24 jam. Kadang-kadang kita tengok blogger ini sedang sibuk dengan meeting ke... belajar ke... exam ke... tetapi blognya sentiasa update. Pelikkan? Di harap pengunjung blog ini dapat memahami kesibukan Mia yang teramat sangat kerana ada masa lagi dalam tempoh 2 bulan sebelum Mia tamat pengajian di OUM.

Harus diingat bahawa tidak semua pengunjung blog kita ini adalah blogger. Kalau blogger tentulah tahu fungsi auto post ini. Mia cuma nak jelaskan kepada pengunjung blog ini yang bukan terdiri daripada kaum blogger. Sememangnya menjadi sebahagian di dalam komuniti blogger memang best. Terutamanya bila entri yang dipaparkan mendapat banyak trafik atau kunjungan daripada ramai orang. Itulah kepuasan yang dicari sebenarnya. Tentulah suka, ada orang datang blog kita, walaupun entri yang dibuat adalah entri-entri biasa. Yang penting sekali, blog perlu sentiasa update.

Kebanyakan entri di dalam blog ini adalah scheduled post di mana Mia telah set kan date dan time ianya akan publish. Tidak semua entri boleh dibuat secara real time post. Sebab itu terkadang Mia hanya memasukkan entri yang sumbernya daripada emel ataupun maklumat-maklumat lain.

Diucapkan ribuan terima kasih pada semua yang sudi singgah di blog Mia yang tidak seberapa ini. Sesibuk mana pun, Mia akan cuba sedaya upaya untuk update blog. Janganlah serik untuk singgah sini lagi ya...

p/s: sayang anda semua ketat-ketat...
Read more / Baca Lagi >>>

Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan


Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.



Ceritanya begini :

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya. Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.

Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.

Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa diseru agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

sumber : adoi!! bosannya
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, February 27, 2012

Bicara Minda Bersama Tun Dr. Mahathir - Bahagian 3


Entri ini adalah bahagian terakhir dalam Bicara Minda Bersama Tun Dr. Mahathir. Terlalu banyak sangat yang nak disampaikan sehingga Mia bahagikan kepada 3 bahagian.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Vyrec yang sudi menjemput Mia dan Kak Aida untuk menghadiri event ini. Mia rasa seronok sangat dapat berjumpa dengan team kuat Vyrec dan blogger-blogger lain yang hebat-hebat. Tentulah suka.. Sekiranya dijemput untuk aktiviti seterusnya, Mia akan cuba hadirkan diri walaupun jauh di selatan tanahair ini.

Jom tengok gambar-gambar dari album Vyrec.... (klik pada gambar untuk besarkan)





Disebalik tabir team kuat Vyrec... muka serius nak pastikan semuanya berjaya... Mia ambil gambar ni pun secara candid..

Psssttt bukan senang ya nak buat live streaming untuk ditonton oleh seluruh dunia. Tahniah kerana telah mendapat hampir 500 viewers pada masa event berlangsung.

Jangan sedih-sedih kalau tak dapat join. Kepada sesiapa yang tidak dapat hadir event ini tempohari, jom tengok video-video ni.... zassssss...



p/s: kagum dengan semangat dan wawasan yang ada pada Tun Dr. Mahathir

Entri Yang Berkaitan :
Read more / Baca Lagi >>>

Mengelak Diri Dari Mengumpat



Kadangkala  sedang  asyik  berbual tanpa disedari mereka melampaui batas dan  melakukan  satu  amalan  mazmumah satu  amalan  iaitu  mengumpat. Sebenarnya mengumpat ini satu keinginan untuk menghancurkan seseorang, menodai harga diri, kemuliaan dan kehormatan orang lain. Sedangkan orang itu  tiada  di hadapannya. 

Perbuatan  ini  samalah  menikam seseorang  dari belakang atau berlawan dengan seseorang yang tidak berdaya. Keburukan mengumpat  ini  amat  jelas  sehingga  Al-Quran  menyamakan  perbuatan mengumpat  itu  seperti  memakan daging saudara sendiri yang meninggal dunia.

ALLAH berfirman yang bermaksud: "Janganlah  sesetengah kamu  mengumpat  sesetengah  yang  lain,  adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudara yang mati (jika demikian keadaannya mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya" *Surah Al-Jujurat Ayat 12.

Menurut  Imam  Al-Ghazali  banyak  sebab  mendorong  seseorang itu  suka mengumpat antaranya:
  1. Menghilangkan kemarahan, apabila seseorang itu marah pada seseorang, maka disebut kejahatan dan kelemahan orang itu. Lebih teruk jika dicampurkan dengan hasat dan dengki.
  2. Menjaga hati kawan yang mengumpat. Ketika seseorang kawan marah dan mengumpat  orang lain, orang yang mendengar itu turut serta menambahkan cerita yang ia tahu mengenai kejahatan dan kelemahan orang yg diumpat.
  3. Melepaskan diri apabila  sesuatu  kepincangan dalam masyarakat, lantas dia mengumpat  dan menyalahkan orang lain untuk melepaskan diri daripada bertanggungjawab terhadap kemungkaran itu.
  4. Menunjukkan kebaikan diri sendiri yang ingin membuktikan kebaikannya dia memuji diri sendiri dan membandingkan dengan orang lain.
  5. Dengki apabila orang lain mendapat nikmat dan rahmat dari ALLAH, dia berasa dengki lalu menceritakan keburukan orang lain. Kadang-kadang dia mendakwa, dialah yg lebih berhak mendapat anugerah itu.
  6. Menghina orang. Cara yang paling mudah untuk menjatuhkan orang lain ialah dengan dengan menceritakan keaiban orang itu.
  7. Tujuan  bergurau, bagi  membolehkan senda gurau lawak jenakanya diberi perhatian oleh orang ramai, ia mengumpat orang lain agar ditertawakan oleh pendengar.
Orang  yang  mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti. Semoga kita sentiasa menjaga iman dan  rahmat  ALLAH  adalah  hampir kepada mereka  yang sentiasa berserah diri kepada ALLAH.....Amin.

sumber : emel

p/s: moralnya... jauhkanlah diri kita dari perbuatan mengumpat, lebih-lebih lagi masa berborak-borak dengan rakan sepejabat ataupun jiran-jiran sekeliling rumah...
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, February 26, 2012

Sepetang Di McDonald's The Mall Bersama Blogger



Pada petang Jumaat (24 Februari 2012) yang lepas, Mia dan Kak Aida telah bersembang-sembang dengan 4 blogger terhangat di Kuala Lumpur. Mula-mula ingatkan tak jadi, lepas solat Jumaat baru confirm jadi nak lepak sini. Hanya sembang-sembang petang di McDonald's The Mall selepas menghadiri event Bicara Bersama Tun. Dr. Mahathir di sebelah paginya.

Rasanya termasuk ni dah 2 kali berjumpa dengan Bro Framestone. Yang lain-lain baru pertama kali Mia jumpa Rabiatul Adawiyah, Hilal Azmi dan Ariff Shah. Selalu tengok blog diorang je. Ni sekarang dah di depan mata, jadi sesi suai kenal secara mesra. Macam-macamlah yang keluar, borak-borak petang. Cerita itu... cerita ini...

Kagum dengan semangat yang ada Bro Framestone ni, fulltime blogger. Hebat tu... Ariff Shah pula yang baru sahaja selesai pengajian di Moscow agak kurus sedikit. Takpe.. ni dah balik Malaysia, makanlah macam-macam nanti boleh naik skit berat badan tu... 

Rabiatul Adawiyah dan Hilal Azmi, memang Mia tidak berapa kenal sangat. Bila berjumpa macam ni bolehlah tambah kawan dan berkongsi pandangan dan pendapat masing-masing.

Ramai blogger yang duduk di Kuala Lumpur cepat betul naik. Dapat sponsor smartphone dan laptop, dapat masuk tv, dapat masuk majalah. Mia dan Kak Aida dengar sahaja celoteh mereka ni. Kat Kuala Lumpur ni, banyak yang happening. Ada banyak event. Kita ni blogger luar, hanya tumpang gembira di atas kejayaan mereka ni.



Yang ni special pose daripada mereka untuk pengunjung blog Mia ni...





p/s: walaupun dah famous amous.. yang penting jangan sombong.....
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, February 25, 2012

Bicara Minda Bersama Tun Dr. Mahathir - Bahagian 2


Dewan Tun Dr. Ismail semakin penuh. Ada juga yang duduk bersila. Sampai tidak cukup dan ada tambahan dewan satu lagi tetapi hanya ada skrin layar sahaja. Di dalam hati syukurnya datang awal.

Kedatangan Tun Dr. Mahathir disambut dengan meriah dan adalah yang paling kemuncak pada pagi semalam dan majlis bermula dengan nyanyian lagu Negaraku. Tiba-tiba terasa bangganya menjadi rakyat Malaysia. Tokoh pemimpin yang berkaliber dan berwibawa ada di depan mata. Terujanya Mia. Seumur hidup Mia baru ini kali pertama dapat jumpa secara live dengan tokoh pemimpin yang paling disegani ini. Masih lagi mantap dan bertenaga walaupun dah mencecah 87 tahun.

Kemudian sesi bacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh Menteri Belia dan Sukan. Saat paling dinanti telah tiba apabila Tun Dr. Mahathir mula bersuara. Wahhhh! hebatnya. Membicarakan soal pemimpin. Suatu motivasi yang cukup bermakna.

Antaranya tentang pemimpin, karakter seorang pemimpin yang berkaliber, perlu bijak melaksanakan tanggungjawab dan memilih hala tuju ke arah yang lebih baik dengan tidak mengabaikan keperluan dan kehendak pengikut-pengikutnya. Sekiranya gagal berbuat demikian, pengikut-pengikutnya akan memberontak dan menjatuhkan pemimpin. Pemimpin perlu berpengetahuan tinggi dan menguasai pelbagai bidang sejajar dengan era di zaman moden ini.

Beliau juga turut meluahkan pendapat dan menerangkan mengapa perlu adanya kita pandang ke timur. Mengimbangi adaptasi dari Timur dan Barat yang bersesuaian dengan budaya kita. Beliau juga turut mengulas beberapa tohmahan terhadap isu pasukan kriket, lawatan pelajar sekolah dan kapal dagangan dari Israel ke Malaysia dan menerangkan kenapa kita tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel. Dan macam-macam lagi.... Memang terbaik!

Selepas selesai, sesi soalan dibuka untuk dijawab oleh Tun Dr. Mahathir. Ramai betul tanya. Semuanya dapat dijawab secara spontan oleh Tun Dr. Mahathir. Bro Framestone juga turut menanyakan soalan kepada beliau. Ramai lagi yang nak tanya. Tapi, mana yang sempat aja...

Majlis ini telah dibawakan secara live streaming oleh Vyrec. Ramai juga yang tonton dari luar.

Masa berlalu terlalu sekejap rasanya. Kemudian para hadirin semua dijemput ke dewan makan untuk santapan tengahari.

Jom kita tengok gambar-gambar semasa majlis.... zass....













p/s : sempat juga rakam suara Tun Dr. Mahathir...

Entri Yang Berkaitan :
Read more / Baca Lagi >>>

Tips Penjagaan Kecantikan



Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wudhu. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.

Untuk menghilangkan stress, cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', 'Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii' (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku. (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

sumber : emel
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, February 24, 2012

Bicara Minda Bersama Tun Dr. Mahathir - Bahagian 1


Seronoknya dapat menghadirkan diri di majlis yang begitu gemilang ini. Dari hotel, Mia dan Kak Aida jalan kaki ke PWTC. Kiranya exercise di pagi hari. Fiuhhh... letih lah juga... Kami jalan kaki dalam masa 15 minit.

Kami sampai agak awal dan terus pergi ke ruang duduk berdekatan dengan AJK VYREC. Mia join event ni atas kapasiti NGO Belia untuk blogger. Semua dijemput untuk sarapan dahulu sebelum majlis bermula.

Jom tengok gambar-gambar sebelum majlis bermula... zassss...










p/s: sebenarnya nak live update dari PWTC pagi tadi, tapi broadband sangat lambat terus terbatal hajatnya...

Entri Yang Berkaitan :

Read more / Baca Lagi >>>

Baca Surah Yassin Secara Online




Sekadar untuk dikongsi bersama-sama dengan pengunjung blog ini. Laman Quran.com ini menjadi kegemaran Mia bila hendak baca surah Yassin secara online. Maksudnya baca di monitor. Kadang-kadang kat pejabat tu, kalau dah tiada kerja (disebabkan kerja dah siap) ataupun nak rehat sebentar. Bolehlah baca  Yassin  secara online sambil pilih terjemahan kepada pelbagai bahasa.

Bagus kalau kita amalkan baca surah Yassin hari-hari. Boleh rujuk entri ini, Bacalah Yassin untuk mengetahui kelebihan membaca surah Yassin ataupun boleh search sendiri di Google.

p/s: marilah kita sama-sama berilmu.... beramal... bertaqwa...
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, February 23, 2012

Bicara Minda Bersama Tun Dr. Mahathir - Lagi Sehari



Dalam kesibukan perlu juga luangkan masa, untuk aktiviti-aktiviti lain. Mia pun tidak ketinggalan untuk menghadirkan diri pada hari esok untuk event Bicara Minda Bersama Tun Dr. Mahathir. Malam ini Mia dengan Kak Aida akan bertolak ke Kuala Lumpur. Nasib baik Kak Aida tolong temankan. Syukur sangat.

Mia rasa sayang betul nak lepaskan peluang ini. Cuma bawa badan sahaja untuk join event ini. Tertanya-tanya juga siapakah blogger-blogger lain yang hadir? Ada juga belia-belia lain yang hadir. Sasaran 1000 belia semuanya. Tiba-tiba rasa seganlah. Kalau nanti terserempak dengan Mia, janganlah malu, tegur-tegurlah Mia ya. Takde lah kekok nanti. Salam ukhwah untuk kenalan baru...

Mia tidak menerima sebarang emel ataupun panggilan telefon daripada Vyrec sehingga kini. Tapi Mia dah tanya Khaireel, presiden Information Technology Youth Movement (ITYM). Dia kata asalkan dah isi form boleh terus datang.

klik pada gambar untuk besarkan

Jumpa di PWTC ya nanti.....

p/s: bercuti sekejap daripada belajar buat sementara waktu...
Read more / Baca Lagi >>>

Kekuatan Datang Dari Semangat Yang Tidak Pernah Mengalah



Hari ni, Mia berceloteh secara santai-santai saja. Memang tidak dinafikan Mia sekarang ni terlalu dan amat sibuk dengan menyiapkan 1 projek sistem dan 1 assignment pada lewat malam ataupun awal pagi setiap hari.  Kalau dah tak ada idea, belajar online ataupun baca buku je. Masa berlalu terlalu cepat. Tup..tuppp lagi 2 bulan Mia dah nak habis belajar.

Di kala ini, ada juga rasa down dan sedih sebab terasa macam patah semangat untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar, wanita yang bekerjaya, surirumahtangga, ibu dan isteri. Mujur Suami Mia amat memahami dan rasa syukur sangat sebab dialah yang banyak memberikan peransang pada Mia selama ini. Keluarga Mia dan keluarga sebelah Suami Mia pun banyak membantu.

Bila Mia terpandang kata-kata keramat dari seorang teman di facebook, "kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah", mulalah kembali semangat dan berkobar-kobar untuk melaksanakan semua tanggungjawab di atas.

Harus kuat dan tabah menjalani liku-liku hidup ini. Bila dah tensen, semua benda pun tidak menjadi. Jadi, kena relaks dan selesaikannya satu persatu. Bila sedih, air mata sahaja lah jadi peneman setia. Pengurusan masa memang sangat penting. Perlu kuat...

Mia nak minta maaf sangat sebab tak dapat nak balas komen-komen pengunjung blog ini buat sementara waktu. Namun begitu, Mia tetap akan cuba update blog ini setiap hari. Sayang kat anda semua...
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, February 22, 2012

Tips Hilangkan Karat


Mia ada terima emel tentang cara-cara untuk menghilangkan karat. Menarik betul. Tidak perlu susah-susah. Hanya menggunakan sos tomato sahaja. Selamat mencuba!

Cara-caranya....

kenalpasti tempat yang berkarat

sapukan sos tomato di tempat yang karat dan biarkan selama 2 jam

kemudian, barulah boleh dilap dengan sponge periuk yang lembap

akhirnya, hilangkan semua karat tadi dan nampak seperti baru semula

sumber : emel

p/s: Mia belum cuba lagi, kat dalam rumah ni belum ada lagi yang karat...
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, February 21, 2012

3 Pokok Tertua Di Dunia



Bristlecone Pine 4200 tahun


Pokok cemara atau pine (pinus ) merupakan pohon dari keluarga Pinaceae yang boleh kita temui di mana sahaja asalkan daerah itu tanahnya berpasir berkapur , banyak air ataupun yang mempunyai kadar keasaman cukup tinggi.

Kita boleh menemui pokok ini mulai dari Siberia, Scotland, Norway, kepulauan Canary, Filipina, pergunungan Himalaya sehingga ke New Zealand, Brazil dan Chili.

Pokok ini memang tenar kerana selain dapat hidup dimana-mana juga mempunyai pasaran yang sangat tinggi dalam industri perkayuan. Semua bahagian pokok cemara boleh dimanfaatkan mulai dari kayu,getah , ranting,biji hingga daunnya mempunyai kegunaan yang bernilai ekonomi.

Pokok cemara adalah salah satu pokok yang berumur panjang kerana boleh mencecah umur kira-kira 100-1000 tahun dan malah mencatat rekod menjadi pokok tertua di dunia iaitu pokok cemara dari spesies Great Basin Bristlecone Pine ( Pinus longaeva ) yang pada tahun 2008 berumur 4840 tahun.

Pokok ini tingginya antara 3-80 meter tetapi kebanyakan tingginya 15-45 meter. Pokok tertinggi dari spesies Sugar Pine manakal yang terpendek adalah cemara Potosi Pinyon dan Siberian Dwarf Pine

Jomon Sugi 2000-7000 tahun


Menurut wikipedia, Jomon sugi adalah pokok cemara tertua di Jepun dan ditemui pada tahun 1968, dengan tinggi 25,3 meter dengan volume 300 m kubik dianggarkan usianya antara 2000 – 7200 tahun terletak di Pulau Yakushima bahagian paling utara Jepun 40 minit dengan pesawat dari Bandar Udara Kagoshima.

Spruce Ione Norway 9550 tahun


Tingginya hanya 4 meter, namun sebatang pokok jenis cemara, yang masih hidup di Sweden , diketahui berusia 9.550 tahun. Hidup sejak akhir zaman ais, pokok tersebut tercatat sebagai yang tertua di dunia pada masa ini.

Spesies pohon spruce Ione Norway ini ditemui pada tahun 2004. Para pengkaji menemuinya di sekitar semak-semak pergunungan pada ketinggian 910 meter di Provinsi Dalarna , Sweden . Pokok ini adalah biasa kerana penduduk sering digunakan sebagai pokok Natal .

“Usianya yang sangat panjang kemungkinan besar dicatat pada kemampuannya mengklon diri sendiri,” ujar Leif Kullman, profesor eologi dan persekitaran hidup di Universiti Umea , Sweden .

Batang dan rantingnya memang diketahui dapat bertahan hidup hingga 600 tahun. Kullman menjelaskan, semasa batangnya mati, batang baru akan dibentuk dari akarnya sehingga umurnya menjadi sangat panjang.

Pokok ini lebih tua dari pinus Bristlecone di White Mountain California yang hanya berusia 5000 tahun. Pinus Bristlecone tertua hanya bertahan hidup hingga 7.500 tahun namun membesar hingga 150 meter.

Jika umur pinus Bristlecone diukur dari garis pohon di rantingnya yang dipantau setiap tahun, umur cemara di Sweden pula diukur dari jejak radiokarbon di akarnya.


sumber : emel
Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters January 2017