Thursday, May 31, 2012

DiGi WWWOW Awards 2012 - Entri Peserta Kempen Untuk Sponsor



DiGi WWWOW Awards 2012 - Entri Peserta Kempen Untuk Sponsor



Diucapkan tahniah kepada semua peserta kempen Mialiana.com yang berjaya menyahut cabaran dan memikul tugas mempromosikan Mialiana.com dan meraih undi untuk Nuffnang Blogger of the Year DiGi WWWOW Awards 2012.

Demi menghargai jasa dan pengorbanan mereka, Mia telah bekerjasama dengan beberapa sponsor untuk cenderahati kepada semua peserta kempen. Ternyata mereka amat gembira sekali dapat menerima cenderahati-cenderahati tersebut. Apa yang Mia paling suka kebanyakan peserta kempen amat sporting dan  telah pun menyiapkan entri untuk sponsor...

Jom kita tengok... zassss

D'Qalesya Boutique
  1. http://rafinamimi.com/sponsor-tudung-dari-dqalesya-boutique-untuk-peserta-kempen-mialiana-nuffnang-blogger-of-the-year
  2. http://fieda0102.blogspot.com/2012/05/syria-chiffon-2-layer-by-dqalesya.html
  3. http://effa-k-poh.blogspot.com/2012/05/dqalesya-boutique-sponsor-kempen.html#links
  4. http://sukahatimimey.blogspot.com/2012/05/sponser-tudung-dari-dqalesya-boutique.html
  5. http://scarlettj1.blogspot.com/2012/05/sponsor-tudung-dari-dqalesya-boutique.html
  6. http://ladyane79.blogspot.com/2012/05/dqalesya-boutique-sponsor-tudung-kempen.html
  7. http://nurfa22.blogspot.com/2012/06/sponsor-tudung-dari-dqalesya-butik.html
TCS Global Resources
  1. http://razifredz.blogspot.com/2012/05/assalamualaikum-salam-sejahtera.html
  2. http://www.wanda2u.com/2012/05/gift-pendrive-kingston-4gb.html
  3. http://nurulimankehidupan.blogspot.com/2012/05/pendrive-dari-kempen-mialianacom.html
  4. http://mohamadzulfakar.blogspot.com/2012/05/kingston-cenderahati-peserta-kempen.html
  5. http://blueranger-theonlyone.blogspot.com/2012/05/digi-wwwow-awards-2012-sponsor-kempen_24.html
  6. http://aimancool99.blogspot.com/2012/05/cenderahati-kedua-pendrive-kingston-4gb.html
  7. http://ismaildotcom.blogspot.com/2012/05/cenderahati-pendrive-dari-kempen.html
Manchester United Arctic Ice Fan Club
  1. http://lovingyoumydear.blogspot.com/2012/05/manchester-united-arctic-ice-fan-club.html
  2. http://scarlettj1.blogspot.com/2012/05/manchester-united-arctic-ice-fan-club.html
  3. http://mohamadzulfakar.blogspot.com/2012/05/blog-post.html
  4. http://sukahatimimey.blogspot.com/2012/05/cenderahati-daripada-mialianacom-artic.html
  5. http://effa-k-poh.blogspot.com/2012/05/artic-ice-energy-dqalesya-boutique.html
  6. http://www.wanda2u.com/2012/05/gift-dari-manchester-united-ice-fan.html
  7. http://ladyane79.blogspot.com/2012/05/cenderahati-manchester-united-arctic.html
  8. http://nourayuadieb.blogspot.com/2012/05/manchester-united-arctic-ice-fan-club.html
  9. http://blueranger-theonlyone.blogspot.com/2012/05/digi-wwwow-awards-2012-sponsor-kempen.html
  10. http://aimancool99.blogspot.com/2012/05/cenderahati-air-minuman-bertenaga-utk.html
  11. http://tunzhotspot.blogspot.com/2012/05/cenderahati-daripada-mialianacom.html
  12. http://rafinamimi.com/minuman-bertenaga-sponsor-dari-arc-tic-ice-untuk-peserta-kempen-nuffnang-blogger-of-the-year-digi-wwwow-awards-mialiana-com
  13. http://ismaildotcom.blogspot.com/2012/05/cenderahati-arctic-ice-energy-drinks.html
  14. http://razifredz.blogspot.com/2012/05/arctic-ice-free-gift-2-dari-mialianacom.html
  15. http://nurulimankehidupan.blogspot.com/2012/05/manchester-united-arctic-ice-for.html
  16. http://fieda0102.blogspot.com/2012/05/manchester-united-arctic-ice-fan-club.html
Bila Mia buka dan belek entri-entri ini, rasa bestnya tengok mereka dah terima cenderahati. Terima kasih sekali lagi kepada semua peserta dan sponsor kempen.... Andalah yang terbaikkkkk!

p/s: kenangan termanis dan terindah dalam hidup Mia....

Read more / Baca Lagi >>>

Kisah Belajar Di Blog Bantu Pelajar OUM Lain Dapat Anugerah Dekan (Dean's List)


Kisah Belajar Di Blog Bantu Pelajar OUM Lain Dapat Anugerah Dekan (Dean's List)

klik pada gambar untuk besarkan

Terharunya Mia bila membaca komen dari Mrs Adam, yang juga seorang pelajar OUM Petaling Jaya. Terima kasih diucapkan kepada Mrs Adam kerana sudi menjadi pengunjung setia blog ini. Kami pun dah semakin rapat sejak Mrs Adam jadi peserta kempen Mialiana.com untuk DiGi WWWOW Awards 2012.

Ada faedahnya juga blog Mia ini. Nak buat macam mana Mia ni kan suka bercerita, bagi semangat kat pelajar OUM. Apa yang Mia ada, Mia kongsikan supaya menjadi rujukan semua.

Jom kita tengok apa komen Mrs Adam dalam entri Result Semester Januari 2012

Mrs Adam : sejak jumpa blog kak mia dua2 sem saya dpt DL, kenapalah tak jumpa blog kak mia sejak sem 1. huhu 
Mia Liana : alhamdulillah, berguna juga tips2 dan kisah kak mia belajar OUM di dalam blog ini. semoga akan terus Dean List (DL) ya mrs adam...

Tiba-tiba Mia rasa macam gembira sangat sebab dapat juga Mia membantu pelajar lain dengan hanya melalui blog. Lebih-lebih lagi dapat Dean's List (DL), lagilah Mia rasa teruja. Dapat juga melahirkan seorang  pelajar DL. 

Percayalah pada diri kita sendiri, semua orang boleh melakukannya. Mula-mula dulu Mia pun rasa agak malu dan segan nak cerita kisah belajar Mia di OUM. Tapi Mia yakin jika Mia dapat kongsikan di blog, akan ada ramai lagi pelajar OUM seperti Mia.

Jemput tengok tips Menuju Ke Arah Anugerah Dekan (Dean's List) Di Open University Malaysia di SINI. Selamat maju jaya!

p/s: sukanya bila blog ini dapat membantu pelajar OUM mendapat Anugerah Dekan (Dean's List)
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, May 30, 2012

Nak Pilih Yang Mana Ya?



Inilah hadiah yang Mia menang daripada OHSEMM GIVEAWAY BY IRA and MIMI tempohari. Mia dikehendaki untuk memilih hanya salah satu daripada 6 jenis buku resepi ini.

  1. biskut
  2. kek
  3. pai dan tart
  4. jus dan smoothie
  5. coklat
  6. kek cawan
Teruja sekejap ni. Hmmm... boleh belajar masak. Kalau boleh nak belajar semua. Hehehehe tamaklah pula. Semua best-best ni. Dapat free kenalah fikir betul-betul.

p/s: tak tahu nak pilih antara jus dan smoothie atau kek atau coklat.....
Read more / Baca Lagi >>>

Simple GiveAway by Chocolate-Vochelle Blog.Jum join !


Simple GiveAway by Chocolate-Vochelle Blog.Jum join !

Wahhhh... Mia tiba-tiba berminat nak join Give Away ini. Simple dan mudah. Tak perlu tag sesiapa.... Tarikh tutupnya ialah 30 Jun 2012.


Syarat-syarat penyertaan:-
1)Wajib follow blog Chocolate-Vochelle untuk mengetahui perkembangan terkini.
2)Wajib like fanpage Vochelle-Chocolate Blog.
3)Wajib click link ni dan link ni.(Hope korang jujur oke.)
4)Tag 3 orang rakan sebab ada hadiah untuk top refferral.(Tak wajib)
5)Wajib like sponsor di bawah.
6)Buat entri bertajuk ' Simple GiveAway by Chocolate-Vochelle Blog.Jum join ! '
7)Follow blog Hotz Mumma , LoveBag - LoveBag dan Myra Azraff 

( HOPE KORANG JUJUR )

p/s: kepada yang free tu, jom lah join sama....
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, May 29, 2012

Bart Dengan Minuman Tenaga Arctic Ice



Wahhhh! Amboi. Nak terbang ke mana tu, Bart. Ramai belum kenal lagi, kan? Meh Mia perkenalkan inilah dia Bart, peserta kempen Mialiana.com. Dia tiada blog. Cuma ada Facebook dan Twitter sahaja. Tahun lepas dan tahun ini dia banyak tolong Mia untuk DiGi WWWOW Awards.

Terima kasih banyak-banyak ya Bart. Bart memang sporting habis. Sedap katanya air ini, terus bertenaga. Jom tengok gambar dia beraksi dengan air Arctic Ice ini. Gambar terakhir ialah dengan anaknya, Ahmad Rayyan Akasyah. Kasi rasa sikit aje.






LOVEEEE the ARCTIC ICE!!!

Because of its benefits.

The BENEFITS of Arctic Ice ENERGY Drink are:

INCREASED ENERGY  - Probably one of the most obvious benefits of energy drinks is the energy boost they provide. Since it is in the form of a liquid, these drinks are quickly made available to the body and can increase energy within just a few minutes of ingestion.

DECREASED FATIGUE - The benefits of energy drinks includes their ability to stimulate the body and refresh the mind. This is a good option when you've missed sleep but still need to perform well. This is also one of the best supplement for a driver.

CONCENTRATION - Many energy drinks increase concentration and overall mental functioning by providing large doses of various B vitamins, especially B12.

IMPROVED PERFORMANCE - The result of increasing physical performance is one of the main benefits of energy drinks appreciated by bodybuilders and other serious athletes.

SUPPLEMENTATION - Many energy drinks provide vitamins, minerals and herbs to enhance a healthy diet.

GAIN A COMPETITIVE EDGE - Due to the benefits of energy drinks such as improved performance and increased energy, many people choose to consume energy drinks as a way to gain a competitive edge during athletic events.

Arctic Ice Energy - The World's Best Tasting & Healthy Energy Drink

Manchester United Arctic Ice Fan Club
Read more / Baca Lagi >>>

We Love Blogwalking



Wahhh... menarik betul ni. Laman blog ini masih lagi baru. Fresh... Bila Mia belek-belek, lahhh rupanya laman blog ini macam sebuah direktori atapun centre bagi meraka yang gemar sangat dengan blogwalking, nak promote blog ataupun nak promote blogshop.

Sesiapa yang baru pertama kali berkunjung, disarankan untuk melihat dulu syarat-syarat di SINI sebelum mendaftar blog di SINI.

Benda baik.. perkara baik... tak salah kalau kita ingin mencuba. Boleh dapat trafik free. Senang nak berblogwalking. Boleh tambah ramai lagi kenalan. Jom kita support We Love Blogwalking.

Jemput like fanpage di SINI.

p/s: rebutlah peluang baik ini... memanglah mula-mula tak ramai, tapi nanti bila dah ramai, tentu meriah gitu...
Read more / Baca Lagi >>>

Menuju Ke Arah Anugerah Dekan (Dean's List) Di Open University Malaysia


Menuju Ke Arah Anugerah Dekan (Dean's List) Di Open University Malaysia

klik pada gambar untuk besarkan

Sebut sahaja Anugerah Dekan ataupun Dean's List tentu kecut perut, kan? Mia pun pada mula-mula masuk belajar Open University Malaysia (OUM) dulu pun debar-debar. Risau boleh ke tidak ni. Cita-cita tinggi menggunung untuk dapatkan dermasiswa. Ada keluarga.. Ada kerjaya..

Di OUM ini kita kena pandai berdikari, tak bolehlah nak harapkan kawan cari kita. Kita kena pandai cari kawan. Kena pandai cari peluang. Kena pandai sesuaikan diri. Kena uruskan masa dengan betul. Kena belajar tak kiralah sibuk macamana pun. Semua kena...dan kena itu dan ini.

Perkara pertama, perlu kita fikirkan adakah kursus pengajian yang diambil itu benar-benar kita perlukan demi peningkatan kerjaya? Ini adalah kerana kebanyakan pelajar OUM adalah terdiri daripada mereka yang telah bekerjaya dan berkeluarga. Seperti Mia, memang Mia dah lama berhajat nak sambung ke Bachelor of Information Technology with Honours. Selepas itu, tengoklah dan belek semua subjek di bawah kursus tersebut.

Perkara kedua, selalunya 3 subjek akan ditawarkan dalam myVLE untuk diambil dalam satu semester. Buatlah perkiraan, adakah gabungan subjek-subjek tersebut boleh dikuasai dan mampu dapat pointer yang tinggi? Jika ada 2 subjek yang susah, boleh gugurkan (drop) 1 subjek yang susah dan gantikan dengan subjek yang lebih mudah. Pemilihan subjek di dalam satu semester amat penting supaya kita boleh mengekalkan prestasi pointer.

Perkara ketiga, untuk mendapatkan Anugerah Dekan dalam satu semester, pointer hendaklah melebihi 3.70. Memang tinggi dan kena pastikan setiap semester mesti ada subjek yang dapat A. Kalau tak pointer jatuh, boleh ulang semula subjek itu dengan hanya ambil final exam semula (dengan syarat markah assignment tinggi) untuk perbaiki gred pointer. Jangan sedih jika pointer rendah, harus jadikan ini sebagai batu loncatan untuk terus meningkatkan prestasi pembelajaran di semester akan datang.

Perkara keempat, jangan mudah putus asa bila ada rintangan yang melanda. Masalah kewangan, masalah tiada masa, masalah sibuk dengan kerja, masalah peribadi dan masalah keluarga. Ketepikan semua itu bila tiba masa belajar. Masa untuk belajar wajib ada setiap hari. Seelok-eloknya di waktu awal pagi. Fokus amat penting ketika belajar. Semangat perlu tinggi dan perlu yakin pada sendiri yang kita boleh melakukannya. Kalau orang lain boleh, kenapa kita tidak? Motivasi perlu ada dan sentiasalah berfikiran positif.

Perkara kelima, tidak faham apa yang dipelajari sebab belajar sendiri di rumah. Tandakan mana yang tidak faham. Boleh tanya terus e-tutor dalam forum di myVLE ataupun tanya face-to-face tutor bila menghadiri kelas nanti. Ataupun rujuk di dalam internet, cari pemahaman yang lebih mudah dan lebih jelas berkaitan topik yang sukar difahami itu. Seelok-eloknya bacalah dahulu topik di dalam buku yang yang dipelajari sebelum menghadiri kelas. Ini amat penting bagi memudahkan pemahaman kita. Kalau terus datang kelas, tanpa baca buku dan mengharapkan segalanya diajar oleh face-to-face tutor, memanglah akan kelam-kabut sedikit di dalam kelas sebab baru nak faham. Memandangkan hanya ada 4 kali kelas untuk 1 subjek dalam 1 semester, tentu ada banyak topik yang perlu dipelajari dalam satu sesi kelas. Kita kena pandai kejar, kalau tidak akan tertinggal. Bila dah tertinggal agak payah sedikit dan akan terus blur sehingga akhir kelas. Nampak tak? Betapa pentingnya membuat persediaan terlebih dahulu (dengan belajar sendiri) sebelum menghadiri kelas.

Perkara keenam, buatlah assignment sendiri. Jangan upah orang lain untuk buatkannya. Bila nak buat assignment, sudah tentu kita perlu belajar dulu. Bila dah belajar, barulah faham nak buat assignment tu macamana... Kalau kita upah orang lain untuk buatnya, langsunglah kita tak buka buku dan hanya akan bukanya pada waktu nak final exam. Masa itu, baru nak baca, barulah nak faham dan barulah nak ingat. Mana sempat nak habiskan semua topik dalam satu masa? Otak didera dan tentu penat. Sebenarnya, buat assignment itu ibarat belajar dan buat latihan. Siapkan assignment lebih awal dan jangan buat di saat-saat akhir. Pastikan kita buat assignment dengan teliti dan berkualiti untuk mendapatkan markah yang tinggi. Kalau buat ala kadar sahaja, dapat markah pun ala kadar juga. Jawab assignment dengan betul dan jangan tersalah bagi jawapan. Sentiasa semak dengan rakan lain ataupun dengan face-to-face tutor.

Perkara ketujuh, persediaan final exam perlu dibuat. Siapkan assignment awal terlebih dahulu supaya kita akan lebih tenang untuk buat persediaan final exam. Baca buku dengan lihat isi-isi penting. Bayangkan isi penting A akan ada apa pecahannya. Begitu juga dengan isi penting B akan ada apa pecahannya. Begitulah seterusnya. Fahamkan konsep dan buat nota ringkas supaya lebih ingat. Selepas itu, buat latihan menjawab soalan final exam yang lepas. Kita akan mudah terbiasa dengan format soalan dan juga untuk buat latihan. Kalau tak dapat jawab, boleh rujuk dalam buku. Kalau boleh, cuba latih jawab seolah-olah sedang final exam betul. Bila dah siap semak jawapan dan perbaiki mana yang kurang.

Perkara kelapan, bila semua usaha telah kita buat akhirnya doa dan terus berdoa. Tak salah jika kita minta doa dari rakan-rakan dan keluarga. Tapi yang penting sekali kita pun kena doa juga. Kalau rajin, buatlah solat hajat minta dipermudahkan menjawab final exam nanti. Selain itu, jangan lupa untuk minta ibu bapa tolong doakan kita. Walaupun dah besar macam ni, jangan abaikan doa daripada orang tua.

Hmmm.. agak panjang lebar pula entri mia ini. Diharap ianya dapat membantu pelajar OUM ataupun IPTA/IPTS lain untuk berusaha keras dapat Anugerah Dekan. Belajar dan terus belajar. Komitmen perlu ada. Anggaplah rintangan dan cabaran yang dilalui untuk jadikan kita lebih matang dan tanamkan keyakinan diri untuk mencapai target pointer yang diingini. Mia ucapkan good luck untuk semua. All the best ya!

p/s: usaha kena datang dari diri kita, bukannya dari orang lain....
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, May 28, 2012

Changing To New Mia's Profile


Finally, I change my status from final semester student of Open University Malaysia (OUM) to just completed and waiting for graduation. You may see it at the left side bar of this blog in MIA'S PROFILE. Will be missing my study life at OUM after this. 4 years really means a lot to me. 

At the moment I'm still working as an Assistant Information Technology Officer (F29) and now seeking for a higher position, Information Technology Officer (F41) in Johor area. Hopefully to get one.

Whatever it is... Life is still going on and I am happy for what I have right now. Love my career, love my study, love my family, love my blog and love myself....


Before...
An Assistant Information Technology Officer at government agency; A final semester student pursuing Bachelor of Information Technology Open University Malaysia; A wife and a mother of 2 years old daughter 

After....
An Assistant Information Technology Officer at government agency; Just completed and now waiting for graduation - Bachelor of Information Technology (Honours) Open University Malaysia; A wife and a mother of 2 years old daughter 
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, May 27, 2012

Menang OHSEMM GIVEAWAY BY IRA and MIMI



Wahh sukanya Mia apabila diberitahu melalui twitter oleh penganjur yang Mia menang buku resepi tajaan Nijuyon Sdn Bhd. Siap boleh pilih lagi nak buku resepi yang mana satu. Hanya boleh pilih satu sahaja...

Untuk tengok entri Giveaway yang Mia buat tu, klik SINI. Untuk lihat entri pengumuman pemenang oleh penganjur, klik SINI. Kena scroll ke bawah lagi, sebab Mia di dalam Part 2.

klik pada gambar untuk besarkan

Syukur alhamdulillah. Terima kasih ya Mira, terharu betul Mia dibuatnya. Mia join Giveaway tu untuk suka-suka dan juga untuk support Mira.

p/s: tersenyum lagi.... seronoknya dapat buku resepi free....
Read more / Baca Lagi >>>

Sizzling Yee Mee



Sizzling Yee Mee... memang sedap kalau dimakan panas-panas. Inilah menu makanan Mia setiap kali bertandang ke Giant Tampoi sejak semenjak ini. Medan seleranya berada di tingkat bawah. Dulu agak sunyi sahaja tempat ini, sebab tak banyak kedai makan yang buka. Sekarang ini, dah semakin hidup dan dah banyak kedai makan telah dibuka. Yang bestnya, KFC tetap maintain buka dari dulu sampai sekarang.

Selalunya kalau Mia makan Sizzling Yee Mee, Mia tak bubuh pun telur. Mia tidak berapa berkenan kalau keadaan telur itu macam telur setengah masak. Pelik juga kan, selera tekak ni...

Ada juga hajat nak cuba buat kuah sizzling. Banyak-banyak resepi, Mia suka belek resepi yang kat SINI. Macam bestnya nak cuba... Ada bahan-bahan yang tiada di rumah. Nampak gayanya kenalah pergi membeli sekejap nanti. Perancangannya nak cuba masak seminggu dua ni....

Tersenyum juga seorang-seorang ini. Entah jadi entahkan tidak Mia nak buat nanti...heheheh.. Kalau tak sedap... makan sendirilah jawabnya..

p/s: sejak dah habis belajar ni, macam-macam yang dihajatkan....
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, May 26, 2012

Cenderahati Untuk Pelakon Video Promo Kempen Mialiana.com


Cenderahati Untuk Pelakon Video Promo Kempen Mialiana.com

Terharunya Mia apabila RSFG DCM dan D'Qalesya Boutique sudi sponsor tudung untuk pelakon video promo kempen Mialiana.com. Sukanya mereka sebab masa perancangan mula-mula nak buat video ini, Mia minta tolong dengan mereka. Tiada pun cakap nak bagi cenderahati. Syukur alhamdulillah, mereka amat sporting. Tolong kawan, apa salahnya. Jadi sebagai tanda penghargaan, dapatlah tudung-tudung ini daripada pihak sponsor kempen Mialiana.com DiGi WWWOW Awards 2012.

Terima kasih banyak-banyak kepada Jijah dan Aen kerana sudi berlakon dalam keadaan kelam-kabut dan super spontan demi menjayakan video promo ini, walaupun pada mulanya dianggap mustahil.

Jom tengok gambar-gambar mereka sekejap...zasss.. (sila klik pada gambar untuk besarkan)



Jijah yang sedang memakai tudung syria warna hitam dan bermanik. Hitam memang sesuai untuk semua jenis baju. Tudung ini adalah dari sponsor RSFG DCM.



Aen pula yang mengenakan tudung Syria Chiffon. Tudung ini sangat lembut. Memang mudah dipakai dan senang digayakan. Tudung ini adalah dari sponsor D'Qalesya Boutique.



Jom tengok video promo kempen Mialiana.com sekejap... zassss..






p/s: alhamdulillah, semua yang terlibat dalam kempen Mialiana.com telah pun mendapat cenderahati masing-masing...
Read more / Baca Lagi >>>

Result Semester Januari 2012


Syukur, alhamdulillah. Berita gembira yang ketiga pada minggu ini ialah result semester Januari 2012 (semester terakhir) telah pun keluar. Berita pertama ialah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan berita kedua ialah mendapat Top 10 untuk Nuffnang Blogger of the Year DiGi WWWOW Awards 2012. Tersenyum lebar sungguh kali ini. Semua yang dihajati telah pun termakbul. Berkat doa keluarga dan rakan-rakan sekalian.

Paling yang dirisaukan Suami Mia ialah ketika menyiapkan projek CBBR4106 dan final exam Malaysian Studies, Mia juga sibuk dengan kempen Mialiana.com untuk DiGi WWWOW Awards 2012. Tentulah risau takut pelajaran Mia terjejas. Mia memang di kala itu, ternyata amat sibuk sangat dengan jadual pembelajaran yang amat ketat. Semuanya harus dibuat dalam satu masa dan memang diakui pengurusan masa yang cekap banyak membantu Mia dalam urusan segala aktiviti untuk semester terakhir ini.

Klik pada gambar untuk besarkan

Seperti yang tertera, bagi subjek CBBR4106 Project (6 jam kredit), Mia telah mendapat A. Betapa besarnya pengorbanan untuk subjek ini. Pelbagai dugaan dan rintangan telah pun berjaya dilalui. Untuk lebih fokus membangunkan sistem dan menyiapkan projek dokumentasi, Mia telah ambil cuti rehat sebanyak 10 hari. Kalau tak cuti, memang betul-betul takkan siap sepenuhnya. Terima kasih tidak terhingga kepada Puan Hidayah, Project Supervisor yang banyak memberikan dorongan dan panduan kepada Mia. Tanpa Puan, tak tahulah boleh dapat A ke tidak. Apa yang disuruh tambah, Mia terus tambah. Apa yang disuruh tukar dan betulkan, Mia ikut sahaja. Katanya, kalau boleh nakkan projek Mia ini paling perfect sekali. Fiuhhh... bayangkan betapa tidur pun tidak cukup pada masa ini. 

Untuk subjek Malaysia Studies (3 jam kredit) pula, Mia mendapat B+. Syukur sangat sebab subjek ni memang Mia paling kurang minat sebab itu diambil pada semester terakhir. Begitu juga dengan penilaian MCQnya (Multiple Choice Question) yang rata-rata jawapannya lebih kurang sama dan sukar untuk buat pilihan yang tepat. Apa-apa pun Mia nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Krishan, online tutor yang banyak memberikan tunjukajar dan yang paling bestnya cepat menjawab pertanyaan pelajar di dalam myVLE. Memang respect habis, lepas pukul 12.00 tengah malam pun boleh membalas sms Mia.

Secara keseluruhannya, result GPA Mia pada Semester Januari 2012 ialah 3.78 menjadikan jumlah CGPA kepada 3.80. Yeah! Sukanya, Mia akan graduate dengan Anugerah Dekan (Dean List) bagi Bachelor of Information Technology with Honours di Open University Malaysia (OUM). Terima kasih kepada semua yang tolong doakan Mia. Akhirnya, Mia berjaya selama 4 tahun pengajian di OUM!

* Result subjek-subjek sebelum ini ada di dalam entri Prestasi Akademik Mia di Open University Malaysia

p/s: dah mula nak mohon jawatan kosong selepas ini bagi Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 di sektor kerajaan dan juga cuba-cuba tengok kelayakan dan biasiswa untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi...
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, May 25, 2012

Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)


Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)


Wahhhh sukanya. Mia baru sahaja sempat nak masukkan ke dalam blog. Semenjak menjawat jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) sini sejak tahun 2005, ini adalah kali pertama Mia menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Penyampaian sijil dibuat secara besar-besaran di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia Tahun 2012 pada hari Khamis 24 Mei 2012.

Terasa begitu dihargai. Terima kasih kepada pihak pengurusan atasan LPNM yang telah memilih Mia untuk menerima anugerah ini. Syukur, alhamdulillah. Selain menerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Mia juga menerima hadiah prestasi sejumlah RM 1,000.00.

Gambar-gambar yang sempat diambil.... zassss (sila klik pada gambar untuk besarkan)

Semasa Majlis Perasmian oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, YB Datuk Seri Noh Bin Haji Omar di Dewan D, Tapak MAEPS, Serdang.....




Semasa Majlis Penyampaian Sijil di Dewan Seminar 2 bagi agensi Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia...






Gambar kenangan bersama Tuan Ketua Pengarah LPNM, Tuan Haji Sahdan Bin Salim...

Sebelum pulang ke Johor Bahru selepas majlis selesai....

Gambar kenangan bersama rakan-rakan sepejabat yang lain yang turut menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang...

Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang diterima oleh Mia.... Tersenyum simpul bila melihatnya.... Cantik betul sijil ini...


Nama Mia (Juliana Binti Ngahdirin) yang tertera di dalam buku program majlis ini...

Autograf dan ucapan daripada rakan-rakan sepejabat.... Terima kasih ya, rakan-rakan semua....

p/s: alhamdulillah, usaha keras dan komitmen kerja selama ini mendapat penghargaan....

Read more / Baca Lagi >>>

KizMySelf Menyokong Kempen Mialiana.com


Mia rasa sungguh gembira ada juga blogger lain yang sudi menyokong Kempen Mialiana.com untuk Nuffnang Blogger of the Year DiGi WWWOW Awards 2012 tempohari.

Di sini Mia ingin memperkenalkan blogger Kiz, seorang yang peramah sebenarnya walaupun selalu diam daripada bercakap masa berborak dengan geng-geng lain dalam skype.... (sila klik pada gambar untuk besarkan atau terus klik link untuk pergi ke blog)



Perasan tak? Ada logo kempen Mialiana.com di kedua-dua blog ini. Mia nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Kiz kerana sudi tolong Mia tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada Mia. Masa itu, Mia masih lagi belum ada sponsor untuk cenderahati peserta kempen lelaki.

Dan sebagai menghargai jasa yang Kiz berikan ini, Mia telah pun menghantar cenderahati pendrive kepada Kiz pada hari Jumaat lepas. Betapa sukanya Mia bila Kiz beritahu dalam facebook yang dia telah terima cenderahati tersebut.


p/s: sukanya dapat kawan yang best macam ini... terbaikkkk Kiz....
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, May 24, 2012

DiGi WWWOW Awards 2012 - Mia Liana Dalam Top 10 Nuffnang Blogger of the Year


DiGi WWWOW Awards 2012 - Top 10 Nuffnang Blogger of the Year


Klik SINI untuk lagi besar

Mia sebenarnya baru sahaja sampai rumah ni, terus cepat-cepat tengok emel. Semasa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru tadi, Mia terima sms daripada Mak Dara mengatakan ada beberapa calon yang telah terima emel daripada DiGi. Mia ada event MoA pagi tadi untuk menerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. 

Selepas dapat tahu, susah betul hati ini. Dapat emel ke tidak? Bila dah buka emel, terasa lega sungguh. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Mia berjaya menempatkan diri dalam Top 10 Nuffnang Blogger of the Year DiGi WWWOW Awards 2012. Satu lagi berita gembira buat Mia. Terus Mia update dalam blog. Tentu ramai yang tertanya-tanya, bukan?

Terima kasih sangat-sangat kepada semua yang mengundi Mialiana.com tempohari. Begitu juga dengan semua sponsor yang bekerjasama dalam kempen Mialiana.com. Tidak lupa juga kepada pihak juri yang memilih Mialiana.com untuk menjadi Top 10 dalam kategori ini. Terima kasih.... Terima kasih.... Sayang anda semua ketat-ketat. 

p/s: dah ada dua berita gembira dalam minggu ni.... lepas ni ada satu lagi berita gembira....
Read more / Baca Lagi >>>

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia Tahun 2012


Berdebar-debar rasa di hati sebab pagi nanti Mia akan menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2012 di peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia bertempat di MAEPS Serdang.

Jom tengok banner ini...zasss.. (klik pada gambar untuk besarkan)


Tarikh : 24 Mei 2012 (Khamis)
Tempat : Dewan D, Tapak MAEPS, Serdang, Selangor


7.30 pagi   - Pendaftaran Penerima APC 2011
                 - Minum Pagi
9.30 pagi   - Ketibaan tetamu jemputan
9.45 pagi   - Ketibaan YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar,
                    Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
10.00 pagi - Nyanyian Lagu “NegaraKu dan 
                   “Perkhidmatan Awam”
                 - Bacaan Doa
                 - Ikrar Perkhidmatan Awam
                 - Ucapan Aluan YBhg. Dato’ Mohd Hashim bin
                   Abdullah, Ketua Setiausaha, 
                   Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
                - Ucapan YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar
                   Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
11.00 pagi - Penyampaian Sijil (*Mengikut dewan)
1.30 ptg    - Jamuan Makan Tengah hari (Dewan C)


Syukur alhamdulillah, Mia terpilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kali ini. Yang paling bestnya, majlis dibuat besar-besaran di peringkat Kementerian termasuk semua agensi di bawah kementerian yang sama. Meriahnya. Sebelum ini, majlis ini disambut di peringkat agensi LPNM sahaja. 


Seramai 25 orang kakitangan LPNM yang terpilih untuk menerima anugerah perkhidmatan cemerlang pada tahun ini dan salah seorang daripadanya ialah Mia. Tahniah kepada semua rakan-rakan sepejabat yang terpilih...


p/s: kali pertama dapat semasa berkhidmat di LPNM... bestnya... sampai tak tahu nak cakap apa...
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, May 23, 2012

PUMA Hayvok Youth Football U17 & U12 (9's)


PUMA Hayvok Youth Footbal U17 & U12 (9's)

First of all, I would to say...having Manchester United Arctic Ice Fan Club as one of my campaign's sponsor for DiGi WWWOW Awards 2012, the greatest moment I've never had. You guys are great! Thank you so much....

So, I would like to share with you the coming activity for this great fan club....

Official Energy Drinks for Manchester United, ARCTIC ICE is one of sponsor for PUMA Hayvok Youth Football U17 & U12 (9's). Wow! Isn't that really amazing.....



The football event details as below:

Date : 26 May 2012
Time : 8.00am to 5.30pm.
Venue : Padang Dataran Rembau, Negeri Sembilan

Other activity : Tactical Game "BATTLEFIELD" Live in Malaysia.

For registration and any inquiries pls call:
019-6021142 / 016-9178709

Organizer : SukanMania
Sponsors : PUMA, ARCTIC ICE, VICO, AADK DAERAH REMBAU

You may have a look at Sinar Harian....

For more bigger, click HERE

You may watch the Press Conference on TV3 here...




p/s: Arctic Ice... feel the energy.. feel the power..
Read more / Baca Lagi >>>

Ketua Kempen Mialiana.com - Deejay Kak Pah


Ketua Kempen Mialiana.com - Deejay Kak Pah

Kenal tak dengan blogger Kak Pah ini? Seperti juga tahun lepas, Kak Pah telah pun memegang jawatan ketua kempen Mialiana.com untuk Nuffnang Blogger of the Year DiGi WWWOW Awards 2012. Idea-idenya sungguh bernas dan kami sentiasa berbincang melalui Skype. Kak Pah duduk jauh nun kat Penang sana.

Setiap pagi di hari bekerja, bolehlah dengar celoteh Kak Pah di radio online GomoFM. Sebelum mula tempoh pengundian, Kak Pah telah pun mewar-warkan kempen Mialiana.com ini dalam GomoFM. Setiap kali itu, Kak Pah akan perdengarkan suara rakaman Mia kepada semua pendengar GomoFM. Begitulah seterusnya sehingga tamat tempoh pengundian.

Perasan tak gambar Kak Pah ini? Wahhhh cantiknya Kak Pah bila menggayakan tudung dan air minuman tenaga oleh sponsor Kempen Mialiana.com. Nampak hebat...

Jom tengok entri sponsor Kak Pah untuk Arctic Ice Energy Drink di SINI dan untuk D'Qalesha Boutique di SINI.

Terima kasih banyak-banyak ya Kak Pah. Jasa dan pengorbanan Kak Pah yang menyokong Mialiana.com berhabis-habisan, amat Mia hargai. Terima kasih juga sudi berkawan dengan Mia. Sayang Kak Pah ketat-ketat...

p/s: seorang ketua kempen yang hebat....
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, May 22, 2012

Beli Kasut Hitam Bertutup Yang Baru


Beli Kasut Hitam Bertutup Yang Baru

Mia bukan selalu beli kasut. Boleh dikira dengan jari berapa kali beli dalam setahun. Hmmmm... nak tahu tak satu malam tadi Mia mencari-mencari manalah kasut hitam yang bertutup. Habis semua digeledah... dalam kereta, dalam bilik, kat luar rumah. Tak jumpa. Lepas itu, bila sampai pejabat pagi tadi, Mia cari-cari pun tak jumpa juga.

Harapan terakhir terus telefon Suami Mia. "Abang, mana kasut saya yang hitam bertutup tu?". Jawabnya, "Bukan dah dibuang ke hari itu". Harapan terus musnah. Bulan lepas Suami Mia kemas-kemas, dah kumpulkan beberapa pasang kasut  lama Mia, Mia suruh buang aja tanpa tengok kasut-kasut tu pun. Tak sangka pula yang kasut hitam tu termasuk sekali.  Jawabnya kena beli barulah ni.

Kasut tu Mia beli pada tahun 2006 kat Plaza Angsana. Memang jarang sangat guna kecuali ada majlis-majlis penting sahaja. Masih elok lagi sebenarnya. Sayang betul kat kasut tu.

Jadi tengahari tadi, Mia telah beli kasut yang baru di Plaza Larkin Sentral. Mia belek-belek kasut kat beberapa buah kedai dan berkenan pada sepasang kasut ini.. yang bila dipakai terasa selesa dan lembut. Lepas itu mulalah sesi tawar-menawar. Harga yang tertulis nampaknya RM 49.50. Mia minta kurangkan sehingga RM 35.00. Harga terakhir, Mia dapat RM 36.00, terus beli. Leganya... 

Inilah kasutnya... cantik tak?





p/s: nak hadiri majlis penting pada hari Khamis ni di Serdang.... dup..dap..dup..
Read more / Baca Lagi >>>