July 2012

Tuesday, July 31, 2012

Terima Surat Pengesahan Tamat Pengajian Di Open University Malaysia


Terima Surat Pengesahan Tamat Pengajian Di Open University Malaysia

Minggu lepas, Mia ada terima surat pengesahan tamat pengajian daripada Open University Malaysia (OUM). Surat ini mengandungi pernyataan tamat pengajian dan keputusan transkrip pengajian (senarai subjek yang diambil beserta gred). Dua helai muka surat semuanya.

Di sini Mia ada scan kan bahagian atas dan bawah surat tersebut. Nak scan semua macam banyak pula. Result penuh (yang ada di bahagian tengah) ada di SINI. (klik pada gambar untuk besarkan)




Mia minta surat ini daripada Unit Peperiksaan OUM sebagai dokumen sokongan bagi membuat permohonan pembayaran balik lebihan yuran pengajian berikutan bantuan dermasiswa OUM yang diterima. Minggu lepas juga Mia dah fakskan permohonan tersebut ke Bahagian Kewangan dan katanya minggu ini akan mendapat kelulusan. Bila dah dapat kelulusan, lebihan yuran pengajian akan dibayar balik ke akaun bank Mia. Syukur, alhamdulillah. Leganya....


p/s: tak sabarnya nak konvokesyen...
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, July 30, 2012

Kisah Beli Barang Keperluan dan Sofea Tunggang Gajah Mainan di Giant U Mall...



Kisah Beli Barang Keperluan dan Sofea Tunggang Gajah Mainan di Giant U Mall...

Malam semalam kami pergi Giant untuk beli barang-barang keperluan. Agak sedih sedikit sebab troli dah habis digunakan pada masa tu. Hmmm... ramai pula yang shopping dan terpaksa kami guna 2 bakul. Sofea pun kena jalanlah nampaknya. Inilah kali pertama kami beli barang keperluan di Giant tanpa troli.

Tak sangka banyak juga yang dibeli termasuk beli beras. Barang di dapur banyak yang dah habis. Penuh barang-barang dalam bakul termasuk barang keperluan Sofea. Bayangkan macam tak cukup tangan dibuatnya. Masa tengah nak bayar kat kaunter, Suami Mia nak pergi cari troli kat bawah... dah pukul 10.00 malam tentu dah ada troli di bawah. tup-tup ada seorang makcik yang baik hati, beratur di belakang Mia hulurkan trolinya pada kami. Alhamdulillah, kebetulan mak cik tu beli barang tak sebanyak kami dan mak cik tu ada beli baldi sekali. Jadi barang-barangnya muat masuk dalam baldi sahaja.  Mungkin dia tengok kepayahan kami ini dengan anak lagi, jadi terbuka hatinya nak berikan troli. Alhamdulillah, syukur. Terus Sofea dimasukkan ke dalam troli dulu. Kesian, penatnya dia jalan.

Bila keluar sahaja, mulalah nak naik gajah mainan. Sukanya dia. Ni first time dia nak naik gajah yang besar. Sebelum ini naik yang kecil sahaja. Terhibur juga hatinya selepas mengeluh penat berjalan satu Giant... Kesiannya, tengok muka pun nampak macam penat... 

Jom tengok Sofea tunggang gajah mainan...zassss..





p/s: kisah Sofea tentang naik mainan ini pada 2 tahun yang lepas ada di entri INI.
Read more / Baca Lagi >>>

Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri


Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sekarang ni mesti ada yang sedang sibuk menghantar kad ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri sebagai pengganti diri meskipun sekarang ini boleh disampaikan melalui sms, mms, facebook, twitter, blog dan lain-lain saluran media sosial yang lain.

Bila hantar kad, ingatan tu akan ada sampai bila-bila. Boleh juga disimpan sebagai koleksi kad raya. Mia masa sekolah dulu, memang rajin berbalas kad raya dengan kawan-kawan sekolah, yang sama-sama belajar. Rasa macam seronok sangat. Lepas tu, boleh gantung di rumah. Bila kawan-kawan datang beraya ke rumah, masing-masing tengok kad raya daripada mereka ada ke tak... indahnya kenangan masa di sekolah dulu..

Masa bercinta, kad raya memang best.. siap ada lagu-lagu lagi. Memang disimpan. Ala.. zaman muda-muda dulu. Bila berjauhan memang macam tu. Tapi yang pastinya percintaan yang lama itu tidak sampai ke jinjang pelamin. Tak mengapa. Akhirnya kahwin juga tapi dengan orang lain. Jodohnya lambat sampai dengan Suami Mia ni... hehehehe..

Mia pun sekarang ni, dah jarang sangat nak pos kad raya kat kawan-kawan. Semuanya pos kat facebook dan tag sahaja. Zaman dah berubah... 

p/s: kat atas tu kad raya pejabat untuk kakitangan... tengah fikir juga nak bagi kad kat siapa...
Read more / Baca Lagi >>>

Banner Untuk Mrs Adam dan Zulfakar


Kali ini banner gift Mia untuk dua orang blogger yang banyak membantu Mia semasa kempen tempohari. Mereka memang best dan Mia tak kekok bila berinteraksi dengan mereka. Mia dah pernah jumpa dengan Zulfakar. Mrs Adam belum pernah bersua lagi.


Mrs Adam ini seorang ibu kepada dua orang anak yang comel. Juga pelajar Open University Malaysia. Kenal Mia sejak tahu lepas lagi. Yang bestnya, banyak ikut  tips-tips belajar Mia dan sejak itu dah 2 semester dapat dean's list (anugerah dekan). Tahniah ya. Sekarang ini sedang sibuk untuk final exam semester Mei 2012. Semoga dapat jawab dengan tenang.... Good luck ya!







Zul, seorang businessman yang berjaya. First time jumpa, memang best. Siap berborak lagi sampai tak ingat dunia. Ayah kepada 2 orang anak yang cute dan mempunyai beberapa blog. Masa kempen tempohari, seluruh keluarganya termasuk saudara mara tolong undikan Mia. Terharu betul rasanya. Terima kasih ya Zul...





Harap sangat mereka sukakan banner yang Mia buat ini menepati selera mereka. Kepada yang belum kenal lagi, jom singgah blog mereka....

p/s: mereka banyak betul bantu Mia.. mana tahu esok lusa, Mia bantu mereka pula.... peace ^_^
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, July 29, 2012

Cuaca Panas... Pakaian Di Jemuran Cepat Kering..


Cuaca Panas... Pakaian Di Jemuran Cepat Kering..

Panas betul cuaca hari ini... pakaian di jemuran akan cepat kering. Perkara yang paling digemari oleh surirumahtangga. Bila sidai pakaian, semua pakaiannya kering bila cuaca panas-panas begini.

Hari tu, masa musim hujan punyalah susah hati sebab banyak pakaian yang masih lembab dan tak kering sangat. Sidai pun dalam rumah dan dikeringkan dengan menggunakan kipas angin.


sukanya.. pakaian terkena panas matahari 

pemandangan luar rumah yang panas terik...

Bila panas terik macam ni, di bulan ramadhan memang terasa letih sedikit. Puasa pun kena buat kerja juga. Siapkan kerja-kerja rumahtangga perlahan-perlahan. Berpeluh-peluh juga... Rehat bila dah penat....

p/s: buka puasa nanti nak minum air sejuk lah.... 
Read more / Baca Lagi >>>

Chicken Dance Song


Gambar Chicken Dance

Amboi-amboi... Sofea sekarang dah suka nak joget... Paling suka joget ayam yang famous tu... Chicken Dance Song. Siap ajak mak dan ayahnya joget....

Kalau bila tengok dia joget sendiri... Kelakar pun ada. Seboleh-boleh nak tiru gaya ayam ni berjoget. Cuma ada 4 langkah, mula-mula lambai tangan, kemudian terbangkan tangan, gelekkan punggung dan tepuk tangan.

Jom joget dengan Sofea.....






Dah banyak sangat views video ni di YouTube. Dah lebih 2 juta yang tengok video ini. Hebat, kan? Animasi yang simple tetapi berjaya menarik minat ramai kanak-kanak termasuk Sofea.

p/s: exercise joget ni pun boleh keluar peluh juga.....
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, July 28, 2012

Bila Tabung Harimau Maybank Sofea Dah Penuh...


Bila Tabung Harimau Maybank Sofea Dah Penuh...

Bak kata pepatah orang Melayu, melentur buluh biar dari rebung. Begitu juga dengan Sofea. Sofea sudah mula menabung sejak dari tahun lepas lagi. Bila menjelang malam dia akan check purse Mia dan kumpulkan duit syiling. Baru-baru ini, tabung lama Sofea yang harimau maybank tu dah penuh. Punyalah Sofea risau dah tak boleh masukkan duit syiling.

Kemudian masa balik rumah keluarga Mertua, dia suka pula pada tabung baru yang comel. Bila dipegang masih kosong dan mulalah minta dengan neneknya (Mak Mertua Mia). Siap mengadu, tabung harimau sudah penuh. Mia ingat nak tunggu lepas raya nanti baru masukkan ke akaun maybank Sofea sekaligus dengan duit raya nanti.

Jom tengok gelagat Sofea masukkan duit syiling ke dalam tabungnya... zasss..

Masukkan ke dalam tabung baru

Cuba juga nak masukkan ke tabung lama tapi tidak boleh

Masukkan ke dalam tabung baru semula

Dah diberitahu tabung dah penuh, masih nak cuba juga sampai baring

Tabung harimau maybank Sofea yang dah penuh...

Tabung baru Sofea..

p/s: kisah menabung Sofea pada tahun lepas ada dalam entri INI
Read more / Baca Lagi >>>

Juadah Berbuka Puasa Hari Ini


Juadah Berbuka Puasa Hari Ini

Baru sahaja balik dari bazar ramadhan ni tadi. Nanti kalau datang lambat, dah ramai orang dan sesak sangat.  Tak suka ribut-ribut. Beli mana yang nak dimakan saja. Kalau lebih-lebih nanti membazir pula.

Jom tengok apa yang akan dimakan masa berbuka nanti. Mia buka bungkusan sekejap je nak ambil gambar kemudian tutup balik. Minum air teh dan air oren. Selalunya buat pukul 6.45 petang nanti.

Mee goreng kegemaran Suami Mia. Ditambah pula dengan ayam goreng peha dan sambal tumis. Memang tip top.


Soto nasi selera Sofea. Hanya ada nasi impit dan ayam sahaja. Kalau ada bawang goreng dan daun sup, Sofea tak suka. Mia memang selalu berkongsi makan dengan Sofea. Kalau Sofea makan seorang memang tak habis.


Untuk menu ringan, kuih pun kena ada juga. Hari ini terasa pula nak makan kuih kaswi. Cukuplah untuk makan bertiga. Semalam dah makan sate, esok rasanya nak makan puding pula lah... heheheh setiap hari berubah menu mengikut selera tekak.


p/s: tekak ni memang pelik sedikit di bulan ramadhan....
Read more / Baca Lagi >>>

Rindunya Saat Belajar Semasa Di Open University Malaysia


Rindunya Saat Belajar Semasa Di Open University Malaysia


Hmmm.. di kala ini pelajar-pelajar sedang sibuk belajar untuk persediaan final exam semester Mei 2012. Tiba-tiba teringat masa Mia belajar dulu. Selalunya Mia akan tidur dulu dan belajar awal pagi. Terasa rindunya saat-saat itu. Mentang-mentang dah terbiasa 4 tahun macam ni, jadi bila dah habis belajar masih lagi terbayang-bayang.

Banyak kenangan Mia dengan Open University Malaysia (OUM) ni. Semuanya ada dikisahkan di ruangan Study Matters

Kadang-kadang bila duduk diam, teringat juga. Waktu sekarang ni patutnya dah buat apa.... saat menyiapkan assignment dan persediaan final exam. Kepayahan belajar masa mengandung dan selepas bersalin. Baca buku sampai tertidur dengan buku. Buat programming sampai mata letih dan otak tepu. Susah hati bila tak siap itu dan ini. Pernah blank masa jawab final exam. Macam-macam lagi perasaan yang dialami. Mana nak urus keluarga dan kerjaya lagi sambil maintain pointer CGPA untuk Dermasiswa OUM. Air mata mengalir di kala suka dan duka... Sangat perit masa tu. Nampak dan cakap memanglah senang, tapi yang laluinya hanya sendiri yang tahu perasaan tu macam mana. Dugaan memang banyak, namun dapat diatasi dengan tabah.

Setiap kali bercerita tentang belajar, boleh mengalir air mata ini, bila terkenangkan saat belajar dulu. Namun, bila lihat pada keputusan yang dicapai seolah-seolah telah membayar segalanya. Hajat di hati memang nak sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Tapi disimpan dulu. Mungkin tahun depan ke... Kena tengok keadaan kewangan dan perlu betul-betul cukup sedia untuk belajar semula. 

p/s: suka dan minat belajar...
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, July 27, 2012

Traffic Rank Alexa.com (3)


Dah lama betul tak buat entri tentang Alexa.com ini. Tapi hari ini, Mia rasa syukur sangat sebab pencapaian trafik di blog ini yang maintain setiap hari.


Pencapaian rank blog ini di Alexa Traffic Rank ialah 203,300 dan di Malaysia ialah 993. Gembiranya bukannya senang nak berada di bawah rank 1000 di Malaysia. Dulu Mia tak kisah sangat pasal ranking ni. Masa tu tak berapa tahu sangat.

Sekarang ni, Mia rasa betapa pentingnya blog ranking sehingga meletakkan widget Alexa di side bar blog dan install Alexa toolbar di Google Chrome. Jadi baru perasan sama ada ranking kita menaik atau pun menurun.

 Alexa Toolbar di Google Chrome

Alexa Widget di side bar blog

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang sudi datang ke blog ini. Sangat suka bila ada pengunjung yang datang ke sini dan menyumbang kepada peningkatan rank blog ini. Menaikkan semangat Mia untuk terus berblogging. Terima kasih sekali lagi... 

p/s: jom pasang Alexa widget di blog dan Alexa Toolbar di browser anda...
Read more / Baca Lagi >>>

Banner Untuk Yumida Dan Hazirah



Mari sini.... segmen banner gift diteruskan lagi. Design banner kali ini, agak lain sedikit. Maklumlah sentuhan air tangan Mia di bulan Ramadhan. Risau juga takut Yumida dan Hazirah tidak berkenan... Dua blogger yang Mia rasa masih baru berkenalan dengan mereka. Sama-sama suka apa-apa yang cute, comel dan sweet. Maka, terhasillah banner ini mengikut citarasa mereka. Jom tengok dan berkenalan dengan mereka ni....















Mia nak buat pengumuman... memandangkan semua blogger yang emelkan kepada Mia telah pun siap bannernya, jadi Mia harap agar blogger-blogger di bawah ini, sila emelkan kepada Mia seperti yang dimaklumkan di entri INI dengan segera. Sebabnya dah nak dekat 8000 followers ni....
  1. http://eiykachubby.blogspot.com
  2. http://fieda0102.blogspot.com
  3. http://wardahilmu.blogspot.com
  4. http://nasikerabubuahtanjung.blogspot.com
  5. http://fabbylousbeautiful.blogspot.com
  6. http://mohamadzulfakar.blogspot.com
  7. http://hairuliza-anakku.blogspot.com
  8. http://myalycia.blogspot.com
p/s: kalau tak emelkan.. maksudnya tak setuju untuk Mia buatkan banner... huhuhu sedih ni....

Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, July 26, 2012

Koleksi Keychain



Ala... saja-saja je ni. Dok diam-diam kat pejabat tentulah seronok kalau amik gambar guna instagram. Pandang di satu sudut tepi kiri, terus Mia snap. 

Koleksi keychain sebenarnya banyak tapi entah mana entah yang lain. Ada yang Mia dah guna untuk letak kunci. Jadi, tinggal ini sahajalah. Semua ini adalah cenderahati daripada rakan-rakan pejabat dan juga pelajar praktikal.

Sweet je... ada jugalah kenangan untuk kemudian hari...

p/s: ada juga yang kat rumah...
Read more / Baca Lagi >>>

Bantu Pelajar OUM Menyiapkan Assignment



Alhamdulillah.... bila keputusan assignment telah keluar semalam pelajar OUM Bangi yang Mia bantu, Ridzwana mendapat 25/30. Tahniah ya.... Wahhh tentulah Mia suka sebab dah berjaya menunjukajar  Ridzwana pada hari terakhir penghantaran assignment.

Nasib baik hari tu Mia tak sibuk dan boleh online. Kebetulan Ridzwana  minta tolong Mia checkkan Context Diagram dan Data Flow Diagram (DFD) yang telah dibuat. Namun ada kesilapan dan Mia minta dia betulkan satu persatu. Betulkan lukisan diagram, penggunaan ayat, tambahan kepada level 1. Semua proses DFD yang dibuat di level 0 harus diterangkan di level 1. Kalau ada 6 proses di level 0, perlu juga dimasukkan 6 proses di level 1. Nasib baik sempat Ridwana buat penambahan yang Mia beritahu. Dalam keadaan kelam kabut, siap juga pada sebelah petangnya. Ridzwana betul-betul berusaha keras untuk menyiapkan assignment dengan betul. Lepas siap, Mia check balik format dan flow data.

Mia bantu yang termampu melalui chat di FB dan emel sahaja. Ternyata cara lukis pun kena betul dan mainkan peranan yang penting, walaupun semua pelajar tahu nak lukis diagram.

Semoga Ridzwana dapat praktikkan apa yang Mia ajar tu, konsep betul untuk lukis diagram semasa menjawab final exam nanti. Good luck!
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, July 25, 2012

Bonus Setengah Bulan Gaji Penjawat Awam / Kakitangan Kerajaan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2012



Alhamdulillah... syukur sangat bila dengar berita di TV3 sebentar tadi menyatakan semua penjawat awam  / kakitangan kerajaan akan mendapat bonus setengah bulan gaji (minimum RM 500) sempena hari raya aidilfitri 2012. Gembiranya. Dapatlah meringankan beban kita semua untuk membuat persediaan raya nanti.

Pesara kerajaan juga akan mendapat bayaran khas kewangan sebanyak RM500 bermakna Ayah Mia pun akan dapat juga. Seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan termasuk Mia dan Ayah Mia akan terima. Bayaran bonus ini akan dibuat pada 9 Ogos 2012. Wow! Terima kasih ya Kerajaan Malaysia.

sila klik pada gambar untuk besarkan

p/s: mood syukur...
Read more / Baca Lagi >>>

Follower Mialiana.com Yang Ke 7800



Alhamdulillah... syukur. Mia rasa suka sangat sebab sekarang dah genap 7800 followers untuk blog ini. Follower bertuah ini bernama Kate. Sebuah blog shopping yang baru bermula pada Januari 2012. Masih mempunyai beberapa follower.

Mia terpanggil nak buat entri ini sebab nak support Kate. Nak ajak anda semua follow lah kejap blog dia. Sama-sama kita support dia...




Jangan malu-malu nak berkenalan dengan Kate... Peramah orangnya. Selamat berkenalan....

p/s: tentu Kate gembira dengan entri Mia ni... ^_^ peace....
Read more / Baca Lagi >>>

A GiveAway : Follower dan Hadiah Di Bulan Ramadhan


A GiveAway : Follower dan Hadiah Di Bulan Ramadhan

Ini adalah contest pertama Icha, jadi Mia pun join bagi support. Simple je giveaway ni dan tak perlu tag. Giveaway ini berlangsung selama sebulan semasa kita semua mengerjakan ibadah puasa. So... tunggu apa lagi, jom kita semua support Icha... Tarikh tutupnya ialah pada 24 Ogos 2012.

Syarat-Syarat (copy & paste dari entri contest)
1. *wajib* Follow blog icha like sini dan situ - Done
3. Buat entri, Tajuk "A GiveAway : Follower dan Hadiah Di Bulan Ramadhan"
- Copy dan Letak banner yang kat atas tu dan linkkan semula di bahagian comment - Done
4. Bagi link entri korang. bukan link blog, Jelas tak?  - Ok
5. Tarikh tutup Giveaway ni akan tamat bila cukup sebulan dan cukup 200 peserta ! - Ok
- Hadiah2 pula merupakan special Gift from a&w yang tidak terdapat di mana2 kedai cenderahati.
6. Hope Giveaway ni akan ada sambutan. Kalau tidak cukup 200 peserta *dalam tempoh sebulan* giveAway ni akan ditutup harap jangan. - Ok


p/s: jom join...
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, July 24, 2012

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2012 Mengikut Negeri Di Malaysia





Setiap tahun, bila menjelangnya bulan puasa / ramadhan, ada satu lagi tanggungjawab yang harus dilaksanakan sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri. Tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh semua umat Islam iaitu dengan membayar zakat fitrah.

Kadar bayaran zakat fitrah berbeza mengikut negeri. Berikut ialah senarai Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2012 ( 1433 H)  mengikut negeri di Malaysia.
  • Perlis - RM 6.00
  • Kedah - RM 7.00
  • Pulau Pinang - RM 7.00
  • Perak - RM 7.00
  • Selangor - RM 7.00
  • Negeri Sembilan - RM 6.50
  • Melaka - RM 6.50
  • Johor - RM 5.00 / RM 8.00
  • Pahang - RM 7.00
  • Terengganu - RM 4.50 / RM 7.00 / RM 7.60
  • Kelantan - RM 7.00
  • Sarawak - RM 6.50
  • Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan) - RM 7.00
Semoga amalan kita semua mendapat rahmat daripadaNya dan beroleh keberkatan. Amin...
Read more / Baca Lagi >>>

Allah Kan Ada!



Salam sejahtera semua. Di pagi ramadhan yang ceria ini, Mia ada terbaca emel yang dihantar oleh rakan Mia tentang kisah di bawah ini. Jemput-jemput lah baca dan muhasabah diri.



Bila manusia berkata yang tidak baik tentang kita...

Memang kita akan terluka.
Memang kita akan terasa.
Memang kita akan sakit.
Memang kita akan merana.
Memang kita akan menderita.
Tapi, cuba fikir satu persatu.

Adakah apa yang mereka katakan itu seratus peratus benar tentang kita?
Enak sangatkah 'cerita' mereka itu sehingga orang lain akan mempercayainya membuta tuli?
Sejauh mana kebenaran dalam kata-kata yang tidak baik itu terhadap kita?
Rasa-rasa, sampai bila orang-orang sebegitu akan bertahan untuk terus dan terus memperkatakan tentang kita?

Mereka itu tiada salah ke sehingga asyik melihat salah orang lain?
Mereka itu adalah manusia. Manusia adalah hamba Allah. Tiada satu manusia pun yang sempurna melainkan Baginda SAW. Manusia ini sering diliputi dosa sama ada disedari atau tidak disedari, disengajakan atau tidak sengaja. Dan setiap manusia itu memang ada kekurangan dan kelemahan. Begitu juga dengan kelebihan.

Tapi, kekurangan itu perlu dibaiki. Kelebihan itu perlu disyukuri. Ingat sentiasa bahawa kekurangan manusia perlu kita terima. Kerana apa? Kerana kita manusia. Kita semua adalah sama. Taraf kita sama. Takkan melebihi sesiapa. Terima kekurangan itu. Jalan terbaik adalah berdiam diri. Dan doakan mereka-mereka itu. Semoga Allah melimpahi nur dan hidayahNya untuk mengupgrade kekurangan tersebut ke arah kebaikan.
Itu kisah 'mereka yang lain.' Kisah kita? Kita yang menghadapi kata-kata tidak baik itu, bagaimana pula?

Muhasabah diri semula.
Apa yang kita buat selama kita hidup ini, sebab orang-orang yang berkata itu ke?
Atau sebenarnya, kita buat sesuatu itu kerana Allah semata-mata?
Hidup kita ini berpaksikan kepada siapa sebenarnya? Allah atau manusia?

Kita ini ingin dapatkan redha Allah atau redha manusia?
Kalau kita nak berubah sesuatu ke arah kebaikan, kita perlu minta kekuatan dari Allah atau hamba Allah?
Niat kita sepanjang hidup ini adalah apa? Think deeply.

Allah yang mencipta kita. DIA yang menghidupkan roh kita. DIA yang berkuasa atas sesuatu. DIA Pemilik Kerajaan Langit dan Bumi. DIA adalah Tuhan kita. Hanya DIA yang layak disembah. Jadi, alasan apa yang kita ingin gunakan untuk melakukan sesuatu tanpa berniatkan Lillahi Ta'ala?

Inna a'malu binniat - Sesungguhnya, segalanya bergantung kepada niat. Apa yang kita lakukan hendaklah dipasang dengan niat kerana Allah. Apa-apapun, yang pertama tetap Allah.

"Kenapa perlu kecewa apabila ada orang negatif dengan kita? Apakah kita bekerja kerana mereka?" - Hilal Asyraf

Apa yang kita dapat melalui kata-kata penulis terkenal ini? Fikir, tanya hati kita sendiri. Tujukan persoalan itu terhadap diri kita sendiri. Hidup kita ini perlu sentiasa bermuhasabah. Fikir, fikir dan fikirkan sesuatu itu secara positif dan berhikmah.

Pujuklah hati. Jangan biarkan hati itu terus merana kerana kata-kata tidak baik daripada mereka. Sabarlah. Allah itu bersama orang-orang yang sabar. Setiap satu yang berlaku pasti ada hikmah. Hikmah itu rahsia DIA. Kita mencari dan menanti dengan doa. Sesungguhnya, doa itu senjata mukmin.

Ingatlah.
Kita lebih tahu siapa diri kita. Mereka tidak.
Kita lebih faham diri kita. Mereka tidak.
Kita lebih kenal diri kita. Mereka tidak.

Dan yang paling penting, Allah itu lebih memahami kita. DIA faham kita lebih daripada apa yang kita faham tentang diri kita. Jadi, perlukah kita putus asa atas rahmat Allah? Allah itu ada. Jangan sia-siakan kewujudan Tuhan Yang Maha Adil itu.

Kita hamba DIA. Serahkanlah diri padaNya. DIA Pengubat Kelemahan. DIA jugalah Pemberi Kegembiraan. Ketenangan itu ada pada DIA. Perlukah kita untuk tidak mencari?

"If Allah is your friend, who dares to be your enemy?"
Pujuklah hati kita dengan mengatakan "Allah kan ada!" ^_^

Wallahualam.

sumber : emel

p/s: kalau kecil hati dengan perangai rakan-rakan, pujuklah hati sendiri. Jangan bersedih...
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, July 23, 2012

Tempah Baju Raya Di Hari Puasa Ke 2


Tempah Baju Raya Di Hari Puasa Ke 2

Ishhh.. apa kes asyik bertangguh-tangguh sehinggalah pada hari puasa kedua semalam, baru lah nak pergi beli kain baju raya. Sebelum balik Johor Bahru, singgah kejap kat kedai kain Jakel dekat dengan Careefour di bandar Batu Pahat. Ada juga orang yang beli kain last minute macam kami.

Pilih punya pilih. Inilah kain yang berkenan di hati. Kami beli 11 meter untuk Mia, Suami Mia dan Sofea. Lembutnya kain cotton denim ni. Bila dipakai akan terasa sejuknya. Janji tak panas dan selesa bila dipakai.


Kat Era Tailor kami tempah baju raya. Lokasinya di kawasan Kangkar Tebrau. Nasib boleh terima lagi, kalau tak.. terpaksalah beli baju raya yang dah siap kat mana-mana butik baju. Kononnya nak ada sulaman ke... jahit manik-manik ke... katanya tak sempat. Terpaksa redha. Janji siap baju kurung untuk Mia dan Sofea serta baju melayu teluk belanga untuk Suami Mia.


p/s: tak nak cari pasal lagi tahun depan..

Read more / Baca Lagi >>>

Makan Snek Ringan Twisties


Makan Snek Ringan Twisties

Hmmm... baru je sampai rumah sebelum pukul 12.00 tengah malam tadi.. Seperti biasa tidurkan Sofea dulu. Kemudian mulalah basuh kain. Semalam buka puasa dengan keluarga Mia di kampung, hari ini pula buka puasa di rumah keluarga Mertua. Nasib baik dalam negeri Johor je... Untung juga kahwin dengan orang dekat-dekat dalam negeri Johor. Kalau jauh, tak tahulah macamana. Mungkin kena ikut sistem giliran.

Sambil tunggu mesin basuh berhenti, best juga makan snek ringan Twisties sambil tengok televisyen. Mia lebih suka perisa tomato dan suami lebih suka perisa bbq curry. Sedapnya dapat makan. Lega rasanya sambil bersantai..

Esok dah mula kerja. Rasa macam tak cukup pula rehat 2 hari. Kan best kalau 1 Ramadhan jatuh pada hari Ahad ke... esok dapatlah cuti lagi... #mood berangan..

p/s: Jom makan Twisties.. berselera betul tekak ni. Nasib dah habis belajar, kalau tak.. takleh nak makan snek ringan macam ni, kena pantang... huhuhu...
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, July 22, 2012

Blogger Aktif



Masih ingat tak lagi pada akhir bulan Disember tahun lepas, Mia ada buat segmen Blogger Aktif. Segmen tersebut telah pun mendapat sambutan di luar jangkaan Mia dan link blog semua peserta yang berjaya telah disenaraikan mengikut group seperti dibawah.



Group 1
Group 3
Group 5
Group 7
Group 9
Group 11
Group 13
Group 15
Group 17
Group 19
Group 21
Group 2
Group 4
Group 6
Group 8
Group 10
Group 12
Group 14
Group 16
Group 18
Group 20
Group 22


Tujuannya bagi memudahkan Mia dan pengunjung blog ini berblogwalking ke blog-blog mereka sambil kenal-kenal. Mia telah paparkan di side bar blog ini hampir 6 bulan bermula daripada 1 Januari 2012 sehingga pertengahan bulan Jun 2012.

Sekarang ni, Mia telah letakkan sementara semua senarai blog-blog ini di blog Chit Chatting With Liana supaya Mia senang nak blogwalking, memandangkan sekarang blog ini telah jadi 2 column daripada 3 column sebelumnya. Banyak widget di side bar terpaksa dikeluarkan termasuklah senarai Blogger Aktif ni. 

Hmmm... masih berfikir panjang nak buat segmen Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com #2 ke tak untuk senarai blog baru sehingga akhir tahun ini? Susah juga nak buat keputusan. Sebab nanti nak juga  letak di side bar blog ini. Bila dah 2 column ni, agak payah nak buat keputusan.. Kalau nak buat segmen ini, Mia tak boleh buka lama-lama, mungkin dalam 7 hari je. Entah ada orang nak join ke tak ni... Risau juga. Tengok dululah macam mana...

p/s: masih belum putuskan lagi...
Read more / Baca Lagi >>>

Trafik Mialiana.com Pada 21 Julai 2012


Trafik Mialiana.com Pada 21 Julai 2012

Alhamdulillah... syukur sangat. Bila check trafik blog ini pada hari Sabtu, 21 Julai 2012 di Google Analytics seramai 636 orang pengunjung yang bertandang ke sini. Wahhh.. nombor cantik ni. Terima kasih banyak-banyak ya... harap anda semua jumpa apa yang dicari di sini... ^_^

Search Traffic - 427 visits
Referral Traffic - 147 visits
Direct Traffic - 30 visits
Campaigns - 32 visits


Hmmmm.. pelik juga ni. Sebelum ini belum pernah ada pun trafik daripada Campaigns. Dulu-dulu pernah  ada cuba Google Adwords, tapi sekarang dah tak guna lagi. Agak-agak Campaigns ni datang dari mana ya? Nak kena belajar pelan-pelan pasal ni... Kalau ada sesiapa tahu, sila beritahu Mia ya...

Jom tengok keyword apa yang famous untuk Search Traffic blog ini. Mia hanya paparkan 30 yang tertinggi sahaja.... zassss



p/s: mood syukur....
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, July 21, 2012

Follower Mialiana.com Yang Ke 7777


Follower Mialiana.com Yang Ke 7777


Wahhhh... bestnya. Tup..tup bila Mia online tengok-tengok dah ada 7777 followers. Terus gembira. Cantik nombor ini.

Jom kita jejak siapakah gerangannya..... Jeng.. jeng.. jeng...


Hah! Namanya Alieza Dayasari. Ada dua blog rupanya. Mia pilih link blog Leeza...Macam sweet je kan nama ni..


Santai Leeza... santai-santai sahaja orangnya. Mia pun baru je kenal melalui blogwalking daripada shoutbox punya shoutbox... entah tak ingat shoutbox mana... Salam perkenalan ya Leeza...

p/s: selalunya kalau Mia blogwalking, Mia akan follow terus blog-blog yang Mia belum follow.. kiranya macam 2 in 1 lah ni... ^_^ peace...
Read more / Baca Lagi >>>

Pasang Google Custom Search Di Side Bar Blog


Pasang Google Custom Search Di Side Bar Blog

Sebenarnya Mia baru sahaja pasang Google Custom Search di side bar blog tadi. Mia ni masih baru sahaja dalam dunia Google Adsense. Selain meletakkan iklan advertiser Google Adsense, produk lain yang boleh diletakkan di blog juga ialah Google Custom Search. 

Jadi, pengunjung akan mudah membuat carian dari blog ini dengan menaip keyword yang diperlukan dan paparan window baru akan keluar dengan keputusan carian tersebut.

Widget yang telah diletakkan di side bar blog. Bolehlah cuba guna ya...

Paparan window baru yang keluar melalui keyword "buah pulasan"


Kepada sesiapa yang dah ada akaun Google Adsense boleh lah mencuba memasang Google Custom Search   ini. Cara-caranya ialah pergi ke My Ads tab, kemudian cari More Products dan klik pada Search.

Selepas itu Search option akan berada di pilihan My Ads seperti di bawah..

Kemudian klik pada New Custom Search Engine, dan isikan semua butiran yang bersesuaian. Mia namakannya Google Search. Jangan lupa klik pada Search Box Style, Ad Style dan Search Result untuk pemilihan layout yang dikehendaki.


Selepas siap klik pada Save and Get Code.  Kemudian copy coding yang tertera dan paste ke dalam blog  melalui Layout >> Add A Gadget >> HTML/Javascript.

p/s: masih banyak lagi yang perlu dipelajari tentang Google Adsense...
Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters April 2017