November 2012

Friday, November 30, 2012

CONTEST KALENDER 2013 EKSKLUSIF HAZWANHAIRY | BOX CREATIVE



Siapa nak kalendar 2013 yang eklusif, sila angkat tangan. Jom ramai-ramai kita join contest Hazwan Hairy. Mia support Hazwan juga. Mudah nak join.

SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini jika tidak paham2 je ok...
2. LIKE la page ni : PERSONAL BLOG |HAZWANHAIRY.COM 
3. LIKE page penaja : BOX CREATIVE
3. Tajuk CONTEST KALENDER 2013 EKSKLUSIF HAZWANHAIRY | BOX CREATIVE
4. Tempek header diatas.
5. Link kan entry anda pada post entry ini

Pemenang akan dipilih secara random.org dan hanya ada 30 kalender sahaja untuk dimenangi. Tarikh tutup pada 12/12/12.

p/s: ramainya yang buat segmen... huhuhhu

Read more / Baca Lagi >>>

Carrot O Ais Satu.....




Hari ini sampai awal ke pejabat dan terus pergi sarapan dengan Suami Mia dulu di AdamMaya Cafe. Memang dekat sangat dengan pejabat Mia. Sekali sekala dating dengan suami, apa salahnya. Mia sarapan mee hoon goreng dan suami pula nasi lemak ayam goreng.

Minggu ini, tekak Mia berkenan pula nak minum air carrot o ais. Dah beberapa pagi ni asyik minum air ni je. Lobak memang bagus untuk kesihatan dan mengandungi beta carotene, vitamin B dan C, alpha carotene, kalsium, dan potasium.

Sedap air ini. Kalau bubuh susu, Mia kurang minat sedikit. Jom minum...

p/s : bagus minum air buah-buahan di kala pagi...

Published with Blogger-droid v2.0.6
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, November 29, 2012

Google+ Followers Sudah Dipasang



Hmmm... Blogger telah pun memperkenalkan widget follower baru, Google+ Followers. Dulu pernah kata akan tutup widget follower Google Friend Connect. Sayangnya kat semua follower Mia. Mia ada beritahu di SINI semasa semua blogger sibuk buat Google Plus account pada masa itu.

Nak printscreen sekejap sebelum ianya hilang...


Hmmm... Mia sebenarnya baru sahaja masukkan Google+ Followers ke dalam blog pagi tadi. Jom ramai-ramai kita buat.... pssstt sila klik pada gambar untuk besarkan ya...

Add A Gadget. Pilih Google+ Followers New!

Wajib tukar dulu kepada Google+ profile. Kemudian barulah boleh masukkan Google+ Followers yang baru ni.

Mula-mula ada keluar 2 pula di blog Mia. Pelik. Lepas Mia usik-usik sedikit mana yang patut. Terus ada 1 sahaja. Leganya. 

Terima kasih kepada Taliff yang sudi tolong tengokkan pagi tadi. Mula-mula dia pun nampak 2 yang keluar, lepas tu baru nampak 1.

Mia ada ubah setting data height kepada 200. Supaya tidak tinggi sangat.

Juga ubah width kepada 300. Supaya ngam-ngam duduk kat side bar.

Inilah hasilnya....

Kepada blogger-blogger yang belum buat, silakan pasang widget ini. Kena sentiasa update dengan perkembangan semasa. Jangan lupa Add Mia di Google+ Followers ini ya... peace (^_^)

p/s: sayangnya kat follower blog yang dah nak hampir 9000 ni...
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, November 28, 2012

Mia Penerima Anugerah Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA)


Mia Penerima Anugerah Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA)

Alhamdulillah, syukurnya Mia apabila menerima panggilan telefon daripada Open University Malaysia Kuala Lumpur petang semalam menyatakan Mia terpilih untuk menerima Anugerah Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA) bagi Majlis Konvokesyen Open University Malaysia yang ke 13 pada bulan Disember 2012 ini di PWTC Kuala Lumpur.

Mengalir airmata Mia tanpa disedari. Memang terkejut betul. Hanya seorang pelajar yang dipilih dan pelajar itu ialah Mia. Satu penghargaan yang paling bermakna dalam hidup Mia.

Pagi tadi Mia pun telah menerima emel ini...

klik pada gambar untuk besarkan

Mia perlu hadir pada Sidang 1 hari Sabtu 15 Disember 2012 untuk menerima Anugerah ini dan juga hadiah USD300 diiringi skroll Bachelor of Information Technology with Honours. 

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada keluarga Mia... suami tercinta, mak dan ayah yang dikasihi, adik-beradik yang disayangi kerana telah banyak memberi perangsang, sokongan dan dorongan semasa Mia belajar di Open University Malaysia.

Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang mengenali Mia, sama ada di pejabat, rakan-rakan OUM, facebook, twitter dan blogger yang sudi doakan Mia selepas tercalon untuk Anugerah ini.

"Tiada Rahsia Dalam Kejayaan. Ia Adalah Hasil Daripada Persediaan, Kerja Keras dan Belajar Daripada Kegagalan" - Colin Powell"

Terima kasih Open University Malaysia!

p/s: mengalir air mata ini...
Read more / Baca Lagi >>>

Cornetto Chocolate dan Vanilla Ice Cream



Ice cream sememangnya peneman di kala duka dan suka. Bila dimakan terasa sungguh tenang jiwa ini. Boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja. Tak kiralah pagi ke.. siang ke.. malam ke..

Cornetto Chocolate dan Vanilla Ice Cream, jarang dibeli. Tetapi semalam teringin pula nak beli. Makan bersama keluarga sambil menikmati siaran drama di kaca  televisyen. Mia dan Sofea suka yang perisa chocolate manakala Suami Mia memang suka perisa vanilla.

Sebelum masuk ke dalam mulut, sempat posing bergambar dulu.... zasss..




Alamak... dah nak cair. Cepat-cepat makan...

p/s: memang suka sangat ice cream... tapi tak boleh selalu..
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, November 27, 2012

Pencarian Bloglist Disember


Pencarian Bloglist Disember

Cepat-cepat... dah nak tamat segmen ini. Mia nak join segmen dari Nurfara. Akan tutup pada 11.59 malam 28 Disember 2012.

Syarat-syaratnya pun mudah. Dah ramai yang join segmen ini. Mia pun nak meriahkan jugalah. Nak juga duduk dalam bloglist Nurfara... (dengan muka yang tak malu ni). Sesiapa pun boleh join ya...

p/s: banyak kelebihan kalau blog kita berada di bloglist blog lain... jangan lepaskan peluang ini...
Read more / Baca Lagi >>>

Jom Join BLOGLIST AyuInsyirah Tahun 2012


Jom Join BLOGLIST AyuInsyirah Tahun 2012

Hmm.. Mia dijemput Ayu sendiri untuk join segmen ni. Terima kasih ya Ayu. Seperti biasa Mia tentulah support Ayu... 

Segmen ini pun simple dan yang bestnya sebab Ayu nak kumpulkan seberapa ramai kawan blogger. Eh! Jomlah join...

Tarikh tutup segmen ini ialah pada 12/12/2012.

p/s: suka duduk kat bloglist blog lain...(^_^)
Read more / Baca Lagi >>>

Review Blog - I Think Of | Red Inspired



Hari ini Mia nak berkongsi tentang seorang blogger yang pandai menulis entri. Cara penulisan beliau memang membuat Mia kagum. Selalu baca entri-entri di blog beliau untuk mendapatkan inspirasi. Kali pertama mengenali blog ini pada pertengahan tahun ini melalui blogwalking dan semenjak itu memang Mia menjadi pengunjung tetap apabila blogger ini update blog. (Mia memang muka tidak tahu malu ni)


Blogger Taliff memang seorang yang peramah dan selalu juga datang ke blog Mia. Terima kasih ya Taliff sudi berkawan dengan Mia. 

Konsep blog ini simple dan kemas dengan tema warna putih dan kelabu. Penampilan blog yang biasa tetapi mempunyai kekuatan dari segi penulisan. Siapa sangka seorang jurutera pun boleh menulis entri dengan baik.

Mungkin kerana kesibukan, beliau jarang update blognya. tetapi bila update je cepat-cepat Mia pergi ke blognya dan baca. Beliau selalu update blog di waktu malam. (nampak tak? kalau kita selalu datang blog tu, mesti tahu waktu bila dia suka update blog) dan beliau selalu berkunjung ke blog Mia di sebelah pagi. (pecah rahsia sekejap).

Cubalah baca beberapa entri di blognya, tentu akan rasa terpaut dan akan datang lagi. 

p/s: cara penulisannya harus dicontohi...
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, November 26, 2012

Cara-cara Nak Join Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com



Di sini Mia tunjukkan tutorial nak join Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com. Jangan susah hati jika entri tidak lengkap, masih boleh belajar dan betulkan sebelum segmen tamat. Diharap tutorial ini akan dapat membantu blogger-blogger baru dalam menyiapkan entri segmen.

Kebanyakan kesilapan berlaku seperti kesilapan ejaan dan juga syarat-syarat nombor 2, 3 dan 5 yang tidak lengkap

Mia tunjukkan cara-cara nak join segmen yang paling mudah. Sila klik pada gambar untuk besarkan dan Mia nak minta maaf sebab entri ini agak panjang.

Syarat nombor 2
Buat entri bertajuk "Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com"

Menaip tajuk entri dengan betul.

Masukkan banner segmen di atas. Link URL gambar - http://4.bp.blogspot.com/-KwMfq90aDpg/UK_2N4ww7GI/AAAAAAAAQBU/ZvrbymQBtsQ/s1600/followblogwalkingmialiana.gif


Copy dulu URL gambar dan klik pada icon Insert Image.

Pilih From a URL dan paste URL gambar di ruangan yang disediakan. Setelah selesai, sila klik Add Selected.

Gambar banner segmen telah dimasukkan ke dalam entri.


Syarat nombor 3
Linkkan entri tadi ke entri segmen ini. Link URL segmen - http://www.mialiana.com/2012/11/segmenfollowblogwalking.html

Copy dulu URL segmen. Boleh pilih salah satu atau nak buat kedua-dua cara di bawah pun boleh.

Cara 1 - Letak link di banner segmen


 Klik pada banner segmen.


 Klik pada icon Add or Remove a Link.


Paste kan URL entri segmen. (Ikut dalam gambar atas) dan klik OK. Banner segmen telah berjaya dilinkkan.

Cara 2 - Letak link di ayat segmen

Highlight mana-mana ayat yang dikehendaki. Contoh seperti ayat di dalam gambar. Kemudian klik pada icon Add or Remove a Link.

 Paste kan URL entri segmen dalam Web Address dan klik OK.

 Link telah berjaya dimasukkan.


Syarat nombor 5
Letak tagline Smile... Smile... Smile... mengikut kreativiti anda dan linkkan ke http://www.mialiana.com sama ada melalui perkataan atau pun gambar.

Cara 1 - Tagline melalui perkataan
Taip perkataan Smile... Smile... Smile... (ikut kreativiti nak besarkan atau warnakan) dan linkkan ke http://www.mialiana.com

Bila klik Smile... Smile... Smile...nanti akan pergi ke link http://www.mialiana.com


Cara 2 - Tagline melalui gambar
Masukkan gambar Smile... Smile... Smile... yang dipilih dan linkkan ke http://www.mialiana.com

Upload gambar dari komputer dengan klik pada Choose Files dan bila selesai klik Add Selected. (gambar yang dipilih sebagai contoh tutorial ini)

Klik pada gambar. 

  Klik pada icon Add or Remove a Link.

Paste kan URL http://www.mialiana.com (Ikut dalam gambar atas) dan klik OK. Gambar tadi telah berjaya dilinkkan.


Selamat mencuba.... ;)

p/s: janganlah segan untuk join ya.... 
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, November 25, 2012

Bila Datang Ke Blog Yang Baru Pertama Kali Dikunjungi....



Bila Datang Ke Blog Yang Baru Pertama Kali Dikunjungi....

Entri secara santai pada petang hari Ahad ini. Terasa nak berkongsi pengalaman Mia bila datang ke blog yang baru kali pertama dikunjungi. Tentu nak tahu apa yang Mia buat, kan? Mia saja nak kongsikan di sini...
  1. Tengok blog secara keseluruhan dari atas sampai ke bawah. Berat ke tidak.. Banyak entri di depan ke tidak... blog ni menarik ke tidak...
  2. Kalau berkenan kat blog tu, akan cari kat mana widget Follower, terus follow kalau belum di follow.
  3. Tinggalkan jejak di shoutbox (kalau ada shoutbox)
  4. Belek-belek entri. Kalau ada entri yang berkenan di hati akan tinggalkan komen dalam entri tu.
  5. Cuba mengenali siapa tuan punya blog ini dengan mencari maklumat di Profile ataupun kalau ada page Tentang Saya di menu bar blog.
  6. Suka cari keunikan blog ini di mana.. Identiti dan konsep yang ditonjolkan..
  7. Lebih berminat pada blog personal daripada blog SEO. Kalau dengan blog personal lagi mudah untuk didekati tuan blognya. Mana tahu boleh tambah kenalan ke...
  8. Kalau ada respon yang positif dari tuan blog, Mia akan selalu bertandang ke blog itu walaupun blog itu hanya buat entri yang simple.
  9. Jadi silent reader, sebab tak tahu nak tinggalkan jejak di mana, nak komen apa di entri. Tengok sahajalah. Baca yang mana patut. Tidak kisahlah kalau tuan blog tidak tahu kehadiran Mia di blognya.
Tidak tahulah blogger-blogger lain buat macam mana. Mungkin ada lain ke... Mia ni bukannya kisah sangat pun, tapi kalau blog itu bagus dan banyak informasi yang berguna, Mia dengan tidak malunya akan datang lagi waktu lapang dan belek-belek entri blog tu. Nak cedok ilmu. Kadang tinggalkan komen di entri, kadang hanya silent reader sahaja.

p/s: suka blog yang ringan, simple, kemas dan menarik...

Read more / Baca Lagi >>>

Terserempak Dengan Sekumpulan Mat Rempit



Semalam  petang, kami bertandang ke rumah Pak Lang Suami Mia di Ulu Tiram. Borak punya borak sampai tak sedar dah lebih 12.00 tengah malam rupanya. Mentang-mentang malam minggu, esoknya Ahad. Tidak kisah kalau balik lambat pun.

Masa untuk pulang. Balik lalu highway Desaru-Senai dan Suami Mia bawa ala-ala santai sambil dengar radio. Bila lalu kawasan jalan nak ke UTM sebelum U-Turn yang dekat dengan McDonald, Shell tu. Tiba-tiba sekumpulan mat rempit bawa motor punyalah laju. Ramai jugalah, tak sempat nak kira sebab laju sangat. Aduhai, punyalah risau. Sungguh membahayakan keadaan. Memanglah kereta tidak banyak masa itu sebab dalam pukul 1.00 pagi.

Membebel lah Mia kat dalam kereta. Bising pasal mat rempit ni tak sayangkan nyawa dan membahayakan orang lain. Mungkin malam tadi tengah ada race... Kita hanya mampu melihat sahaja....

p/s: hati-hati di jalan raya....
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, November 24, 2012

1ST MEGA-GIVEAWAY BY GIRL ON THE SLOPE



1ST MEGA-GIVEAWAY BY GIRL ON THE SLOPE

Hmm... ramai pula yang join giveaway ini. Mia pun nak join juga support blogger Nunnaly. Simple dan senang nak join. Jom support ya...

Syarat-syaratnya...

1) FOLLOW DAN LIKE FANPAGE GIRL ON THE SLOPE
2) BUAT ENTRY BERTAJUK: 1ST MEGA-GIVEAWAY BY GIRL ON THE SLOPE
3) SILA LETAK BANNER DI ATAS DI DALAM ENTRY ANDA
4) TAGGING RAKAN JIKA ANDA MAHU. DIGALAKKAN TAG (maklumkan pada rakan tag)
5) LETAK LINK ENTRY DAN FB ANDA DI RUANGAN KOMEN DIBAWAH (untuk semakan)
6) PEMENANG AKAN DIPILIH SECARA RAWAK.
7) PEMENANG AKAN DIHUBUNGI MELALUI BLOG PEMENANG ATAU INBOX FB PEMENANG
8) JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI SAYA DI INBOX FANPAGE GIRL ON THE SLOPE.

p/s : join jangan tak join....
Read more / Baca Lagi >>>

Banner Untuk Yana dan Kesuma Angsana



Segmen Banner Gift #3 ini diteruskan dengan dua orang blogger wanita yang begitu mesra dan anggun orangnya. Kedua-duanya telah berumahtangga. Tak percaya? Tengok ni...

Mia tanya :
Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Yana jawab :
selalu diam bukan pemalu
menjaga santun lebih indah
tidak segan tidak silu
bukan single berkahwin sudah

Memang tak malu dan memang benar
Ni nak bagi status sebenar
Kalau dah kat N3 duk cerita anak2 je berlegar
Dah sah2 sudah berkeluarga walau tak besar!

Tadaaa! Inilah banner yang dinanti-nantikan. Diharap Yana dan KA (nama panggilan manja Kesuma Angsana) setuju dan dapat terima banner ini seadanya.









p/s: seperti biasa... coding untuk side bar blog telah diemelkan... (^_^)
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, November 23, 2012

Follower Mialiana.com Yang Ke 8668



Follower Mialiana.com Yang Ke 8668

Wahhhh.. bestnya. Seronok bila angka follower naik. Tup-tup sekarang dah 8669. Alamak sudah terlepas. Kononnya nak printscreen 8668. Tapi takpelah. Mia bubuh highlight merah kat situ.


Terus klik pada ikon Uzmaa dan keluarlah paparan ini.


Oooo namanya Uzmaa. Nama blognya Post Secrets. Eh! Terus Mia klik nak follow dia balik. Blognya guna dynamic template. Baru ada beberapa entri sahaja.


Hmmm... blogger baru. Touchingnya. Terima kasih sudi follow Mia ya Uzmaa. Salam perkenalan dari Mia dan "welcome to blogging world". Yang lain-lain tu, sudilah kiranya kita support blogger baru ini dengan follow blog ini.

p/s: mood suka...
Read more / Baca Lagi >>>

Review bloglist + segmen: Jom up Follower beramai- ramai




Ketika berblogwalking, Mia terjumpa pula segmen yang menarik ini. Penganjurnya Nurhidayah kata baru first buat segmen. Tentu susah hati, takut tiada orang nak join, bukan? Jangan risau ya. Mia support ni. (^_^) peace...

Syarat-syarat dan hadiah :

1.Folllow blog ini 
2. Like Page ni --> www.facebook.com/pages/YummycokletBlogspotcom
3. Lepas siap entry..hantar url di ruang  komen untuk post ini..ok? 

Senang dan sesimple kan? harap-harap ada lah join segmen ni...
Note: tidak perlu tag..kalu mahu boleh juga...

Hadiah Top Referral : 
 -Top up RM10 x 1 pemenang 
-Review blog 4 bulan

Hadiah Pemenang Kedua : 
-Top up RM5
-Review blog selama 3 bulan

Hadiah pemenang tempat ketiga :
-Topup RM 3
-Review blog selama 2 bulan.

Untuk sesiapa yang join segmen ni akan dimasukkan dalam bloglist dan akan direview sebulan..

p/s: tarikh tutupnya pada 25 Disember 2012.
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, November 22, 2012

Exabytes - Banner Iklan Sudah Dipasang



Exabytes - Banner Iklan Sudah Dipasang

Hmmm.... sukanya Mia bila tengok emel dari Exabytes. Script coding telah pun ada dan Mia terus pasang ke dalam blog. Tika ini dan saat ini juga. Leganya. Cepat pula dapat. Akhirnya, ada juga iklan dari Exabytes dalam blog ini.

Mula-mula tengok-tengok dan pandang-pandang kat blog orang lain. Siapa sangka sekarang ini pula dah ada terpapar di blog sendiri. Terima kasih tidak terhingga kepada Abg Cik yang banyak bantu Mia.

Untungnya bila berblogwalking, kita juga dapat cedok pengalaman dan ilmu orang lain. Semua blogger sama sahaja baik yang dah popular mahupun yang masih newbie lagi. Mana yang baik kita ikut...

p/s : syukurnya......
Read more / Baca Lagi >>>

MAHA International 2012 - Design Buku Program dan Tag Nama Untuk LPNM



Esok, akan bermulanya MAHA International 2012 di MAEPS Serdang. Lama juga dari 23 November sehingga 2 Disember 2012. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) juga tidak terkecuali untuk menyertai event yang paling besar ini. Memang sibuk betul rakan-rakan sepejabat membuat persediaan rapi. Masing-masing ada tugas sendiri.

Seperti biasa, tugas Mia ialah menyiapkan design buku program, design tag nama dan memasukkan maklumat terkini tentang MAHA ke dalam laman web.

Buku Program Pusat Informasi Nanas

Mengandungi aktiviti-aktiviti yang di adakan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia untuk pengunjung. Sesiapa yang datang ke MAHA International 2012, jangan lupa singgahlah sini sekejap. Boleh juga menyertai pelbagai pertandingan seperti menggubah buah nanas, mengupas nanas, mencipta resepi masakan nanas, promoter nanas terbaik, Pineapple Explorace, makan nanas paling cepat dan spot kuiz. Untuk kanak-kanak pula ada pertandingan mewarna. Hadiah pun agak lumayan. Lain-lain aktiviti ialah pameran produk, demonstrasi masakan bersama Chef Selebriti dan uji rasa nanas.

Mia design yang simple untuk buku program ini. 4 muka surat berwarna dan 4 lagi muka surat hitam putih. Hantar kedai printing untuk 1000 pcs.

Jom selak buku program ni dengan mouse...


Klik SINI untuk lihat lebih jelas buku program di new tab.

Tag Nama

Memang MAHA International 2012 ada sediakan tag nama namun begitu untuk pejabat punya kena ada juga. Jadi Mia siapkanlah designnya.

Lepas dah siap print colour untuk 30 pcs, gunting dan masukkan ke dalam tag plastik ni. Rupanya ada kesilapan ejaan. Cuba tengok kat atas tu. Malaysia pula patutnya Malaysian. Aduhai... buat 2 kali kerjalah nampaknya. Lepas dah betulkan kemudian ulangi semula proses-proses tadi. Buat sendiri ni, kalau ada budak praktikal kan senang, boleh tolong guntingkan.

Untuk pertandingan Pineapple Explorace pula Mia gunakan design tag yang sama cuma ada ubah sedikit. 5 pcs untuk URUSETIA dan 30 pcs untuk PESERTA.


Sekadar selingan. Jom tengok video sekejap..... yang penting ada nanas dalam ini... 


p/s : Selalunya orang ICT yang macam Mia ni buat kerja di sebalik tabir. Memang orang tidak nampak kita buat apa, yang penting kerja siap...
Read more / Baca Lagi >>>

Carta Pengkomen Tegar Dari Januari Hingga Jun 2012



Terima kasih kepada semua yang sudi tinggalkan komen di blog ini. Jom kita tengok top 20 pengkomen tegar dari Januari hingga Jun 2012.

Bulan Januari 2012
Bulan Februari 2012
p/s: sayangnya kat anda semua...
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wednesday #3



Blogger cilik sentiasa di hadapan untuk dapatkan gambar terkini
Read more / Baca Lagi >>>

1st Segmen : Jom Jadi Follower Saya by Arrien Amani



1st Segmen : Jom Jadi Follower Saya by Arrien Amani

Mia di tag oleh Andi Sakinah untuk segmen ini. Follower Mia sekarang ialah 8656. Mia join nak meriahkan segmen ini. Blogger yang Mia tag ialah Kak Salmi. Kalau sempat, buatlah ya...

Cara-cara penyertaan :


1.Buat entry bertajuk "1st Segmen : Jom Jadi Follower Saya by Arrien Amani"
2.Letak banner diatas dan linkkan ke entry ini. 
3.Nyatakan Follower korang yang sekarang *Tak kesah sama ada nak Prinscreen atau apa2 cara saja*
4.Nyatakan juga target Follower korang. 
5.Tag sekurang-kurangnye seorang *lebih, lagi bagus :D*
~Pastikan blogger tersebut tahu,bahawa dia ditag~
6.Apabila sudah siap,hantarkan LINK entry korang di tempat Comment.
(di CBox or lain-lain tempat tidak diterima)

p/s: support Arrien...
Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters May 2017