January 2013

Thursday, January 31, 2013

Keychain Penyu Daripada Dedeq



Wahhhh...bestnya. Mia dapat buah tangan dari Terengganu iaitu keychain penyu daripada blogger Dedeq. Telah selamat sampai ke rumah Mia kelmarin. 

First time dapat keychain penyu ni... Jom tengok zass..




 Terasa begitu dihargainya... So sweet... Terima kasih ya...

Published with Blogger-droid v2.0.6
Read more / Baca Lagi >>>

Air Cap Badak Sejukkan Badan



Hari ini pergi kerja, siap bawa air cap badak lagi untuk sejukkan badan. Kesannya cepat. Memang badan terasa tidak sedap sangat.



Balik dari kursus 2 hari di Pulai Springs Resort terus rasa macam badan panas dalam. Dah mula selsema ni. Agaknya mungkin sebab duduk dalam aircond lama sangat. Ditambah pula aircond yang sejuk.

Nasib hari ini tidak ada kerja-kerja di pejabat yang urgent. Buat perlahan-perlahan sahaja. Kalau rasa masih tidak berapa sihat, petang nanti nak singgah klinik ambil ubat.

cuaca pun sekarang tidak menentu.... dah minum 2 botol air cap badak ni..

Published with Blogger-droid v2.0.6
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, January 30, 2013

Timbang Berat Blog (2)



Hmmm.. bila berblogwalking sana sini masing-masing sibuk cerita tentang nak kuruskan blog. Blog beratlah. Banyak sangat widget kat side bar. Tak tahu nak buang apa..

Rasanya dah lama Mia tidak timbang berat blog ini. Eh! Nak timbang jugalah. Jom klik SINI

klik pada gambar untuk besarkan

size : 128.1 KB
load time : 0.57 seconds

Alhamdulillah... blog ini tidaklah berat sangat. Agak ringan dan slim. Kalau ada widget yang tidak penting, selalunya Mia akan buang terus. Hanya yang penting dan perlu sahaja akan berada di laman utama blog.

jangan pandang ringan pada berat blog...

Published with Blogger-droid v2.0.6
Read more / Baca Lagi >>>

Wordless Wednesday #9



Sofea.. 4 tahun
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, January 29, 2013

Basikal Baru Yang Ke 2 Untuk Sofea



Basikal Baru Yang Ke 2 Untuk Sofea

Wahhh.. sukanya Sofea apabila Mia, Suami Mia dan Ayah Mia bawa Sofea ke kedai basikal di Batu Pahat pada sebelah petang hari Khamis lepas, semasa cuti umum Maulidur Rasul. Apa tidaknya dah hampir sebulan Sofea berhajat nakkan basikal baru. Basikal lamanya (basikal yang pertama) itu, rasanya sudah tidak sesuai lagi dengan umur Sofea sekarang, 4 tahun.

Lagilah bertambah susah hati bila rakan-rakan setadika ada yang bercerita tentang basikal baru mereka. Sofea pun nak satu jugalah. Bila Skype, asyik nak basikal memanjang sahaja. 

Agak lama juga nak pilih basikal yang kami rasa paling selamat untuk Sofea. Siap belek satu persatu basikal-basikal ini.






Akhirnya, basikal yang berwarna pink Yellow Corn buatan Jepun ini menjadi pilihan kami. Nampak mantap dan ada penutup rantai basikal. Siap dengan sarung tangan dan pad untuk siku dan lutut bagi ciri-ciri keselamatan. 

Sayang sangat kat Sofea. Kalau boleh memang nakkan yang terbaik untuk dia...



 Malam itu juga Mia dan Suami Mia balik ke Johor Bahru sebab hari Jumaat pula Mia kena siapkan kerja-kerja ad-hoc. Ikutkan hati nak cuti je, macam orang lain...
Read more / Baca Lagi >>>

WeChat Dengan Shida


Sungguh terharunya Mia bila baca entri di SINI di blog Shida..



Sebenarnya tidak ada apa yang kami borakkan. Cuma bincang tentang masalah blog Shida yang agak berat dan Mia tolong checkkan dah ringan ke belum.. Bila Mia check dah slim dah sekarang...


Tahniah kepada Shida sebab berjaya meringankan berat blog. Bukan senang nak buang mana yang terpaksa dibuang. Suatu keputusan yang bijak.

best juga WeChat dengan rakan blogger... mesra...
Published with Blogger-droid v2.0.6
Read more / Baca Lagi >>>

Program Peralihan Laman Web/Portal Dan Anugerah Prestasi Cemerlang MGPWA 2012



Hari ini dan esok Mia berada di Pulai Springs Resort bagi menghadiri Program Peralihan Laman Web/Portal Dan Anugerah Prestasi Cemerlang MGPWA 2012, Projek Managed Portal Services (MPS).




 klik pada gambar-gambar untuk besarkan

Ada banyak yang nak dibincangkan tentang laman web agensi kerajaan memandangkan tahun ini adalah tahun terakhir bagi SKALI Web Services menguruskan laman web agensi kerajaan. Harap dapat cabutan bertuah untuk hari esok....

 malam ni pun ada juga.... 2 hari 1 malam di sini....
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, January 28, 2013

Kenapa Link Dalam Bloglist Mia Tidak Banyak?



Kenapa Link Dalam Bloglist Mia Tidak Banyak?

Ada blogger yang bertanya kenapa link dalam bloglist Mia ni tidak banyak. Ciput je. Ikutkan hati nak saja Mia letak banyak-banyak link blog supaya senang nak blogwalking. Tetapi hasrat terpaksa dipendamkan rentetan Mia ada terbaca satu artikel berbahasa Inggeris bulan Disember lepas (minta maaf tidak ingat linknya dan bukan blog orang Malaysia) yang mengatakan dalam memantapkan blog, bloglist juga jangan dipandang ringan. Paling maksimum pun hanya boleh ada 25 link sahaja dalam bloglist. Sebab itu lah kenapa link dalam bloglist Mia tidak banyak. Satu lagi katanya kalau boleh jangan ada icon link blog. Biar ada nama blog dan nama entri sahaja. Boleh tengok yang macam Mia buat kat bloglist. Macam itulah gayanya.

Mia mula kemaskini bloglist Mia pada awal Januari ini dan masih mengekalkan link bloglist kurang daripada 25 sehingga kini. Salah satu faktor juga supaya menjadi blog lebih ringan. 

Kalau nak letak banyak link dalam bloglist, disarankan agar buatlah di blog lain yang dikhaskan untuk bloglist sahaja ataupun buatlah di page lain yang mengandungi link blog rakan-rakan.

Apa-apa pun semuanya terletak pada kita. Blog kita.... terpulang.. tiada paksaan...

suka baca artikel-artikel yang berilmiah...
Read more / Baca Lagi >>>

Ranking Alexa Di Malaysia Bawah 400



Rasa macam tidak percaya je bila tengok ranking Alexa blog ini.... Alhamdulillah... prestasi blog ini semakin meningkat. Terima kasih kepada semua yang sudi bertandang ke blog ini.

Alexa Traffic Rank : 82,803
Traffic Rank in Malaysia : 373


Memanglah kadang naik kadang turun, tapi masih lagi di ranking yang selesa asalkan bawah 100,000. Kepada sesiapa yang teringin nak check ranking blog sendiri boleh klik di http://www.alexa.com/siteinfo

syukur sangat walaupun trafik setiap hari tidak sampai 1k..
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, January 27, 2013

Banner Untuk Mawar Putih Dan Cikira



Segmen banner gift #3 hampir sampai ke penghujungnya. Mia telah pun siap buat banner untuk blogger Mawar Putih dan Cikira. Mia buat ala-ala santai di kala tenang dan idea ada untuk buat banner. Lantas buka Adobe Photoshop dan terus terhasillah banner-banner yang di bawah mengikut kehendak mereka berdua.









Harap mereka berdua suka dengan banner ini. Seperti biasa coding banner untuk diletakkan di side bar blog telah diemelkan.

Selamat berblogging dan jom terjah blog mereka.....

Selepas ini, ada lagi 3 banner yang terakhir.... Tunggu...
Read more / Baca Lagi >>>

Mockup Video Dah Siap Dan Kisah Di Sebalik Tabir


Mockup Video Dah Siap Dan Kisah Di Sebalik Tabir

Leganya, dari petang semalam sampailah malam tadi pukul 10.30 malam barulah siap mockup video yang Mia kena buat. Sebenarnya konon nak buat petang Jumaat itu juga, tapi nak kena siapkan kad jemputan untuk pengarah-pengarah bahagian dan kemudian edarkan sekali.

Sebelum pulang pula Mia betulkan balik perubahan pada buku program sebab ada nak tukar design sedikit di muka hadapan mengikut kehendak Pengarah Negeri Sarawak.

Sabtu pagi Suami Mia tolong installkan balik Sony Vegas Pro dan alhamdulillah aplikasi tersebut dapat berfungsi sepenuhnya.

Sebelah petangnya barulah Mia mulakan operasi buat mockup video sambil-sambil buat kerja rumah. Memang lah kalau nak buat mockup video nampak macam senang. Sebenarnya leceh dan kena buat dengan tenang. Mula-mula kena buat storyboard dulu. Lepas ini apa pula yang keluar, ikut turutan.

Storyboard :
  1. Mula - intro running number 10 hingga 1
  2. Paparan tajuk
  3. Logo LPNM
  4. LPNM Sarawak
  5. Logo Syngenta Crop Protection
  6. Syngenta Crop Protection
  7. Objektif
  8. Keterangan Objektif
  9. Ruang Kerjasama MoU
  10. Butiran Ruang Kerjasama MoU
  11. Gambar
  12. Paparan gambar-gambar yang terpilih
  13. Penutup - terima kasih
Kemudian pemilihan lagu background yang bersesuaian.

Lagu background yang Mia rasa sesuai sangat : 
  1. Final Fantasy Advent Children - Battle In The Forgotten City
Aplikasi yang digunakan :
  1. Sony Vegas Pro 10
  2. Sound Forge 7.0
  3. Adobe Photoshop CS3

klik pada gambar untuk besarkan

Selepas itu, mulalah Mia buat video track dan susun elemen-elemen storyboard sambil masukkan effect transition.

klik pada gambar untuk besarkan

Setelah siap semuanya. Barulah Mia kira berapa lama masa video ini dan buat suntingan lagu background menggunakan Sound Forge supaya ngam-ngam lagu habis bila mockup video pun habis bergerak. Mia masukkan lagu background di audio track.

Akhirnya siap juga malam tadi, dengan 3 kali rendering process untuk penambahbaikan . Lepas dah render baru perasan ada kesilapan ejaan lah, susunan objek tidak center, perkataan terkeluar dari paparan dan macam-macam lagi.

Satu process rendering mengambil masa hampir 20 minit. Mia tukarkan ke bentuk .wmv

Mockup Video
- length : 1 minit 52 saat
- size : 37.8 MB

Bila dah siap, Mia terus upload mockup video ini ke dalam box.net supaya staf di LPNM Sarawak boleh download. Mia hanya buat kerja di belakang tabir sahaja.

 Terus tersenyum Mia. Lega betul rasanya bila dapat siapkan mockup video ini di rumah walaupun terpaksa guna hari Sabtu untuk buat kerja. 
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, January 26, 2013

Goreng Keropok



Goreng Keropok

Kalau Mia goreng keropok, terus habis satu paket. Dapatlah disimpan untuk dua bekas tupperware. Nanti sambil duduk-duduk tengok televisyen bolehlah santai-santai makan keropok. Kadang sekejap sahaja dah habis, tak sampai pun satu hari lagi.

Memang sedap kalau dapat makan keropok. Tidak kisahlah apa-apa jenis keropok pun. Untunglah orang yang duduk kat tepi laut, boleh makan keropok segar setiap hari. Kita ini kalau nak makan keropok, kenalah beli kat kedai.

Snek ringan yang boleh dimakan bila-bila. Suami Mia dan Sofea memang suka makan keropok....





makan dengan nasi pun boleh... makan gitu saja pun boleh... makan dengan sos cili lagi boleh.....
Read more / Baca Lagi >>>

Banner Untuk Ibu Salmi Dan Lily



Segmen banner gift masih belum selesai lagi. Kali ini Mia buatkan banner untuk dua orang blogger yang amat meminati pink dan putih. Blog Ibu Salmi dan Lily memang sangat kemas dan nampak simple. Jadi banner yang Mia buatkan banner yang simple untuk mereka sesuai dengan tema blog.

Jom kita tengok... zass....






Lily


Harap suka dengan banner yang Mia buatkan ini. Seperti biasa, coding untuk diletakkan di sidebar blog telah diemelkan. Selamat berblogging dan mesra-mesra selalu....

jemputlah berkenalan dengan mereka ya...
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, January 25, 2013

Pizza Hut - Makan Sepuasnya



Memandangkan kerja di pejabat satu hari ini memang betul-betul kaw punya. Jadinya waktu tengahari yang panjang diisi dengan masa makan yang memang sakan. Makan sepuasnya. Di kala kaum Adam sedang solat Jumaat.

Mia, Kak Aida dan Dayah makan di Pizza Hut, Larkin Sentral. Sepatutnya Kak Mazni ada sama tapi dia ada hal pula. Tidak dapat nak join. Nampaknya makan bertigalah Memang makan betul-betul kenyang. Alhamdulillah...












Adoi... Kenyang betul. Nak bangun pun payah. Hehehe... Mood lepas tu ceria untuk menyambung kerja di sebelah petang.

sila abaikan diet buat sementara waktu....
Published with Blogger-droid v2.0.6
Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters May 2017