Nota Kaki Dalam Entri Blog


Mia berhasrat untuk design sendiri nota kaki pada Birthday Mia tahun ini. Mulai saat itu, semua entri di dalam blog telah pun diserikan dengan nota kaki bergambar ini di bahagian bawah entri blog. Kini, sudah menjadi trademark blog Mia sekarang. Sebelum ini, Mia hanya gunakan perkataan p/s sebagai nota kaki...

Mia buat design yang simple dengan penggunaan warna pink dan kelabu serta perkataan Nota yang blink-blink tu, konsepnya ibarat macam Mia sedang bercakap sambil berbisik-bisik dengan anda... luahan, pendapat dan perasaan Mia berkaitan entri. Boleh juga kesimpulan dari entri, pengumuman ataupun maklumat tambahan. Apa-apa sahaja pun boleh...

Bila ada nota kaki, terasa akan lebih dekat dan mesra dengan pengunjung yang membacanya. Betul tak?

Ada juga blogger lain yang gunakan simbol atau perkataan seperti # , * dan notakaki. Terpulang ikut kreativiti masing-masing. Kalau tiada nota kaki pun, tidak mengapa.

Pandai-pandailah nak ceriakan entri di blog selain daripada penggunaan gambar dan penulisan.

<<< psttt... psttt... cute tak?