OZ THE GREAT AND POWERFUL | REVIEW FILEM


OZ THE GREAT AND POWERFUL | REVIEW FILEM

Malam minggu yang lepas, Sabtu 9 Mac 2013, Mia pergi dating dengan Suami Mia tengok wayang filem Oz The Great And Powerful jam 10.35 malam di MBO Cinemas UMall Skudai. Kali terakhir tengok wayang filem Libas di TGV Cinema Jusco Tebrau. Sememangnya filem  Oz The Great And Powerful ini amat menepati citarasa Mia yang begitu menggemarkan fantasi, imaginasi dan perkara ajaib (magic). Seperti Alice in Wonderland dan Neverending Story. Ternyata Mia ini suka berangan apatah lagi kalau filem itu ada unsur grafik dan animasi. Lebih-lebih lagi kalau ada teknologi 3 dimensi (3D). Mia betul-betul kagum dengan kaedah sinematografi yang dihasilkan.

Filem Disney ini diarahkan oleh Sam Raimi, banyak memberikan kelainan dan nafas baru dalam industri filem fantasi. Tiba-tiba syok sendiri pula Mia. Banyak mesej berguna yang disampaikan sama ada dalam bentuk tersurat mahupun tersirat.

Kisah ini semuanya tentang Oz panggilan Oscar Diggs lakonan James Franco yang memainkan watak utama dalam filem ini. Seorang ahli silap mata Kansas yang kacak dan bergaya tetapi suka menipu, pentingkan diri sendiri dan kaki perempuan. Yang bestnya semua perempuan yang dijumpainya akan dipikat dengan music box dengan ayat-ayat memikat pun sama. Betul-betul lawak yang bersahaja.

Sesuatu telah berlaku ketika dikejar dan Oz berjaya melarikan diri dengan belon udara panas. Kemudian disedut ke dalam puting beliung. Semasa itulah dia termasuk ke alam lain, dunia fantasi Land of  Oz. Pengembaraan fantasi dan imaginasi telah bermula dan Mia terasa begitu teruja nak tengok apa yang akan berlaku seterusnya.

Di sini, Oz berjumpa dengan 3 orang ahli sihir perempuan yang jelita, Theodora (Mila Kunis), Evanora (Rachel Weisz) dan Glinda (Michelle Williams). Mengikut ramalan mereka Oz adalah ahli sihir lelaki yang hebat padahal sebenarnya tidak. Risau pula Mia bagaimana caranya Oz nak bantu selamatkan Land of Oz dari Evanora dan Theodora, ahli sihir yang jahat. Pada mulanya, Theodora seorang yang baik tetapi telah bertukar menjadi jahat selepas makan epal hijau yang telah disihir oleh oleh kakaknya, Evanora. Kesiannya...

Oz mempunyai pembantu peribadi, seekor monyet terbang bernama Finley. Memang cute dan suka dengan gaya lakonan Finley. Oz harus menyelamatkan Land of Oz serta rakyat jelatanya. Dalam pada itu, dia telah mendapat idea yang bernas untuk membantu Glinda. Kepakaran ahli silapnya disertakan dengan ilusi, kepintaran, tipu muslihat, daya kreatif dan sedikit ilmu sihir telah mengubah dirinya menjadi Wizard of Oz yang berkuasa. Dia menggunakan ciptaan teknologi beberapa para saintis terkemuka pada masa itu. Akhirnya, Evanora dan Thedora dapat ditumpaskan. Oz terus berubah menjadi seorang lelaki yang baik.

Pada pandangan Mia memang best filem ini, sebab seolah-olah kita berada di dalam kemelut Land of Oz. Bagaimana kerjasama daripada semua rakyat jelata yang terdiri daripada 3 puak yang lemah dapat membuahkan hasil. Banyak unsur-unsur positif yang diterapkan. Sekiranya ingin berjaya, segalanya tidak mustahil asalkan mempunyai kecekalan, dapat menangkis halangan dan berusaha untuk mendapatkannya.

tiket wayang berharga RM 12.00 seorang

Mia terlalu suka dengan filem ini sehingga panjang berjela buat review tentang filem Oz The Great And Powerful. Sesuai ditonton untuk seisi keluarga. Kepada sesiapa yang meminati filem fantasi dan magika, bolehlah cuba tengok wayang ya... anda tentu akan berpuashati.

syok sendiri.... mood berangan...

Post a Comment

56 Comments

  1. wahhh.. cam best je citer ni.. sampai berangan-angan dibuatnye.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus lah hasri... supaya kak mia dapat menjiwai dan menghayati filem ini sepenuhnya... hehehe

      Delete
  2. slm pagi sis mia!owh sy mmg dh plan nk layan movie ni hjg mgu nnt.ank2 mmg dh ajk smlm,tp sy tgu diorg hbs exam awl thn ni dulu.

    mmg suka sgt filem animasi ,magic2 ni sbb ada unsur pengajaran utk ank2,blh bg otak mereka bfikir scra kreatif..jrg dh layan filem mlyu sbb byk sgt gaduh2,cintan-cintun dan seram ntah apa2 huhu.mmg tertunggu2 kalau ada lg produksi yg buat filem animasi mcm upin ipin,seafood :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo bagus tu... tentu anak2 sis alea suka.. ;) have a great time there...

      Delete
  3. wahh , macam best je . aina nak pergi tengok laa :)

    ReplyDelete
  4. Kita kalau cerita ala-ala disney suka la. Hehe.. Tp kau cerita yg fiksyen yg merepek2 mmg xminat.. Nak tengok jgk nanti la kak mia. Kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo cam tu.. takpe aini... ;) senang2 tengoklah nanti..

      Delete
    2. Eh-eh, Aima la kak mia. bukan aini tau.. kehkehkeh =)

      Delete
    3. alah... tersilap lah baby... maaf ya tak sengaja... huhu

      Delete
  5. uni pon suka cter cm2...xsabar nk tgk!! :D

    ReplyDelete
  6. tak pernah pon tgk citer kt pawagan...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe normi... boleh tengok kat rumah tapi kena tunggu dvd nya kuar la ya...

      Delete
  7. selam kak mia. sy nk tnya. apa makna Blockquote?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam nasuha... blockquote tu macam kotak untuk highlight sesuatu perkataan atau perenggan. cara-cara nak buatnya, banyak blogger lain dah buat entri. kak mia tak sempat nak buat tutorial yang ini. mungkin boleh rujuk kat sini,

      http://blurrr4evablurr.blogspot.com/2011/07/tutorial-blockquotes-macam-saya.html

      http://www.hanalovenest.com/2010/11/tutorial-cara-nak-buat-blockquotes.html

      Delete
  8. Alamak macam best je ek..Hubby ada cakap jugak nak nengok movie ni..

    ReplyDelete
  9. wa, bestnye kak. rasa macam nak pegi tengok je :)

    ReplyDelete
  10. Bestlah cerita ini , menghiburkan boleh ditonton seisi keluarga.

    ReplyDelete
  11. wahhh sangat menariks tertariks nak jugaklah pegi tengok nnt hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kak... memang sesuai dengan akak dan anak2 akak...

      Delete
  12. Salam,
    Petang Sabtu tu tgok cite ni. Wife le yg beria-ia sgt. Menarik dan best juge la...ala2 Alice in the Wonderland. CGI mengagumkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.... ooo dah tengok juga. memang best giler kan... suka betul mia..

      Delete
  13. assalamualaikum mia....wah baca n3 ni jer dah menarik lagilah terasa mcm nak pi tengok je...:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama... boleh tu pi tengok.. dekat je...

      Delete
  14. Dah lama tak tgk wayang. Baca review drp Mia ni rasa nak je pi tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe kak salmi.. boleh tengok bila senang2 nanti..

      Delete
  15. banyak dah orang cakap cerita ni best. tapi tak ada masa terluang lagi untuk menonton.

    ReplyDelete
  16. Baca review kak mia pun dah best..Mesti kena tengok ni.

    ReplyDelete
  17. Jarang tengok cerita omputih.... tengok kat TV je Mia ..itupun tah tahun bila punya cerita haha

    ReplyDelete
  18. lisa dah pergi tengok dah dengan kawan, best , hehe

    ReplyDelete
  19. biasa benda yg menarik kite review mmg mcm tu kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan shida.. macam syok sendiri pun ada... hehehe

      Delete