Episod Akhir Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

Tuesday, April 2, 2013

Episod Akhir Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

Episod Akhir Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

Wahh.... sanggup balik cepat-cepat petang tadi semata-mata tidak mahu melepaskan episod akhir drama bersiri kesayangan Mia, Rindu Bertamu Di Abu Dhabi. Memang best lah. Sukanya Mia. Happy ending. Mia pernah cerita di entri SINI masa drama ini mula ditayangkan di TV3.

Rupanya Firdaus adalah anak luar nikah Haji Ilham dengan Mak Fifi selepas Mak Fifi buat pengakuan sebenar pada Kirana.  Haji Ilham pernah bawa Mak Fifi untuk gugurkan kandungan, tetapi Mak Fifi tidak jadi gugurkan dan sembunyikan rahsia ini sehingga melahirkan Firdaus. Oleh kerana tidak mampu untuk besarkan Firdaus, maka ditinggalkannya di rumah Haji Ilham.

Pada masa itu, apabila Faiz dan Fifi dengar saja yang Firdaus adalah anak Haji Ilham, mereka tidak dapat menerima kenyataan dan terus keluar. Ketika bergaduh di dalam kereta, mereka telah mengalami kemalangan dan Fifi meninggal dunia di tempat kejadian. Faiz di masukkan ke wad ICU dan sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, dia sempat meminta maaf dengan ibu bapanya dan menyatakan Firdaus tidak bersalah. Haji Ilham jatuh sakit dan menyesal dengan segala perbuatannya, serta minta Firdaus supaya tinggal dengannya. Kemudian, Haji Ilham pun sembuh dari sakitnya.

Adam telah mengundurkan diri kerana dapat rasakan jodoh Fatin Zaharah kuat dengan Firdaus. Akhirnya Firdaus berkahwin dengan Fatin Zaharah bagi menggantikan perkahwinan Faiz dan Fifi yang tidak boleh dibatalkan kerana persiapan dan jemputan telah dibuat. Kemudian, Firdaus dan Fatin Zaharah menguruskan syarikat Ilham Enterprise. Mak Fifi pula masuk hospital sakit mental sebab tidak dapat menerima kenyataan Fifi tiada lagi. Namun Firdaus tetap sayangkan maknya dan melawat maknya.

Tentang Mira dengan Faris pula tidak banyak dikisahkan. Cuma Mira terpaksa pergi dan Faris nampaknya memang sayang kat Mira. Namun, biar takdir yang menentukan hubungan mereka nanti.

Kesimpulannya, drama ini banyak membawakan mesej kekeluargaan, kasih sayang, percintaan, pengorbanan, persahabatan dan ada unsur-unsur pengajaran yang boleh dijadikan tauladan buat kita semua. Terbaik..

"update 9.15 malam : nama Mak Fifi ialah Salina (Mia terlupa masa menaip entri ini tadi)"

suka sangat dengan lakonan Fahrin Ahmad (Firdaus).... 

61 comments:

  1. saya peminat FA, lakonannya bersahaja dan style....lakonan FIFI pun mantap sesuai dengan watak antagonis yang dibawanya....

    ReplyDelete
  2. akak tahu tak,saya nangis kot tadi..sedih!! part yg hj irham tahu firdaus x zina.,warghhh tambah plak time fariz nangis. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. lahh.. betul2 menghayati tu namanya. kak mia pun hampir bergelinangan air mata sebab kesiankan firdaus...

      Delete
  3. Mak Fifi tu namanya Salina. Lakunan hebat Raja Ema. Saya suka dia berlakun dalam drama ni. Saya juga suka Fahrin Ahmad. Yang lain-lain tu tak minat sangat. (anak-anak akan reject jika ada Shah Jazle!)

    Saya tengok lompat-lompat, tapi episod akhir ni bernasib baik dapat lak tengok sebab sempat sampai awal hari ini ke rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. mia tak suka mak fifi tu. masa menaip entri ni tadi terlupa pula nama maknya, salina. terima kasih sudi ingatkan mia.

      wahhh bestkan dapat tengok ending citer ni...

      Delete
  4. Tak layan sangat pun Mia.. sesekali je...

    ReplyDelete
  5. Memang terkesan kat hati.....

    Meh baca ni penangannya kat AJ...
    http://ayuejean.blogspot.com/2013/04/pengaruhtv-penangan-rbdad.html

    ReplyDelete
  6. Sayu rasa bila semua dah kembali baik,firdaus dah diterima tp kalaula arwah wife dia ada lagi kan?

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum mia...ending yg best..;)

    ReplyDelete
  8. terima kasig bgthu endingnye... acik x dpt tgk x de TV hehehe

    ReplyDelete
  9. slm kak mia.sy selama ni x mau lyn drama ni tp bila mak kata best.mgu lps baru sy follow.mmg terkejut btl fahrin ahmad nyanyi lagu OST...not bad :)

    ReplyDelete
  10. Tak sempat nak tengok tadi. Kena carik online ni ;) hee

    ReplyDelete
  11. ohh saya bila drama melayu tengok akhirnya jee lahh nasib baik happy ending :) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe kalau tak sempat tengok dari mula...

      Delete
  12. huhu tgk td episod last tuh...mmg dh agak last2 kawin gak gn fatin zaharah..wahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. naib baik kahwin... cinta yang terlalu lama tuh..

      Delete
  13. alaaa..tak dan nak tengok tadi. tapi bila sis dah explain final cite nih, at least terubat sedikit duka tadi.

    ReplyDelete
  14. hehe..melepas la nak tgk..kita suka tgk drama ..apa2 la drama time last episode ja..ahaha..pastu terkebil2 tak faham jlan cerita sebenar mcm mana..hehe..

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. uii penat sangat la tu lepas balik kerja..

      Delete
  16. terima kaish atas entri ini kakmia.. deno terlepas tengok episod akhir...

    ReplyDelete
  17. suka lakonan Fahrin juga. last-last kawen juga mereka. :)

    ReplyDelete
  18. akak pun ikut citer nie, mak akak sampai cakap..napa lah letak waktu maghrib citer. kesian mak fifi tu..tapi baju kahwin dia orang tu dapat sponsor merah sakitnya mata tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... tak cantiklah kalau merah sangat... pening bila tengok... huhuhu

      Delete
  19. ooo.. cmtu ya ending dye. dh dapat gambarannya.. sok tetap nak download..

    ReplyDelete
  20. baby jarang dpt tengok ontime drama ni. tapi selalu tengok maraton kt tonton. tp tadi sempat tengok walaupun dah hujung2. sedih sgt masa Ain meninggal itu hari tau..

    ~kita pun suka sgt kat fahrin. owh, fahrin ahmad org johor. hehehe,

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang orang johor.. sama dengan kak mia...

      Delete
  21. Kalau tak happy ending mau terbakar panggung dibuatnya....huhuhuuuu

    ReplyDelete
  22. Selalunya, drama Melayu memang happy ending. Barulah puas jadi penonton setia. Walau bagaimanapun akak tak ikuti drama ni..

    ReplyDelete
  23. Mmg tak smpt nk follow drama ni.. tp bc kt sini, ending ok! :-)

    ReplyDelete
  24. Drama dekat tv alHijrah pelakonnya sama macam pelakon cerita ni..Tapi cerita ni best lah juga, hehe..sebab kadang2 je tonton..itu pun online.

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

November 2014 Top Supporters