May 2013

Friday, May 31, 2013

Mood Susah Hati



Hmmm.. minggu ini kuat betul dugaan Mia. Macam-macam masalah yang timbul. Walaupun ada yang sudah diselesaikan, tapi mood masih susah hati. Pelbagai benda bermain di benak fikiran Mia ni. Biasalah semua orang ada masalah, kan...

Mia susah hati tentang masalah kerja. Bebanan kerja di pejabat, tidaklah teruk sangat. Mood kerja sudah mula berkurangan. Hati asyik gundah gulana sahaja. Asyik fikir macam-macam, tentang itu tentang ini. Minggu depan ada kursus lagi di Kuala Lumpur (KL). Urusan nak ke KL lagi. Naik kenderaan sendiri kali  ini. Tiba-tiba dapat emel ada Bengkel Agriculture Flagship di Nilai pula bermula Ahad ini. Mia tidak dapat nak pergi bengkel itu. Mia hanya pergi kursus di KL sahaja. Takut nanti penat sangat sebab terus-menerus satu minggu. Tentu letih. Memang sukar nak buat keputusan. Bukannya suka-suka, tidak mahu pergi. Kadang orang tidak faham masalah kita dan kita ini pun bukannya robot. Macam inilah kalau kerja makan gaji...

Pada masa yang sama, Mia dah mula sibuk mohon jawatan kosong sana sini. Doa setiap hari agar dapat naik ke jawatan gred 41 dan dipermudahkan segala urusan. Sedang berusaha keras ni...

Jangan risau. Hal rumahtangga dan keluarga tiada masalah. Blog pun tiada masalah.

sekadar luahan perasaan yang mungkin dapat mengurangkan rasa susah hati ini...
Read more / Baca Lagi >>>

Tukar Kepada Warna Rosy Brown


Hmm... dah tiba masanya sesi untuk menukar kepada warna lain pula. Cuba punya cuba akhirnya warna Rosy Brown menjadi pilihan hati.


Ubah selera baru. Warna ini pun nampak lembut dan sedap mata memandang. Harap anda semua suka dengan penukaran warna yang baru ini ya...

Sempat Mia printscreen keseluruhan blog ini.


memang suka warna-warna yang lembut....
Read more / Baca Lagi >>>

Gambaran Hari Kiamat


Hari kiamat pasti tiba walaupun kita tidak tahu bila masanya. Sudah cukup bersediakah kita? Pendedahan dan kesedaran amat penting bagi kita semua dalam menghitung amalan yang dilakukan sepanjang hayat kita.  Kuatkan iman dan banyakkan amalan. Semoga kita dilindungiNya. Mia teringin nak kongsikan kisah ini, betapa agungnya kebesaran Allah. Setiap yang hidup pasti akan mati. Sama-samalah kita insaf dan menghayati gambaran hari kiamat ini.

sumber gambar : google

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

  1. Pemimpin yang adil.
  2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
  3. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
  4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
  6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
  7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

  1. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
  2. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
  3. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Sumber : Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

hampir mengalir air mata....
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, May 30, 2013

Magic Is Believing In Yourself


"Magic is believing in YOURSELF,
if you can do that, you can make ANYTHING happen."
- Goethe -

adakalanya kata-kata motivasi penting bagi membangkitkan semangat yang pudar.. 
Read more / Baca Lagi >>>

Kisah Sebelum Bayi Dilahirkan Ke Dunia


Ketika sedang sibuk membelek facebook pagi tadi, terjumpa pula kisah ini di wall post rakan kepada rakan facebook Mia. Amat terharu ketika membacanya. Terus Mia ingin kongsikan di blog ini buat tatapan pengunjung sekalian. Sebuah kisah sebelum bayi dilahirkan ke dunia. Sebuah kisah yang mengingatkan kita tentang Ibu..

sumber gambar : google

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Semoga kita semua dapat menyingkap mesej tersurat dan tersirat yang hendak disampaikan. (^_^)

tazkirah di hari Khamis yang ceria ini... 
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, May 29, 2013

Wordless Wednesday 31


Tips Kerjaya : Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41
(klik pada gambar untuk besarkan)
Read more / Baca Lagi >>>

Wordless Wednesday 30


Jom naik kereta dengan Sofea.
Read more / Baca Lagi >>>

Kelebihan Berblog Tanpa Disedari




Entri kali ini Mia ingin menyingkap beberapa kelebihan atau kebaikan berblog. Mia hanya nak berkongsi pengalaman Mia sepanjang berblog sebenarnya terselit beberapa kelebihan tanpa kita sedari. Maksudnya kita tidak perasan dan bila ianya berlaku, barulah kita sedar dan syukur nasib baik ada blog. Tidak semua blogger akan mengalami perkara yang sama. Ini berdasarkan apa yang Mia lalui.

Kemahiran menaip semakin cekap dan lebih cepat. Katakanlah kita ini blogger tegar. Setiap hari pasti akan update blog. Sudah tentu kita akan menaip menggunakan keyboard sekiranya menggunakan notebook atau komputer desktop. Begitu juga kepada blogger yang selalu update blog secara mobile, yang menggunakan keypad handphone atau tab untuk menaip. Apabila jari-jemari sudah terbiasa dengan menaip, secara tidak langsung ianya akan mempertingkatkan kemahiran menaip kita. Makin lama makin senang dan mudah untuk menaip.

Memupuk minat untuk membaca. Walaupun hanya dengan membaca entri di blog-blog lain, sebenarnya telah memupuk minat untuk membaca kepada diri sendiri. Membaca menambahkan ilmu pengetahuan, belajar mengenal sesuatu dan juga menjadikan kita seorang blogger yang mempunyai daya pemikiran terbuka dan meluas. Ini selalunya berlaku ketika kita melakukan aktiviti berblogwalking atau mencari maklumat tertentu. Blog begitu luas sekali pendekatannya, bukan setakat kisah peribadi atau kekeluargaan sahaja tetapi ada blog yang memberikan maklumat dan informasi, berita dalam dan luar negara, pengetahuan am, tutorial, politik, keagamaan dan lain-lain lagi. Pendek kata, apa sahaja yang terdetik di minda, sudah tentu ada blog yang berkaitan dengannya. Ini terbukti apabila kita buat carian di dalam Google, Yahoo dan Bing, kebanyakan keputusan hasil carian adalah tajuk-tajuk entri di dalam blog-blog yang berkaitan.

Kemahiran mengarang dengan berkesan. Apabila kita sentiasa membaca, sudah tentu akan membantu kita mengolah dan mengarang entri blog dengan lebih baik. Blog boleh dijadikan platform untuk kita berlatih menulis apa sahaja yang dirasakan perlu dan berkongsi pandangan dengan orang luar. Idea dan corak pemikiran kita akan lebih matang. Terkadang apabila Mia terjumpa blog yang mempunyai gaya penulisan yang bagus selalunya Mia akan bookmark dan apabila senang akan kembali semula untuk membaca entri-entri lain di dalam blog tersebut.

Celik IT. Tidak semua blogger mempunyai pengetahuan luas dalam bidang IT (Information Technologi atau Teknologi Maklumat). Ada juga yang tidak tahu langsung tentang IT. Bila dah ada blog, sudah tentu akan belajar dari mana-mana blog tutorial untuk membuat perubahan kepada design, layout, coding, template, widget di sidebar dan lain-lain lagi berkaitan blog. Kalau dahulu tidak tahu, sekarang sudah pandai. Kalau dahulu hanya update blog dengan notebook atau komputer, sekarang dah boleh update blog secara mobile. Ironinya sifat keinginan untuk mencuba sebenarnya sudah menjadi lumrah kepada blogger. Golongan blogger  paling mudah mengikuti perkembangan teknologi semasa dan menerima pembaharuan.

Ramai kawan. Bila sudah ada blog, kita seolah-olah mencipta satu komuniti sendiri dan bilangan kawan bertambah ramai dari sehari ke sehari. Di sinilah fanpage, google+, google friend connect, email, shoutbox, twitter, instagram, wechat, ruangan komen di blog dan lain-lain lagi memainkan peranan penting untuk blogger berkomunikasi dengan pengunjung dan orang luar. Komuniti bertambah meriah apabila adanya aktiviti-aktiviti blog yang menyihatkan seperti giveaway, segmen, contest, pengkomen tegar, kuiz, penghargaan kepada follower dan blog review. Setiap blog ada keunikannya tersendiri. Sudah tentu akan adanya pengikut-pengikut setia atau followers yang sentiasa mengikut perkembangan blog kita. Percayalah, pada mulanya mungkin tidak berapa ramai, lama-kelamaan akan bertambah ramai apabila kita konsisten dalam berblog.

Blog menjadi idola dan sumber inspirasi kepada yang lain. Mia paling terharu apabila nak menyentuh perkara ini. Apa tidaknya, blog Mia ini sudah menjadi rujukan pelajar-pelajar Open University Malaysia (OUM). Mia selalu terima pertanyaan dan ucapan tahniah daripada mereka. Ada juga datangnya daripada pelajar-pelajar universiti lain. Mia hanya menceritakan pengalaman belajar di OUM sambil tidak mengabaikan tanggungjawab kepada kerjaya dan keluarga. Susah senang dan cabaran yang ditempuhi, Mia coretkan ke dalam blog ini sebagai kenangan. Itulah motif asal Mia berblog. Tidak sangka pula sekarang ianya merupakan kunci kekuatan kepada blog ini. Syukur, alhamdulillah. Dari segi dunia blog pula, blog ini telah mempunyai ramai followers yang sentiasa memberikan sokongan dan menyuntik semangat Mia untuk terus berblog. Tiada apa yang menggembirakan Mia, selain daripada blog ini mendapat kunjungan daripada anda semua.

Kini sudah jelas, sebenarnya banyak kelebihan berblog tanpa kita sedari yang secara tidak langsung memberikan keuntungan jangka panjang kepada kita sebagai blogger. Ianya terlalu berharga dan tidak boleh digantikan dengan wang ringgit. Terasa cerianya hidup ini apabila sudah ada blog sendiri...

Semoga entri ini dapat membuka perspektif dan minda anda terhadap kelebihan berblog...

sayang sangat kat blog ini...
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, May 28, 2013

Assessment Centre : Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41


PTD.. oh.. PTD.. Sejak Mia dah lulus peperiksaan perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 tempohari, hati dan jiwa rasa tidak senang memikirkan bagaimana untuk menghadapi peringkat seterusnya iaitu Penjadualan Assessment Centre (PAC). Bak kata orang, makan tak kenyang, mandi tak basah.

Mia dah mula cari maklumat tentang PAC di internet dan tanya rakan-rakan lain yang sudah laluinya. Katanya, ramai yang terkandas di peringkat PAC terutamanya kecergasan fizikal. Mia baru bercadang nak jogging perlahan-perlahan dengan seorang rakan sepejabat. Stamina memang tiada dan dah lama tak buat apa-apa senaman. Risaunya.

Nak dijadikan cerita, tadi petang Mia buka laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di SINI dan klik pada link PAC.




Hmm... terasa macam tidak percaya pula. Betul ke semua yang lulus dijadualkan ke peringkat temuduga? PAC ada ke tidak ni? Nak kena call dan tanya SPA nanti untuk pengesahan lanjut.

Agak mengelirukan di sini. Jika ada sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman atau pendapat boleh tinggalkannya di ruangan komen. Amat dialu-alukan. Terima kasih...

degup jantung kian berdebar-debar...


posted from Bloggeroid

Read more / Baca Lagi >>>

Istiwa Matahari : Kedudukan Tepat Di Atas Kaabah


Fenomena atau peristiwa apabila kedudukan matahari akan berada tepat ( tegak ) di atas kaabah dikenali sebagai Isitiwa Matahari atau Istiwa Azam. Fenomena ini hanya berlaku pada 2 tarikh setiap tahun iaitu pada jam 5.16 petang 28 Mei dan jam 5.28 petang 16 Julai. Pada ketika ini, matahari akan berada tepat di atas kaabah ketika waktu tengahari di Mekah.


Dicadangkan apabila berlaku fenomena ini, kita hendaklah merebut peluang yang ada dan berusaha untuk menyemak dan menentukan arah kiblat yang sebenar dari tempat atau kediaman kita mengikut cara-cara yang betul. Ianya boleh dibuat di mana sahaja asalkan kawasan yang dipilih boleh jelas menampakkan bayang-bayang objek dan matahari.


TarikhWaktu MalaysiaWaktu Mekah
28 Mei5.16 petang12.16 tengahari
16 Julai5.28 petang12.28 tengahari

Cara-cara untuk menyemak / menentukan arah kiblat

  1. Pacakkan sebatang kayu atau apa-apa objek yang lurus di atas permukaan yang rata. Contoh : sebatang pensel.
  2. Pastikan kayu tersebut tegak 90 darjah.
  3. Pastikan bayang-bayang kayu tersebut jelas kelihatan di atas permukaan yang rata tadi
  4. Pastikan kawasan tersebut, matahari boleh kelihatan dengan mudah dan tidak terlindung.
  5. Tunggu sehingga 5.16 PM jika pada tarikh 28 Mei atau 5.28 PM jika pada tarikh 16 Julai
  6. Apabila sampai waktunya, perhatikan bayang-bayang objek tadi.
  7. Unjurkan garisan bayang-bayang tersebut ke arah matahari.
  8. Garisan itu akan menunjukkan tepat ke arah kiblat, InsyaAllah.
Sumber : SINI dan SINI

Subhanallah... Maha Suci Allah yang menjadikan sekalian alam..
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, May 27, 2013

Status Kuota Pelan Data


Apabila sudah hampir ke hujung bulan sahaja, terus Mia semak penggunaan pelan data handphone ini. Kuota pelan 3GB masih mencukupi dan dijangka boleh habis digunakan lagi beberapa hari.

Bulan lepas, kuota pelan data masih banyak dan tidak dapat dihabiskan. Kisahnya ada di SINI.




Setakat ini baru guna 2.62GB. Bestnya, tinggal sedikit lagi ni. Mood suka...

guna internet di handphone sepuas hati bulan ni...

posted from Bloggeroid

Read more / Baca Lagi >>>

Kata-Kata Inspirasi Prof Dr Muhaya



"Jangan sekali rasa bangga atas segala pencapaian kerana itu semua dengan izin Allah. Kita usaha secara optimal dengan niat baik dan tawakkal dan biarkan Allah menentukan. Setiap cubaan menggugurkan dosa seperti gugur daun. Bila senang kita syukur dan bila susah kita sabar"

sabar... berusaha... berdoa... redha... syukur...
Read more / Baca Lagi >>>

Ujian Kepantasan Menaip Secara Online


Sekali-sekala apa salahnya kalau kita mencuba ujian kepantasan menaip ini secara online (online typing test). Maklumlah kita sebagai blogger memang setiap hari mengadap keyboard untuk menaip dan juga mengadap keypad handphone untuk menaip mesej.

Apa kata secara santai-santai sahaja kita cuba menguji minda dan jari-jemari kita ini... jommm..

1. Klik pada Learn2Type.com di SINI.

2. Skrin di bawah akan dipaparkan..

klik pada gambar untuk besarkan

3. Marilah kita mula menaip. Dah siap klik pada butang Test me!

4. Keputusan akan dipaparkan.

klik pada gambar untuk besarkan

Selamat mencuba...

keputusan menaip Mia tidak berapa bagus, sebab pagi-pagi lagi terus buat ujian ini sebagai contoh untuk entri autopublish ini... nanti di kala senang dan lapang, Mia nak cuba lagilah...
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, May 26, 2013

Great Quote From Lao Tzu



He who controls others may be powerful,
but he who has mastered
himself is mightier still.
- Lao Tzu -

love this quote...
Read more / Baca Lagi >>>

Dahi Sofea Benjol



Ala.. kesiannya Sofea. Malam tadi dia terjatuh masa berlari nak pergi dapatkan sepupunya di rumah keluarga mertua Mia. Dah banyak kali pesan, jangan lari.. jalan sahaja. Tidak juga diendahkannya.

Rumah neneknya ini, ada tembok tinggi sedikit (sebagai penghalang air masuk kalau banjir) sebelum ke pintu masuk. Sofea pula tidak perasankan tembok tu masa lari, terus terlanggar dan terjatuh. Menangis kuat dia malam tadi. Dahi terus membengkak dan benjol. Masa sampai malam tadi, neneknya belum sempat nak buka lampu luar. Sofea pula tidak sabar-sabar nak masuk ke dalam rumah neneknya dan nak dapatkan sepupunya, walaupun di dalam jagaan ayahnya. Mia pula masa itu masih di kereta sedang mengambil barang-barang yang hendak dibawa masuk.

Terus cepat-cepat tuam dahinya. Merengek-rengek Sofea. Tidak boleh nak buat macam mana, memanglah jaga betul-betul. Tapi dah namanya budak, sekelip mata pun kalau dah nak jadi, tetap akan terjadi.

Malam tadi nak tidur, terus bubuh banyak sedikit krim nutrimoist. Biasalah kalau Sofea tidur, golek sana golek sini. Kalau sapu sedikit, krim akan cepat hilang bila terkena cadar tilam.




Alhamdulillah, bangun pagi ini, benjol di dahi Sofea dah susut. Hanya tinggal bengkak sedikit. Nasib baik, malam tadi dia tidur nyenyak.

memang sejak Sofea kecil lagi, krim ni Mia gunakan untuk luka-luka ringan dan benjol bila terhantuk..
Read more / Baca Lagi >>>

Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2





Nabeel Fikree sedang mencari bloglist untuk bulan Jun dan Julai iaitu pencarian bermula dari 26 Mei 2013 dan berakhir pada jam 11:59 malam 30 Mei 2013 nanti. 20 orang yang bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Nabeel Fikree bermula 1 Jun nanti.


Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog NabeelStories.com.
  2. Buat satu entri bertajuk Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link entry pada ENTRY INI sahaja

Harap segmen ni mendapat sambutan.

Jumlah peserta yang akan di pilih untuk masuk ke dalam bloglist bergantung kepada penyertaan anda.

Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, May 25, 2013

Tugasan Kedua Calon Protege Kedua Selesai



Selepas menyiapkan tugasan pertama (tanpa diketahui oleh calon protege kedua), tugasan kedua pula telah pun diberikan pada minggu lepas.

Terasa begitu terharu apabila Mama Maszull, Farah dan Paly sudah menyiapkan tugasan kedua dan entri telah selesai  di publish malam tadi.

Jom terjah...


Terima kasih di atas komitmen yang telah diberikan walaupun masing-masing sibuk dengan kerjaya dan keluarga. Juga tahniah kerana telah menyahut cabaran kedua ini dengan bersungguh-sungguh. Semua memang terbaik. Hanya seorang sahaja yang akan dipilih. Namun begitu, janganlah berkecil hati sekiranya tidak terpilih.

Mia dan Eraz akan membuat penilaian ke atas kedua-dua tugasan setiap calon dan keputusan Protege Kedua Mialiana.com akan diumumkan pada minggu pertama bulan Jun 2013. Nantikan siapakah yang bertuah itu...

Semoga berjaya....
Read more / Baca Lagi >>>

Anak Mak Dara Disahkan Kena Demam Kencing Tikus


Terkejutnya Mia pagi ini, bila tengok blog Mak Dara di SINI, anak terunanya Adza Haiqal (Eqal) yang dikatakan demam denggi sebenarnya telah disahkan kena demam kencing tikus semalam dan dimasukkan ke Hospital Ampang. Risaunya Mia, tempohari masa Mia berada di Kuala Lumpur keadaan Eqal tidaklah begitu membimbangkan.


Semoga Mak Dara sekeluarga tabah mengharungi dugaan ini. Mari kita sama-sama doakan agar Eqal cepat-cepat sembuh... Mia sentiasa doakan dari sini...

Doa Penawar Segala Penyakit - Surah Al-Mu'minun Ayat 115 -118



Al-Hakim, Abu ya’la, Ibn abi Hatim, Ibn sunni dan al-Tirmidzi meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud bahawa beliau telah membacakan ayat-ayat ini ke telinga seorang pesakit, lalu sembuhlah dia. Nabi s.a.w. telah bertanya kepadanya: “Apakah yang dibacanya itu?” Beliau menjawab: “ayat-ayat terakhir daripada surah al-Mu’minun.” Nabi bersabda: “Demi Tuhan yang nyawaku berada pada tangan-Nya, jika dibaca oleh seseorang kamu dengan yakin kepada gunung nescaya akan pecah gunung itu.” (ad-Durrul Manthur, tafsir ayat 115-118, surah al-Mu’minun) *Sumber : SINI

tolong doakan Eqal ya...
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, May 24, 2013

Mood Berangan



Sejak minggu ini, kalau buka blog sahaja tentu nak tengok berapa jumlah bilangan followers... Dah macam ketagih pun ada. Padahal jauh lagi. Dalam 200 followers.  Entah bila nak genap 10,000 followers ni... Hmm..

Menanti dan terus menanti...

nak berangan sekejap, boleh kan...
Read more / Baca Lagi >>>

Talking Panda


Selain daripada game android Tom Loves Angela, Sofea juga turut suka main game Talking Panda.




Boleh tiru gaya cakap Sofea. Nanti mulalah Sofea buat bunyi pelik-pelik. Selepas itu, bila dengar sahaja suara panda yang ikut cakap Sofea. Mulalah Sofea ketawa dan panggil Mia untuk dengar sama.

Sofea paling suka ikut gerak joget ala-ala panda bila klik pada butang muzik. Bila nampak Mia cuba nak ambil gambar atau rakam video, Sofea tidak mahu.

Sayang betul Sofea kat game panda dia ni...

Sesuai untuk umur Sofea..

posted from Bloggeroid

Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, May 23, 2013

Dreamweaver Training


Hari ini dan semalam (22-23 Mei 2013), Mia ada kursus di Sentul Kuala Lumpur. Dreamweaver Training adalah salah satu latihan dalam Transfer of Knowledge Program for Web Development.

Kami belajar menggunakan Adobe Dreamweaver, FileZilla, Tomcat7, localhost, remote server, servlet #include yang menghasilkan fail .html, .shtml, .txt, .jsp, .css dan .dwt . Sibuk betul belajar 2 hari ini. Terkial- terkial juga. Maklumlah ilmu baru bagi Mia. Tenaga pengajar pun cukup berpengalaman dan ajar kami dengan penerangan yang jelas beserta contoh dan latihan.

Baru sempat nak bergambar untuk kenangan semasa minum petang tadi.










Nasib teringat nak bergambar. Masa belajar dalam lab, memang tak ingat langsung...

suka bila dapat belajar benda baru...

posted from Bloggeroid

Read more / Baca Lagi >>>

Lulus Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41



Alhamdulillah... syukurnya Mia. Mia telah buat semakan keputusan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 tengahari tadi di SINI.

klik untuk besarkan gambar

Tidak terucap dengan kata-kata. Betapa terkejutnya Mia apabila melihat keputusan Mia. Memang betul tidak sangka sebab ini adalah kali pertama buat Mia.

"Tahniah! Anda LULUS ujian yang telah diadakan pada 13/4/2013."

Terus Mia hubungi Suami Mia, Mak Mia dan Kak Aida... Terima kasih banyak-banyak kepada semua terutama sekali keluarga Mia yang banyak memberikan sokongan dan doakan Mia..

Mia akan ke peringkat seterusnya. Selagi termampu, Mia akan berusaha.... 

hampir mengalir air mata ini....

Entri yang berkaitan:
Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
Keputusan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 Pada 23 Mei 2013
Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters March 2017