image Assessment Centre : Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 - Mia Liana

Tuesday, 28 May 2013

# Work Matters

Assessment Centre : Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41

PTD.. oh.. PTD.. Sejak Mia dah lulus peperiksaan perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 tempohari, hati dan jiwa rasa tidak senang memikirkan bagaimana untuk menghadapi peringkat seterusnya iaitu Penjadualan Assessment Centre (PAC). Bak kata orang, makan tak kenyang, mandi tak basah.

Mia dah mula cari maklumat tentang PAC di internet dan tanya rakan-rakan lain yang sudah laluinya. Katanya, ramai yang terkandas di peringkat PAC terutamanya kecergasan fizikal. Mia baru bercadang nak jogging perlahan-perlahan dengan seorang rakan sepejabat. Stamina memang tiada dan dah lama tak buat apa-apa senaman. Risaunya.

Nak dijadikan cerita, tadi petang Mia buka laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di SINI dan klik pada link PAC.




Hmm... terasa macam tidak percaya pula. Betul ke semua yang lulus dijadualkan ke peringkat temuduga? PAC ada ke tidak ni? Nak kena call dan tanya SPA nanti untuk pengesahan lanjut.

Agak mengelirukan di sini. Jika ada sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman atau pendapat boleh tinggalkannya di ruangan komen. Amat dialu-alukan. Terima kasih...

degup jantung kian berdebar-debar...


posted from Bloggeroid

29 comments:

  1. Apa pun Mia all the best...success...!

    ReplyDelete
  2. hehehe.. xde pengalaman lagi ttg hal nih.. smga akk bjya sllu dismping redhaNya :))

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. takdak pengalaman cam ni kak...krole ni kalo bab koje gomen mmg tak tahu...but nak ucap jgk skali lagi tahniah kak mia~

    ReplyDelete
  5. selamat berusaha dan semoga berjaya.
    aye belum ada pengalaman sebegitu lagi...

    ReplyDelete
  6. mcm yg last sy try aritu, PAC dikecualikan.. so, gud luck kak mia ^^

    ReplyDelete
  7. ala... acik pon tak pernah alami ..x de pengalaman

    ReplyDelete
  8. takde pengalaman . btw , all da best sys mia ! :)

    ReplyDelete
  9. saya pun lama sangat dah apply keje gov ni..tp mgkin blm rezeki kak mia..sekarang sekadar pekerja harian sambilan saja PHS di gov..apa pun..good luck and tahniah kak mia..

    ReplyDelete
  10. ada org cakap ujian kecerdasan fizikal tu ada...cuma macm jogging jer..tp tak thulah setakat mana kebenarannya...huhu..apa2 pon gud luck ya kak mia..:)

    ReplyDelete
  11. all the best kak mia..sy xde pengalaman pun dalam hal nie..

    ReplyDelete
  12. Kak mia PTD kali ni xde rasenya PAC.. terus temuduga je...maybe kerajaan takde peruntukan nk bg perbelanjaan utk calon klu buat PAC..yelah PAC selalunya 2 hari.. so gov kne byr penginapan & makan minum peserta... & mungkin gov nk lantik cepat PTD ni sbb byk kekosongan yg dh lama tak diisi.. selalunya mcm tu lah.. (n__n)

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum mia...apa2 pun tahniah2 yer..:)

    ReplyDelete
  14. Tak de experience tp anak sedara pernag beberapa kali pergi...belum ada yg berjaya......Tak pe mana tau rezeki Mia kan...

    ReplyDelete
  15. Salaam, sis. Tahniah daripada saya. Semoga berjaya ke peringkat seterusnya. Welcome to PTD club :) aamiiin.

    ReplyDelete
  16. Dua orang adik akak ada pengalaman ni. Seorang berjaya dan seorang lagi gagal. Apa2pun, akak doakan Mia berjaya..

    ReplyDelete
  17. Tak pernah lagi ni.hihi..apapun semoga dipermudahkan..amiinn.. :P

    ReplyDelete
  18. oooh terus ke interview ye...hehe best tu...mungkin ada logic jugak tu....

    ReplyDelete
  19. memang tak der PAC tahun ini.. terus ke Interview. goodluck!

    ReplyDelete
  20. betul ke PAC tak ada tahun ni? saya pun dah lulus gak exam hari tu, tertunggu-tunggu gak bila nak pAC ni..

    ReplyDelete
  21. Kesimpulanya ada ke x pac tahun ni?

    ReplyDelete
  22. k.mia ce bukak balik we tu.. ade notis tambahan.. xde pac...

    ReplyDelete