image Dahi Sofea Benjol - Mia Liana

Sunday, 26 May 2013

# Family Matters # Tips

Dahi Sofea Benjol


Ala.. kesiannya Sofea. Malam tadi dia terjatuh masa berlari nak pergi dapatkan sepupunya di rumah keluarga mertua Mia. Dah banyak kali pesan, jangan lari.. jalan sahaja. Tidak juga diendahkannya.

Rumah neneknya ini, ada tembok tinggi sedikit (sebagai penghalang air masuk kalau banjir) sebelum ke pintu masuk. Sofea pula tidak perasankan tembok tu masa lari, terus terlanggar dan terjatuh. Menangis kuat dia malam tadi. Dahi terus membengkak dan benjol. Masa sampai malam tadi, neneknya belum sempat nak buka lampu luar. Sofea pula tidak sabar-sabar nak masuk ke dalam rumah neneknya dan nak dapatkan sepupunya, walaupun di dalam jagaan ayahnya. Mia pula masa itu masih di kereta sedang mengambil barang-barang yang hendak dibawa masuk.

Terus cepat-cepat tuam dahinya. Merengek-rengek Sofea. Tidak boleh nak buat macam mana, memanglah jaga betul-betul. Tapi dah namanya budak, sekelip mata pun kalau dah nak jadi, tetap akan terjadi.

Malam tadi nak tidur, terus bubuh banyak sedikit krim nutrimoist. Biasalah kalau Sofea tidur, golek sana golek sini. Kalau sapu sedikit, krim akan cepat hilang bila terkena cadar tilam.




Alhamdulillah, bangun pagi ini, benjol di dahi Sofea dah susut. Hanya tinggal bengkak sedikit. Nasib baik, malam tadi dia tidur nyenyak.

memang sejak Sofea kecil lagi, krim ni Mia gunakan untuk luka-luka ringan dan benjol bila terhantuk..

32 comments:

  1. mujarabnya krim tu. kesian sofea. mesti melalak sakit
    krim tu untuk benjol je ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. krim ni pelbagai guna sis moy. boleh juga digunakan untuk hilangkan parut, melecur kena minyak panas, penyakit kulit yang ringan. kesannya pun cepat.

      Delete
  2. kesian sofea..excited jumpa sepupunya la tu ye..harap sekadar benjol sahaja la kak mia..bab kepala ni sensitif sikit la kak..bahaya kesan jangka panjangkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la yang paling dirisaukan. harap2 cuma benjol biasa je..

      Delete
  3. sib baik tak berdarah...cume benjol je...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum mia...alahai kesian nyer sofea dah bengkak dahi tu...:)

    ReplyDelete
  5. kesian sofea . budak2 biasalah tu waa bagus ubat nie ye

    ReplyDelete
  6. Walupun dlm jagaan, still boleh benjol kan, zmn budak2 mmg mcm nie, smoga sofea pulih...

    ReplyDelete
  7. mm... benjol hanya nampak diluar.. klu teruk better check hos.. takut gegaran.. kanak2 senang dapat gegeran otak..

    http://www.nurfuzie.com/2013/05/header-tiba-tiba-tak-boleh-jadi.html

    ReplyDelete
  8. krim tu memang mujarab sebab yana isteri ujang tu selalu review produk ni. berkesan.

    ReplyDelete
  9. baru tahu ada krim tu untuk hilangkan benjol....semoga susut benjolnya.....

    ReplyDelete
  10. ciannye adik sofea...msti eksited nak jmpe spupunye tu kan akak~ wuah! berkualiti r produk tu~

    ReplyDelete
  11. kesiannya Sofea...nasib baik dah surut.Jika dia muntah-muntah kena bawa pi jumpa Dr.

    ReplyDelete
  12. moga bengkak tu surut
    sure nangis teresak2 nih
    klo petua org tua..bakar sireh n letak kat area bengkak tu

    ReplyDelete
  13. moga cepat sembuh
    biasala kanak2 kan,, kemalangan tu biasa, susah nak elak :)

    ReplyDelete
  14. budak2 macam tu la.. semoga mia cepat sembuh..

    ReplyDelete
  15. ala kesian kat sofea...mood gembira tetiba bertukar jadi mood tak best...

    ReplyDelete
  16. biasa la budak2 tgh membasar... dia nk xplored je... biasa sy tuam je dgn air sejuk tak pun dgn rambut... :)

    ReplyDelete
  17. macam best pla krim tu..

    betul tu Mia..kalau dah nak jadi..mmg tetap jadi pnya..
    apapun smg benjol tu cepat baik ya..:)

    ReplyDelete
  18. Alahai, siannya sofea. Benjol bengkak pulak dah. hati2 ye sayang pas ni

    ReplyDelete
  19. kesian Sofea.. kita yg dah besar ni kalau terhantuk pun rasa macam nak nangis kan kak Mia..
    biasalah tu masa budak nak membesar mmg perkara mcm ni akan jadi..

    ReplyDelete
  20. Siannya Sofea...
    Tulahkan Mia...kadang tu kita dah jaga betul betul tp dah namanya malang, ia tetap tak berbau!

    ReplyDelete
  21. Kesian kat Sofea. Jatuh dan terhantuk ni perkara biasa bagi budak2.. Maklumlah tengah lasak bermain.

    ReplyDelete