image Calon Protege Kedua Sedang Menyiapkan Tugasan Kedua - Mia Liana

Sunday, 19 May 2013

# Diari Mentor

Calon Protege Kedua Sedang Menyiapkan Tugasan Kedua



Soalan tugasan kedua untuk calon-calon protege kedua telah pun dimaklumkan di dalam facebook pada jam 4.00 petang hari Jumaat (17 Mei 2013) yang lepas. Tarikh tutup ialah pada 11.59 malam 24 Mei 2013. Tempoh masa yang diberikan memang amat mencukupi.

Soalan yang agak banyak tetapi apabila membuat entri tugasan Mia rasa tidaklah banyak sangat karangan. Cuma lebih banyak kepada gambar yang di printscreen. Paly, Mama Maszul dan Farah boleh berbincang sesama mereka tetapi entri yang dibuat haruslah daripada hasil sendiri.

Objektif tugasan kedua ini adalah untuk melihat sejauh mana prestasi blog dan keinginan calon protege kedua untuk benar-benar memberikan komitmen sekiranya terpilih sebagai protege Mia. Bagi Mia, tugasan ini adalah lebih mudah berbanding dengan tugasan mingguan yang Mia berikan kepada Eraz semasa dalam tempoh didikan. Mia nak cari yang benar-benar bersemangat kental, tidak mudah putus asa dan rajin berusaha.

Kalau dahulu, semasa Mia mendidik protege pertama Mia rahsiakan identitinya. Kali ini, untuk protege kedua pula Mia akan umumkan pada awal bulan Jun nanti sebelum bermulanya sesi didikan. Tentu akan ada banyak perubahan yang akan dilakukan ke atas blog dan boleh mengikuti perkembangan prestasi protege kedua dari semasa ke semasa sehingga selesai didikan.

Memang ramai blogger baru berminat nak jadi protege Mia, tetapi apakan daya hanya ini sahaja yang Mia termampu. Mia masih belajar lagi tentang ilmu berblog. Ada kemungkinan juga untuk protege ketiga dan seterusnya, Mia akan buat sesi didikan secara online dalam kumpulan. Mungkin boleh ajar beberapa orang blogger yang terpilih dalam satu masa. Opppsss.. angan-angan sahaja dahulu, tetapi ianya tidak mustahil.. kan.. Teknologi maklumat dan komunikasi sekarang sudah semakin canggih, tidak salah untuk kita gunakan sepenuhnya.

Semoga semua calon protege kedua akan dapat melaksanakan tugasan kedua dan terakhir ini dengan jayanya.

tolong doakan protege pertama Mia, Eraz agar dapat mencapai target tugasan akhirnya sebelum akhir bulan ini... tugasan yang paling sukar sekali...

Entri berkaitan :
Tugasan Pertama Calon Protege Kedua Selesai

42 comments:

  1. bagus la ada org nak ajarkan kita nie sorg2 la korek pakcik google cri toturial bagai
    http://long-cham.blogspot.com/2013/05/samsung-yang-hampeh.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo takpe.. boleh belajar pelan2.. terima kasih ya..

      Delete
  2. Wow! Tahniah buat 3 protege Mia yg memang bersemangat waja. Selamat menyiapkan tugasan :)

    ReplyDelete
  3. wah mmg menarik bila boleh ikut perkembangan protege season 2 ni nanti...hehe

    ReplyDelete
  4. semoga berjaya dengan tugasan kedua..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum mia....mekacih..sedang menyiapkn tugasan kedua ini...

    ReplyDelete
  6. wah hebat ka mia...

    dah jadi mentor gitu ;)

    ReplyDelete
  7. Gudluck untuk protege2 akak....
    Selamat menyiapkan tugasan okay.. =D

    ReplyDelete
  8. harap protege2 yg tercalon dapat menghasilkan tugasan dengan baik, all the best buat mereka.. tak sabar nak tahu siapa yg terpilih.. :)

    ReplyDelete