image Selamat Hari Ibu - Mia Liana

Saturday, 11 May 2013

# Community # Family Matters

Selamat Hari Ibu

Esok, hari Ahad,12 Mei 2013 adalah hari yang penting dan bermakna bagi wanita yang bergelar ibu. Sebagai anak tentu tidak ketinggalan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu masing-masing. Begitu besarnya pengorbanan seorang ibu sehingga anak tidak terbalas jasanya.

Mia nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua pengunjung yang bergelar ibu.

Sangat terharu apabila Cikgu Tadika Sofea tag gambar ini di facebook. Comelnya Sofea... siap belajar buat kad ucapan Happy Mother's Day. Terima kasih, Sofea...

Sekadar perkongsian daripada Mia. Perkara pertama yang Mia ingat semasa melahirkan Sofea ialah Mak Mia. Pada masa itu, baru Mia tahu bukan senang nak lahirkan anak ke dunia ini. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu dan terus hilang apabila dapat menatap Sofea yang masih merah lagi. Mengalir air mata kesyukuran. Perit yang dilalui sebelum itu terus dilupai.

Begitulah lumrah dalam kehidupan. Hendaklah sentiasa patuh dan dengar nasihat ibu. Jagalah hati dan perasaan ibu. Kalau berjauhan jangan lupa untuk telefon dan bertanya khabar. Kerana ibu sentiasa mendoakan segalanya untuk kita. Buruk baik macam mana pun kita, tetap dia terima...

sedih bila ada anak yang melawan cakap ibu....
posted from Bloggeroid

38 comments:

  1. Selamat Hari Ibu buat ibu-ibu sedunia.Jasamu ibu tidak akan kulupa sehingga akhir hayatku..Doakan agar ku mampu menjadi anak yang baik..amin..

    Promosi Murah Kaspersky 2013 Sempena Hari Ibu

    ReplyDelete
  2. selamat hari ibu jugak utk sis mia dan semua kwn di sini :)

    ReplyDelete
  3. selamat hari ibu....suspen .... tunggu anak buat kad hari ibu...

    ReplyDelete
  4. Kak Miaa., selamat hari Ibu.. ^^

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Ibu buat Mia. MOga terus menjadi ibu yang cemerlang buat Sofea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak salmi.. selamat hari ibu juga...

      Delete
  6. Insya Allah, sampai mati iha sayang mak iha.. :)

    ReplyDelete