Pemandangan Malam Kuala Lumpur 2



Merenung jauh entah ke mana
Setiap minggu datang bertapa
Hati resah gundah gulana
Kuala Lumpur tersenyum menyapa

Aktiviti blog banyak tertunda
Kesibukan melanda tidak terkira
Kursus muncul tiada beda
Harus akur tanpa suara



Indahnya malam pengubat duka
Ibarat selami jiwa yang lara
Ilmu dituntut tidak kira suka
Ibarat air melepasi muara

Dalam pantun ada rahsia
Dalam bicara ada mesejnya
Tiada seindah andalusia
Nukilan Mia seadanya


tiba-tiba ada mood nak berpantun pula... layannnns....

posted from Bloggeroid

Post a Comment

43 Comments

  1. Dibawah tangga duduk termanggu,
    Tunduk kepala bagai bertahlil,
    Tinggallah hingga ke malam minggu,
    Final Piala FA di Bukit Jalil...

    Dah alang2 Mia kat sini...JDT vs TRW

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bin muhammad... hebatnya bila berpantun... ooo tengok bola ya...

      Delete
  2. Saya datang, awak pergi..
    Nanti saya baca blog awak lagi :)

    hehehe

    ReplyDelete
  3. Wow! Pandai pulak sis Mia kita ni berpantun.. Mendalam maksudnya tu.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkkk hehehe.... rosmiza. saja ja... idea tengah ada...

      Delete
  4. hati gelisah tidak terkira
    Malam yang kelam ku tempuh jua
    Saya di sini, kak Mia disana
    Tapi kita tetap merenung bulan yang sama..

    Taking care kak Mia...

    ReplyDelete
  5. wah!, berpantun malam nie gamaknya...tak pandai berpantun puloo

    ReplyDelete
  6. Dari cheras ke pandan indah,
    Mau bertemu si buah hari.
    Permandangan malam bertambah indah,
    jika tiada jerebu dihati..

    ReplyDelete
  7. Cantik gambar kerana pemandangannya
    Cantik si tuan blog kerana budinya :)
    *dua kerat pun boleh lah kot kan* :p

    ReplyDelete
  8. bangun pagi gosok gigi,
    sambil minum secawan kopi,
    update blog setiap hari,
    blog kak mia tetap di hati,

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai terharunya... kak mia... terima kasih ya tarmizi..

      Delete
  9. wah semua nak berpantun......nak try la

    lama merenung ke luar jendela
    disapa angin sepoi bahasa
    tok sah ditenung lama-lama
    kang terkena demam selsema

    ReplyDelete
  10. nak balas pantun tak pandai, b0le menuntut dgn akak la lps nie, hee

    ReplyDelete
  11. mencari cinta di hati,
    cinta di tolak si dara impikan,
    aktiviti berblog seketika behenti,
    melihat ibu kota yang sangat menakjubkan

    ReplyDelete
  12. Hehe...ni mmg betul betul gundah gulana meninggalkan Sofea dan cik abe ni sehinggakan pantun boleh terkeluar hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh... hainom. sofea dan cik abe ada ikut sekali. hehehe

      Delete
  13. cantik jgk ye pemandangan wktu malam di kuala lumpur ni :)

    ReplyDelete
  14. cayalah kakmia.. siap berpantun tuuu

    ReplyDelete
  15. dari pahang ke negeri melaka,
    alamak kena komen dengan pantun jugak ke?

    ReplyDelete