image Blog Amat Sesuai Untuk Orang Yang Membebel? - Mia Liana

Saturday, 13 July 2013

# Tips

Blog Amat Sesuai Untuk Orang Yang Membebel?


Entah macam mana pula terkeluar soalan ini dari benak fikiran Mia. Blog amat sesuai untuk orang yang Membebel? Asyik bercakap sahaja. Apabila bercakap, tidak boleh berhenti. Lepas satu cerita, timbul cerita lain. Berkait-kait pula tu. Terlalu peramah sangat. Bakat terpendam yang terkadang kita sendiri pun tidak perasan. Alamak, terasa macam kena batang hidung sendiri ni. Isu hangat nampaknya ini.

Sebenarnya, bukannya apa. Tidak semua blogger suka membebel. Membebel di blog ini, aktiviti yang ada faedah juga sebab tidak melibatkan orang lain. Lagipun bukannya membebel yang bukan-bukan. Janganlah mudah berprasangka demikian dan ini juga tidak bermakna blogger yang kerap update blog setiap hari itu kuat membebel. Cuma ilham itu datang mencurah-curah bagai air terjun, daripada dibiarkan begitu sahaja, baik dicoretkan ke dalam blog. Gaya penulisan juga mungkin akan menjadi lebih baik daripada semasa ke semasa.

Ini adalah entri santai yang tidak bermaksud untuk menyinggung sesiapa pun. Tiba-tiba terfikir dan bayangkan, kalaulah orang yang kuat membebel itu ada blog. Tentu entri yang dikarangnya panjang dan rajin update, betul tak? Bagus juga. Daripada membebel tidak tentu hala berjam-jam, baik membebel di blog. Mulut boleh berehat, hanya jari-jemari tangan sahaja yang menaip di keyboard....

Sekadar pendapat Mia sahaja, ada baik dan buruknya. Terpulang pada pandangan masing-masing.

Anda pula bagaimana? Suka membebel ke tidak? hehehehe... tiba-tiba terasa macam entri ini pun membebel juga....

28 comments:

  1. hihi.. membebel tak melibatkan sesiapa, dikongsi secara umum..

    ReplyDelete
  2. selalunya blog sesuai untuk orang pendiam. memang dia pandai sangat lah bab-2 menulis niii :)

    ReplyDelete
  3. rasanya macam betul je.. hehehehe...

    ReplyDelete
  4. Saya kuat membebel, salah satu sebab ada blog. Hihi.

    ReplyDelete
  5. okey la tu menbebel di blog...xde org nak marah2 kan...lau xsuka xpayah baca...hu3

    ReplyDelete
  6. saya suka membebel dengan orang yang ok gak.hahahhaha
    tapi blog pun tempat luahan membebel saya..hee

    ReplyDelete
  7. sesuai untuk pendiam dan tak malu..hehe

    ReplyDelete
  8. sy x suka membebel tapi suka berkongsi maklumat dan pendapat dgn org lain.. kongsi ilmu yg ada dan suka cari kawan baru... :)

    ReplyDelete
  9. hahaha...membebal yang santai cik akak suka..hihi

    ReplyDelete
  10. Membebel jugak.. Tapi pada wakru2 tertentu jer.. Waktu2 lain lebih banyak diam dari bercakap.. Hehe..

    ReplyDelete
  11. tmbh kalo mood membebel tu ade, lg panjang.. hehehe

    ReplyDelete
  12. kalau membebel, penulisannya pun membebel berjela-jela.. orang pun malas nal baca .. :)

    ReplyDelete
  13. tak salah membebel sekali-sekala.. shad suka membebel jugak kat blog..

    ReplyDelete
  14. Bagi akak, membebel tu ibarat org curah perasaan. Membebel yg ada faedah takpe, jgn membebel benda yg berkaitan dgn peribadi org lain, tak elok.

    ReplyDelete
  15. kita suka membebel? hehehe, entahla kak mia, kita memang suka bercakap pun

    ReplyDelete
  16. Kadang kala ada sesuatu yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Jadi, blog menjadi tempat yang sesuai untuk meluah rasa.

    ReplyDelete
  17. fae sometimes je suka membebel haha tu pasal kalo update blog dalam sehari jumlah entri x consistent.

    ReplyDelete
  18. bebel dekat blog tak apa compared bebel dekat youtube itu,kalau tak suka,tak payah baca,kalau youtube itu,yang tak sukalah itu ranting tinggi then kena bash teruk2 1 malaysia =.="

    ReplyDelete
  19. tak jugak kot kak.. kalau sy lah.. hehe.. org yg kuat membebel ni tak rajin nak menaip pnjg2. tapi kalau org yg lebih diam, mmg rancak je jari menaip.. yela, bebelan tu tak keluar di mulut.. 'keluar' melalui jari lah.. hehe

    ReplyDelete
  20. perlukan ruangan untuk membebel seperti menulis di dalam blog....

    ReplyDelete
  21. AGAK-AGAK SAYA ADA MEMBEBEL TAK DI BLOG SAYA..? :)

    ReplyDelete
  22. satu istilah yang baru ni Kak Mia.. ;)

    ReplyDelete
  23. Sesuai untuk luah perasaan jugak.. heee

    ReplyDelete
  24. aiza suka berkongsi pengalaman dan maklumat yang aiza suka.. tak pasti la jika ada orang rasa aiza membebel juga.. hihi..

    ReplyDelete
  25. Sukalah jugak membebel...dah tentu namanya pompuan hehe....

    ReplyDelete