image Kisah Team Extension Officers Projek Agriculture Flagship - Mia Liana

Thursday, 18 July 2013

# Work Matters

Kisah Team Extension Officers Projek Agriculture Flagship

Seperti yang Mia kisahkan tempohari dalam entri SINI, rentetan itu ada satu lagi mesyuarat pada hari Selasa 16 Julai 2013 di Wisma Tani, Putrajaya bagi sentuhan terakhir dalam menyiapkan Business Requirement Specification (BRS) dan User Requirement Specification (URS). Memang betul-betul berhempas pulas menyiapkannya. Perah otak berhabis-habisan untuk mendapatkan idea dan buah fikiran yang sweet.

Banyak dugaan dan kekangan yang dihadapi apabila menghadapi masalah dengan perisian rational rose dan juga ketandusan idea. Namun begitu, masing-masing berfikiran positif dan berkobar-kobar untuk menyiapkannya.

Jemput tengok ya...






Bila dah nak hampir siap, kami terasa begitu leganya. Semua membawa balik tugasan untuk final touchup, telah pun menghantar versi terkini pada hari semalam dan di compile oleh Cik Lina. Mia pun sama juga. Dapat menyiapkan lukisan use case diagram menggunakan perisian Microsoft Visio. Sangat kagum dengan Encik Aziz yang dapat conduct mesyuarat kerja ini dengan jayanya.

sakit kepala + letih + suka + tambah pengalaman + tambah kenalan

19 comments:

  1. nnti balik leh bukak pose dan rehat, hehe..

    ReplyDelete
  2. penat nampak kak mia,terkejar-kejar sana sini...

    ReplyDelete
  3. Kerjasama berkumpulan amat penting dalam menyiapkan tugasan. Semoga berjaya !!!!

    ReplyDelete
  4. kalau dah seronok, penat2 pun tak terasa sgt kan kak.. =)

    ReplyDelete
  5. kak mia dah macam ahli korporat. ada bakat ;)

    ReplyDelete
  6. rasa satu kepuasan apabila tugasan berjaya disiapkan..

    ReplyDelete
  7. Tahniah Mia, berjaya juga akhirnya!
    Untuk mendapatkan yang terbaik sememangnya memerlukan pengorbanan.

    ReplyDelete