image Persediaan Menghadapi Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 - Mia Liana

Sunday, 21 July 2013

# Work Matters

Persediaan Menghadapi Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41

Semalam, Mia telah mencari tips, bahan dan contoh soalan peperiksaan di google dan bing search engine dan download dokumen pdf yang berkaitan. Jenuh juga mencari di merata-rata web. Main copy sahaja mana yang ada sebab Mia pun tidak berapa pasti soalan jenis yang macam mana akan keluar nanti.

Panduan peperiksaan telah pun dibaca berulangkali demi pemahaman yang jelas dan format soalan pun telah diketahui. Kena banyak membaca dan banyakkan pengetahuan tentang teknologi maklumat di Malaysia. 

baru sebanyak ini bahan yang Mia cari

Nasib baik Mia ada pengalaman masa menjawab Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 tempohari. Sebagai persediaan walaupun last minute, Mia buat latihan matematik dengan mengira secara cepat dan dapatkan jawapan yang betul tanpa penggunaan kalkulator. Untuk soalan esei bahasa melayu dan bahasa inggeris pula, Mia jawab soalan yang berbentuk pendapat dengan membuat pengenalan, isi (4-5 penghuraian beserta contoh) dan penutup. Untuk pengetahuan am, Mia baca hal-ehwal dalam dan luar negara dan tentang kerajaan Malaysia. Syukur, alhamdulillah Mia lulus kali pertama dan sekarang masih menunggu panggilan temuduga untuk PTD.

Bagi Mia, mungkin agak berbeza sedikit dengan peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 kali ini, kecuali bahagian matematik. Namun begitu, Mia cuba belajar mana yang patut tentang teknologi maklumat. Yang penting kena buat persediaan dan tidak boleh memandang ringan tentang ini.

berdebar-debar ni... lagi beberapa hari sahaja...

Entri yang berkaitan :

42 comments:

  1. paly bace cam susah jer exam ni, huhu..

    # gud luck kak mia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ya paly... baca je apa2 yang patut ni... huhuhu

      Delete
  2. nak menghadapai exam nie memang serabut sikit....good luck MIA....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang macam tu lah nampaknya... terima kasih kak sukma..

      Delete
  3. kak mia, ada masa nanti, tinggalkan msj kat fb atau komen, alamat dan nama utk pos poskad raya.. mekasih...

    ReplyDelete
  4. good luck kak mia :) exam mmg agak nervous , buat yang terbaik

    ReplyDelete
  5. semoga berjaya kak mia....
    buat yang terbaik :)

    ReplyDelete
  6. Semoga Allah permudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum mia...semoga berjaya yer...:)

    ReplyDelete
  8. Good Luck kak mia ^^ all the best ^^

    ReplyDelete
  9. salam kenal...

    congrats..sbb u pass exam PTD tu. Sy pun exam jugak ritu..tp fail :)

    skrg ni sy ngh prepare tok exam F41...thanks for the tips ..gud luck !

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga ya.. oo aritu exam ptd.. takpe. dah ada pengalaman, kali ni insyaAllah boleh berjaya.

      Delete
  10. saya pun dapat panggilan periksa utk jwtn pegawai IT ni..nk tau ada had umur x untuk lantikan pegawai IT ni

    ReplyDelete
  11. boleh share kan link2 yg awk study x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba bukan website kerajaan dan tengok aplikasi yang sedang digunakan dan juga cari mana2 maklumat lain tentang IT di malaysia.

      Delete
  12. salam...boleh x share apa je awak study..huhu~ xd idea nk g exam sabtu ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru je baca skit2 yang kat dalam gambar tu. sila klik pada gambar untuk besarkan.

      Delete
  13. nice sharing, kak mia ^^

    yup, part soalan math tu mmg kena kira sehabis baik tanpa guna kalkulator, huh...

    ReplyDelete
  14. Kena study hard tu Mia....macam nak exam dulu dulu hehe

    ReplyDelete