Saturday, July 6, 2013

Review #9 - Kisah Seorang Abang dan Adik

Tahniah diucapkan kepada Ryna Luvie kerana terpilih memenangi Segmen Follow & Blogwalking #3. Marilah sama-sama kita terjah entri terbaik Ryna...

Review #9 - Kisah Seorang Abang dan Adik

"Untuk tatapan kita bersama !! sgt sedih !! kisah seorang abg & adik yng lama berpisah..
Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm..;(

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..
 2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanjang perkahwinan aku..Aku x tenang..Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka mak dan ayah.. Semasa membersih rumah usang tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkan pada abangku 2 tahun yang lalu..
Sebelum aku menikah suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., 
Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah. Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 byk air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon pasal hal tu..

 Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi dia nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni.. Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan.. Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..
Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..
Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon.. Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan. Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Rm2 dalam poket jeans ko. Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..
Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..
Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang.. Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,
 Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..
 Salam sayang,
 Adik.”


Aku mula terasa  teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..
Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…"

Untuk ketahui apakah isi kandungan surat abangnya itu, jom klik SINI ya...

Apabila membaca entri Ryna ini, Mia terasa begitu sayup dan tersentuh hati ini. Betapa pengorbanan seorang abang yang terlalu besar sehingga sanggup berkorban apa sahaja demi untuk membesarkan seorang adik perempuannya. Bukan senang untuk lalui semua kepayahan dan keperitan hidup selepas kematian kedua ibu bapa. Semuanya dilalui sendiri tanpa pengetahuan adiknya sehinggalah ke akhir hayatnya.

Nasihat Mia kepada sesiapa yang mempunyai abang atau kakak, jangan lupa jasa dan bantuan yang diberikan daripada mereka apabila anda telah berjaya kelak. Hormatilah mereka, ingat jasa mereka yang membesarkan kita, jangan kecilkan hati mereka kerana jika mereka tiada, barulah kita akan terasa betapa besarnya kehilangan itu dan apabila sedar sudah terlambat bagi kita untuk mengucapkan terima kasih. Sayangilah mereka....

jemput berkenalan dengan Ryna ya...

48 comments:

  1. Sesak nafas kakak memabca ini Mia. Sedih. Tapi si adik sebenarnya ingat cuma yg musykil kenapa tak pernah balik jenguk si abang.

    Jadikah iktibar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mia pun sama juga kak zakie.. pelik, nape adiknya tak nak jenguk kampung langsung...

      Delete
  2. sedih... pilu dengan pengakhiran cerita ni...

    ReplyDelete
  3. alahai... terbaca cerita sedih pagi2 ni...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. memang sebak... kalau dihayati boleh menitiskan air mata..

      Delete
  5. hmmm...sedih dihening pagi dingin ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala baca citer sedih... tak salah kan...

      Delete
  6. mereka ada utk kita bila kita susah

    ReplyDelete
  7. isk-isk memang terkesan di hati lah kak mia.....

    ReplyDelete
  8. sebak membaca... based on true story ke ni... terus klik link tu untuk bace ape kesudahan kisah abang dan adik ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba tanya ryna nanti ya... kesudahan yang begitu menyedihkan...

      Delete
  9. Sebak membacanya. Pengajaran berguna buat kita semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kita mengambil iktibar dari kisah ini..

      Delete
  10. sedih pula aiza membaca entri ni.. :(

    ReplyDelete
  11. pernah baca citer nie, memang sebak, memang sesak nafas dibuatnya, sediah sesangat baca citer nie......

    ReplyDelete
  12. Dulu pernah terbaca entri kisah ni. Meleleh2 air mata akak. Mmg sedih sgt2

    ReplyDelete
  13. sebak bila baca :( pengorbanan seorang abang yang tidak dapat digantikan

    ReplyDelete
  14. wah menarik ceritanya...nak pegi habiskan membaca jap...

    ReplyDelete
  15. Lagi lagi bila kita dah tiada ibu bapa dan dia menjadi penggantinya

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

Buy Here Online @ Mialiana.com