image August 2013 - Mia Liana

Saturday, August 31, 2013

Pemenang Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com

8/31/2013 01:43:00 PM 80 Comments

Pemenang Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Sila semak nombor peserta di SINI. Dengan ini, Mia nak umumkan 15 blog yang bertuah yang bakal menyerikan bloglist Mia bagi bulan September dan Oktober 2013 ialah....

kisahsidairy

alamslegacy

norminieza

arolpunyeblog

monwalktoremember

dilaella

cikfie

diarijejakahangat

shumie-dz

biskutcelup

yayayibari

akubahrain

jiesusanos

resipidarihati


Tahiah kepada semua pemenang. Kepada yang tidak berjaya, boleh mencuba di segmen yang akan datang.

Diharap semua pemenang dapat memasukkan blog Mia ke dalam bloglist masing-masing. Sekiranya dalam tempoh 5 hari, blog Mia tidak ada di dalam bloglist bermakna blog anda akan digugurkan dari bloglist Mia dan akan digantikan dengan blog lain. Harap ambil maklum tentang perkara ini. Terima kasih ya...

suka tak?

Salam Kemerdekaan Yang Ke 56

8/31/2013 12:49:00 PM 27 Comments
Salam Kemerdekaan Yang Ke 56

Hari ini adalah hari yang amat bersejarah bagi semua rakyat Malaysia. Tanggal 31 Ogos, tarikh yang terpahat di ingatan untuk sambutan Hari Kebangsaan. Apa tidaknya, pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan suasana hari yang berbahagia ini dari semua lapisan masyarakat Malaysia. tidak kira yang tua ataupun yang muda.

Bagi Mia erti kemerdekaan tidak akan bermakna jika kita tidak menghayati sepenuhnya perjuangan tokoh-tokoh negara terdahulu dalam memerdekakan negara ini daripada pihak penjajah. Banggalah menjadi rakyat Malaysia. Kibarkanlah bendera Jalur Gemilang sebagai tanda sokongan kita. Akan terkesan di sanubari ini.

Bayangkan seolah-olah terngiang-ngiang Laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh Perdana Menteri pertama Malaysia, Allahyarham Tunku Abdul Rahman. Alangkah indahnya kalau kita dapat menyaksikan detik yang bersejarah itu. Air mata dengan sendirinya tentu akan mengalir kesyukuran...

Kenikmatan yang kita kecapi hari ini dari segi kestabilan ekonomi dan politik, keharmonian budaya, perpaduan masyarakat yang berbilang kaum sebenarnya adalah daripada usaha gigih tokoh-tokoh negara yang terdahulu. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang ini jika dibandingkan dengan negara-negara luar lain yang masih bergolak dan tidak harmoni.

Ironinya hari ini, mengingatkan kita kepada sejarah Malaysia. Semangat patriotisme dirasai untuk mencintai negara kita dengan penuh keikhlasan.

Merdeka... Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku

bangganya jadi rakyat Malaysia.... nukilan ikhlas Mia di hari ini...

Box.net Upgrade Kuota Storage Kepada 10GB

8/31/2013 10:00:00 AM 20 Comments
Mia adalah pengguna box.net sejak tahun 2011 lagi. Walaupun Mia sekarang sudah ada Google Drive, Mia masih juga gunakan box.net untuk tujuan storan data. Terbaru dari box.net mulai semalam ialah kuota storage (storan) telah di upgrade kepada 10GB. Banyak juga tu... Alhamdulillah..

Mia selalu gunakan box.net untuk kongsikan dokumen di dalam blog bagi memudahkan pengunjung download sendiri dokumen yang berkenaan. Untuk pelajar Open University Malaysia (OUM), Mia kongsikan kertas soalan peperiksaan semasa Mia belajar di OUM. Sekurang-kurangnya boleh jadi rujukan buat mereka. Ada di entri SINI.

Selain itu, kalau untuk urusan kerja, selalunya Mia akan kongsikan design yang telah Mia buat kepada rakan sepejabat di negeri-negeri lain bagi memudahkan mereka untuk download terus dan buat cetakan.

Sekiranya tidak mahu kongsikan lagi dokumen yang berkenaan, Mia boleh terus tutup link tersebut.



Sekarang ini teknologi maklumat telah berkembang dengan begitu pesatnya sehingga kita pun tidak terkejar.

gunakanlah dengan bijaksana...

Friday, August 30, 2013

Kasut Baru Sofea

8/30/2013 06:49:00 PM 47 Comments
Wahhh.. semalam semasa Mia outstation, Suami Mia pergi shopping dengan Sofea. Belikan kasut Sofea yang baru. Cantiknya dengan gabungan warna pink dan hitam. Yang lama punya sudah tidak muat.

Mia dapat tahu semalam melalui wechat. Nampak gambar pun dah terasa terharunya. Pandainya Suami Mia pilihkan. Terima kasih ya...





Siap beli stokin 3 pasang. Cepatnya Sofea membesar. Banyak yang dah tak muat....

bila balik rumah malam tadi, terus tengok kasut Sofea.... sukanya..

Review #7 - Mama! Selamat Hari Jadi Ma!

8/30/2013 05:12:00 PM 13 Comments

Tahniah diucapkan kepada Afiqah Junizan kerana terpilih memenangi Segmen Follow & Blogwalking #4. Marilah sama-sama kita terjah entri terbaik Afiqah...

Mama! Selamat Hari Jadi Ma!

"Hari ini bertarikhkan 25/8/2013 iaitu hari Ahad. Hari yang paling bermakna dalam keluarga fiqa kerana hari ini ialah hari ulang tahun mama fiqa yang ke-41. Mama! Selamat Hari Jadi Ma!

Actually masa semalam mama fiqa dah tidur. Hehehe, sebab mama fiqa sakit gigi. Masa mama fiqa tidur, fiqa, abang, ayah dan adik fiqa pergi buat preparation. Fuh! Nasib baik mama fiqa tidur kalau tak rosaklah rancangan nak buat kejutan untuk mama. Masa tu pukul 11.13 p.m. macam tuh, kita orang kemas-kemas, letak banner. Actually, kita orang nak buat mama fiqa rasa macam muda-muda dulu. Hahaha. Kita orang letak balloon pink banyak-banyak. Boleh dikatakan semua tempat ada balloon.

Semua siap pukul 11:47 p.m. macam tuh. Nasib baik sempat. Kita orang buat cepat-cepat, alhamdulillah. Keadaan amat di luar jangkaan kami. Then, tepat je pukul 12.00 a.m. ayah fiqa tutup lampu. Abang fiqa dah siap amik benda apa tuh yang macam mercun, ayah fiqa pegang kek. Masa inilah fiqa nak buat suprise. Fiqa pergi dekat bilik mama, then jerit dekat mama macam ni , "Ma, ma. Rumah terbakar ma. Cepat bangun ma. Cepat. Jom keluar. Yang lain semua dah keluar" . Then, mama fiqa yang dah rasa takut, tak fikir apa-apa terus keluar then, masa keluar dari pintu bilik je. Adik fiqa buka lampun, abang fiqa letupkan mercun.

Ramai-ramai nyanyi "Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Jadi untuk Mama, Selamat Hari Jadi" . Seriously, muka mama macam terkejeut dan terharu. Then, mama doa sebelum tiup lilin. Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar. Then, fiqa cakap dengan mama fiqa, "Ma, macam mana ok tak ? Hahaha, maafkan iqa yang ma buat terkejut macam tu" . Then mama fiqa calap, "Ya Allah, mama bersyukur dapat keluarga yang macam ni, menghargai mama. Mama rasa tersangat terharu. Terima kasih semua. Mama sayang semua." Mama cium dahi kami semua.

Acara seterusnya ialah acara potong kek. Actually ni bukan dari rancangan. Masa tengah potong kek tuh, ayah fiqa calitkan tangan dekat kek yang sudah dipotong di dalam pinggannya dan dicalitkan pada pipi mama fiqa. Hahaha, memang sweet sangat walaupun mereka sudah agak tua. Itulah moment yang paling menggembirakan melihat telatah mama dengan ayah fiqa. Alhamdulillah hubungan semakin erat dan utuh.


Hehehe. Acara yang dinanti-nanti kan pun telah tiba. Acara pemberian hadiah. Masa tuh, fiqa amaik kain hitam, fiqa tutup dekat mata mama fiqa."

Nak tahu apa hadiahnya? Jom kita terjah sambungannya di SINI...

Terharunya Mia apabila Afiqah sudi membuat kotak coding entri ini bagi memudahkan Mia untuk copy dan paste entri. Namun begitu Mia hanya akan mengambil petikan entri sahaja. Mia harap Afiqah tidak kisah dengan tajuk entri ini memandangkan tajuk entri ini ialah "Entri yang akan di-review oleh Akak Mia".

Saat yang terindah yang tidak akan dilupakan ialah apabila bersama dengan keluarga. Meraikan hari lahir adalah suatu kenangan yang cukup membahagiakan. Diri akan terasa begitu dihargai oleh ahli keluarga. Pengorbanan seorang ibu tiada tandingannya. Walaupun hadiah sehebat mana pun tidak akan mampu membalas segala jasa ibu yang melahirkan dan mendidik kita. Semasa baca entri Afiqah ini, Mia dapat gambarkan betapa gembiranya Mama Afiqah mendapat kejutan birthday ini. Tentu suka dan happy saat ini. Kalaulah ada gambar, tentu akan lagi manis pengunjung melihatnya. Semoga Mama Afiqah panjang umur, dimurahkan rezeki dan bahagia di samping keluarga tercinta. (^_^)

jemput berkenalan dengan Afiqah...

Soal Selidik 2 : Apakah Perasaan Anda Apabila Datang Ke Blog Ini?

8/30/2013 06:00:00 AM 199 Comments
Soal Selidik 2 : Apakah Perasaan Anda Apabila Datang Ke Blog Ini?

Salam sejahtera, semua. Ini adalah soal selidik yang kedua bagi menjayakan Statistik Perasaan Pengunjung Mialiana.com pada pertengahan tahun ini. Statistik Perasaan Pengunjung Mialiana.com yang pertama telah diadakan pada bulan Mac yang lepas dan disertai oleh 78 orang blogger dalam entri SINI.

Tibalah masanya Mia ingin ketahui, apakah perasaan anda apabila datang ke blog ini?

1. Suka
2. Benci
3. Ceria
4. Sedih
5. Jeles
6. Seronok
7. Menyampah
8. Moody
9. Teruja
10. Tiada perasaan

Ada 10 jawapan sahaja di atas. Boleh pilih lebih daripada satu jawapan. Jangan risau, tiada jawapan yang salah untuk soalan ini. Sila jawab di ruangan komen ya.. Akan ada entri khas nanti untuk blogger yang sudi menjawabnya. Tutup pada 11.59 malam 6 September 2013. Entri khas akan dikeluarkan pada esoknya, 7 September 2013.

Manalah tahu Mia ini tersyok sendiri seorang-seorang. Nak juga tahu maklumbalas daripada pengunjung. Dalam pada ini, sekiranya blog ini ada kekurangan yang perlu ditokok-tambah, bolehlah inbox fanpage Mia untuk lebih privasi. Cadangan membina amat digalakkan.

Silakan menjawabnya dengan tenang ya...

entri sticky post ini dimasukkan pada 6.00 pagi 30 Ogos 2013

Entri berkaitan :
Statistik Perasaan Pengunjung Mialiana.com #2

Thursday, August 29, 2013

Review #6 - Kenapa Susah Nak Berubah ?

8/29/2013 11:47:00 PM 23 Comments

Tahniah diucapkan kepada Syira Lokman kerana terpilih memenangi Segmen Follow & Blogwalking #4. Marilah sama-sama kita terjah entri terbaik Syira...

Kenapa Susah Nak Berubah?

"Semua orang ada hati, ada niat untuk berubah, ada keinginan untuk jadi baik tetapi apa yang menghalang ?
Keadaan dan masa yang menghalang :)

Masa :

"Masa muda hanya untuk bergembira dan bila tua bertaubat, 
duduk atas sejadah mengenang dosa..
bukan.. "

masa muda perlu diguna untuk kuatkan hati di jalan Allah..kita tahu kita ada Allah tapi adakah kita tahu hati kita benar benar percaya kan Allah ?
Pernah tanya diri sendiri..siapa aku? kalau masih rasa hidup ni susah, masih tak bersyukur, masih lalai..ingat balik siapa kita..apa hak kita untuk minta segalanya sedangkan kita jauh dari Allah.
Kita kata kita percayakan Allah, kalau benar2 percaya redhalah dengan takdirnya.
Kita rasa umur masih muda, hidup masih lama, belum lagi tua tapi kita kena tahu mati tu bila bila tak kira masa..
Kita tak tahu tapi Allah tahu.

Keadaan:

Persekitaran , keluarga, kawan ,keinginan.
Kita nak berubah tapi terfikir kembali..

"nanti aku pakai tudung labuh, orang cakap menunjuk"
"kalau aku tulis status yang baik baik je dianggap hipokrit"
"macam pelik je pakai baju longgar, nampak gemuk,burukk"
"nanti kita pakai stoking orang cakap kaki busuk"
"malu la, tiba tiba je nak berubah, nanti orang pelik tengok aku"

Situasi A : "Walaupun dia pakai baju ketat, 
sekurang-kurangnya dia pakai tudung."

Situasi B : "Dia tak tutup aurat pun, 
sekurang-kurangnya dia baik dengan semua orang."

Jadi kesimpulanya Perkataan 'sekurang kurangnya' itu lah, yang sering membuat kita berasa, segala amal ibadah kita dah cukup. Ubahlah :)"

Selanjutnya sila klik SINI.

Pokok pangkalnya hati dan semangat perlulah kuat untuk berubah. Memang susah kalau kita nak berubah. Entri ini sangat menarik dengan kupasannya yang begitu mendalam dan bersahaja. Tahniah ya Syira. Sememangnya inilah yang terjadi kepada kita semua tanpa disedari. Memang dalam hati dah terdetik dan terniat, namun nak jadikannya satu kenyataan memang payah apabila ada halangan yang menimpa. Ini menjadikan niat untuk berubah telah terbantut dan tidak berjaya. Oleh itu, seharusnya kita berusahalah selagi termampu untuk berubah kepada kebaikan.

jemput berkenalan dengan Syira...

Bengkel Penguasaan Aplikasi Media Sosial

8/29/2013 02:57:00 PM 33 Comments
Hari ini, Mia dan Lela menghadiri Bengkel Penguasaan Aplikasi Media Sosial di Wisma Tani, Putrajaya. Ramai yang hadir. Fokus bengkel ini untuk golongan pengurusan atasan MOA. Kami hanya wakil sahaja. Ada juga wakil yang hadir dari agensi lain.

Seronok belajar hari ini dengan menggunakan tablet dan smartphone.












Tengahari tadi sempat pula kami bertandang ke gerai pameran buah di bahagian bawah Wisma Tani sempena Program Bulan Khas Buah-Buahan. Ada juga beli sedikit ole-ole.








Satu hari sahaja belajar dari pagi sehingga petang. Selesai sahaja bengkel ini terus pulang ke Johor Bahru. (^_^)

seronoknya....

posted from Bloggeroid

Shopping Di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur (4)

8/29/2013 09:32:00 AM 63 Comments
Semalam petang Mia dan Lela sampai Kuala Lumpur dan menginap di Quality Hotel. Apalagi, selepas check-in bilik hotel terus menapak ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Misi shopping kali ini, ialah nak beli kain pasang....

Hasil shopping Mia... kain pasang batik digital 3 pasang = RM 100.00




Hasil shopping lela... 4 kain pasang = RM 105



Selepas selesai aktiviti shopping, kami terus mengisi perut di restoren sebelah luar Pertama Complex.


Alhamdulillah... misi telah selesai.

hari ini ada bengkel aplikasi media sosial di Putrajaya..

Wednesday, August 28, 2013

Review #5 - Jangan Mudah Melatah

8/28/2013 11:43:00 PM 18 Comments
Tahniah diucapkan kepada Bahrain kerana terpilih memenangi Segmen Follow & Blogwalking #4. Marilah sama-sama kita terjah entri terbaik Bahrain...

Jangan Mudah Melatah

"Sekarang nie semua heboh pasal movie yang yang menghina nabi kita iaitu Nabi Muhammad "innoncence of Muslim". Dan ramai umat islam sendiri marah dengan penghinaan di movie tersebut, sampai sanggup membunuh orang seperti duta Amerika Syarikat di Libya yang mati dibunuh oleh orang libya sendiri di atas ketidakpuashati terhadap movie yang menghina nabi junjungan kita Nabi Muhammad. 

Tapi sedarkah kita,  agak keterlaluan dalam membanteras atau memprotes sesuatu lagi2x bila bab penghinaan terhadap nabi kita sampai sanggup membunuh seseorang sedangkan perkara sebegitu tidak digalakkan dalam Islam. Kita sebagai umat islam Khususnya di Malaysia tidak patot cepat melatah dan seharusnya memikirkan bagaimana cara terbaik bagi mengelak perkara sebigini berulang kembali. Seperti kita berdakwah kepada mereka yang tidak mengetahui secara keseluruhan tentang Islam dan juga memberi Gambaran yang sebenar tentang Nabi kita Iaitu Nabi Muhammad S.A.W

Orang yang selalu menghina nabi akan dapat azab yang pedih tidak kira la di dunia ini ataupun diakhirat. Jikalau kita imbas kembali karikatur yang menghina nabi kita dari negara Belanda telah mendapat azab di dunia dimana pelukis telah dibakar dan melecur dengan teruk sekali di rumahnya sendiri. Kematiannya penuh misteri sedangkan umahnya keadaan elok dan tidak terbakar sikitpun."

Nak tahu kisah selanjutnya, sila klik SINI

Isu yang sangat hangat diperkatakan pada masa dulu, yang benar-benar menggugat umat Islam di seluruh dunia. Filem yang mengundang terlalu banyak kontroversi. Sukar untuk dibayangkan. Harus ambil iktibar atas apa yang berlaku dan jangan terlalu mudah mengambil jalan singkat. Islam itu agama yang mulia dan tidak seharusnya dipandang sebegitu. Apa-apa pun, entri Bahrain ini agak berani dan setiap orang ada pandangan masing-masing tersendiri.

jemput berkenalan dengan Bahrain...