image September 2013 - Mia Liana

Monday, September 30, 2013

Watermark Gambar Secara Mobile

9/30/2013 09:35:00 PM 44 Comments
Tentu ada yang perasan, kalau Mia update blog secara mobile, Mia akan gunakan watermark mialiana.com yang simple.

Mia sebenarnya gunakan aplikasi Add Watermark Free untuk masukkan watermark di gambar yang Mia ambil sebelum update ke dalam blog. Ternyata amat memudahkan.

Antara printscreen yang Mia ambil...










Hanya perlu setting sekali sahaja tulisan watermark yang kita ingini. Selepas itu dah boleh gunakan untuk gambar-gambar seterusnya.

Selamat mencuba..

menuju ke arah mobile blogging...

posted from Bloggeroid

Sunday, September 29, 2013

Lawak Nasihat Cari Bini

9/29/2013 05:07:00 PM 49 Comments
Sekarang ini... dah macam-macam lawak kita dengar. Sekadar santai di petang hari.. Mia kongsikan satu lawak ini...




Nak pandai = cari bini cikgu
Nak sihat = cari bini doktor
Nak glamour = cari bini artis
Nak warak = cari bini ustazah
Nak gemuk = cari bini chef
Nak selamat = cari bini polis
Nak mampus = cari bini orang
Nak gaduh = cari bini mat yo


Banyak pilihan ni... boleh pilih nak yang mana satu...

yang nak gaduh tu... hati-hati ya....

posted from Bloggeroid

Sarapan Pagi Dengan Koko Krunch

9/29/2013 09:43:00 AM 24 Comments
Kegemaran Sofea. Makanan yang menyihatkan. Stok Koko Krunch memang sentiasa ada di rumah. Boleh dimakan begitu sahaja.




Senang dengan pek kecil. Sekali buka terus makan sampai habis. Kalau pek besar, nak kena ikat lepas tu.

Tengah nak siapkan sarapan pagi Sofea ni. Jemput makan semua...

mood happy sunday...

Saturday, September 28, 2013

Hadiah Untuk Mialiana.com

9/28/2013 09:28:00 PM 35 Comments
Ingat tak tempohari Mia asyik berangan sampai tidur pun tidak lena, makan pun tak kenyang, mandi pun tak basah. Ada Mia cerita dalam entri SINI.

Akhirnya semalam, Suami Mia ajak pergi Aeon Jusco Bukit Indah di samping membeli-belah barang keperluan Sofea dan dapur, rupanya dia bawa Mia singgah ke kedai Authorised Dealer Samsung. Bertambah senyumlah Mia. Ada agenda tersembunyi rupanya.

Mulalah Mia belek Samsung Galaxy Note 3 yang ada untuk testing. Memang best lah. Lebih baik dari S4. Memang berkenan sungguh ni. Maklumlah Mia memang sentiasa online untuk berblog. Jadi, kalau beli kiranya hadiah untuk blog ini, mialiana.com

Selepas fikir masak-masak, Mia dan Suami Mia pun setuju nak beli terus. Mia nak warna putih. Tapi stok yang ada, warna hitam. Maka, terpaksalah booking dahulu dengan bayar deposit. Hari Isnin petang baru boleh ambil. 


Dari angan-angan dah bertukar menjadi realiti. Semuanya untuk blog ini. Syukur sangat. 

alhamdulillah.... hasil datang dari blog untuk kegunaan blog..

Sabtu.. Hari Menguruskan Rumah

9/28/2013 10:17:00 AM 29 Comments
Nasib baiklah hari Sabtu memang tidak kerja. Dapatlah Mia menguruskan hal-hal berkaitan rumahtangga sepenuh masa.

Hari Ahad... bolehlah rehat dan bersantai bersama keluarga.




Kalau yang kerja pada hari Sabtu tu... macam mana agaknya? Harap mereka dapat juga luangkan masa bersama keluarga dengan cara mereka tersendiri...

mood mengemas, memasak, mencuci dan dll...

posted from Bloggeroid

Friday, September 27, 2013

Demi Gift Voucher RM5

9/27/2013 10:29:00 PM 24 Comments
Baru sahaja balik dari shopping barang Sofea di Aeon Jusco Bukit Indah. Punyalah ramai orang. Mula-mula nak beli yang penting sahaja. Bila dikira balik, tak sampai RM100. Terpaksalah beli mana-mana barang lain yang dirasakan perlu. Pergi ke tingkat yang paling bawah untuk barang keperluan dapur dan tingkat yang paling atas untuk barang keperluan Sofea.

Demi Gift Voucher RM5, dapat juga cukupkan belanja RM 100 walaupun sampai 3 resit semuanya. Terlebih sedikit pun tidak apa. Rasa rugi pula kalau tak rebut peluang ini.




Lega... misi Mia berjaya.... Suami Mia ikutkan sahaja. Sofea lagilah suka dapat banyak barang dia..

suka sangat kalau dapat gift voucher... walaupun nilainya RM5..

posted from Bloggeroid

Justify Alignment Entri Di Blog Yang Menggunakan Fungsi Read More

9/27/2013 12:16:00 PM 44 Comments
Sebenarnya dah lama Mia nak justify alignment entri di blog supaya nampak kemas, terutamanya di laman utama blog. Walaupun, semasa update blog kita dah justify kan alignment, namun apabila menggunakan fungsi read more (entri dipendekkan dan bila diklik readmore akan paparkan keseluruhan entri), paparan di laman utama blog tidak dapat di justify kan. Agak kurang kemas.

Jadi Mia ada ubah sedikit coding html di dalam blog dengan menambah satu baris coding yang berwarna biru.

Mia masukkan coding text align justify di dalam post-body (ikut printscreen di atas, coding yang highlight biru) supaya paparan entri menjadi justify. Kalau nak buat, sila taip betul-betul ya ejaannya dengan kedudukan : dan ; yang betul. Kalau silap taip, coding tidak akan menjadi.

Dan inilah hasilnya....


Nampak lebih kemas apabila buka laman utama blog. Kepada yang menggunakan fungsi read more di blog, bolehlah mencuba cara ini.

Selamat mencuba!

siapa yang dah berjaya, sila roger di sini ya.... terima kasih..

Thursday, September 26, 2013

Berangan Nak Ni

9/26/2013 11:29:00 PM 38 Comments
Sejak dua tiga hari ini, Mia asyik baca review di internet tentang Samsung Galaxy Note 3.

Sememangnya Mia ternyata sudah tergoda dengan kelebihannya yang begitu menepati citarasa Mia. Bila tengok video review Note 3 ini, bertambahlah lagi berangan Mia nakkan yang ini.




Berangan dulu... Kalau ada rezeki lebih, memang nak sambar satu.

harap sangat ini bukan angan-angan mat jenin...

posted from Bloggeroid

3000 SLE Supporters Giveaway

9/26/2013 06:51:00 PM 31 Comments

Assalamualaikum.


klik banner untuk join

Senarai hadiah:
Cash RM100 x 1, doodle ART button badge x 10, DuniaShida button badge x 3, perfume x 2, photo canvas (art kufi) x 3, photo canvas (typography canvas) x 3, Novel x 5, tudung bawal x 3, beauty tool x 1, bookmark limited edition x 15, pin ribbon x 2, topup RM10 x 8, topup RM5 x 5

3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponsor oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawadah, Mojat, DyshaSahhir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, CikkMira

Tamat 24 Oct 2013, 12malam

support Deno juga...

Keinginan Suami.. Keinginan Isteri..

9/26/2013 04:11:00 PM 37 Comments
Keinginan suami yang terkadang tidak dapat dipenuhi oleh para isteri. Keinginan isteri yang mudah tetapi sukar dilaksanakan oleh pada suami. Terkadang kita tidak perasan yang kita sebenarnya terlalu memilih. Tetapi hakikatnya, kita perlu terima seadanya jodoh yang telah ditentukan untuk kita. Mari kita fikir sejenak...

sumber gambar : google

Sebahagian besar suami menginginkan isteri yang pandai memasak, pandai menjahit dan cantik... tetapi di zaman yang serba maju dan moden ini, apabila para isteri ada kerjaya sendiri, sudah tentu tidak mampu laksanakan keinginan suami yang tiga ini.

Tapi kita, para isteri.. tidak menginginkan apa-apa dari mereka selain 2 perkara iaitu tanggungjawab dan setia. Dalam kehidupan berumahtangga, 2 perkara ini adalah yang terpenting bagi menjaga keharmonian dan hubungan sekeluarga. Suami wajib bertanggungjawab ke atas keluarganya dan juga setia terhadap isterinya.


bersyukurlah dengan pasangan kita... jangan terlalu meminta yang tidak mampu ditunaikan..

Jika Tiada Rezeki....

9/26/2013 08:42:00 AM 56 Comments
Tazkirah di pagi ini, untuk dikongsi bersama pengunjung blog ini. Semoga kita akan sentiasa bersyukur atas apa yang kita ada.

Jemput baca...



Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. 
Berdoa. Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil

sumber : whatsapp

sekadar renungan.... saling ingat-mengingati..
posted from Bloggeroid

Wednesday, September 25, 2013

Kisah Lawak Kerja Outstation

9/25/2013 08:03:00 PM 42 Comments


Mia nak kongsikan kisah lawak yang Mia rasa ada mesej yang tersirat di dalamnya untuk menjadi tatapan pengunjung blog ini.

Jom kita baca.....

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya ade kerja selama seminggu,jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atukya : Atuk-atuk, untuk seminggu ni saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan bermain-main ngan tuk...

Atuk (rupenye boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tu...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk. lain kali le ye...

Atuk bagitau Secretary balik: Jangan risau, minggu ni kita jadi ke outstation. Uruskan semuanya..

kah kah kah....penat nak tulis lagi nie.... hahaha

sumber : whatsapp

aduhai... berangkai ni... sampai bila pun, tidak akan habis...

posted from Bloggeroid

Photo Canvas

9/25/2013 07:15:00 AM 49 Comments
Kenangan bergambar sekeluarga semasa Mia konvokesyen pada akhir tahun lepas, Mia abadikan dalam bentuk photo canvas bersaiz 20 inci x 30 inci untuk digantung di dinding ruang tamu. Potrait keluarga yang akan menjadi tatapan tetamu yang hadir ke rumah ini.





Butiran Photo Canvas :
Material - 410 gsm Poly Cotton Canvas
Saiz - 20x30 inch
Harga - RM160 (Boleh dirunding)

Ramai yang telah menggunakan perkhidmatan gambar photo canvas ini sebab ianya lebih senang nak dijaga, tidak perlu nak beli frame, lebih tahan lama, lebih kemas, ringan dan boleh untuk dibuat large printing.

Senang sahaja nak buat tempahan photo canvas ini, dengan mengisi borang online di SINI. Sila upload gambar yang dikehendaki, pilih saiz yang berkenaan, buat pembayaran secara online dan kemudian photo canvas akan sampai di pintu rumah anda.


Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi,

Canvas D'Arte
Blog : www.canvasdarte.blogspot.com
Fanpage : https://www.facebook.com/canvasdarte
No Handphone :  0129806627 Yop/0172829808 Amin
Email : canvasdarte@gmail.com

Lokasi kedai - 100% Online
COD area Puchong
Courier Nationwide by Poslaju

Tuesday, September 24, 2013

Ranking Alexa 24.9.2013

9/24/2013 08:04:00 PM 48 Comments
Mia rasa macam sayangnya nak lepaskan peluang untuk printscreen prestasi ranking Alexa pada hari ini. Sebabnya blog ini telah berada di bawah 300 ranking Malaysia. Sebelum nombor ranking berubah, cepat-cepat Mia printscreen dan update terus ke dalam blog. Rasa macam tak tahu nak cakap apa. Terlalu gembira dan syukur sangat

Secara tidak langsung, ia sebenarnya turut menyuntik semangat Mia untuk terus berblog. Tidak lupa juga Mia nak ucapkan salam perkenalan kepada pengunjung-pengunjung baru blog ini. (^_^)


Global Rank : 49,207
Rank in Malaysia : 297

sumber : SINI

Klik SINI untuk laporan sebelum ini.

terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi datang jenguk Mia di sini....

Makan Tengahari Burger McDonald's

9/24/2013 03:32:00 PM 47 Comments
Dah pukul 2.00 petang baru nak makan berdua dengan Kila, satu-satunya pelajar praktikal Unit ICT. Yang lain dah keluar makan.

Biasalah hari ini, pagi sampai tengahari kami satu Unit ICT ada mesyuarat. Banyak perkara yang dibincangkan.

Jadi, makan lah set McValue Lunch Double Cheese Burger di pejabat untuk mengisi perut yang berkeroncong.



Makan sampai habis licin. Sedap pula makan burger di waktu kerja. Hilang stres. Mood pun ceria.

alhamdulillah...
posted from Bloggeroid