Review EPHYRA : Testimoni Selepas Lebih Sebulan

Tuesday, October 1, 2013

Review EPHYRA : Testimoni Selepas Lebih Sebulan


Tibalah masanya untuk Mia buat review produk kecantikan dan kesihatan EPHYRA selepas lebih sebulan menggunakannya. Ada perubahan positif yang Mia alami. Sebelum ini Mia ada ceritakan pengenalan dan kelebihan EPHYRA di dalam entri SINI.

Testimoni ini adalah daripada Mia sendiri. Setiap pagi Mia minum EPHYRA secara konsisten. Rasanya sedap macam air oren sitrus dan agak masam sedikit. Memang mudah untuk diminum. Ke mana Mia pergi, Mia tetap bawa EPHYRA.



Tentu nak tahu kesannya pada Mia bukan? Mia kongsikan perubahan besar yang Mia alami...

Pertama kalinya Mia terpikat dengan produk ini sebab Mia rasa lebih aktif dan bertenaga sepanjang hari. Kebetulan semasa minum EPHYRA ini, Mia ada kerja-kerja ad-hoc (kisahnya ada dalam entri SINI dan SINI) yang perlu disiapkan dalam beberapa hari di kala Mia sedang outstation (kursus). Bayangkan betapa tidur Mia ternyata memang tidak mencukupi. Syukur sangat pada siangnya, Mia kekal cergas dan dapat berkursus seperti biasa. Memang terbaik.. Apabila kerja ad-hoc siap, Mia dapat tidur seperti sediakala dan alhamdulillah Mia rasa sihat dan tidak lesu.

Keduanya, masalah jerawat di muka Mia. Mia tidak pernah pun cerita kat blog tentang masalah jerawat Mia ini. Segannya Mia nak tunjukkan wajah Mia yang sebenar. Kulit Mia memang sensitif. Kalau tidak cukup tidur ditambah pula dengan stres belajar (mengadap buku) atau kerja (mengadap komputer), memang akan tumbuh jerawat dengan sewenang-wenangnya. Kalau tidak jaga pemakanan, makin lagilah teruk.  Kulit Mia kusam dan tidak berapa ceria.


EPHYRA membantu memulihkan struktur kulit muka Mia. Jerawat cepat kecut dan parut semakin pudar dari sehari ke sehari. Mia banyakkan minum air masak dan rehat secukupnya. Kulit muka semakin berseri, warna kulit sekata dan terasa anjal. Makin terpikat lagi Mia dengan EPHYRA ini.

Ketiganya, ingat tak dua bulan lepas, kaki Mia ada terpelecok di pejabat? Walaupun Uncle Kuan dah urut dan betulkan urat tetapi apabila lama berjalan, Mia akan rasa sakit otot dan sengal di pergelangan kaki. Secara tidak langsung, semasa minum EPHYRA rasa sakit makin berkurangan apabila Mia lama berjalan. Akhirnya telah pulih seperti sediakala dan kini sudah tidak sakit lagi. Bertambah sukanya Mia. Senangnya nak berjalan ke sana dan ke sini.

Selepas lebih sebulan, inilah hasilnya... wajah Mia tanpa sebarang make-up..


Sekarang ini.. dah masuk bulan kedua Mia minum EPHYRA. Di kala menstruasi, jerawat akan tumbuh juga tetapi tidak banyak dan tidaklah seteruk yang sebelum ini. Masih dapat dikawal lagi. Memang banyak sungguh bezanya sebelum dan selepas Mia menggunakan produk ini. 

Berita Terkini EPHYRA

klik pada gambar untuk besarkan

Pada 2 sehingga 6 Oktober 2013, EPHYRA akan ada di booth 0078 di Halfest Expo Exhibition (Ekspo Makanan Halal Terbesar Malaysia) di Mines Convention Centre, Seri Kembangan, Selangor. Tidak semua produk di luar ada status HALAL sebab itu perlu berhati-hati. Oceanlife Marketing Sdn Bhd menyertai ekspo HALFEST ini untuk membawa EPHYRA ke tahap lebih tinggi dan mendapat kredibiliti serta kepercayaan pengguna sebagai produk yang berkesan, SELAMAT dan HALAL. Ada promosi khas dan cabutan bertuah menanti anda di booth EPHYRA di sana. Datanglah beramai-ramai.

EPHYRA Sesuai Untuk Ibu Menyusu

klik pada gambar untuk besarkan

EPHYRA sangat sesuai dan selamat diminum oleh ibu-ibu yang baru bersalin dan yang masih menyusukan bayi. Selain khasiat yang bagus dalam menambahkan kuantiti susu ibu, EPHYRA juga terbukti memberi manfaat pada bayi yang disusukan di mana bayi akan jadi lebih sihat, kulit bayi jadi lebih cerah dan gebu. 

Promosi EPHYRA
Jom cuba Ephyra dengan harga istimewa. Emelkan ke ephyra@mialiana.com atau hanya dengan whatsapp ke 0146118445.

Memang menarik, tertarik dan tergoda sungguh dengan EPHYRA ini, jom kita dapatkannya sekarang...


Sesiapa yang berminat boleh hubungi,

Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com

entri sticky post 24 jam ini dimasukkan pada 10.00 pagi, 30 September 2013.

69 comments:

  1. owh..
    kak mia boleh jadi model EPHYRA ler lepas nie..

    ReplyDelete
  2. assalam mia..dah banyak juga blog yang tulis..jadi teringin pulak nak mencuba..

    ReplyDelete
  3. banyak juga perubahan pada muka kak mia..^^

    ReplyDelete
  4. mahalkan harganya nie tapi hasilnya berbaloi........

    ReplyDelete
  5. perubahan yg bgus..da lame ke kak mia consume?

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru juga.. sekarang ni dah masuk kotak ke 3..

      Delete
  6. wah menarik ni mia ! bolehlah kalau nak cuba prpoduk ni !

    ReplyDelete
  7. wah..bagusla produk ni....teruja pulak nk minum jugak...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum mia...wah bagus la produk ni...terasa macam nak mencuba juga la...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama..... macam tu la nampaknya..

      Delete
  9. mmg byk sy dgr produk ni mmg bagus.. :D

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. alhamdulillah... fuza.. jomlah join sama...

      Delete
  11. terbaik lah...salute mialiana sbb up pic smuka yg ebelum tu...umi pun sama la muka teruk ngan jerawat...skrg ni je dah ok skit sbb berVCO hehehe...umi tgk ramai gak review yg produk ephyra ni bagus...so makin bertambah la review positif produk ni (^_^)

    tingin gak nak try tapi poket tak mengizinkan lagi huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduiii.. paling segan upload pic yang ada jerawat tu.... jangan pandang lama2 tau.... huhuhu

      Delete
  12. nampak ketara la perubahan
    kulit kak mia jadi berseri-seri

    Jemput join GA ni kak mia
    yumida refer tutorial yg kak mia ajar tu..alhamdulillah menjadi...1st time buat ni..hehe
    nebes sungguh rasanya..hehe

    kesemua hadiah bernilai RM550

    Giveaway Butik Comel Collection

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ya yumida.... huhuh tak sempat kak mia nak join GA tu...

      Delete
  13. wow..testimoni paling menarik saya baca ni

    ReplyDelete
  14. Wah...berseri2 dah muka selepas menggunakan produk ephyra ini

    ReplyDelete
  15. kak mia ketara lah perubahan :) tahniah kak mia makin bseri :)

    ReplyDelete
  16. sy pon da try masuk box ke2....huhuhu...
    kak minum air msak byk ke?at least 8gelas shri pon da okey kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp.. ok tu... pastu kena cukup tidur, barulah cepat berkesan..

      Delete
  17. cepat sangat kesan nye...mcm nak try je..nak usha2 page tu jap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.... kak mia jaga makan. minum air masak banyak. tidur secukupnya.

      Delete
  18. Assalammualaikum.. kak mia,

    mselim3 ada baca jugak pasal aphyra nie.. bro eyriqazz pun ada pakai.. dan pernah direview oleh byk blogger.. macam best aje..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mselim.... yuppp betul tu. kalau mselim nak cuba boleh emel ke ephyra@mialiana.com untuk dapatkan harga yang istimewa.

      Delete
  19. Assalamualaikum sis mia, nak tanya kalau saya isi borang online ni sekarang tapi nak COD boleh x sis? Saya punya stok dah habis dan saya mmg nak dapatkan cepat. Saya tinggal di Kulaijaya.
    Sudi

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.