Event Ephyra Bersama Memey Suhaiza Dan Norman Hakim

Monday, October 28, 2013

Event Ephyra Bersama Memey Suhaiza Dan Norman Hakim

Pada hari Sabtu lepas, Mia dan Suami Mia telah menghadiri event Ephyra bersama pasangan selebriti yang popular, Memey Suhaiza Dan Norman Hakim di Flora Terrace Hampshire Place Kuala Lumpur. Nak tengok kad jemputannya ada di entri SINI. Sebenarnya event ini diadakan eksklusif  untuk para media dan blogger. Bukan itu sahaja, para pemenang contest Ephyra tempohari pun turut diraikan. Memang kreatif betul mereka ini. Pandai bergaya dengan Ephyra.

Kata orang, kiranya malam itu ibarat sesi beramah mesra. Betul-betul mesra malam itu. Apa tidaknya, event atau majlis ini tidak pernah sunyi dengan celoteh pengacara jemputan yang begitu peramah, Kak Amyza Aznan. Pandai melawak dan hidupkan suasana. Majlis tersangatlah meriah.

Pasangan selebriti Memey Suhaiza dan Norman Hakim dilantik secara rasmi sebagai duta produk Ephyra memandangkan mereka adalah pengguna tegar produk Ephyra sejak Ogos 2013 lagi dan amat berpuashati dengan kesan positif yang dialami. Awish pun ada sekali. Mereka menceritakan pengalaman dan perubahan ketika menggunakan produk Ephyra. Ternyata memang berbaloi dan tidak merugikan.

Puan Amiza, CEO OceanLife Marketing Sdn Bhd merangkap founder produk Ephyra tampil begitu anggun sekali. Memang cantik sangat orangnya. Jeles betul dengan bentuk badannya yang ramping. Peramah orangnya dan tidak lekang dengan senyuman.

Aktiviti lain malam itu ialah sesi soal jawab tentang produk Ephyra, jamuan makan malam, karaoke dan bergambar sakan... serius ni sampai sakit urat pipi sebab banyak sangat ambil gambar. Senyum memanjang.

Mia rasa seronok dapat jumpa kawan-kawan blogger seperti Eyriqazz, Yana, Ujang, Kak Ina dan lain-lain. Masa terasa cukup singkat, rasa macam tak puas sahaja.

Nak tahu tak satu lagi perkara. Mia telah secara tidak sengaja terkaraoke pula malam itu. Mula-mula acah pengacara kot-kot ada lagu Seiring Dan Sejalan... rupanya ada pula. Adui, parah ni. Kak Amyza boleh jumpa pula lagu itu. Terpaksa jugalah karaoke walaupun suara tidaklah berapa nak merdu. Berduet dengan Suami Mia. Terharunya. Gambar kami berkaraoke diambil oleh Norman Hakim menggunakan handphone Suami Mia. Lagi terharu bila dapat hadiah seorang satu. Suka sangat-sangat.

Jom tengok gambar-gambar kami masa itu.... banyak sebenarnya, tapi kalau nak puas tengok kat bawah ini, sila klik pada gambar untuk besarkan.



















Yang penting, kami gembira dapat hadir ke event ini walaupun datang dari jauh. Terima kasih banyak-banyak Puan Amiza. Dapat bawa balik goodies produk Ephyra. (^_^)

Ini juga kali pertama Mia hadiri event tanpa pakai foundation cuma pakai krim pelembap muka dan bedak loose powder. Ada cerita tentang Ephyra dalam blog ini. Boleh tengok entri pengenalan produk Ephyra di SINI dan entri testimoni Mia di SINI.

Jom cuba Ephyra dengan harga istimewa. Emelkan ke ephyra@mialiana.com 
atau hanya dengan whatsapp ke 0146118445.

the sweetest moment dalam hidup Mia, dapat bergambar dengan selebriti Memey Suhaiza Dan Norman Hakim... rasa macam mimpi (^_^)

42 comments:

  1. wow..bestnya kak mia..makin cantik la nanti akak...tak mampu lagi nak beli ephyra nie...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ida... kak mia makan untuk kesihatan... ;) memang bagus produk ni..

      Delete
  2. waaa... glamernye.... Amyza Aznan tu kurus sangat la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dia kurus dan ramping.. sweet sangat orangnya..

      Delete
  3. wah retis2, bestnya dpt gmbr dgn artis. untungla. eh tu amyza ke? awat nmpk lain sgt ni.errr

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. benda-benda macam ni la yang happy kan kita.

      Delete
  5. Replies
    1. uikk takde la... bukan senang nak ada peluang bergambar dengan artis...

      Delete
  6. cantihnyew memeykan kak??? tu baru gambar...belom jumpa depan mata lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik sangat. kulit mukanya licin dan gebu.

      Delete
  7. wahh....kelas ko MIA....nampak teruja dan best tengok...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum mia..wah seronoknya dpt join event begini semoga terus berjaya...;)

    ReplyDelete
  9. Memey Suhaiza nampak lain pulak sy tengok. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak semakin cantik kan aisya... lebih-lebih lagi dah bertudung sekarang ni..

      Delete
  10. Geram tengok si Awis... cumilnyaa!.
    Mia pun nampak berseri dlm gmbr2 tu.

    ReplyDelete
  11. bestnya kak. teringin nak cuba ephyra ni. akak dan abg mail sweet la nyanyi sama2

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk hihi... tu la. segan betul masa tu. boleh terkaraoke...

      Delete
  12. Mia..cilok sekeping gambar..best ek dapat jumpa retis

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.