Sofea Suka Ke Taska

Alhamdulilah... lega betul hati Mia bila Sofea suka nak ke taska. Mia hantar pagi sebelum pergi ke tempat kerja dan ambil Sofea pada waktu petang selepas balik kerja.

Betapa cerianya Sofea dapat kenal dengan kawan baru dan cikgu memahami keadaan Sofea yang fobia dengan pengasuh. Kisahnya ada di SINI.




Untuk tempoh dua bulan ini, Sofea akan dijaga oleh taska ini dari pagi hingga ke petang. Dalam banyak-banyak taska yang Mia tunjukkan Sofea, taska ini yang dia berkenan sangat. Mia ikutkan sahaja asalkan dia suka.

Nampaknya gayanya mungkin akan sambung untuk tadika 5 tahun di sini tahun depan di sebelah pagi dengan penjagaan taska di sebelah petang. Masih dalam perancangan.

luka dan lebam tempohari dah hampir sembuh sepenuhnya..

posted from Bloggeroid

Post a Comment

43 Comments

  1. harap-harap Sofea lebih selesa dan selamat kat sini ^_^

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..semogia sofea akan lebih selesa menimba ilmu kat taska ini..
    ;)

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. yg penting anak kita selamat dibawah jagaan orang lain

    ReplyDelete
  4. wah...mesti dia seronok punya..ada kwn yg byk...study baik2 naaaa...:D

    ReplyDelete
  5. baguslah sofea ni. pandai bawa diri dari kecil lagi

    ReplyDelete
  6. Moga sofea seronok d tempat baru..😊

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah kalau sofea suka....
    sejuk hati dengar...cik akak pun takut bila kak mia citer yang sofea fobia dengan pengasuh...seram pun ada....

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur cik akak... semuanya dah settle. kak mia dah tak bimbang lagi...

      Delete
  8. assalamualaikum mia...alhamdullilah semoga sofea suka dgn taska barunya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama... nampaknya suka betul dia. bila ambil dia masa balik, macam2 yang diceritanya...

      Delete
  9. alhamdulillah..pesan dengan sofea kalau ada apa-apa cepat cepat maklumkan..moga sofea ceria selalu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp... memang dah pesan awal2... tq ya jua azura..

      Delete
  10. Semoga dia lebih gembira dan berdikari kan...

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah.. baguslah kalau begitu.. :)

    ReplyDelete
  12. mmg dah tiba masa dia ke taska sebab dia suka berkawan kan...

    ReplyDelete
  13. Alhamdulilah !!! Semoga sofea serasi dengan tempat baru ini.

    ReplyDelete