Dilema Nak Komen Bila Berblogwalking

Kadang itu kita ada mood nak komen entri bila berblogwalking ke blog lain. Akan lebih mesra dan rapat dengan tuan punya blog. Tetapi kadang itu ada rasa macam terganggu sedikit bila ada comment moderation yang membuatkan kita terasa macam bengang kerana terpaksa nak masukkan nombor atau perkataan yang tertera bagi mengelakkan comment spamming.


Contohnya macam printscreen di atas ini, nasib baiklah keluar nombor. Senang sedikit Mia nak masukkan. Kalau keluar huruf-huruf yang senget dan tidak jelas, memang payah nak teka huruf apa. Jenuh dan mengambil masa sedikit di samping emosi kita agak terganggu dan mood boleh berubah serta-merta.

Bagus sebenarnya comment moderation, tapi cara yang ini kurang disukai oleh pengunjung blog. Mia lebih suka comment moderation yang komen kita akan dipaparkan selepas diluluskan oleh tuan blog.

Sekadar perkongsian dan pendapat dari Mia. Semua blogger berhak ke atas blog masing-masing. Cuma, Mia nak sentuh sedikit tentang perasaan pengunjung yang kadang kita tidak sedari. Perasaan dan mood pengunjung juga harus diambilkira. (^_^)

inilah dilema utama nak komen entri di blog lain....

Post a Comment

56 Comments

  1. yela..mmg banyak juga sy jumpa yg jenis mcm ni..mmg terganggu..kita seronok2 nak bw, jadi mood xbest da..kalau sy tgh malas,sy tinggal je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan.... tak pasal2 cancel hajat nak komen... huhuhu

      Delete
  2. betul2,saya juag mempunyai dilema yg sama..harapannya supaya lepas ni tiada lagi yg macam ni.

    ReplyDelete
  3. 100% Nizam mmng taksuka ! Bila Mood dah elok , tetiba ada nombor2 tuhh . Memang bertukar mood Malas -_-

    Jom komen :- http://belogcapnutella.blogspot.com/2013/12/calculator-pon-jadilah-xd.html

    ReplyDelete
  4. kadang2 rase mcam betul2 robot nak kena taip no2 tu satu persatu..huhu

    ReplyDelete
  5. hahaha.....betul tu kak mia, tebantut nak tinggal jejak pasal nie terus xjadi komen

    ReplyDelete
  6. hehehe..
    nasib baik ler blog shark bukan begitu...

    ReplyDelete
  7. kena alert perkara-perkara begitu sebenarnya, kita semua mengejar masa, lagi-lagi pula macam mama yang rabun ni....

    Boleh jenguk mama di sini.. Mamaniza.com

    ReplyDelete
  8. Dilema wanita....hahahah.... sy pon sama...bile kuar mende alah ni jd spoil mood...

    ReplyDelete
  9. Betui tu kak mia. Saya setuju sangat. Kadang2 line intenet pengunjung ni slow dan amik masa utk loading!!

    Jemput ke apple-crunchh.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  10. Kadang sampai dua tiga kali masuk x betoi, last2 klik pangkah je la...

    ReplyDelete
  11. Saya tak letak..sebab saya tak suka nak komen tempat yang ada benda2 tu suma, so saya assume readers mesti tak suka jugak. Kalau ada komen yang tak sesuai, saya delete la balik kang.

    ReplyDelete
  12. kahkahkah...sama la..

    ni ok lagi jelas. kalau dulu dia pakai huruf tu memang dah tak nampak dah. haha

    ReplyDelete
  13. huhu. sma la. rasa excited nak komen. tngok2 ada benda ni. kadang2 layan ja dulu. bila dh slalu sngat mcm ni. jd mlas.

    ReplyDelete
  14. samalah. kalau line tgh slow lg lah geram. terus pangkah. je. hikksss =D

    ReplyDelete
  15. tu la akak, saya klu jumpa blog yg naik camni, saya akan tinggalkan link blog ni
    http://cempakabiru-nieda.blogspot.com/2012/07/cara-nak-buang-word-verification-pada.html?showComment=1361785092400#c851450775334805255
    untuk tuan blog rujuk cara nak buang word-verification tu..

    ReplyDelete
  16. mmg mlas tol nak bw klu ada bnda alah tu..huhu

    ReplyDelete
  17. aah kan kak mia..kasi mood kita lari
    lepas tu ade yg sukar dikenal pasti wordnya

    ReplyDelete
  18. saya nk juga komen lau dah sekali isi xlepas juga..mmg blah macam tu aje la

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum mia..betul tu kekadang jadi malas pula nak komen kalau keluar no n huruf yg begitu...:)

    ReplyDelete
  20. Betul betul betul.. *hehe* sampai nak terkeluar biji mata tengok T_T Muka dua inci dari skrin masih tersalah haha . xD

    ReplyDelete
  21. salam sis betul
    kadang taip punya la panjang lebar tulis komen
    bila klik nak post jer kuar pula benda tu
    mmg hangin

    ReplyDelete
  22. IYE -____-
    Sgt annoying ye benda tu hehehehe.
    Sabor je lah hahaha. Sometimes terus takjadi nk comment haish hihihi

    ReplyDelete
  23. tujuannya memang baik untuk keselamatan... tetapi masih ada cara lain untuk keselamatan blog.
    Aye ikut mood kalau agak rajin ikut juga tetapi bila dah salah terus abaikan...malas nak ulang...

    ReplyDelete
  24. Kan... menyampah gila bila tengok benda tu.. tapi kadang2 tu, sabo je lah. ;3

    http://havinue.blogspot.com/

    ReplyDelete
  25. yes, kak Mia.. bila jumpa blog yg ada macam ni, macam terbantut mood nak terus komen fi lain entry.. huhu. kena ambil masa nak tengok huruf senget/nombor panjang2 tu... tapi itulah.. blog masing masing kan.. terserahlah pada tuan blog tersebut..

    ReplyDelete
  26. saya agree dngn pendapat lia
    macam saya ni suka blogwalking guna phone, tapi tulis blog je guna cmptr notebook.
    so mcm susah ulak nak komen bila keluar mcm ni. kadang2 tu saya terus jadi pembaca je
    malas pula nakkomen just jad

    ReplyDelete
  27. hu3.. teman selalu tinggalkan note mintak diorang disable kan comment moderation tu.. susah nak komen.. mata udah lea kelabu asap.. kekekeke

    ReplyDelete
  28. Sama la saya pon pendapat yang sama

    ReplyDelete
  29. saya selalu BW sini. Kalau blog lain tu susah nak BW..apa kata meh ke blog saya ..hahaha...

    ReplyDelete
  30. betul..kdg2 2-3 kali menaip tp word verify ttp salah..huhu fed up la nk komen..:P

    ReplyDelete
  31. tapi kak, sally rasa banyak blogger baru tak perasan bnda ni..hihi

    ReplyDelete
  32. betul tu...kadang2 ada yang nak kena tunggu tuan punyer blog approve dlu baru publish kita punyer komen huhuhu....

    ReplyDelete
  33. Saya pun begitu.. kdg2 klu pakai hp lagi susah. Terbeliak biji mata sbb kecik sgt.. dah besarkan pun kdg2 tersalah huruf pulak.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. handphone dahlah kecik... huhuhu sakit bijji mata...

      Delete
  34. kak mia..sma dgn apa yg yong rsa.. dahla yong rabun ssh btul nk tgk huruf2 yg senget2 ni.. better bt approval by tn punya blogger..lg senang.

    ReplyDelete
  35. sekali jer komen lepas tu malas nak komen...padahal sy suka mengomen....camner tu...hihi

    ReplyDelete
  36. jika kes begini.. mungkin tidak akan kembali lagi ke blog itu..pada saya.. ia nya tidak menghargai pengunjung.. jika ada spam sekali pun.. bukannya kita xboleh buang.. ;-)

    ReplyDelete
  37. mmg dilema majoriti blogger.... tapi biasanya blogger baru mmg akn bljr gak psal ni...

    ReplyDelete
  38. tak ramai blogger yg ambil berat ttg nie....mood mmg down....boleh buat rasa tak senang nak singgah ke blog tu lagi kan..

    ReplyDelete
  39. sy selalu failed bab verification code ni.. sy bukan robot tapi kenapa bila nk buktikan sy bukan robot sy selalu gagal. adakah sy sememangnya robot? eh?
    haha!

    ReplyDelete
  40. Memang betul apa yang mia kata tu. Jadi serabut mata pulak nak menengok huruf senget.

    ReplyDelete